Selasa, 14 Oktober 2014

EX NIHILO, NIHILO FIT Part 6 of 27



Setelah membaca Part 1 hingga Part 5, diharapkan kita sudah dapat menjawab secara kasar beberapa persoalan yang telah dibincangkan. Persoalan yang dimaksudkan ialah... Bagaimana cara manusia berfikir serta perbezaan di antara perbuatan berfikir dan perbuatan memproses maklumat? Mengapa baru sekarang “String Theory” didedahkan untuk tatapan umum? Mengapa sifat makhluk-makhluk ni tertakluk kepada keadaan kadang-kadang “patuh” dan kadang-kadang “engkar”? Mengapa hampir semua perkara diwujudkan secara berpasang-pasangan? Apakah itu geliga dan mengapa kini geliga boleh didapati dengan mudah di merata-rata tempat? Mengapa saluran-saluran maklumat pembelajaran serta berita kita dikawal ketat oleh “pihak berkuasa” dan entiti-entiti yang tidak kita kenali? Apakah itu wang dan mengapa US Dollar sangat berkuasa? InsyaAllah... semua persoalan ini akan dapat kita dekati dengan lebih rapat lagi menjelang akhir Part 6 ini.

Mari kita lihat tentang “emosi”. Dikatakan oleh ramai orang bahawa perasaan yang sentiasa dirasai oleh kita digelar sebagai emosi. Ianya dapat kita rasai dengan nyata tetapi pada masa yang sama kita tidak dapat menuding secara fizikal di manakah ia terletak. Emosi bukan dirasai oleh mana-mana deria kita yang lima itu. Emosi tidak dapat dilihat dengan mata, didengar dengan telinga, dihidu dengan hidung, dikecap dengan lidah dan dirasa dengan deria sentuhan di seluruh badan kita. Justeru, di manakah letaknya emosi?

Cuba fokus pada perasaan anda sebentar. Apakah emosi anda sekarang? Adakah ia menyenangkan atau tidak menyenangkan anda? Adakah anda sedang merasa gembira, bahagia, tenang dan nyaman? Atau... Adakah anda sedang merasa murung, bosan, marah, cemas dan takut?

Ok... sekarang penerangan akan mula berbunyi pelik. Kalau anda mula merasa emosi anda terganggu ketika membaca penerangan ini, elok hentikan dulu pembacaan anda sehingga anda dapat mengawalnya semula.

Emosi tidak dapat kita tuding kedudukannya kerana ia terletak di suatu realiti alam yang lain. Kalau anda memahami String Theory, anda akan dapati bahawa di peringkat asas sahaja terdapat 11 realiti alam yang wujud serentak. Tapi tak perlu la cerita panjang-panjang pasal String Theory ni sebab anda boleh dapati semua maklumat tentangnya di Internet.

Sifat emosi pula boleh diibaratkan seperti portal atau “gateway”. Dengan kata lain, emosi sebenarnya ialah sebuah pintu kepada diri anda. Sesiapa yang dapat mengawal emosi anda, dia akan dapat mengawal fikiran dan lima deria tubuh anda. Sukar untuk dipercayai?

Lihat sebuah komputer... bagaimanakah anda berkomunikasi dan memberi arahan kepadanya? Adakah anda menggunakan tetikus (mouse), papan kekunci (keyboard), skrin sesentuh (touch screen) atau kamera yang terpasang kepada komputer ini? Kalau semua ini tiada, terdapatkah cara lain yang dapat anda guna untuk berkomunikasi dan memberi arahan kepada komputer ini.

Lihat lagi komputer ini. Adakah ianya jenis yang ada skrin bagi membolehkannya memaparkan maklumat dan berkomunikasi dengan anda? Adakah ianya mempunyai “speaker” untuk ia mengeluarkan suara atau bunyi untuk anda dengari? Adakah ia mempunyai roda atau kaki yang membolehkan ia menggerakkan jasadnya? Apakah sumber tenaganya... bateri atau “power supply” yang menjalar kepada sebuah “power point”? Adakah ia mempunyai tuan punya? Adakah ia mempunyai jantina?

Gelaran komputer yang boleh berkelakuan seperti manusia dipanggil robot, cyborg atau humanoid. Bolehkah anda bayangkan robot yang boleh bergerak-geri seperti manusia? Ia boleh melihat, bercakap, mengecapi “taste”, menghidu bau dan merasa dengan “sensor” rasa... Pada pendapat anda, apakah yang akan membezakan robot begini dengan manusia? Ya, yang akan membezakan robot begini dengan diri kita ialah robot tidak ada emosi. Manusia ada emosi.

Sekarang diulang semula perenggan di atas untuk tatapan kita... < Sifat emosi pula boleh diibaratkan seperti portal atau “gateway”. Dengan kata lain, emosi sebenarnya ialah sebuah pintu kepada diri anda. Sesiapa yang dapat mengawal emosi anda, dia akan dapat mengawal fikiran dan lima deria tubuh anda. Sukar untuk dipercayai?”>

Masih sukar untuk dipercayai? Atau anda sudah mula dapat memahaminya?

Setiap kali kita merasai emosi yang negatif seperti murung, bosan, marah, cemas dan takut, ia bermakna ada sesuatu entiti atau makhluk yang sedang berusaha untuk “hacking” atau memecah masuk ke dalam fikiran kita. Kalau nak “hack” robot, kita tau macam mana nak buat... tidakkah begitu? Tapi kalau nak “hack” manusia macam mana?

Bagaimana? Semakin sukar untuk dipercayai?

Pada masa yang sama, stimulasi atau rangsangan luaran juga dikenakan kepada kita bagi mencetus emosi negatif. Rangsangan-rangsangan luaran ini boleh dijana dengan mudah melalui kewujudan “wang”. Dengan “wang”, ramai manusia dapat dikawal pemikiran mereka. Pada bila-bila masa emosi negatif dapat dicetuskan. Emosi negatif dapat dicetuskan dengan berita-berita di saluran-saluran TV, radio, akhbar, majalah dan internet. Dengan “wang”, manusia akan saling tipu-menipu dan saling mengkhianati sesama manusia. Ekonomi dapat dijatuhkan. Pendidikan dapat dicemarkan. Peperangan dapat dihasilkan.

Iklan-iklan di semua media pula akan menekan kita bagi membantu dalam mencetus emosi negatif. Iklan-iklan ini akan mengatakan... anda tidak cukup cantik, pakai la produk kecantikan ni. Anda gemuk, makan la ubat ni. Anda tidak cukup gagah di ranjang, makan la produk ni. Anda bodoh, masuk la universiti ni. Anda tidak mempunyai status yang baik, beli la kereta mewah ni. Anda tidak cukup wangi, beli la minyak wangi ni. Anda tidak cukup bergaya, beli la kasut dan jam tangan ni. Anda akan terus-terusan merasa rendah diri, sentiasa merasa hina, sentiasa ingin berlumba-lumba untuk jadi lebih kaya, lebih cantik, lebih mulia, lebih berstatus tinggi dan terus-terusan merasai emosi negatif.

Justeru, persoalan seterusnya ialah... bolehkah kita mengawal emosi kita supaya sentiasa positif? Apa kita nak buat bila tiba-tiba emosi negatif menerpa dan memeluk kita? Biasanya apabila kita bangun tidur pun... kajian menunjukkan 80% emosi kita adalah negatif. Pandai-pandai la yer... rasanya tak perlu la nak diceritakan panjang lebar bagaimana nak mengekalkan emosi yang positif.

Oh ya... kalau anda nak tau lebih lanjut tentang bagaimana emosi digunakan untuk mengawal manusia boleh google dengan katakunci mkultra, monarch butterfly, mind-controlled slaves dan montauk project. Anda mungkin terkejut dengan eksperimen-eksperimen yang mereka telah lama jalankan dan produk-produk (manusia-manusia) yang telah mereka hasilkan. Mereka boleh mengawal manusia-manusia ini untuk digunakan sebagai pembunuh, pelacur, perusuh, artis atau pemberontak. Google juga “Club of 27”.

Cukup dulu... nanti terganggu lagi pulak emosi kita InsyaAllah bersambung...

Wassalam – zulsegamat

Selasa, 7 Oktober 2014

EX NIHILO, NIHILO FIT Part 5 of 27



Membunuh diri adalah suatu perbuatan yang bukan asing lagi kepada kita. Melihat kepada statistik semenjak 2 dekad yang lalu sehingga hari ini, setiap tahun seramai lebih kurang 1 juta orang membunuh diri. Ya… setiap tahun seramai 1,000,000 orang membunuh diri. Ini bermakna, setiap 30 saat akan ada sahaja seseorang di dalam dunia ni yang membunuh diri. Persoalan yang secara spontan timbul daripada hal ini ialah… Mengapa ini terjadi?
Sama ada kita percaya atau tidak… 99% daripada semua kejadian ini adalah berkaitan dengan wang dan boleh dielakkan dengan wang. Ya… dengan wang, statistik kejadian bunuh diri boleh dikurangkan sehingga 10 ribu orang setahun. Masih teruk jugak la… tapi jauh lebih baik daripada 1 juta orang membunuh diri setahun. Tidakkah ini menjadi sesuatu yang patut dimusykilkan? Kalau anda merasakan hal ini adalah tidak memusykilkan, elok la berhenti sahaja membaca nukilan ini dan kembali kepada kehidupan anda yang tenang, bahagia serta gembira tu. Mengetahui tentang hal di bawah ini hanya akan merunsingkan dan memeningkan kepala sahaja.
Bagi yang berminat mengetahui hal ini, ada dua perkara pokok di sini yang menarik untuk diperhalusi.
Persoalan pokok yang pertama ialah: Keadaan emosi yang bagaimanakah boleh menyebabkan orang membunuh diri mereka sendiri? Sebelum itu, kita perlu jawab dulu soalan… apakah itu emosi?
Persoalan pokok yang kedua pula ialah “wang”… Apakah itu wang? Hebat sangat ke wang ni sampai boleh menyebabkan ramai orang mencapai tahap emosi tertentu yang kemudiannya boleh menyebabkan mereka memilih untuk bunuh diri? Dikatakan juga... kerana wang, manusia sanggup buat apa sahaja termasuk menjual diri dan maruah sendiri. Benarkah begini?
Baiklah… kita lihat dulu tentang “wang”. Nanti baru kita akan lihat pula tentang “emosi”.
Kita sudah lama diperdayakan. Wang sebenar dengan nilai sebenar telah lama dilenyapkan dan ia adalah sesuatu yang lain sama sekali berbanding dengan wang yang ada pada hari ini. Dengan kata lain, wang yang ada di zaman moden ini bukan lagi wang sebenar yang pernah digunakan suatu masa dahulu. Wang yang ada di zaman moden ini ialah sesuatu yang merbahaya dan ia merupakan suatu alat hikmat yang boleh mengawal tingkah-laku manusia. Siapa yang mencipta wang ini? Siapa yang sedang mengawal tingkah-laku manusia dengan wang? Mengapa penciptaan wang ini tidak diajar di mana-mana sekolah atau universiti? Untuk apa kawalan tingkah-laku ini?
Seperti yang kita tahu, di zaman kebelakangan ini wang secara umumnya terbahagi kepada 2 jenis… wang kertas dan wang elektronik. Sama ada kita sedar atau tidak, suka atau tidak… hampir semua orang (lebih kurang 6 billion lebih orang setakat tahun 2014) dalam dunia ini memerlukan wang untuk hidup. Memerlukan wang? Takder wang tak boleh hidup ke?
Secara asasnya di zaman mutakhir ini, mempunyai wang adalah mandatori untuk mendapatkan makanan, pakaian, tempat tinggal dan seterusnya membiayai apa sahaja aktiviti-aktiviti kehidupan lain. Bagi kebanyakan orang, setelah semua keperluan asas ini dicapai, keinginan diri akan pasti meningkat. Jumlah wang yang dimiliki seseorang mula dilihat sebagai pengukur status seseorang di dalam masyarakat. Lebih banyak wang, lebih mulia. Lebih banyak wang, lebih dihormati. Dengan wang, hampir semua benda boleh dibeli. Jangan tipu diri anda sendiri la dan mengatakan... money cannot buy everything... I don’t need money dan yang sewaktu dengannya.
Justeru, kita tertanya-tanya... apakah itu wang? Bagaimana ia dicipta? Siapa yang cipta? Siapa yang berkuasa ke atasnya?
Bagi memendekkan cerita yang panjang, boleh la dikatakan wang (tak kira la wang kertas atau wang elektronik) dicipta dengan ilusi nilai emas. Pada suatu masa dulu, wang kertas dicetak berdasarkan jumlah emas yang dipunyai oleh si pencetak wang kertas. Kemudian suatu hari, semua wang kertas di dunia dipaksa untuk diikat dengan nilai wang kertas Amerika Syarikat yakni US Dollar. Bagaimana ini boleh terjadi? Ya, ia ada kaitan dengan keperluan hidup moden terhadap minyak.
Di sinilah perkataan “Petro-Dollar” mula didengari. Dengan kelicikan dan kekuatan ketenteraan, semua jual-beli minyak telah dipaksa supaya hanya menggunakan US Dollar. Nak minyak? Kena ada US Dollar dulu. Takder US Dollar, takder minyak. No US Dollar, no oil. Di zaman kita kini, tak boleh langsung jual-beli minyak dengan wang selain US Dollar.
Sama ada kita sedar atau tidak, tiada negara di dunia ini yang berani menentang Amerika Syarikat. Tiada negara dalam dunia ni yang berani jual atau beli minyak dengan wang selain US Dollar. Kalau ada yang berani, negara anda akan dibom, dilenyek dan diganyang sehingga anda menerima US Dollar semula sebagai medium jual-beli minyak anda.
Adalah sesuatu yang sungguh menghairankan, hampir semua penduduk dunia seolah-olah bodoh bebenar menggaru-garu kepala masing-masing dan bertanya... “Mengapa ada sahaja negara-negara yang dibom oleh Amerika?” Nah... inilah jawapannya. 99% kes negara-negara yang dibom dan diganyang oleh Amerika Syarikat ini ialah negara-negara yang cuba-cuba berani untuk membeli atau menjual minyak tanpa menggunakan US Dollar. Kalau anda perlukan kepastian tentang hal ini... google la atau buat kajian sendiri.
Apa yang tambah menghairankan lagi setelah memahami hal di atas ialah si pencetak US Dollar pula bukanlah Amerika Syarikat sendiri. Si pencetak US Dollar ialah sebuah badan swasta yang dipanggil Federal Reserve. Ia dipunyai dan dikuasai oleh suatu kumpulan makhluk-makhluk yang tidak kita kenali.
Federal Reserve ni pulak boleh cetak seberapa banyak US Dollar yang dia suka. Emas... habuk pun tarak. Takder emas pun boleh cetak ikut suka. US Dollar ini pula terpaksa dipinjam oleh Amerika Syarikat.
Dah nama pun pinjaman wang, maka mesti la dikenakan bunga atau interest. Apa bodoh benar ke rakyat Amerika Syarikat ni? Atau... Adakah rakyat Amerika Syarikat telah terjebak dan dipaksa-rela oleh sesuatu?
Sehingga setakat ini... Amerika Syarikat telah berhutang dengan Federal Reserve sebanyak 18 thrillion dollars dan ianya semakin bertambah dengan laju... Ya, telah berhutang sebanyak 18,000,000,000,000 dollars. Kalau nak mengikuti peningkatan hutang ini secara real-time, boleh la rujukhttp://www.usdebtclock.org/
Soalan cepumas: Agak-agaknya kita nak tunggu Amerika Syarikat hutang sampai berapa Gazillion lagi baru kita nak isytihar dia bankrup? Amerika Syarikat ni tak payah bayar hutang dia ke kat Federal Reserve? Kegilaan apakah ini?
Okay... cukup dulu la yer. Lepas ni kita akan bincangkan pula kaitan “wang” dengan “emosi” manusia di dalam Part 6 of 27. Nanti kita juga akan lihat bagaimana "emosi" boleh dikawal dengan "wang" dan seterusnya memahami cara manusia diperhamba dan diperdagangkan. InsyaAllah bersambung...
Wassalam -zulsegamat

Isnin, 22 September 2014

EX NIHILO, NIHILO FIT Part 4 of 27



EX NIHILO, NIHILO FIT
Part 4 of 27
Pernah dengar tentang Pulau Socotra di Yemen? Betul ke Dajjal pernah menetap di sini? Tentu ramai di antara kita yang pernah mendengar tentang kisah Dajjal yang tinggal dan mempelajari banyak ilmu-ilmu hebat di sebuah pulau. Kalau tak pernah dengar tentang kisah ini, google jer la...
Kisah Dajjal juga ada disebutkan di dalam banyak hadith Rasulullah SAW. Di antara hadith-hadith ini, satu daripadanya menyentuh agak terperinci tentang keadaan Dajjal suatu ketika di sebuah pulau -http://tayibah.com/eIslam/Dajjal2.htm
Selaras dengan kisah Dajjal ini, Pulau Socotra yang terletak di selatan Yemen ini nampaknya memang amat berpotensi menjadi pulau yang diceritakan di dalam hadith Rasulullah SAW. Akan tetapi, kalau mengikut cerita daripada Maulana Imran Hosein pula (boleh didapati di Youtube dengan mudah), selepas Dajjal dibebaskan yakni sejurus selepas Rasulullah SAW wafat, Dajjal terus menubuhkan HQ Dajjal di Pulau Britain dan seterusnya mula mengukuhkan tapaknya di Eropah ( http://aku-macjay.blogspot.com/2011/06/membongkar-penampilan-dajjal-sebagai.html) ... kemudian berpindah ke Amerika Syarikat dan kini Dajjal sedang dalam proses berpindah HQ ke Israel di bandar Ludd sebelum akhirnya muncul secara fizikal di Jerusalem nanti. Beliau mengatakan, Dajjal dikurung di Pulau Britain.
Okay la... cukup la cerita pasal pulau Socotra. Berikut ialah link tambahan untuk maklumat lanjut Pulau Socotrahttp://muhdhazrie.wordpress.com/2011/08/08/keanehan-socotra-pulau-dajjaldajjalpulauabppalinghantumisteri/
Sekarang mari kita “side-track” untuk melihat satu persoalan. Bunyik nya begini:
Sebuah komputer moden boleh memproses maklumat-maklumat dengan amat pantas bergantung kepada “geliga” atau “processor” jenis apa yang dipasangkan kepadanya. Ianya jauh lebih pantas daripada otak manusia. Hal ini tentu sukar dinafikan. Walaupun demikian... mengapa dikatakan otak manusia lebih berkuasa daripada mana-mana komputer yang pernah dicipta?
Berbanding dengan otak manusia, “processor” komputer hanya mampu memproses maklumat-maklumat sahaja dan ia dikatakan tidak mampu berfikir. Boleh ke kita senang-senang kata begitu? Apakah perbezaan perbuatan memproses maklumat dengan perbuatan berfikir? Habis tu... “artificial intelligence (AI)” bagi sesebuah komputer tu apa benda? Bukankah sesuatu yang mempunyai “intelligence” dianggap sebagai mampu berfikir?
Setiap hari... sama ada kita suka atau pun tidak... kita kena berfikir. Macam-macam la benda yang difikirkan. Daripada sekecil-kecil benda sampailah benda-benda besar yang mungkin memberikan impak tinggi kepada kita atau masyarakat... tak henti-henti kita berfikir. Paling tidak pun kita mungkin kena fikir pasal cam mana nak bayar hutang, macam mana nak nampak kekal cantik menawan, hari ni nak makan apa, kenapa nasib kita selalu malang, macam mana nak majukan bisnes/karier kita, macam mana nak mengenakan orang, bila nak balik kampung, siapa kita nak undi, kenapa kena undi, kalau tak undi boleh ke tak, kat mana nak beli rumah, atau macam mana nak ngorat awek atau mamat yang kita suka... Ish ish... tak habis2 berfikir, berfikir dan berfikir.
Sedarkah kita, setiap kali berfikir, apa yang kita buat sebenarnya ialah bercakap dengan diri kita sendiri? Kalau tak percaya... cubalah fikirkan sesuatu dalam keadaan sedar yang kita sedang berfikir. Cuba camkan apa yang kita sebenarnya sedang buat...
Ya, sewaktu berfikir kita sebenarnya bertanya kepada diri sendiri dan kemudiannya, kita sendiri yang menjawab soalan tersebut. Bagi para saintis tak kira la saintis sekular ataupun tak sekular, hal ini dipanggil monolog. Dalam sehari... kita dikatakan membuat monolog beratus-ratus kali... malah bagi sesetengah orang mungkin bermonolog beribu-ribu kali.
Bila nak bermonolog atau berfikir... kita perlu gunakan bahasa. Ada orang berfikir dalam bahasa Inggeris... ada yang berfikir dalam bahasa Melayu... bahasa Cina... bahasa India dan sebagainya. Pendek kata, bermacam2 bahasa la yang kita gunakan sebagai medium kita berfikir atau bermonolog. Disebabkan hal ini, lahirlah pendapat yang mengatakan “the limits of my language are the limits of my world” atau “had penguasaan bahasa saya ialah had dunia saya”. Dengan kata lain, sekiranya penguasaan bahasa kita lemah... tak kiralah bahasa apa yang kita gunakan untuk berfikir, maknanya lebih terbataslah kebolehan kita untuk berfikir dalam memahami dunia yang kita diami ini. Betul ke kalau kita simpulkan begini?
Ada orang pula berpendapat, sesetengah bahasa itu lebih baik daripada bahasa-bahasa yang lain kerana ketepatan istilah yang dimiliki. Dikatakan bahasa-bahasa yang terbaik ialah bahasa Arab, Hebrew, Sanskrit dan Portugis. Jika hal ini benar, adakah ini bermakna... sesiapa yang berfikir di dalam bahasa-bahasa ini lebih mudah menguasai ilmu-ilmu dan dapat berfikir dengan lebih baik?
Sekarang cuba bayangkan mereka yang dilahirkan pekak dan bisu pula... Mereka membesar tanpa pernah mendengar dan mempelajari sebarang bahasa khusus. Bagaimanakah cara mereka berfikir? Sekiranya mereka belajar bahasa isyarat tangan pula, adakah setiap kali berfikir mereka akan melakukan monolog bahasa isyarat tangan di dalam minda mereka?
Persoalan lain yang juga timbul ialah... benarkah tiada cara lain untuk kita berkomunikasi atau berfikir melainkan bermonolog menggunakan bahasa? Tak bolehkah kita berfikir tanpa bahasa? Apa benda sebenarnya bahasa ini? Tidakkah anda dapat merasakan bahawa bahasa ini telah dikuatkuasakan ke atas manusia supaya ianya menjadi pagar atau lebih tepat lagi penjara bagi menghadkan fikiran kita sebagai manusia?
Pernahkah kita terfikir bahawa sewaktu kita berfikir... kita bermonolog ke atau sebenarnya kita bukan bermonolog dan dalam diri kita memang ada dua karektor atau lebih yang sentiasa berbual-bual di antara satu sama lain? Malah pernah kah anda merasakan yang di dalam diri anda ada bermacam-macam karektor yang bergilir-gilir mengambil alih menyuarakan kehendak dan fikiran masing-masing? Apakah sebenarnya yang sedang berlaku di dalam hal ini?
Ok... cukup dulu la yer. Nanti sambung lagi.
Wassalam - zulsegamat

EX NIHILO, NIHILO FIT Part 3 of 27




Part 3 of 27

"Mustika"? Apa benda tu? Lagu M. Nasir kah? Majalah Mustika kah? Jamu Mustika Ratu kah?

Mungkin ramai di antara kita yang tidak pernah mendengar tentang objek-objek yang dikatakan ajaib dan mempunyai khasiat yang hebat diberi gelaran "mustika". Tapi, mungkin ramai yang pernah mendengar istilah "geliga". Ya, "mustika" dan "geliga" ialah benda yang sama.

Bagi peminat atau pemburu "mustika" ini, tentu sahaja tahu "mustika" paling sering ditemukan dalam bentuk batu. Rupanya tidak semestinya cantik dan kadang-kadang sama sekali tidak cantik. Khasiatnya macam-macam... daripada pelaris, pemanis, pengasih dan kebal hinggalah dikatakan mampu membuka hijab pandangan disertai dengan kebolehan-kebolehan luar biasa lain.

Sebenarnya, "mustika" atau "geliga" ini adalah kebanyakannya berasal daripada pulau yang diduduki Dajjal. Kat mana pulau tu? Nanti la cerita. Di dalam “mustika” terkandung khasiat-khasiat, ilmu-ilmu dan kadang-kadang khodam yakni Jin yang sedia berkhidmat untuk kita. Jin tu apa benda pulak?

Bagaimanakah nak mendapatkan "mustika"? Di waktu akhir zaman ini... banyak "mustika" yang sengaja memunculkan dirinya untuk dikutip oleh manusia. Maknanya... tak payah susah-susah cari... dia datang sendiri. Tapi ramai juga yang bersungguh-sungguh mencarinya di dalam hutan, atas gunung, dalam gua dan tidak kurang pula yang menjalankan pelbagai upacara bagi memunculkan "mustika" ini.

Adakah salah di sisi agama Islam sekiranya percaya kepada kebolehan dan keajaiban "mustika"? Ramai yang mengatakan ianya tidak salah dan hanya menjadi kesalahan atau syirik jika kita menganggap ianya berkebolehan seperti Allah dan kita meminta daripada "mustika" seperti kita meminta daripada Allah. Tapi tak salah sekiranya kita menggunakan khasiat "mustika" sambil tetap memohon daripada Allah... boleh ke begitu? Tak berani saya nak menjatuhkan hukum... Saya rasa biarlah orang yang ahli sahaja yang mengeluarkan fatwa.

Bagi saya, adalah lebih baik kita berpegang kepada hakikat bahawa... "Hasbunallahu wa niqmal Wakil, niqmal Maula wa niqmanNashir"...

Menyambung cerita tentang "mustika" atau "geliga" ini, adalah satu anugerah Allah kepada Dajjal di mana dia boleh membuat "geliga" buatan sendiri. Ya... hebat sungguh ilmu yang Allah kurniakan kepada Dajjal ini.

Ish... banyak kali pulak dok sebut nama Dajjal ni. Siapa dia Dajjal? Daripada mana asal-usulnya? Nanti-nanti la yer... sekarang kita fokus kat cerita “mustika” atau “geliga” dulu.

Walaupun demikian, sama ada kita sedar atau tidak... "geliga" buatan sendiri oleh Dajjal ini boleh kita beli di shopping mall malah bersepah-sepah dijual di kedai-kedai tepi jalan. Aku ni pun dok bercakap sedap jer... aku sendiri pun membeli dan menggunakan "geliga" Dajjal ini.

Tetapi nama "geliga" yang dijual merata-rata ini tak la dipanggil "geliga"... mesti pakai nama komersial serta moden la... mesti pakai nama omputih. Al-maklum, di zaman moden ini, nama “mustika” atau “geliga” ni macam kuno sangat nak menyebutnya.

"Geliga" buatan Dajjal ini biasa kita dengar namanya iaitu "INTEL" dinamakan sempena perkataan "Intelligent"... biasa dengar ungkapan bagi orang yang intelligent iaitu "otak bergeliga" atau "tak sangka, ada geliga rupanya dalam kepala otak ko"... dan sebagainya. Pastu... banyak la jugak "geliga" lain yang dibuat tak guna nama INTEL... al-maklum OEM la katakan a.k.a. white label.

Di waktu akhir zaman ini, semua orang membawa atau mengguna "geliga" masing-masing dalam bentuk notebook, tablet PC, handphone dan pelbagai lagi smart devices.

Memikirkan perkara-perkara ini... rasanya tidak keterlaluan kalau dikatakan... silap-silap kita boleh jatuh syirik dengan mengharapkan rezki atau kekayaan daripada "geliga" Dajjal ini sekiranya kita terlupa rezki dan kekayaan hanya datang daripada Allah. Kita wajib meminta daripada Allah sahaja dan bukan kepada "geliga" yang kita beli di shopping mall ini.

On another note, cuba bayangkan kalau budak umur 3 atau 4 tahun dapat main Tablet PC macam iPad dan Galaxy Tab tu. Semua mender-mender yang dia mintak, Tablet PC boleh tunjukkan atau munculkan. Silap-silap bebudak kecik yang masih tak faham ni ingat Tablet PC tu macam Tuhan plak.... (hehehh...extreme thoughts... but it can happen).

Okay la. Nanti sambung lagi.

Wassalam - zulsegamat

Khamis, 18 September 2014

EX NIHILO, NIHILO FIT ; Part 2 of 27

Part 2 of 27
Saya mulakan dengan terjemahan beberapa ayat suci Al-Quran seperti berikut:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui” [QS,36:36]
“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan” [QS,43:12]
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah” [QS,51:49]
“dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan” [QS,78:8]
Selepas itu, mari kita lihat pula asal-usul perkataan “intelligence”. Perkataan “intelligence” asalnya di ambil daripada perkataan Latin “inter-lagere” yang bermaksud boleh membuat pilihan.
Nanti... nanti duluuuu.... Apa semua ni? Kejap cerita tentang terjemahan ayat2 suci Al-Quran... pastu tiba2 ajer... masuk pasal asal-usul perkataan “intelligence” pulak? Dah gila ke?
Bertenang ... bertenang... Ada sebab musababnya.... saya mohon maaf kalau intro begini membuatkan anda hampir hilang sabar... Saya faham perasaan anda... malah saya sendiri pun hampir hilang sabar sewaktu menulis nukilan ini.
Sekarang saya mohon untuk membuat penerangannya.
Setiap hari, tidak kira sama ada kita mahu atau pun tidak mahu... kita kena membuat beribu2 pilihan. Contohnya... apabila celik sahaja mata kita daripada tidur... kita sudah perlu memilih... nak bangun tidur ke atau nak sambung tidur? Kalau nak bangun tidur, nak terus mandi ke atau nak berus gigi dulu atau nak duduk2 dulu? Kalau nak sambung tidur pula... perlukah kita memasang semula “alarm clock” kita atau pun tidak? Dan begitulah seterusnya... tak henti2 kita kena membuat pilihan.
Dah siap berus gigi dan mandi... kena pilih pulak nak pakai baju merah atau baju biru? Nak sikat rambut belah tengah atau belah tepi? Nak pakai perfume Burberry atau perfume Bvlgari? Nak minum kopi atau teh? Nak makan terus atau nak makan di opis? Masih nak pergi kerja atau nak ambik MC? Ish...ish... tak sampai sejam kita bangun tidur... macam2 pilihan kita dah kena buat.
Sebenarnya... pilihan kita itu adalah berbentuk mudah sahaja. Kita hanya perlu memilih di antara “YA” atau “TIDAK”, “MAHU” atau “TIDAK MAHU”, “INI” atau “ITU”, “SUKA” atau “TIDAK SUKA”, “BOLEH” atau “TIDAK BOLEH” dan seterusnya.... ibarat sebuah komputer yang berfikir dalam bentuk binari yang berpasang-pasangan.
Komputer pun macam kita juga... hanya perlu memilih “1” atau “0”, “ON” atau “OFF”... itu sahaja. Akan tetapi, apabila beribu2 pilihan telah dibuat malah mungkin berjuta2 pilihan yang telah dibuat di dalam sehari, maka wujudlah pelbagai situasi kompleks yang kadang-kala kita rasa sukar untuk dihuraikan. Macam mana boleh jadi begini?
Sekarang anda sudah nampak, kaitan ayat2 suci Al-Quran tadi dan perkataan “intelligence”? Kita sebagai manusia yang dikurniakan "intelligence" tidak dapat lari daripada membuat pilihan daripada pasangan “1” atau “0” seperti sebuah komputer.
Ishhhh... kita ni sebuah komputer ke? Alam sejagat ni pun komputer jugak ke?
Kalau mengikut salah satu ajaran Melayu Kuno (ni kuno habis la ni... beribu2 tahun punya kuno ni), inilah intipati kehidupan manusia. Hidup kita tidaklah susah sebenarnya... hanya perlu memilih di antara dua perkara sahaja iaitu “PATUH” ataupun “ENGKAR”.... “1” ataupun “0”.
Sekiranya kita selami falsafah ajaran ini, kita akan dapat nampak bahawa kita tidak boleh hidup hanya dengan “PATUH” sahaja sepanjang masa... dan kita juga tidak boleh hidup dengan “ENGKAR” sahaja sepanjang masa. Kita perlukan kombinasi kedua2 pasangan ini... “PATUH” dan “ENGKAR”... “1” dan “0”. Kejap “PATUH”, kejap “ENGKAR”... baru la hidup kita akan menghasilkan makna dan mencapai sesuatu maksud. Maksud apa?
Setakat ini... adakah anda faham? Kalau tak faham... jangan sambung baca kerana anda akan semakin bertambah tidak faham nanti. Elok baca semula daripada awal Part 2 ini atau lebih baik... baca semula daripada Part 1. Kalau faham, takper... sila teruskan pembacaan anda...
Sekarang... cuba fikirkan soalan-soalan ini pula.
Adakah seekor ular sedar yang dirinya adalah seekor ular? Adakah sama kesedaran ular ini dengan kesedaran manusia? Adakah anda sedar yang anda sedang menjadi diri anda? Atau... Adakah anda sedar yang anda sedang menjadi diri orang lain dan bukan diri anda? Adakah anda sedar yang anda kadangkala “SEDAR” dan kadangkala “TIDAK SEDAR”. Ini pun satu lagi contoh pasangan yang tidak boleh dipisahkan.
Demikianlah... misteri kehidupan yang sangat asas ini pun kita tidak dapat faham lagi. Al-maklum... kita ni kadangkala “FAHAM” dan kadangkala “TIDAK FAHAM”.
Okay... cukup la rasanya setakat ini dulu. Sebenarnya, dialog2 atau kata2 di atas bukanlah hasil fikiran saya sendiri. Saya mendengarnya daripada seseorang yang dianggap tidak siuman oleh masyarakat kita. Ya... saya mendengarnya daripada seorang yang dianggap “gila” sewaktu saya sedang menunggu bas untuk pulang ke Segamat di Stesen Bas Muar. Pada masa itu, saya masih bersekolah si sebuah sekolah menengah berasrama penuh di Tanjung Agas, Muar.
Semenjak daripada peristiwa itu, setiap kali saya hendak pulang ke Segamat, saya akan mencari orang “gila” ini untuk mendengar kata2 nya. Pada saya... dia tidak gila.
InsyaAllah... bersambung lagi nanti.
Wassalam -zulsegamat

Selasa, 16 September 2014

EX NIHILO, NIHILO FIT Part 1 of 27


Part 1 of 27
Lambat laun kita akan tiba juga di suatu ketika di mana kita akan berhenti dan bertanya... “Ini sahajakah kehidupan di dunia ini?” Dilahirkan di suatu tempat. Dibesarkan di suatu tempat. Pergi ke sekolah rendah, sekolah tinggi dan sekolah yang lebih tinggi (Kolej atau Universiti) di mana kita belajar sesuatu yang telah ditetapkan oleh suatu watak yang kita panggil “pihak berkuasa”.
Dengan pengetahuan yang kita telah susah payah timba ini, kita seterusnya dipaksa masuk pula ke alam pekerjaan dan mula bekerja bagi mendapatkan sesuatu yang yang dipanggil “wang”. Ya... kita telah diajar untuk merasakan wang amat penting untuk membolehkan kita meneruskan hidup. Semakin lama kita hidup, semakin banyak wang yang kita perlukan. Tidak boleh hidupkah tanpa wang? Kita tinggalkan dulu persoalan tentang wang dan kita tengok pula tentang sesuatu yang lain.
[Nota: Daripada Part 1 hinggalah Part 21 nanti... beginilah keadaannya. Kita akan meloncat daripada suatu hal kepada suatu hal yang lain sehinggalah tiba di Part 22 hingga Part 27 nanti, barulah kita boleh membuat perkaitan tentang semua hal yang meloncat-loncat ini]
Pernahkah kita terfikir... apa sahaja yang kita rasa kita kini tahu adalah datangnya daripada saluran-saluran yang telah ditetapkan. Ditetapkan oleh siapa?
Daripada program-program televisyen serta radio, kandungan buku-buku, kandungan majalah-majalah serta suratkhabar hinggalah kepada sukatan pembelajaran di semua peringkat sekolah yang kita lalui... ianya adalah dikawal serta ditetapkan oleh suatu makhluk, lembaga atau entiti yang tidak pernah kita kenali. Kita juga sukar untuk menolak hakikat bahawa apa yang diajarkan oleh ibubapa, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan masyarakat sekeliling kita juga berasal daripada saluran-saluran yang telah ditetapkan ini sejak zaman berzaman. Ada juga yang mungkin bertanya... “bagaimana pula dengan internet?” Jawapannya tetap sama... kandungan internet pun asalnya ialah daripada saluran-saluran yang telah disebutkan sebelum ini.
Persoalan-persoalan perdana yang timbul di sini ialah... Ada kemungkinankah entiti berkuasa yang tidak kita kenali ini dengan sengaja telah menetapkan kandungan-kandungan serta saluran-saluran pengetahuan kita dengan tujuan-tujuan tertentu? Mungkinkah salah satu tujuannya ialah untuk menghalang kita daripada mengetahui sesuatu? Jika benar begitu... Apakah yang mereka tidak ingin kita tahu?
Seseorang pernah mengajarkan kepada saya... semua yang terkandung di dalam alam ini hanyalah asalnya daripada benang-benang halus yang bergetar. Benang-benang ini sangat halus sehingga tiada mikroskop yang cukup hebat untuk kita melihatnya.
Hanya benang-benang halus yang bergetar? Benarkah begitu?
Benang-benang ini pula dikatakan menerima arahan-arahan daripada suatu sumber kuasa yang memberikan “arahan-arahan suci (divine instructions)”. Apabila menerima arahan, benang-benang ini hanya berbuat dua perkara sahaja... benang-benang ini hanya tahu untuk kadang-kadang patuh dan kadang-kadang engkar. Itu sahaja kerjanya benang-benang ini. Benang-benang ini ada yang panjang menjalar dan ada pula yang hujungnya saling bersentuhan membentuk bulatan-bulatan.
Kebelakangan ini, saintis-saintis sekular telah mula mengakui kemungkinan bahawa benang-benang halus ini mungkin benar-benar wujud. Mereka memanggil kajian tentang benang-benang halus ini sebagai “Teori Benang”, “String Theory” atau “M-Theory”.
Sekarang cuba bayangkan... kita mempunyai kuasa membentuk benang-benang ini untuk menjadi apa sahaja yang kita suka. Ada yang kita arahkan untuk menjadi huruf “A”, “B”, “C” sehinggalah huruf “Z”. Daripada huruf-huruf ini kita boleh membentuk perkataan-perkataan yang kemudiannya boleh pula diatur menjadi ayat-ayat.
Sekarang cuba bayangkan pula, apa yang akan terjadi apabila ada benang-benang yang kita telah arahkan tadi engkar? Yang kita arahkan untuk jadi huruf “A” tiba-tiba engkar arahan dan menjadikan diri mereka huruf “H”. Yang kena jadi “B” tiba-tiba engkar arahan dan menjadikan diri mereka huruh “P”. Apa pula akan jadi kepada perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang dibina daripada benang-benang yang engkar ini?
Baiklah... setakat ini dahulu. Tujuan nukilan EX NIHILO NIHILO FIT (Part 1 of 27) adalah untuk percubaan sahaja. Bagi anda yang merasakan ianya hanyalah mengarut atau tidak berfaedah... tidak mengapalah. Harap abaikan sahaja nukilan ini. Akan tetapi, bagi yang ada minat... InsyaAllah saya akan sambung tulis lagi bahagian-bahagian yang seterusnya bila ada mood nanti.
Wassalam - zulsegamat

Khamis, 3 Julai 2014

ILUSI MASA




Semua yang diterangkan sebelum ini di dalam nukilan "ILUSI DUNIAWI" telah menunjukkan sebuah 'ruang 3 dimensi' sebenarnya adalah tidak wujud. Ia hanyalah prejudis yang diinspirasi oleh persepsi dan manusia menjalani kehidupannya di dalam 'ruang kosong'. Untuk mendakwa sebaliknya adalah bertentangan dengan sebab dan kebenaran sains kerana tidak terdapat bukti kewujudan sebuah dunia 3 dimensi yang sah.

Persepsi Masa

Persepsi yang kita gelar masa sebenarnya adalah perbandingan suatu ketika dengan ketika yang lain. Sebagai contoh, apabila anda mengetuk sebuah meja anda akan mendengar suatu bunyi. Apabila anda mengetuk meja yang sama 5 minit kemudian anda akan mendengar objek yang kedua. Situasi ini dinamakan sebagai selang waktu. Tetapi di saat mendengar bunyi kedua, bunyi pertama tadi tidak lebih dari sebuah pembayangan mental. Ia hanyalah sekadar satu bit maklumat di dalam memorinya. Kita dapat merumuskan konsep masa dengan membandingkan saat kini dengan apa yang terkandung di dalam memorinya. Sekiranya perbandingan ini tidak dilakukan, maka apa yang dipanggil masa tidak wujud.

Ringkasnya, masa wujud hasil daripada perbandingan yang dilakukan di antara beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai memori, maka otaknya tidak akan dapat membuat tafsiran seperti ini dan dengan itu persepsi masa tidak mungkin terbentuk. Punca mengapa seseorang itu merasakan dirinya 30 tahun adalah kerana dia telah mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tiga puluh tahun ini.

Contoh penting... seperti berikut...

Anggaplah bahawa kita dimasukkan ke dalam sebuah bilik yang hanya mempunyai sebuah tingkap dan kita ditempatkan di situ untuk beberapa lama. Sebuah jam diletakkan supaya kita dapat melihat jumlah masa yang berlalu dan pada masa yang sama, kita dibenarkan melihat matahari terbenam dan timbul pada suatu perbezaan masa tertentu melalui tingkap bilik tersebut. Beberapa hari kemudian, jawapan yang kita berikan tentang tempoh masa yang telah diluangkan di dalam bilik tersebut berdasarkan kepada maklumat yang telah kita himpun dengan melihat kepada jam dari masa ke semasa dan kepada pengiraan yang kita lakukan dengan merujuk kepada berapa kali matahari terbenam dan terbit.

Anggaplah, kita anggarkan kita telah menghabiskan masa di dalam bilik tersebut selama 3 hari. Tetapi, sekiranya org yang memasukkan kita ke dalam bilik tersebut datang dan menyatakan bahawa kita telah meluangkan masa selama 2 hari di dalam bilik tersebut dan bahawa jam di dalam bilik tersebut telah diaturkan untuk bergerak pantas dan matahari yang kita lihat melalui tingkap telah dihasilkan oleh sebuah mesin simulasi, maka perkiraan yang kita lakukan itu tidak mempunyai sebarang erti.

Contoh ini membuktikan bahawa maklumat yang kita miliki tentang kadar berlalunya masa adalah berdasarkan kepada rujukan relatif. Teori Asas Relativiti Einstein menyatakan bahawa kelajuan masa berubah berdasarkan kepada kelajuan sesuatu objek dan kedudukannya di dalam medan graviti. Apabila kelajuan bertambah, masa akan menjadi singkat, mampat, menjadi perlahan seolah-olah ia berada tahap berhenti.

Fahami dengan teliti...

Mari kita jelaskan dengan sebuah misal yang dibuat oleh Einstein sendiri. Bayangkan dua org kembar, seorang tinggal di bumi dan seorang lagi mengembara di angkasa lepas pada kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan cahaya. Apabila kembali, si pengembara akan mendapati saudaranya telah membesar lebih tua daripadanya. Puncanya adalah kerana masa berjalan lebih perlahan kepada orang yang bergerak pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya. Jika ibarat yang sama dilakukan kepada seorang ayah yang menjadi pengembara angkasa lepas dan anaknya tinggal di bumi, sekiranya si ayah berusia 27 tahun ketika memulakan pengembaraan dan anaknya berusia 3 tahun, maka apabila si ayah kembali ke dunia 30 tahun kemudian (masa bumi) anaknya akan berusia 33 tahun tetapi ayahnya baru berusia 30 tahun.

Sungguh menarik....

Adalah tidak mustahil untuk melihat bukti saintifik bahawa masa adalah sebuah persepsi psikologi yang bergantung kepada peristiwa, latar dan keadaan di dalam banyak ayat Al-Quran. Misalnya, hidup manusia ini adalah sementara seperti yang disebutkan oleh Al-Quran:

(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaan-Nya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal dalam kubur hanya sebentar.(Surah Al-Isra:52)

Dan Ingatlah ketika Tuhan himpunkan mereka pada hari kiamat kelak, dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima alasan, dan yang tidak mendapatkan petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia). (Surah Yunus:45)

Di dalam beberapa ayat telah dijelaskan bahawa manusia menerima masa secara berbeza dan kadang-kala manusia menerima satu jangka masa yang sgt pendek atau sgt panjang. Perbualan manusia berikut yang berlangsung ketika hari perhitungan di Akhirat merupakan sebuah contoh yang baik:

Allah bertanya lagi:"Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab: kami tinggal selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan malaikat yang menjaga urusan menghitung Allah berfirman; "Kamu tidak tinggal di dunia melainkan sedikit masa sahaja, sekiranya kamu dahulu mengetahui hal ini. (Surah Al-Mukmunun:112-114)

Di dalam ayat yang lain pula menjelaskan bahawa masa dapat berlangsung pada jarak yang berbeza di dalam tempat-tempat yang berbeza:
Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.(Surah Al-Hajj: 47)

Semua ayat ini menerangkan ekspresi relativiti masa. Kenyataan bahawa hasil ini yang baru difahami melalui bidang sains mutakhir abad ke-21, yang telah disampaikan kepada manusia 1400 tahun dahulu oleh Al-Quran, merupakan tanda bahawa Al-Quran telah diturunkan Allah s.w.t yang menguasai seluruh masa dan ruang.

Bagaimana dengan kisah Ashabul-Kahfi?

Sejumlah kenyataan di dalam Al-Quran menunjukkan bahawa masa adalah sebuah persepsi. Ini jelas dalam kisah tamadun silam. Sebagai contoh, Allah telah membiarkan Ashabul-Kahfi, sekumpulan orang-orang yang beriman yang disebutkan di dalam Al-Quran berada dalam tidur yang lena selama lebih daripada 3 kurun. Apabila mereka terjaga, mereka merasa bahawa mereka telah berada di negeri tersebut sekejap sahaja dan tidak dapat mengagak berapa lama mereka tidur.

Lalu kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun yang banyak bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan mereka dari tidurnya, untuk Kami menguji siapakah dari 2 golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu) (Surah Al-Khafi:11-12)

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka dari tidur, supaya mereka bertanya-tanya sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "berapa lama kamu tidur?" sebahagian dari mereka menjawab :"kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". sebahagian lagi dari mereka berkata:" Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke Bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana2 jenis makanan yang lebih baik lagi halal, kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya dan hendaklah ia beramah lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di Bandar) dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapa pun menyedari akan hal kau.(Surah Al-Khafi:19)

Seperti yang disebutkan di dalam ayat tersebut, manusia tidak berupaya untuk mengetahui berapa lama dia tidur. Dalam keadaan ini, untuk mendakwa bahawa masa adalah mutlak adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Semoga bermanfaat difikir2 kan.

Public Secret - Allahu'alam... Wassalam

Rabu, 2 Julai 2014

ILUSI DUNIAWI



Perkara ini adalah antara kebenaran terhebat yang mungkin tidak akan diberitahu kepada kamu sepanjang hidup. Dengan membuktikan bahawa seluruh dunia material adalah kewujudan bayangan, subjek ini merupakan kunci untuk memahami kewujudan dan ciptaan Allah sekaligus memahami bahawa hanya Dia satu-satunya yang wujud.

Mereka yang memahami perkara ini menyedari bahawa dunia ini bukanlah tempat seperti yang dilihat oleh manusia umum. Dunia ini benar-benar dianggap wujud oleh mereka yang merayau tanpa tujuan di tepi jalan yang terlibat di dalam pergaduhan di kelab-kelab malam, yang menunjuk-nunjuk di cafe mewah, yang bermegah dengan harta dan pangkat. Dunia ini adalah sebuah himpunan persepsi iaitu sebuah ilusi. Kita hanyalah kewujudan bayangan yang melihat persepsi ini di dalam minda tetapi gagal menyedarinya. Dan kita pasti akan sedar apabila kita meninggalkan dunia yang fana ini.

Kita dapat menjelajah di balik hal ini dengan cara berta'amul secara peribadi. Untuk ini, kita harus memusat dan menumpukan perhatian serta menghayati cara memerhati dan menyentuh objek sekeliling. Sekiranya kita benar-benar mengambil perhatian, kita dapat merasakan bahawa suatu makhluk lain yang sedang melihat, mendengar, menyentuh, memikir dan membaca blog ketika ini sebenarnya ialah roh yang melihat persepsi yang di panggil kebendaan pada sebuah skrin. Mereka yang berjaya memahami hal ini dianggap telah dapat berganjak daripada kawasan dunia material yang menipu kebanyakan manusia dan telah memasuki kawasan kewujudan yang hakiki.

Sekalipun kebenaran fakta ini tidak diendahkan dan menipu dirinya dengan menganggap semua yang dimiliki benar-benar wujud, tetapi di akhirnya ia akan mati dan di hari kemudian segala akan menjadi jelas apabila kita diciptakan untuk kali kedua. Pada hari tersebut, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam.(Surah Qaf :12) dan segalanya akan menjadi jelas. Tetapi sekiranya mereka di dunia dahulu menghabiskan seluruh hidupnya mengejar matlamat khayalan, maka pada hari ini mereka berharap sekiranya mereka tidak dibangkitkan untuk kali kedua ini dan berkata ; Aduhai sekiranya kematian itulah yang menyelesaikan segalanya, hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku, telah hilang kekuasaanku daripadaku. (Surah Al-Haqqah:27-29)

Di dalam Al-Quran situasi golongan yang mengejar ilusi di dunia ini dan melupakan Pencipta mereka telah dijelaskan seperti berikut
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkakanya air oleh orang yang dahaga, sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu, dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya dan ingatlah Allah Amat segera hitungan hisab-Nya. (Surah An-Nuur:39)

Bab yang anda sedang baca ini mendedahkan satu rahsia terbesar di dalam hidup anda. Anda perlu mengkajinya dengan baik dan teliti kerana ia berkaitan dengan subjek yang pasti akan mengubah sama sekali pandangan anda terhadap dunia. Subjek-subjek di dalam blog ini bukan hanya satu pandangan, satu pendekatan atau satu kepercayaan falsafah kuno: akan tetapi ia diakui oleh setiap orang, samada mereka mempercayainya atau tidak, dan ia juga telah dibuktikan oleh dunia sains hari ini... kalau ada minat, scroll lah hingga ke dasar.

Seperti yang telah dinyatakan lebih awal, satu dari faktor paling penting yang mendorong golongan tidak beriman menganggap agama secara negatif ialah pandangan mereka yang berdasarkan kepada kriteria duniawi. Mereka mempercayai bahawa hidup adalah terhad di dunia ini dan bertingkahlaku selaras dengan kecenderungan yang meluap-luap terhadapnya, seperti yang dirakamkan di dalam sepotong ayat al-Qur’an:

Hidup itu tidak lain hanya hidup kamu di dunia: kami mati dan hidup dan kami tidak akan dibangkitkan. Surah al-Mukminun: 37

Akibat tergoda kepada nilai keduniaan, mereka gagal memiliki persepsi yang tepat terhadap kebendaan di sekeliling mereka. Mereka melihat setiap kejadian terlepas bebas daripada Allah dan gagal memahami bahawa segala yang wujud adalah dengan kehendak-Nya. Allah menerangkan pandangan hidup mereka sebagai berikut:

Mereka hanya mengetahui yang lahir dari kehidupan duniawi sedangkan mereka lalai tentang akhirat. Surah ar-Ruum: 7

Di sana terdapat sebuah kebenaran yang gagal mereka fahami sepanjang hidup. Di saat mereka berusaha bermati-matian untuk memuaskan keinginan dan hawa nafsu dengan berbohong, memperlekehkan ajaran agama, menabur fitnah terhadap golongan mukmin, mengancam dan sebagainya, mereka sama sekali tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya berada di dalam kejahilan yang amat sangat, seperti yang akan ditunjukkan di dalam lembaran berikutnya.

Misteri Di Sebalik Material /Materi / Materialisme

Setiap organ pancaindera manusia - penglihatan, pendengaran, menghidu, merasa dan menyentuh – berfungsi dengan cara yang serupa. Rangsangan (seperti cahaya, bunyi, bau, rasa, tekstur dan sebagainya) datang dari arah objek yang dianggap wujud di dunia luar sebenarnya dihantar melalui saraf kepada pusat penderiaan di dalam otak. Semua rangsangan ini yang terdiri daripada isyarat elektrik akan sampai ke otak.

Sebagai contoh, sewaktu proses penglihatan, sinaran cahaya (foton) yang memancar dari sebuah sumber di dunia luar sampai ke retina di belakang mata dan kemudian dittukar menjadi isyarat elektrik melalui sesiri beberapa proses. Isyarat ini dipindahkan melalui saraf ke pusat penglihatan di dalam otak. Sekaligus, sebuah dunia tiga dimensi, berwarna warni dan terang benderang diterima di dalam pusat penglihatan yang hanya sebesar saiz beberapa kubik sentimeter.

Sistem yang sama juga benar bagi deria yang lain. Sejenis rasa ditukar menjadi isyarat elektrik oleh beberapa sel yang terletak pada lidah. Bau juga ditukar menjadi isyarat elektrik oleh sel di dalam epitelium hidung. Pengesan khusus terletak di bawah permukaan kulit bertanggungajwab menukarkan impuls sentuhan (seperti rasa keras atau lembut) menjadi isyarat elektrik dan sejenis mekanisme khusus di dalam telinga menukar bunyi menjadi isyarat elektrik. Semua isyarat ini kemudian dihantar ke pusat berkaitan di dalam otak dan diterima di dalamnya.

Contoh berikut akan lebih menjelaskan. Anggaplah anda sedang minum secawan kopi. Rasa keras dan panas cawan tersebut ditukar menjadi isyarat elektrik melalui sejenis reseptor di bawah permukaan kulit dan dihantar ke otak. Serenti itu, bau kopi yang kuat, rasanya dan warnanya yang hitam pekat turut menjadi isyarat yang samapi ke otak. Bunyi yang didengar ketika cawan menyentuh permukaan meja diterima di dalam telinga dan dihantar ke otak sebagai suatu isyarat elektrik. Semua persepsi ini ditafsirkan di pusat yang berkaitan di dalam otak, yang bekerja secara harmoni di antara satu sama lain.s ebagai suatu hasil kumulatif semua impuls ini, anda akan merasa sedang meneguk secara kopi. Sementara segalanya terjadi di dalam pusat deria di dalam otak, anda sebaliknya menganggap segala yang anda terima ketika itu memiliki kewujudan di dunia luar.

Akan tetapi, kita tersilap kerana kita tidak memiliki sebarang bukti bahawa perasaan yang kita terima di dalam otak memiliki sebarang kewujudan yang mutlak di luar dari bahagian kepala. Amat jelas, ini adalah sebuah realiti penting yang layak dipertimbangkan dengan berhati-hati. Sehingga kini, anda beranggapan segala yang anda lihat di sekeliling memiliki kewujudan yang mutlak. Akan tetapi, dunia sains sebaliknya telah mendedahkan bahawa adalah amat mustahil untuk membuktikan objek di dunia luar memiliki sebarang kewujudan material yang mutlak.

Apa yang secara ringkas diterangkan di sini adalah antara kebenaran hebat yang dapat diperhatikan di dalam hidup kita sendiri.

Apa yang Wujud di Dunia Luar?

Apa yang dibincangkan sejauh ini menunjukkan bahawa kita sebenanrnya hanya hidup di dalam otak dan bahawa otak kita tidak dapat menerima apa pun selain dari yang disampaikan kepada kita melalui organ penderiaan. Untuk meneruskannya: Adakah apa yang kita terima itu benar-benar wujud atau ia hanya sekadar ilusi? Dan adakah di sana keperluan terhadap sebuah dunia luar untuk kita melihat dan mendengar?

Sebenarnya tidak! Untuk menerima sensasi-sensasi deria, kita sama sekali tidak berhajatkan kepada kewujudan sebuah dunia luar. Dengan diberi jenis rangsangan yang tepat, sensasi seperti sentuhan, penglihatan, suara dan sebagainya dapat terbentuk di dalam otak. Contoh yang paling baik berhubung fakta ini adalah mimpi.

Sewaktu bermimpi, badan anda biasanya kekal tanpa sebarang pergerakan di dalam bilik yang sunyi dan gelap, sementara mata pula tertutup. Di sana tidak terdapat sebarang cahaya mahu pun suara atau pun sebarang rangsangan lain daripada dunia luar yang sampai ke otak untuk dialami. Namun begitu, di dalam mimpi, kita menerima pengalaman yang sangat serupa jika dibandingkan dengan dunia sebenar di luar. Di dalam mimpi juga kita akan bangkit dan bersiap ke tempat kerja, atau pun sedang dalam percutian bermandikan kehangatan sinaran matahari.

Bahkan, di dalam mimpi, anda tidak meragui realiti apa yang anda alami. Hanya setelah terjaga, barulah anda menyedari bahawa seluruh pengalaman tersebut hanyalah sebuah mimpi. Anda bukan sahaja mengalami perasaan seperti takut, bimbang, gembira dan sedih tetapi juga melihat pelbagai gambaran imej, mendengar bunyi dan menyentuh alam kebendaan. Akan tetapi, di sana tidak terdapat sebarang sumber fizikal yang menghasilkan semua sensasi dan persepsi ini kerana hakikatnya anda sedang terbaring kaku di atas katil.

Descartes, seorang ahli falsafah terkemuka, menawarkan hujah berikut berkenaan hakikat mimpi yang mengejutkan ini:

Di dalam mimpi, saya melihat bahawa saya sedang melakukan pelbagai perbuatan, saya pergi ke banyak tempat; di saat saya terjaga, akan tetapi, saya melihat bahawa saya tidak melakukan atau pergi ke mana-mana dan bahawa saya terlentang dengan tenang di atas katil. Siapa yang dapat mengesahkan kepada saya bahawa saya juga tidak bermimpi ketika ini, masa akan datang, dan bahawa seluruh hidup saya bukanlah sebuah mimpi?

Seperti mimpi yang kita alami seolah-olah nyata dan hanya menyedarinya bahawa ia adalah sekadar mimpi ketika terjaga, begitu jugalah kita tidak dapat memastikan bahawa apa yang kita alami sekarang ini adalah suatu realiti. Hal ini mengisyaratkan bahawa suatu saat kelak kita pasti akan terjaga dari kehidupan di atas muka bumi ini, yang kita percaya kita hidup di dalamnya sekarang dan memulakan sebuah kehidupan yang hakiki. Kita tidak memiliki sebarang bukti yang membuktikan hal yang sebaliknya. Pun begitu, sains telah menyediakan penemuan penting yang membuktikan bahawa apa yang kita alami sekarang ini sebenarnya tidak memiliki sebarang kewujudan yang hakiki.

Kenyataan yang timbul pada titik ini adalah jelas. Sementara kita menganggap bahawa dunia yang kita hidup kini wujud, atau pun memikirkan bahawa kita hidup di dalam dunia itu, sebenarnya di sana tidak terdapat sebarang hujah yang kukuh bagi kita untuk mendakwa bahawa dunia seumpama itu memiliki sebuah realiti material. Kemungkinan besar, ia hanyalah sekadar persepsi tanpa sebarang realiti material yang merangsang secara tiruan.

Adakah Otak Terasing dari Dunia Luar?

Seperti yang telah dibincangkan sejauh ini, sekiranya setiap kebendaan yang kita ketahui hanyalah sekadar himpunan persepsi yang terhasil dalam diri, bagaimana pula tentang otak iaitu tempat melihat dan mendengar? Bukankah ia terbina daripada atom dan molekul seperti yang lain?

Seperti mana segalanya yang kita panggil materi, maka otak juga adalah sejenis persepsi. Ia adalah pepejal daging yang kita terima melalui deria. Seumpama kebendaan lain yang kita anggap kewujudannya di dunia luar, maka demikian jugalah otak sebenarnya adalah sekadar sebuah ilusi. Sekiranya hal ini yang realiti, maka apakah yang menerima segala-galanya, yang melihat, mendengar, menyentuh, menghidu dan merasa, sekiranya bukan otak?

Pada titik ini, kita berhadapan dengan fakta yang jelas, status kewujudan manusia iaitu makhluk yang memiliki fungsi sedar yang dapat melihat, berfikir dan memanfaatkan akal fikiran, adalah lebih dari sekadar longgokan atom dan molekul. Apa yang terkandung dalam tubuh individu setiap manusia adalah ‘roh’ yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t. Sekiranya tidak, adalah amat jelas tidak masuk akal untuk menyifatkan fungsi sedar tersebut dan kemampuan intelek yang lain kepada sebungkus pepajal daging seberat tiga paun yang pada asasnya juga adalah sejenis persepsi:

Yang mengelokkan tiap-tiap sesuatu yang dijadikan-Nya dan Dia memulakan kejadian manusia dari tanah. Kemudian Dia jadikan anak-anak cucunya dari sari air yang hina. Kemudian Dia sempurnakan dan Dia tiupkan ruh ke dalamnya, dan Dia adakah untukmu pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi sedikit di antara kamu yang berterima kasih. Surah as-Sajadah: 7-9

Zat yang Paling Hampir Kepada Manusia ialah Allah s.w.t.

Memandangkan manusia adalah lebih dari sekadar selonggok daging iaitu sebuah ‘roh’, maka siapakah yang menyebabkan roh ini mampu menerima seluruh himpunan persepsi yang kita panggil dunia luar? Yang terus menerus mencipta semua imej persepsi tanpa berhenti?

Jawapannya adalah jelas, Allah s.w.t yang meniupkan roh yang diciptakan-Nya ke dalam manusia dan Dialah Maha Pencipta segala-galanya. Dia juga adalah sumber hakiki bagi seluruh himpunan persepsi-persepsi. Setiap yang wujud bergantung kepada penciptaan-Nya. Allah memaklumkan manusia bahawa Dia sentiasa meneruskan penciptaan-Nya dan bahawa segala-galanya akan lenyap musnah di saat Dia memberhentikan ciptaan-Nya:

Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya keduanya jangan tergelincir. Demi jika keduanya tergelincir maka tidak seorang yang dapat menahan keduanya selain daripada-Nya. Sesungguhnya Dia maha penyantun lagi maha Pengampun. Surah Fathir: 41

Seorang individu mungkin cenderung untuk menyangkal hakikat ini disebabkan telah menerima kelaziman yang bersebati erat di dalam dirinya. Akan tetapi, betapa sekalipun ia berusaha mengabaikan hakikat ini atau mengelaknya, namun kebenaran adalah suatu yang pasti. Setiap persepsi yang dipersembahkan kepada roh manusia hanya wujud melalui ciptaan Allah. Bahkan, bukan sahaja dunia luar tetapi setiap tindakan yang dilakukanoleh manusia adalah dengan kehendak-Nya. Adalah amat mustahil bagi manusia untuk memiliki sebarang kuasa atau kehendak bebas daripada Allah. Hal ini dinyatakan sebagai berikut:

Allah menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat. Surah as-Saffat: 96

Kenyataan seumpama ini akan menarik suatu kesimpulan yang penting iaitu Allah s.w.t. adalah satu-satunya yang wujud mutlak. Tidak ada yang wujud melainkan Allah, yang meliputi segalanya di langit dan di bumi:

Ingatlah! Sesungguhnya mereka dalam keraguan tentang menemui Tuhannya. Ingatlah sesungguhnya Dia meliputi tiap-tiap sesuatu. Surah Fussilat: 54

Kepunyaan Allah timur dan barat, kemana sahaja kamu menghadap, maka di sanalah Wajhullah. Sesungguhnya Allah adalah maha meliputi maha mengetahui. Surah al-Baqarah: 115

Bagi Allah apa-apa yang ada di langit dan yang di bumi. Allah meliputi tiap-tiap sesuatu. Surah an-Nisa: 126

Ketika Kami berkata kepada engkau: Sesungguhnya Tuhanmu meliputi semua manusia. Surah al-Isra’: 126

Kursi-Nya meliputi langit dan bumi dan tiada susah bagi-Nya memelihara keduanya. Dia maha tinggi lagi maha besar. Surah al-Baqarah: 255

Kekuasaan dan pengetahuan Allah meliputi manusia dari setiap penjuru arah. Ini bermaksud, Dia meliputi kita seluruhnya. Dia melihat kita di mana sahaja, pada setiap detik. Dia berkuasa mutlak ke atas setiap manusia, luar dan dalam. Dia adalah maha Agung dan Maha Besar. Dia adalah lebih hampir kepada kita berbanding urat leher kita sendiri.

Sesungguhnya Kami adalah lebih hampir daripada urat lehernya. Surah Qaf: 16

Ketahuilah bahawa Allah membatasi antara manusia dengan hatinya dan sesungguhnya kamu akan dihimpukan kepada-Nya. Surah al-Anfal: 24

Di sinilah terletak kekeliruan golongan yang ingkar: mereka menganggap dunia yang pada asasnya adalah ilusi sebagai suatu yang nyata. Sementara mereka memperolok-olokkan agama dan para mukmin sekaligus menafikan wahyu Allah s.w.t., mereka menganggap mereka mampu melepaskan diri yang pada hakikatnya mereka sendiri adalah berada dalam liputan-Nya. Ini sesungguhnya adalah satu daripada hakikat besar yang amat diabaikan oleh para musyrikin yang bongkak. Lebih dari itu, kehidupan duniawi yang menjadi matlamat agung ketika hidup hilang dari genggaman mereka.

Segala yang Dimiliki Adalah Ilusi

Kenyataan bahawa dunia luaran tidak mengandungi sebarang realiti materialistik adalah sebuah fakta yang logik dan saintifik, dan ia pada asasnya adalah himpunan imej yang terus menerus diperlihatkan kepada roh oleh Allah s.w.t. Namun begitu, manusia tidak atau bahkan tidak ingin memasukkan kebendaan di dalam konsep ini.

Sekiranya kita memikirkan isu ini dengan jujur dan berani, kita akan menyedari bahawa rumah, perabot di dalamnya, kereta yang mungkin baru dibeli, ruang pejabat, barang kemas, akaun bank, almari pakaian, teman hidup, anak-anak, rakan-rakan dan segala yang dimiliki sebenarnya adalah tergolong di dalam ‘dunia luar’ yang dipersembahkan kepada kita. Apa yang kita lihat, dengan dan hidup di sekeliling melalui lima pancaindera adalah sebahagian daripada ‘dunia bayangan’ ini, begitu juga dengan suara penyanyi pujaan, kerusi empuk tempat bersandar, haruman minyak wangi, matahari yang hangat, sekuntum bunga dengan warna menarik, seekor burung yang terbang di hadapan tingkap, sebuah bot laju yang bergerak lincah di atas air, taman bunga yang subur, komputer di tempat kerja atau hi-fi yang mempunyai teknologi tercanggih di dunia...

Ini adalah sebuah kebenaran, kerana dunia hanyalah sebuah himpunan imej yang dijadikan medan untuk menguji manusia. Manusia diuji melalui kehidupannya yang terhad dengan persepsi-persepsi yang tidak benar. Persepsi ini telah dijadikan menarik dan menawan. Kenyataan ini telah disebutkan di dalam al-Qur’an:

Dihiaskan kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah)! Pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baik. Surah Ali-‘Imran: 14

Sebahagian besar manusia menyingkirkan pegangan agama demi tarikan harta benda, kekayaan, longgokan emas dan perak, wang ringgit, barang kemas, akaun bank, kad kredit, almari pakaian, model kereta terkini, ringkasnya, segala bentuk kemewahan yang mereka miliki atau berusaha untuk memilikinya dan hanya menumpukan nikmat kemanisan duniawi serta mengabaikan Hari Kemudian. Mereka telah tertipu dengan ‘kecantikan dan keindahan’ wajah kehidupan duniawi sehingga gagal untuk menunaikan sembahyang, menderma kepada fakir miskin atau mengerjakan kebaikan yang menambahkan amal baik di hari kemudian nanti. Sebaliknya mereka menjawab dengan berkata ‘saya ada kerja lain yang perlu dibuat’, ‘saya cukup sibuk’, ‘saya ada tanggungjawab lain’, ‘saya tidak mempunyai cukup masa’, ‘saya ada perkara lain yang perlu diselesaikan’, ‘saya akan melakukannya kemudian’. Mereka meluangkan seluruh hidup mereka untuk maju di dunia sahaja. Pemahaman yang salah ini telah dijelaskan di dalam ayat berikut:

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir dari kehidupan dunia sahaja, mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. Surah ar-Rum: 7

Fakta yang diterangkan di dalam bab ini, terutamanya hakikat kebenaran bahawa segalanya adalah imej, adalah amat penting kerana implikasinya yang bakal memusnahkan seluruh keghairahan dan keinginan sama sekali tidak memberi erti. Pengesahan terhadap hakikat ini menunjukkan dengan jelas bahawa segala yang menjadi matlamat utama manusia seperti kekayaan yang diperolehi dengan ketamakan, anak-anak yang mereka banggakan, megah, pasangan hidup yang mereka anggap sebagai insan paling rapat, sahabat handai, tubuh badan yang dijaga rapi, status dan kedudukan yang meletakkan mereka di mercu yang tinggi, menuntut di sekolah berprestij, percutian yang mereka lalui, semua itu tidak lebih daripada sekadar himpunan ilusi. Oleh itu,s egala tenaga dan waktu untuk mengejar nikmat duniawi yang sementara sama sekali tidak bermanfaat baginya.

Ini adalah sebab mengapa sebahagian manusia mempamerkan kedangkalan diri ketika bermegah dengan kekayaan dan harta benda atua ‘kapal layar, helikopter, kilang-kilang, saham-saham, rumah mewah dan tanah mereka’, seolah-olah semua itu benar-benar wujud. mereka yang terdiri daripada golongan elit atau kelas pertama yang berjalan mundar-mandir di atas kapal percutian mewah dengan sombong, menayang-nayangkan kereta mewah, bercakap tentang kekayaan, memperlekehkan orang lain dengan kedudukan yang dicapai, mengangkat dan meuja diri sendiri melalui penampilan dandanan, membina seluruh hidup mereka kepada keghairahan dan persaingan seperti ini, dan merasa bahawa sangat berjaya dengan semua ini: seharusnya memikirkan kedudukan dan nasib diri di saat menyedari bahawa semua itu hanyalah sekadar bayangan ilusi.

Sebenarnya, pemandangan seperti ini kerap dililhat di dalam mimpi. Sewaktu bermimpi, mereka juga memiliki rumah, kereta mewah, barang kemas yang melimpah ruah, not wang bergulung-gulung dan emas perak yang menggunung tinggi. Di dalam mimpi juga, mereka mempunyai kedudukan yang tinggi, memiliki kilang-kilang dengan beribu-ribu pekerja, berkausa mengerahkan ramai orang, memakai pakaian yang menjadikan orang lain kagum kepadanya. Akan tetapi, untuk bermegah dengan segala kemewahan di dalam mimpi akan dianggap mengarut dan tidak realistik, maka demikian jugalah bagi mereka yang merasa gah dengan pelbagai imej yang mereka lihat di dunia ini. Lagipun, apa yang dilihat di dalam mimpi dan di dalam dunia ini hanyalah imej di dalam mindanya. Sudah pasti hal ini harus difikirkan dengan sewajarnya. Seperti yang dinyatakan di dalalm al-Qur’an, mereka yang menerima fakta ini adalah merupakan golongan yang menikmati kemenangan yang besar:

Sesungguhnya telah datang kepadamu beberapa keterangan daripada Tuhanmu. Barangsiapa yang melihat, maka bagi dirinya, dan barangsiapa yang buta maka atas dirinya. Surah al-An’aam: 104

Hal yang serupa ketika manusia bertindak balas dengan peristiwa yang dialami hanya akan menyebabkan mereka merasa malu apabila menyedari hakikatnya yang sebenar. Mereka yang sering bergaduh sesama sendiri. mereka yang bercakap sombong, mereka yang sering menipu, mereka yang menerima rasuah, mereka yang melakukan kesalahan kepad amanusia, mereka yang memukul dan memaki hamun dan menyerang orang lain, mereka yang terlalu ghairah dengan jawatan dan kedudukan, mereka yang sering iri hati, mereka yang suka menunjuk-nunjuk, mereka yang memuliakan diri sendiri dan yang sebagainya akan menyesal apabila menyedari bahawa segala yang mereka telah lakukan adalah merupakan sebuah ilusi. Disebabkan Allah adalah Pencipta semua imej ini, maka Allah adalah pemilik tunggal yang mutlak kepadanya.

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Surah an-Nisa: 126

Adalah suatu tindakan yang kurang bijak untuk mempertaruhkan agama demi mengejar keghairahan bayangan sehingga menyebabkan kehilangan kehidupan yang lebih berkah di syurga.

Dan hapuslah segala yang mereka lakukan di dunia dan binasalah apa yang mereka amalkan. Surah Hud: 16

Seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas, semua impian dan keghairahan akan terbukti sia-sia. Bahkan, semua kebendaan yang mereka anggap milik abadi mereka akan lolos daripada genggaman dan tidak memberi sebarang manfaat buat mereka.

Di saat ini satu fakta perlu ditegaskan. Apa yang dimaksudkan di sini bukanlah menunjukkan bahawa ‘segala pemilikan, harta benda, anak-anak, pasangan hidup, rakan-rakan, kedudukan yang lambat laun akan hilang, dan semuanya ini’ sama sekali tidak bererti. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah ‘segala harta yang kamu lihat sebenarnya tidak wujud sama sekali melainkan sekadar sebuah mimpi dan himpunan imej yang ditunjukkan kepada anda oleh Allah sebagai satu ujian’.

Seperti yang dapat kita saksikan, di sana terdapat perbezaan yang besar di antara kedua kenyataan ini. Sekiranya kenyataan yang pertama diterima sebagai kayu ukuran, seseorang itu akan terkeliru dengan memikirkan bahawa segalanya, manusia, hubungan dan status duniawi sebenarnya wujud walaupun sementara dan akan terus berusaha dengan tamak haloba untuk memiliki semuanya itu dengan kesempatan yang ada. Tetapai sekiranya diberikan kenyataan yang kedua, menunjukkan keadaan sebenar semua kebendaan iaitu segala-galanya adalah bersifat ilusi, ini akan menyebabkan golongan yang mempamerkan sifat tamak berasa terhina dan menanggung kerugian yang amat besar.

Sekalipun fakta ini tidak memberi apa-apa kesan di sanubari mereka dan terus menipu diri sendiri dengan menganggap setiap yang dimiliki benar-benar wujud, hakikatnya nanti mereka juga akan mati dan segalanya akan menjadi jelas di saat hari kebangkitan. Pada hari tersebut, lalu pandangan mereka amat tajam dan segalanya akan menjadi jelas.

Dan bagi mereka yang sewaktu di dunia dahulu memilih untuk mensisakan kehidupan dengan matlamat khayalan, maka pada hari ini mereka sangat berharap sekiranya mereka tidak dibangkitkan lagi untuk kali kedua sambil berkata:

Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segalanya, hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku, telah hilang kekuasaanku daripadaku. Surah al-Haqqah: 27-29

Di satu sudut lain, bagi mereka yang memiliki sifat hikmah dengan kefahaman yang benar tentang maksud di sebalik penciptaan alam semesta ialah berusaha sebaik mungkin dari terjerumus ke lembah kesesatan terhadap imej dan ilusi khayali dan sebagai akibatnya, bergadapan dengan saat akhir yang amat menyedihkan. Di dalam al-Qur’an, situasi golongan yang mengejar ilusi (fatamorgana) di dunia ini dan melupakan Pencipta mereka telah dijelaskan seperti berikut:

Dan orang-orang yang kafir amalan mereka adalah umpama fatamorgana di tanah yang data, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatkan sesuatu apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amalannya dengan cukup dan Allah adalah amat tepat perhitungan-Nya. Surah an-Nur: 39

Materialis Telah Jatuh Ke Dalam Perangkap Terbesar Dalam Sejarah

Kenyataan bahawa kebendaan adalah sebuah persepsi telah dibuktikan melalui bidang sains moden dan telah diterangkan dengan cara yang sangat jelas, telus dan bertenaga. Apa yang tinggal pada materialis ialah menyaksikan kemusnahan seluruh dunia material yang mereka yakini dengan membuta tuli dan yang menjadi tempat bergantung.

Sepanjang sejarah kemanusiaan, pemikiran ala-materialisme sentiasa wujud. disebabkan terlalu yakin dengan diri dan falsafah yang menjadi anutan, mereka begitu berani memberontak menentang Allah yang telah menciptakan mereka. Senario yang dirancang ini mempertahankan akidah kepercayaan bahawa kebendaan atau material adalah azali dan mutlak abadi, dan ia menyimpulkan bahawa di sana tidak wujud sebarang kuasa penciptaan. Ketika perasaan takabbur dan angkuh menafikan kewujudan Allah s.w.t., mereka berpaling terhadap kebendaan yang didewa-dewakan sebagai kewujudan mutlak. Mereka terlalu mempercayainya sehingga begitu yakin bahawa adalah amat mustahil untuk mengemukakan walau sebuah contoh yang membidasnya.

Kerana itulah fakta kebenaran yang dibincangkan di sini mempunyai impak yang sangat besar terhadap mereka. Apa yang dibincangkan di sini pada asasnya telah memusnahkan asas falsafah anutan mereka tanpa meninggalkan sisa untuk perbincangan yang lebih jelas. Kebendaan, yang mendasari kepercayaan, kehidupan, keangkuhan dan penafian mereka telah musnah sekelip mata. Bagaimana materialisme dapat wujud sedangkan kebendaan sendiri tidak ada?

Di antara sifat Allah ialah perencanaan-Nya terhadap golongan yang kufur. Hal ini dijelaskan dalam ayat berikut:

Mereka menjalankan tipu daya dan Allah mengagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang mengagalkan tipu daya. Surah al-Anfal: 30

Allah s.w.t memerangkap materialis dengan membuat mereka mendakwa akan kemutlakan kebendaan dan sekaligus menghina mereka tanpa disedari. Golongan materialis mengira harta, status, kedudukan, masyarakat yang mereka anggotai, seluruh dunia dan sebagainya adalah wujud dan bahkan, semakin angkuh berdegil menentang. Allah dengan bergantung kepada semua ini. Mereka memberontak menentang Allah dengan menjadi bongkak dan semakin degil ketika berkeras degil menentang-Nya. Tetapi, mereka terlalu lemah sehingga gagal untuk memikirkan bahawa Allah meliputi sekeliling mereka. Allah s.w.t. menyatakan situasi yang dialami akibat kebodohan mereka sendiri:

Bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat kerana orang-orang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahantya. Surah at-Thur: 42

Ini merupakan kekalahan paling tragik dalam sejarah. Di saat keangkuhan mereka semakim membuak-buak, materialis telah diperdaya dan ditumpaskan dengan keaiban di dalam pemberontakan yang mereka rancang untuk menentang Allah. Ayat berikut menunjukkan bagaimana perasaan mereka dihanytkan ketika beria-ia menderhaka menentang maha Pencipta dan Al-Qur’an menjelaskan saat akhir yang pasti buat mereka:

Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya. Surah Al-An’aam: 123

Di dalam ayat yang lain juga disebut perkara yang sama:

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Surah al-Baqarah: 9

Di saat berkomplot, mereka tidak menyedari fakta penting yang disebut dalam ayat di atas, ‘mereka hanya memperdaya diri mereka sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya’. Kenyataannya, segala apa yang mereka alami adalah bayangan yang dicipta untuk menjadi pergantungan dan setiap komplot yang mereka persiapkan merupakan khayalan yang terbentuk di dalam otak mereka, dan begitu juga dengan tindak tanduk mereka. Kebodohan telah menyebabkan mereka terlupa pada hakikatnya mereka adalah bersendirian berhadapan dengan Allah dan akibatnya mereka terperusuk masuk ke dalam jerat yang mereka pasang sendiri.

Seperti golongan kafir yang hidup di masa silam, mereka yang hidup hari ini juga berhadapan dengan realiti yang bakal memusnahkan seluruh perancangan jahat mereka hingga ke akar umbi. Allah berfirman bahawa perancangan ini telah pun digagalkan sejak hari ini direncanakan:

Kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. Surah an-Nisaa’: 76

Allah turut berfirman memberi khabar gembira kepada para mukmin di dalam ayat:

Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun. Surah Ali-‘Imran: 120

Di dalam sepotong ayat lain pula menegaskan:

Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas (fatamorgana) di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya; dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisab-Nya. Surah an-Nuur: 39

Materialisme yang dicipta sebagai alat untuk menentang Allah juga telah menjadi ‘fatamorgana’ seperti yang disebutkan di dalam ayat di atas. Di saat mereka berlari mendapatkannya, mereka hanya akan mendapati sebuah ilusi. Allah telah memperdayakan mereka dengan sebuah fatamorgana dan dengan menerima seluruh himpunan imej sebagai benar. Seluruh tokoh ‘kehormat’ ini, para profesor, ahli kaji bintang, ahli biologi, ahli fizik, dan sebagainya tanpa mengira darjat dan kedudukan mereka telah tertipu seperti anak kecil dan diaibkan akibat bertuhankan material. Mereka mendakwa himpunan imej sebagai mutlak dan meletakkan dasar falsafah dan ideologi mereka di atasnya serta terlibat di dalam perbincangan yang berprestij dan diterima sebagai wacana ‘intelektual’ terkenal. Mereka merasa sudah cukup bijak untuk menawarkan argumen tentang kebenaran alam semesta, dan yang lebih memalukan, mereka mempertikaikan Allah dengan kebijaksanaan yang amat tebatas. Allah menerangkan situasi ini di dalam ayat berikut:

Dan orang-orang itu pun merancang tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya; dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas tipu daya. Surah Ali-‘Imran: 54

Untuk melepaskan diri daripada perangkap yang dibuat oleh manusia adalah mungkin mudah namun, perancangan Allah menentang mereka adalah sangat rapi dan kemas sehingga tertutup seluruh pintu keluar bagi mereka. Apa sahaja yang akan mereka lakukan dan tempat mereka merayu, tidak ada pelindung bagi mereka melainkan Allah Azza Wajalla:

Dan mereka pula tidak akan memperolehi sesiapa pun selain daripada Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka. Surah an-Nisaa’: 173

Materialis tidak pernah menyangkakan akan terjatuh ke dalam perangkap hebat ini walaupun pada asasnya mereka berkuasa mengeksploitasi seluruh khazanah abad 20 untuk kepentingan sendiri dengan harapan akan berjaya memperhebatkan penafian mereka dan mengheret manusia ke lembah kekufuran. Mentaliti dan saat akhir bagi mereka diumpamakan seperti berikut di dalam al-Qur’an:

Dan mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka. Iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya. Surah an-Naml: 50-51

Ayat di atas memberi makna: materialis telah menyedari bahawa segala-galanya adalah sekadar ilusi dan pasti akan musnah. Mereka menyaksikan seluruh harta kebendaan, keluarga, anak dan isteri serta fizikal jasmani (yang mereka sifatkan sebagai wujud mutlak) terlepas satu demi satu dari genggaman. Mereka telah ‘hancur musnah’ seperti yang disebutkan di dalam Surah an-Naml. Di saat itu tidak terdapat sebarang entiti material melainkan roh.
Suatu yang amat pasti, hakikat ini amat menakutkan untuk difahami bagi golongan materialis. Dengan memahami kenyataan bahawa segala yang mereka miliki hanyalah ilusi adalah umpama seperti, dengan perkataan mereka sendiri, ‘mati sebelum mati’ di dunia ini.
Mereka akan dibiarkan bersendirian berhadapan dengan Allah seperti yang tergambar dalam sepotong ayat:

Biarkan Aku sahaja membalas orang yang Aku ciptakan dia seorang diri. Surah al-Muddathir: 11

Fakta ini telah diulangi di dalam beberapa ayat lain:

Dan demi sesungguhnya! Kamu tetap datang kepada Kami dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu... Surah Al-An’aam: 94

Dan mereka masing-masing akan datang menghadap-Nya pada hari kiamat dengan seorang diri. Surah Maryam: 95

Dengan kata lain, ayat di atas memberi suatu pengertian bahawa mereka yang mengambil kebendaan sebagai tuhan, pada hakikatnya adalah berasal dan pasti akan kembali kepada-Nya. Mereka akan menyerah nasib mereka kepada Allah s.w.t. samada akur atau tidak. Kini, apa yang mereka nantikan tidak lain ialah saat perhitungan di mana setiap manusia akan dihisab walau betapa degil sekalipun mereka enggan untuk memahaminya.

Sekian. Semoga bermanfaat difikir-fikirkan.

Public Secret - Allahu'alam... Wassalam

Groundbreaking theory SUSUK DAJJAL adalah CAIN "THE AVENGED SEVENFOLD"

S alah satu Enigma didunia ini adalah mengenai siapa susuk Sang Dajjal. Padahal, petunjuknya ada dihadapan kita selama ini... All hiding in ...