Selasa, 7 Julai 2015

PERTEMBUNGAN KITA DENGAN MAKHLUK2 LAIN... DONGENG ATAU FAKTA?



Tajuk di atas.... satu persoalan yang menarik (atau menakutkan?) untuk diteliti, boleh diperbincangkan dan diperdebatkan. Takut apa? Takut akidah terpesong? Takut apa orang kata? Takut kepada apa yang bakal difahami? Takut membuang masa kalau difikirkan?
Kalau takut tak payah baca.
Ini kerana apabila satu soalan itu diutarakan dan cuba untuk dijawab, akan timbul lain-lain persoalan dalam minda kita. Kalau tak percaya... teruskan pembacaan artikel ini... sedarilah kesannya...
Persoalan-persoalan yang muncul kadang kala menyebabkan perbincangan hilang fokus . Inilah yang berlaku dalam setiap artikel yang ditulis tentang hal ini. Oleh itu artikel ini hanya cuba menjawab persoalan yang diutarakan dalam artiklel ini sahaja. Lain-lain persoalan akan cuba dihuraikan didalam perbincangan artikel yang lain.
Dari surah Al-i-Imran, ayat 7 Allah berfirman
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Hari demi hari semakin banyak dalil2 aqli (dalil2 secara hukum akal) yang muncul dari segenap penjuru dunia, namun masih lagi tiada saintis, pengkaji dan penyelidik yang cuba memperolehi jawapan dari sudut pandangan islam. Kadang kala kekhuatiran muncul disebabkan sesetengah kajian dan penemuan mereka diselang selikan dengan pandangan agama mereka sendiri sehingga boleh menjejaskan akidah dan pegangan orang islam. Oleh itu timbul minat yang mendalam untuk cuba2 mencari jawapannya dari sudut pandangan dan ilmu Islam.
Persoalan-persoalan berkenaan adakah makhluk asing dan UFO ini membantu memperkembangkan tamadun dan kebudayaan manusia masih lagi menimbulkan kesangsian. Adakah telah terjawab. Jika sudah terjawab mengapakah terlalu amat sedikit maklumat yang disalurkan kepada pihak umum. Mengapakah ini berlaku? Mengapakah benda-benda pelik ini begitu banyak muncul hanya muncul dinegara-negara barat dan Negara-negara bukan islam. Adakah kerana teknologi barat lebih maju menyebabkan mudah untuk mengesan kehadiran mereka. Benarkah begitu? Adakah mereka ini dikirim sebahagian dari peringatan-peringatan dari Allah kepada manusia-manusia yang lupa dan lalai?
Persoalan tentang alam ghaib tidak perlu diragukan oleh para muslimin. Persoalan ghaib seperti syurga neraka, dosa-pahala, hari kiamat itu sememangnya telah dijelaskan oleh Allah dan Nabi Muhamad S.A.W. Walaupun perkara tersebut diluar imiginasi batas pemikaran minda manusia, sebagai orang islam, hukumnya WAJIB untuk kita mempercayainya.
Firman Allah surah Al Baqarah ayat 2 hingga 3
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Pokok persoalan kembali lagi. Adakah perkara berkenaan makhluk asing atau Alien dan UFO ini ada didalam Al Quran, dan adakah wajib kita mempercayainya. Jawapannya masih sama iaitu tiada penjelasan yang terang. Namun jika para pembaca Blog ini terus mengikuti artikel-artikel yang di kemukakan, para pembaca blog ini akan mendapati bahawa Al Quran ada bercerita tentang perkara ini, melalui sudut yang berbeza. Mahasuci Allah, Kerana percayalah keterangan itu ada didalam Al Quran. Ini adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji.
Firman Allah surahAl-Jinn ayat 1
Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
…Subhanallah…
Didalam Al Quran, terdapat firman Allah yang boleh dijadikan sebagai rasional untuk umat islam mendalami penyelidikan ini.
Firman Allah surah Al’Hajj ayat 46
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
Ayat Al Quran ini menjelaskan kepada semua umat manusia betapa perlunya manusia sebagai makhluk Allah mengembara ke seluruh muka bumi melihat sendiri, mendengar dan memahami apa sebenarnya yang berlaku diatas muka bumi ini. Sebahagian muslimin mungkin berhujah bahawa ayat-ayat ini hanya ditujukan kepada kaum-kaum tertentu yang telah dinyatakan didalam Al Quran seperti Kaum Tahmud, Kaum Ad, Kaum Saba, penduduk Aikah, Kaum Madyan dan beberapa kaum lain. Benarkah begitu?
Jika benar begitu bagaimana kaum-kaum lain yang turut dibinasakan oleh Allah akibat kelalaian mereka seperti Kaum Inca, Aztech, Mayan, Aksum (Axum), Bamiyan, Sumeria, Akkadian, Amorites, Assyrians, Babylonians, Chaldeans, Hittites, Kassites, Mesopotamia dan sebagainya. Kaum-kaum ini tidak terdapat didalam Al Quran, tetapi kaum-kaum ini mempunyai tinggalan-tinggalan arkeologi yang masih di kaji oleh para saintis. Bangunan-bangunan seperti Piramid, Puma Punku, Serapeum, Mesoamerican pyramids, Baalbek, dan Machu Picchu masih lagi wujud dan menjadi mysteri dikalangan arkeologis.
Bangunan- bangunan ini didalamnya tertulis maklumat-maklumat manusia zaman dahulu yang kebanyakaannya tercatat dalam bentuk simbol-simbol purba, seperti Hieroglyphs, dan Hieratic oleh Mesir Purba dan Puak Mayan, Piktograms dan Cuneiform oleh Mesopotamia, Aztec dan Mixtec serta abjad Phoenicians oleh Kaum Phoenician yang kebanyakkannya menjadi asas kepada huruf serta abjad yang digunakan pada hari ini.
Ramai pengkaji barat mempunyai teori dan percaya bahawa makhluk-makhluk asing yang lebih maju dari dunia lain telah melawat manusia sejak zaman dahulu lagi. Makhluk-makhluk asing ini kemudiannya telah berkongsi ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang mereka ada seperti astronomi, konsep-konsep kejuruteraan dan ilmu matematik dengan manusia. Para pengkaji barat percaya bahawa ilmu-ilmu ini telah dijadikan asas bagi perkembangan agama dan budaya manusia-manusia zaman purba.
Melalui pengetahuan seperti ini, manusia zaman purba berjaya membina monumen dan tugu-tugu lama seperti garisan Nazca, Piramid Giza, patung-patung Pulau Easter, Pyramid of Khafre, Pyramid of Menkaure, Mesoamerican pyramids, Colossus of Rhodes, Hanging Gardens of Babylon, Machu Picchu, Tample of Baalbek dan lain-lain Adakah ini benar? Adakah terdapat petunjuk-petunjuk yang boleh membuktikan perhubungan berkenaan.
Pertembungan dan perhubungan diantara dua bangsa besar berbeza dunia secara kronologi dapat dilihat melalui siri History channel bermula dari “Ancient Aliens: Chariots, Gods & Beyond”, “The Evidence” “The Visitors” “The Mission” “Closer Encounters” “The Return“. Siri ini ada di tayangkan di History Channel oleh Astro satu masa dulu, dan siri ini boleh juga di tonton di History Channel: Ancient-aliens, di Youtube UFO – Ancient Aliens The Mission (Full Movie ( 2010) dan Top Documentary Films
Menurut pandangan Dr. Algund Eenboom, beliau percaya bahawa terdapat makhluk asing yang memberi dan berkongsi pengetahuan dan teknologi saintifik dengan manusia-manusia di bumi pada zaman dahulu. Pandangan beliau adalah berasaskan kepada penemuan artifak –artifak purba yang mempunyai ciri-ciri “ciri-ciri teknologi “yang sama fungsinya dengan peralatan-peralatan zaman moden yang ada sekarang. Selain itu semakin banyak bangunan-bangunan purba ditemui yang hampir kesemuanya mempunyai maklumat yang berkaitan dengan kehadiran makhluk-makhlik asing di bumi ini pada suatu masa dahulu.
Pandangan ini turut di kongsi bersama ramai pengkaji dan saintis seperti Dr. Uwe Apel, Dr. Steven M. Greer, Robert Bauval, Christoper Dunn, Giorgio A.Tsoukalos, Phillip Coppens, Hancock, Bill Birnes, Robert Frisbee, Michael Cremo, David Childress, Peter Palutikof dan ramai lagi pengkaji yang menjalankan kajian dalam bidang ini.
Beberapa penulis barat dalam buku mereka menyatakan bahawa makhluk asing telah melawat bumi sejak zaman purbakala atau prasejarah dan telah berhubung dengan manusia. Mereka berpendapat bahawa hubungan ini mempengaruhi perkembangan budaya, teknologi, manusia dan agama. Mereka berpendapat dari perhubung ini mula wujud idea-idea “dewa-dewa” dari langit yang banyak ditulis dalam manuskrip-manuskrip agama purba. Pelawat-pelawat asing sedemikian itu dipanggil sebagai angkasawan purba (Ancient astronauts) atau makhluk asing purba.
Cadangan-cadangan ini telah dipopularkan, terutamanya dalam separuh kedua abad ke-20, oleh penulis-penulis seperti Erich von Däniken, Zecharia Sitchin, Robert KG Temple, David Icke dan Kolosimo Peter, tetapi idea kehadiran angkasawan purba (ancient astronauts) ini membawa kepada perubahan dan perkembangan agama sebenarnya tidak diambil serius oleh kebanyakan ahli akademik, dan tidak mendapat tempat atau hanya sedikit sahaja yang telah dikaji secara serius oleh beberapa pengkaji.
Erich von Däniken bukunya Chariots of the Gods? Berpendapat artifak-artifak purba sepert Stonehenge, Puma Punku, Moai Easter Island, Piramid Agung Giza, bateri elektrik Baghdad purba telah dibina sama ada secara langsung oleh pelawat-pelawat angkasa atau oleh manusia yang belajar dari para pelawat ini. Von Däniken juga berpendapat asal-usul agama purba berasaskan kepada pertembungan dengan makhluk asing ini. Menurut pandangan beliau, manusia menganggap teknologi-tekonologi makhluk asing ini sebagai sesuatu yang luarbiasa dan makhluk asing-makhluk asing tersebut dianggap sebagai tuhan.
Erich von Däniken membincangkan Ramayana dan vimanas dalam bab 6 Chariots of the Gods?, yang menunjukkan bahawa terdapat “kenderaan angkasa” yang digunakan oleh Rama. Untuk menyokong teori beliau, beliau juga mengambil terjemahan dari 1889 Mahabhrata oleh C. Roy yang bermaksud “Bhima terbang dengan Vimana pada sinar yang sangat besar yang cemerlang seperti matahari dan membuat bunyi seperti guruh “.
Zecharia Sitchin dalam siri bukunya The Earth Chronicles, bermula dengan Planet ke-12 iaitu “Nibiru”. Tafsiran Sitchin berkisar pada teks Sumeria purba dan Timur Tengah, tapak megalitik, dan artifak dari seluruh dunia. Menurut beliau tuhan-tuhan purba Mesopotamia sebenarnya adalah angkasawan dari planet Nibiru. Sitchin mendakwa terdapat teks Sumeria yang merekodkan cerita 50 Anunnaki iaitu penduduk planet bernama Nibiru, yang datang ke Bumi kira-kira 400,000 tahun yang lalu dengan niat untuk melombongan mentah, terutamanya emas, untuk dihantar kembali ke Nibiru.
Robert KG Temple, dalam bukunya Misteri Sirius berhujah bahawa orang-orang Dogon di Sudan menyimpan rekod lawatan dari angkasa lepas dari sekitar 5000 tahun yang lalu. Beliau mengemukakan pelbagai bukti, termasuk pengetahuan astronomi yang maju yang diwarisi oleh suku kaum ini,
Orang-orang Dogon mendakwa bahawa mereka telah diberikan pengetahuan astronomi yang maju oleh “Bintang Tuhan” (Star God). Penyelidik yang menyiasat suku kaum ini dari tahun 1931-1956 melaporkan bahawa orang-orang Dogon percaya bahawa bintang paling terang di langit iaitu Sirius, ditemani dua bintang lain iaitu : pō tolo (bintang Digitaria), dan ęmmę ya Tolo, (bintang perempuan Sorgum), Mereka mendakwa orang-orang Dogon tahu tentang cincin Zuhal, dan bulan-bulan Musytari. Orang-Orang Dogon mempunyai empat kalendar iaitu kalendar matahari, bulan, Sirius dan Zurah (Venus).
Bintang kedua dalam orbit Sirius-A, yang dipanggil Sirius-B, hanya ditemukan berdasarkan pengiraan matematik yang dilaksanakan oleh Friedrich Bessel di Eropah pada tahun 1844. Sementara kewujudan bintang kerdil ketiga di sekitar Sirius (Sirius-C), seperti bintang yang diterangkan dalam akaun orang-orang Dogon, hanya ditemukan pada tahun 1995, selepas kajian graviti yang kompleks dilaksanakan.
Menurut cerita turun temurun yang disampaikan secara lisan, makhluk asing dari sistem Sirius dikenali sebagai Nommos telah melawat bumi ribuan tahun yang lalu. Bangsa Nommos adalah bangsa yang hodoh, menyerupai makhluk amfibia seperti ikan. Makhluk asing Nommos ini juga dipercayai telah muncul di peradaban Babylonia, Akkadian, dan Sumeria. Dewi Mesir Isis, juga kadang-kadang digambarkan sebagai duyung, juga dikaitkan dengan bintang Sirius.
Menurut orang-orang Dogon, makhluk asing Nommos, hidup di sebuah planet yang mengorbit bintang lain dalam sistem Sirius. Mereka mendarat di Bumi dalam sebuah “bahtera” yang berputar dengan pantas ke tanah dengan bunyi bising dan kuat diiringi oleh angin. Ini adalah makhluk asing Nommos yang memberi orang-orang Dogon pengetahuan tentang bintang Sirius, Sirius B dan C, sebelum ditemukan oleh para astronomer moden.
Kedua-dua ahli antropologi yang mengkaji tamadun Dogon selama dua dekad, Marcel Griaule dan Germaine Dieterlen, keliru dengan sistem bintang Sudan ini. Kesimpulan kajian mereka di akhiri dengan kata-kata berikut : “The problem of knowing how, with no instruments at their disposal, men could know the movements and certain characteristics of virtually invisible stars has not been settled, nor even posed”. Lebih kurang bermaksud “Masalah bagaimana, tanpa mempunyai peralatan, orang-orang ini mengetahui pergerakan dan ciri-ciri tertentu bintang yang tidak kelihatan dan juga tidak pernah ditemui sebelum ini”.
Robert KG Temple juga mengambil keterangan-keterangan, dan perbandingan sistem kepercayaan antara tamadun purba seperti Mesir purba dan Sumeria. Karyanya beliau ini telah menarik perhatian dan dikaji selanjutnya oleh ahli-ahli antropologi budaya (cultural anthropologists) Marcel Griaule dan Germaine Dieterlen.
Carl Sagan dan Shklovski pada 1966 dalam bukunya Intelligent Life in the Universe astrophysicists menumpukan kepada hujah-hujah bahawa ahli-ahli sains dan ahli sejarah harus secara serius mempertimbangkan kemungkinan bahawa berlaku hubungan ruang angkasa (extraterrestrial contact) dalam catatan sejarah. Walau bagaimanapun, Shklovski dan Sagan menegaskan bahawa idea ini adalah spekulatif dan belum dibuktikan. Shklovski dan Sagan memetik cerita-cerita dongeng orang Oannes, terhadap wujudnya manusia ikan (fishlike being) yang menyumbangkan pengetahuan dalam bidang pertanian, pengajaran matematik, dan seni untuk penduduk awal Sumeria awal.
Dari keterangan Marcel Griaule dan Germaine Dieterlen serta Carl Sagan dan Shklovski, terdapat persamaan berkenaan makhluk asing yang mendatangi kaum Dogon, Oannes, Babylon dan Sumeria iaitu makhluk asing berkenaan berbentuk seperti ikan atau amfibia. Adakah kaum-kaum ini didatangi oleh makhluk asing dari bangsa yang sama??
Kesemua pendapat para pengkaji diatas adalah berdasarkan Berdasarkan kepada cerita lisan yang diturunkan dari generasi ke generasi, dan dibuat perbandingan dengan catatan-catatan purba.
Berikut adalah rekod-rekod yang ditemukan didalam manuskrip dan kitab-kitab agama purba yang menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku semasa pehubungan (contact) ini bermula.
Ramayana
Didalam metodologi agama Hindu, Rama yang dialu-alukan kembali ke Ayodhya dalam “kereta terbang” (viminas); beberapa ahli-ahli teori angkasawan purba (ancient astronauts) mendakwa sebagai bukti bahawa mesin terbang telah wujud sejak di zaman purbakala purba
Dalam mitologi Hindu, tuhan-tuhan dan perjalanan avatar mereka dari satu tempat ke tempat di dalam kenderaan terbang (pelbagai dipanggil “kereta-kereta kuda terbang”, “kereta terbang” atau Vimanas). Terdapat banyak petikan yang menyebut berkenaan mesin terbang dalam Ramayana, yang bertarikh abad ke-5 atau ke-4 sebelum Masehi. Berikut adalah satu contoh:
From Book 6, Canto CXXIII: The Magic Car:[29]
Is not the wondrous chariot mine,
Named Pushpak, wrought by hands divine.

This chariot, kept with utmost care,
Will waft thee through the fields of air,
And thou shalt light unwearied down
In fair Ayodhyá’s royal town.
From Book 6, Canto CXXIV: The Departure:
Swift through the air, as Ráma chose,
The wondrous car from earth arose.
And decked with swans and silver wings
Bore through the clouds its freight of kings.
Adalah dinasihatkan teks diatas dibaca sebagai sebahagian dari bahan rujukan dan kajian. Umat Islam adalah amat-amat dilarang mempercayainya.
Book of Genesis and Book of Enoch
Dalam The Book of Genesis, chapter 6 verses 1–4, states:
When human beings began to increase in number on the earth and daughters were born to them, the sons of God saw that the daughters of humans were beautiful, and they married any of them they chose.
The Nephilim were on the earth in those days—and also afterward—when the sons of God went to the daughters of humans and had children by them.
— Genesis 6:1–4 (New International Version)
Ayat berkenaan ditafsirkan adalah bahawa Nephilim adalah anak kepada “anak-anak tuhan” dan “anak-anak perempuan manusia”, walaupun para serjana mereka tidak begitu pasti. The King James Version menggantikan istilah ” Nephilim” dengan “gergasi
Bahagian pertama dalam The book of Enoch mentafsir Genesis 6:1. Ia menjelaskan bahawa “anak-anak tuhan” terdiri dari kumpulan 200 “malaikat” yang dikenali sebagai “watchers“. Disebabkan melawan perintah tuhan, “watchers” ini dihantar ke Bumi untuk berkembang biak dengan manusia. Anak-anak mereka adalah Nephilim, “gergasi” yang “dmaksudkan sebagai manusia”. “watchers” juga telah mengajar manusia dalam metalurgi dan kerja logam, kosmetik, sihir, astrologi, astronomi dan meteorologi. The Book of Enoch juga menerangkan bahawa “Watchers” sebagai “fallen angels“
Fallen angel adalah konsep yang dibangunkan didalam Jewish mythology melalui tafsiran The Book of Enoch. Perkataan fallen angel ini sebanarnya tiada didalam Hebrew Bible ataupun New Testament. Orang Kristians mencedok konsep fallen angels berdasarkan pemahaman mereka terhadap Book of Revelation Bab 12. Fallen angels dikenalpasti sebagai the Watchers, ataupun malaikat yang dihumban ke bumi dalam peperangan di syurga diantara malaikat dengan Syaitan.
Bercakap tentang tajuk diatas, pada akhir-akhir tahun kebelakangan ini terdapat banyak subliminal messages yang disampaikan melalui wayang-wayang gambar seperti Percy Jackson & The Olympians: The Lightning Thief, Class of The Titans, dan The Immortal yang mengisahkan anak-anak tuhan ini. Ibu bapa muslimin diharap dapat memberi penerangan yang jelas terhadap anak-anak. Jangan harap pada rating G. PG. PG-13. R.sahaja.
- sekadar peringatan
Adalah dinasihatkan teks diatas dibaca sebagai sebahagian dari bahan rujukan dan kajian. Umat Islam adalah amat-amat dilarang mempercayainya.
Book of Ezekiel
Dalam Perjanjian Lama (Old Testament) Bible, bab 1 Buku Ezekiel menceritakan satu visi di mana Ezekiel melihat “awan yang besar” yang mengandungi api dan memancarkan kilat dan “cahaya yang cemerlang”. Pusat api seperti logam bercahaya, dan di dalam api adalah apa yang dilihat seperti empat makhluk hidup”. Makhluk-makhluk ini digambarkan sebagai bersayap dan seperti manusia (humanoid), mereka “memecut ke hadapan dan ke belakang seperti pancaran kilat” dan “api bergerak ke depan dan ke belakang di kalangan makhluk”. Ayat seterusnya menggambarkan empat objek berkilat, masing-masing terdapat “seperti roda-roda bersilang”. Objek-objek ini boleh terbang dan mereka bergerak bersama makhluk didalamnya: “Apabila makhluk didalamnya bergerak, roda ini juga bergerak.
Didalam teks Book Of Ezekiel ini, Ezekiel melihat sesuatu yang begitu menakutkanya sehingga beliau jatuh melutut. Kemudian, dengan kemuliaan Tuhan, datang makhluk ini berpakaian berkilat yang kelihatan seperti logam, dan berkata kepada Ezekiel, “Baiklah, manusia, kami membawa anda di sini. Kami mahu anda membina bangunan ini.” Dan Ezekiel bertanya, “Baiklah, kenapa saya perlu melakukannya?” Dan makhluk tersebut berkata, “Itulah tujuannya kami membawa kamu ke sini.”
Dan kemudian di mukasurat 40, dalam bahagian kedua Buku Ezekiel, “dengan ukuran selepas pengukuran, selepas pengukuran. bangunan yang sangat besar ini,datang Tuhan dengan kemuliaan dan mendarat.
Menurut Giorgio A. Tsoukalos “tuhan yang saya percaya tidak memerlukan kenderaan untuk bergerak dari titik A ke titik B. apa sahaja yang dinyatakan di dalam Perjanjian Lama bukan Tuhan; dan ia makhluk asing yang telah disalah tafsir oleh nenek moyang kita sebagai suci dan luarbiasa. Dan mengapa? Kerana salah faham berkenaan teknologi. Dan itu adalah perkara asas yang terpakai kepada semua teori angkasawan purba”.
Adalah dinasihatkan teks diatas dibaca sebagai sebahagian dari bahan rujukan dan kajian. Umat Islam adalah amat-amat dilarang mempercayainya.
The Kebra Nagast
The Kebra Nagast adalah salah satu daripada teks yang paling penting yang tidak pernah ramai orang mendengar tentangnya. The Kebra Nagast bererti Buku Raja-raja (The Book of Kings), dan ia adalah buku atau teks yang paling suci Ethiopia. Di dalam teks ini Raja Sulaiman digambarkan mempunyai akses kepada beberapa jenis mesin terbang. Dibahagian itu dunia sebelah sini, istilah “karpet terbang” sentiasa digunakan secara umum. Adakah mereka benar-benar bermaksud karpet terbang itu sebenarnya permaidani terbang atau adakah ia satu lagi istilah yang menerangkan beberapa jenis mesin terbang?
David Childress “This was the original Chariots of the Gods that Erich von Daniken talked about– the flying magic carpets of the Arabian Nights stories. There are traditions in the Middle East of King Solomon having this airship and flying to different places in the Middle East, certain mountains which are known as the Mountains of Solomon”.
The Kebra Nagast juga merujuk kepada suatu peristiwa bagaimana Raja Sulaiman menggunakan mesin terbangnya untuk melukiskan peta dunia.
Menurut Hancock “Some of these maps show the world not as it looks today, but as it looked during the last ice age. And this is really hard to explain. Everybody’s heard of the Piri Reis map,but they’ve perhaps not heard of the Orontius Finnaeus map or the Mercator maps that show Antarctica in great detail hundreds of years before Antarctica was even discovered”.
Adalah dinasihatkan teks-teks diatas dibaca sebagai sebahagian dari bahan rujukan dan kajian. Umat Islam adalah amat-amat dilarang mempercayainya.
The Dropa Stones
Kisah Batu Dropa bermula pada tahun ini 1938, dikawasan pergunungan Baian-Kara-Ula di Perbatasan China dan Tibet. Chi Pu Tei seorang profesor arkeologi di University Beijing telah memimpin satu ekspedisi arkeologi ke kawasan pegunungan yang sukar untuk dimasuki oleh manusia. Ekspedisi dilakukan berdasarkan kepada laporan-laporan yang menyatakan terdapat satu bangsa primitif yang menduduki gua-gua di sekitar kawasan pergunungan berkenaan.
Apabila pasukan ekspidisi menemukan gua-gua berkenaan, mereka mendapati di dinding gua-gua berkenaan terdapat piktogram-piktogram yang mengambarkan matahari, bintang-bintang dan bumi yang di hubungkan dengan garis titik-titik yang halus.
Apabila kerja-kerja arkeologi dijalankan didalam gua berkenaan, pasukan arkelogi telah menemui batu-batu berbentuk bulat seperti disk berukuran sekitar Sembilan inci daimeter dan tiga suku inci tebal. Tepat di bahagian tengah adalah bulatan sempurna tiga per empat inci besarnya (berbentuk seperti CD atau DVD pada hari ini) Di muka depan disk terdapat lakaran-lakaran yang sangat halus, yang dilakar dari bahagian tengah disk hingga ke bahagian muka disk sebelah luar.
Kaedah menulis ini Sama seperti kaedah merekodkan maklumat ke dalam Piring Hitam CD atau DVD pada hari ini (phonograph). Percaya atau tidak kaedah ini telah dilakukan kira-kira 10,000 dan 12,000 tahun dahulu. Sebanyak 716 buah disk telah ditemukan di sekitar kawasan berkenaan. Apabila diperiksa dengan teliti, lakaran-lakaran berkenaan sebenarnya adalah hieroglyphics atau tulisan purba.
Pada tahun 1862, Dr. Tsum Um Nui, telah cuba untuk memecahkan kod-kod hieroglyphics berkenaan dan berjaya. Tulisan tersebut memberi maklumat bahawa batu-batu itu ditulis oleh orang-orang yang menyebut diri mereka sebagai bangsa DROPA. Setelah berjaya menterjemahkan tulisan-tulisan berkenaan, Dr. Tsum Um Nui telah menghantar hasil penemuan beliau kepada pihak universiti untuk diterbitkan. Namun beliau telah dihalang dari menerbitkan mahupun membicarakan tentang penemuannya kertas kajian kepada pihak umum oleh Akademi Prasejarah. Dunia akademi memutuskan, tidak siapa yangharus tahu tentang makhluk-makhluk asing Dropa dan perjalanan jauh mereka ke bumi.
1. Pihak Wikipedia telah menarik keluar maklumat berkenaan The DROPA Stones dari internet sejak tahun 2009 tanpa sebarang alasan.
2.Hanya terdapat 2 keping gambar sebenar DROPA Stones dalam internet. Gambar-gambar yang lain adalah terdiri dari The Phaistos Disk, The Lolladoff Plate atau benda berbentuk bulat di lable sebagai DROPA Stone (Hoax)
3.All About…. The Disk of Baian-Kara-Ula
4.Ramai pengemar UFO mengaitkan DROPA Stone dengan kejadian STS-75 The Tether Incident. Apa pandangan anda?
Selain dari penemuan-penemuan diatas, terdapat juga pelbagai teks sejarah lain dipetik sebagai bukti dan keterangan, contohnya seperti pada abad ke-13 , didalam “Otia Imperialia” buku yang menceritakan tentang sebuah kejadian di Bristol, England mengisahkan kehadiran UFO, dan juga buku log Christopher Columbus yang merekodkan kapal angkasa berbentuk cerut yang dilihat di seluruh Eropah pada zaman Wabak Hitam (Black Plague).
Selain dari manuskrip dan kitab-kitab agama yang merekodkan perhubungan diantara manusia dan makhluk asing, berikut adalah beberapa tinggalan yang dikemukakan sebagai bukti bagi membuktikan bahawa perhubungan diantara mansia purba dan makhluk Asing pernah benar-benar berlaku.
Karya-karya Seni Purba
Bukti-bukti lain kewujudan angkasawan purba (ancient astronaut) telah ditemukan pada lukisan didalam sebuah gua Palaeolithic (26 juta tahun dahulu) di Wondjina ,Australia dan Val Camonica, Itali . Pada lukisan ini terdapat gambar yang menunjukkan seorang angkasawan yang lengkap berpakaian seperti angkasawan zaman moden yang memakai sesuatu di kepala berbentuk kubah, yang ditafsirkan sebagai makhluk yang memakai topi keledar angkasa, sama seperti angkasawan zaman moden sekarang.
Lebih banyak bukti-bukti dikemukakan seperti lukisan-lukisan zaman kebangkitan dan pertengahan yang mempunyai bentuk-bentuk yang menyerupai piring terbang digunakan untuk menyokong teori angkasawan purba dengan cuba untuk menunjukkan bahawa pencipta manusia sentiasa pulang ke bumi untuk memeriksa ciptaan mereka dari masa ke semasa.
Nazca Lines
Nazca lines terdiri daripada beratus-ratus lukisan besar yang terukir di dalam padang pasir tanah tinggi Peru. Garisan ini mempunyai bentuk-bentuk geometri, yang mengandungi pelbagai imej seperti haiwan dan sekurang-kurangnya satu lakaran manusia. Ramai penyokong angkasawan purba menyebut garis-garis Nazca adalah bukti nyata kerana lakaran yang dihasilkan oleh garis-garis tersebut hanya dapat dilihat dari udara. Profesor Joe Nickell dari University of Kentucky, percaya untuk membina garisan yang membentuk lakaran berkenaan seseorang itu perlu menggunakan teknologi yang tinggi bagi membolehkan garisan-garisan seperti itu dibina dengan darjah ketepatan yang munasabah.
Artifak purba
Walaupun penemuan beberapa artifak ini ditafsirkan oleh ahli arkeologi sebagai mewakili bentuk-bentuk makhluk yang terdapat dibumi seperti burung dan serangga, namun tafisaran tersebut disanggah dengan pelbagai penemuan artifak-artifak purba yang amat menakjubkan. Sebagai contoh penemuan artifak purba seperti Burung Saqqara (The Saqqara Bird) di Mesir dan, yang didakwa sama seperti kapal terbang dan glider zaman moden.
Burung Saqqara artifak berbentuk burung yang diperbuat daripada kayu Sycamore, yang ditemui semasa penggalian kubur Pa-di-Imen di Saqqara, Mesir pada tahun 1898. Artifak berbentuk burung ini telah dikenal pasti bertarikh kira-kira 200 SM, ditemukan didalam sebuah piramid yang dibina padaa zaman Raja Djoser. Turut sama ditemui dengan artifak ini ialah satu papyrus yang mengandungi inskripsi “Saya mahu terbang”. Artifak burung Saqqara kini ditempatkan di Muzium Antikuiti Mesir di Kaherah mempunyai lebar sayap 180 mm (7.1) dan berat 39,12 g (1,380 oz)
Artifak burung Saqqara berbentuk seperti seekor burung, mempunyai mata dan paruh, tetapi tidak pada sayap dan ekornya. Menurut Dr. Algund Eenboom, sayapnya kelihatan tebal dan semakin nipis berhampiran hujung. Badan artifak burung ini juga menirus kebahagian belakang, menjadikan reka bentuk burung ini sangat aerodinamik. Ekor burung saqqara in agak pelik, kerana tidak seperti ekor kebanyaakan burung.
Menurut pandangan Dr. Uwe Apel, burung tidak memerlukan kemudi kerana bentuknya yang aerodinamik. Oleh itu Burung Saqqara bukanlah artifak yang mengambarkan seekor burung tetapi sebuah mesin terbang, atau pesawat udara.
Pada tahun 2006, pakar penerbangan dan aerodinamik Simon Sanderson telah membina sebuah replika burung Saqqara lima kali ganda lebih besar daripada yang asal dan mengujinya didalam trowong angin untuk melihat sebarang kemungkinan ianya boleh diterbangkan. Hasil ujian menunjukkan burung Saqqara adalah sangat aerodinamik dan merupakan satu alat mengelungsur angin yang sangat maju. Mereka juga mendapati rekabentuk ini adalah reka bentuk yang boleh dilihat pada semua kapal-kapal terbang pada masa ini.
Pendapat-pendapat para saintis lain seperti Phillip Coppens, Hancock dan Robert Bauval terhadap perkara ini dapat dilihat didalam dokumentari ancient astronauts episod 1 berjudul The Evidance terbitan History Channel.
Penemuan artifak-artifak purba di kawasan tamadun-tamadun purba ini membingungkan ramai saintis dan pengkaji. Ini adalah kerana artifak-artifak ini kebanyakannya berbentuk seperti peralatan dan kenderaan moden, yang tidak mungkin boleh dicipta atau digunakan pada masa berkenaan berdasarkan kepada kekangan teknologi, infrastruktur dan persekitaran kawasan tamadun berkenaan.
7000 km dari Mesir, dikawasan hutan tebal dan pergunungan Colombia ramai orang percaya bahawa disini terletaknya Legenda Bandar Emas El Dorado. Walaupun legenda bandar emas ini tidak pernah ditemukan, pada awal abad ke-20, para perompak makam (tomb-robbers) telah menjumpai satu makam purba berusia lebih 1,500 tahun dari tamadun pre-Columbian dikenali sebagai Tolima. Antara artifak-artifak yang ditemui dimakam berkenaan ialah beratus-ratus patung emas yang kecil bersaiz dua hingga tiga inci yang kebanyakan mengambarkan pelbagai jenis serangga.
Walau bagaimanapun, terdapat hampir sedozen dari artifak ini mempunyai bentuk-bentuk yang agak pelik. Pelik kerana artifak-artifak kecil ini kelihatan seperti pesawat udara moden. Artifak ini mempunyai sayap bentuk segi tiga, mempunyai ekor yang tegak, penstabil dan fiuslaj, dan begitu serupa dengan dengan pesawat moden. Bentuk asas sayap artifak ini juga kelihatan amat serupa dengan bentuk sayap untuk pesawat berkelajuan tinggi seperti kapal angkasa.
Pada tahun 1997, pakar-pakar penerbangan Jerman termasuk Algund Eenboom , Peter Belting dan Conrad Lübbers , telah membina satu replika skala model yang yang dilengkapi dengan gear pendaratan dan enjin. Menurut Eenboom “Ianya agak mudah, kerana kita tidak perlu meletakkan banyak bahagian kepada bentuk ini kerana bentuk ini adalah sempurna. Segala-galanya telah dilakukan oleh orang-orang purba 2,000 tahun yang lalu dan tidak perlu penambahan atau pengubahsuaian”. Dalam ujian yang mereka lakukan,mereka mendapati bahawa replika berkenaan benar-benar boleh terbang tanpa sebarang masaalah.
Dua penemuan dari dua tempat yang berbeza menunjukkan kebolehan, kemampuan dan pengetahuan manusia purba terhadap pengetahuan ilmu penerbangan. Mungkinkah artifak-artifak ini dibuat secara tidak sengaja? Kebarangkaliannya agak jauh. Ini kerana pembuatan artifak ini jelas sekali menggunakan perkiraan matematik tertentu dan bukannya berdasarkan perkiraan yang random.
Selain dua artifak yang menunjukkan kebolehan orang zaman purba memahami kaedah-kaedah penerbangan, walaupun jika sebenarnya mereka tidak pernah terbang, ahli-ahli teori angkasawan purba (ancient astronauts) percaya tamadun-tamadun yang lalu memiliki teknologi yang sama maju, kalau pun tidak lebih maju dari teknologi pada masa sekarang.
Para pengkaji menunjukkan kepada beberapa mitos-mitos budaya yang menggambarkan orang langit yang datang ke bumi dalam naga bernafas api, atau mesin-mesin besi sebagai bukti lawatan ruang angkasa.
Menurut David Childress “Pada pendapat saya, legenda dan mitos-mitos berdasarkan sesuatu yang sebenarnya berlaku. Dan sementara mereka telah “memitoskan” dan memperbesar-besarkan cerita dalam banyak kes, dalam fikiran saya, terdapat beberapa perkara yang benar di sini bahawa orang-orang pada zaman purba benar-benar terbang dalam kapal udara seperti yang kita lakukan pada hari in”i.
Tetapi mungkinkah kapal angkasa mereka telah sampai ke Bumi menggunakan sistem pendorongan (propulsion)? Persoalan ini membawa ke benua kecil India. India dianggap sebagai salah satu tamadun tertua dengan rekod penempatan sejak lebih 1,1000 tahun dahulu. Ia juga rumah kepada beberapa rekod tertua teknologi purba.
Teks purba Sanskrit, sejak sejauh 6000 SM, menerangkan secara detail terhadap sebuah mesin terbang yang dipanggil “Vimanas”. Menurut Eenboom, Vimanas adalah mesin terbang, dan dikuasakan oleh suatu enjine sesetengahnya seperti enjin jet. Ini seolah-olah benar kerana semua perihal tingkah laku penerbangan: “gajah yang melarikan diri dalam keadaan panik” Rumput telah dibuang kerana ada banyak tekanan dari belakang Vimanas, yang menerangkan keadaan yang berlaku sewaktu penerbangan dimulakan.
Menurut David Childress Sains Aeronautik, (Vymaanika-Shaastra) bercerita tentang masuk ke dalam mesin terbang yang diperbuat dari logam, tentang tenaga elektrik, sumber kuasa mesin terbang ini diperolehi dari mesin yang di panggil gyroscope, juruterbang dan pakaian yang mereka perlu pakai, makanan yang mereka makan, tentang senjata-senjata yang disimpan diatas mesin terbang dan juga sistem pendorongan mesin terbang yang berasaskan gabungan gyroscopes, elektrik, dan raksa.
Dr. Eenboom “manual penerbangan Vimanas agak serupa dengan manual penerbangan dalam setiap kapal terbang moden”. Michael Cremo “Kami juga mendapat tahu bahawa ini Vimanas boleh dikawal menggunakan minda”, iaitu satu teknologi moden yang sedang dibangunkan oleh manusia pada hari ini untuk mengawal kapal terbang.
Walaupun sejarah arus perdana percaya teks Sains Aeronautik, (Vymaanika-Shaastra) adalah mitos, namun dokumen ini banyak mengandungi petikan-petikan yang menggambarkan jentera dan teknologi moden itu sememangnya wujud pada masa tersebut.Dari teks berkenaan dapat disimpulkan bahawa pengarang teks ini berpengalaman menaiki mesin tersebut dan merekodkan sebegitu banyak mklumat berkenaan mesin ini.
Pada masa sekarang, manusia telah mencipta pelbagai mesin dan alatan gergasi untuk digunakan bagi menggali, memotong, dan mengangkat batu. Tanpa peralatan seperti ini manusia mengalami kesukaran untuk membina dan menyiapkan bangunan-bangunan yang besar, moden dan tinggi. Namun begitu, beribu-ribu tahun yang lalu, tamadun purba juga telah menggunakan peralatan-peralatan yang mereka ada bagi membina tugu-tugu dan kuil-kuil mereka menggunakan batu-batu besar.
Blok-blok batu besar, kebanyakan beratnya melebihi 100 tan juga menjadi satu cabaran walaupun untuk jurutera hari ini. Namun begitu, beribu-ribu tahun yang lalu, orang-orang zaman dahulu telah telah memotong keluar batu pepejal, diangkut dan kemudian mengangkat batu-batu besar ini tepat ke tempatnya. Bagaimana mereka memotong blok-blok ini besar dan berat ini, adakah menggunakan tukul, pahat, Atau adakah tamadun purba mempunyai teknologi canggih yang telah hilang?
Para pengkaji zaman purba tidak ragu-ragu menyatakan bahawa kebanyakan monument-monumen besar adalah dibina oleh manusia zaman dahulu dan bukannya makhluk asing. Namun begitu mereka menegaskan walaupun dibina oleh manusia bangunan-bangunan ini dibina menggunakan teknologi dan kepintaran makhluk asing. Menurut Christoper Dunn seorang pakar kejuruteraan, piramid agung sahaja memerlukan lebih dua juta setengah blok batu besar yang di potong dengan teliti. Berdasarkan kepada permerhatian beliau, setiap blok batu yang beliau kaji mempunyai tanda-tanda mesin.
Christoper Dunn percaya bahawa batu-batu besar ini telah dipotong menggunakan satu gergaji gergasi yang sangat besar setinggi hingga 35 kaki tingginya. Para pengkaji juga mendapati The Tample of Jupiter di Baalbek, Lubnan di bina menggunakan blok batu yang beratnya sehingga 1000 tan atau 2 juta paund. Di satu kuari berhampiran dengan kuil Jupiter ini terdapat “Stone of the Pregnant Woman” berbentuk empat persegi, yang telah siap dipotong seberat 1200 tan. Untuk memindahkan batu ini manusia zaman moden memerlukan kekuatan 21 buah kren pengangkut yang besar.
Roger Hopkins berpengalaman memindah blok batuan yang besar di Mesir satu masa dahulu. Menurut beliau “I’ve done pulling operations in Upper Egypt. Thousands of people involved in the various stages of the project, moving very fragile pieces of stone that weigh hundreds, if not thousands, of tons. Yes, you can use ropes, but you’re going to have to use other mechanical advantages.”
Tetapi jika tamadun purba ini tidak mempunyai peralatan mekanikal moden, bagaimana mereka memindah dan mengangkat batu-batu besar ini? Ada yang percaya mereka telah diberikan kelebihan teknikal dari makhluk asing seperti mesin pemotong laser dan alat anti graviti . Bagaimana pun pandangan ini tidak popular dan tidak diterima ramai.
Roger Hopkins seorang pakar pengukir dan tukang batu zaman moden berpendapat ketepatan pada beberapa kerja yang di lihat di kuil-kuil purba ini sangat luar biasa. Ia boleh dilakukan dengan tangan, tetapi ia akan mengambil jumlah masa yang sangat
Menurut Giorgio A.Tsoukalos “There exists one very concise description of how these massive stones were transported from the quarry to the building site. The master builders had the capability of putting some type of a white substance, paper-like substance onto the stones and they rode on it, and then they basically gave the stone block a push, and it moved by six feet as if by magic. Now, did that thing really move by magic? No, some technology was used”.
Menurut Giorgio A.Tsoukalos “In my opinion, the most tangible pieces of evidence that we have regarding possible extraterrestrial technology is when we look at the ancient stone-cutting techniques. Because in some instances, we ourselves today could not replicate what our ancestors allegedly accomplished with stonemasonry”.
Puma Punku adalah kompleks kuil besar yang terletak di dataran tinggi yang tinggi di Bolivia. Arkeologi berpendapat Puma Punku dibina kira-kira 200 Sebelum Masehi. Orang-orang yang tinggal di sini tidak mempunyai bahasa bertulis mahupun teknologi roda namun entah bagaimana mereka mampu membina satu struktur yang paling kompleks di dunia. Ahli-ahli teori makhluk asing melihat Puma Punku sebagai bukti yang jelas pengaruh makhluk asing kepada penduduk bumi.
Menurut Giorgio A.Tsoukalos “The ruins we find at Puma Punku are simply extraordinary. Puma Punku defies logic.”
Keunikan bukan terletak kepada bagaimana batu-batu besar ini disusun. Keunikan Puma Punku adalah rekabentuk batu-batu besar yang memerlukan konsep matematik yang jauh dari apa yang ada pada manusia zaman moden ini. Namun apa yang pasti seseorang telah membinanya pada masa lalu, untuk tujuan yang tertentu, yang mana computer hari ini pun tidak akan mampu untuk melakukannya.
Di Puma Punku ini terdapat beberapa blok batu besar, beratnya sehingga 50 tan yang potong dan diukir dengan cantik dan sangat tepat. Orang-orang dikawasan ini mempunyai kebolehan untuk memotong dan mengukir batu yang boleh dikatakan mustahil untuk dimiliki oleh satu kaum 5000 tahun dahulu, Bahkan ianya seakan mustahil untuk dilakukan oleh manusia zaman moden ini walaupun mempunyai peralatan yang lengkap. Oleh itu adakah benar terdapat makhluk asing yang memberi mereka teknologi berkenaan?
Begitu juga di Machu Picchu yang terletak di kawasan pergunungan Andes di Peru. Machu Picchu dibina oleh Kaum Inca pada abad ke 15 dan ditinggalkan 100 tahun kemudian. Penduduk kawasan ini juga mempunyai kemahiran yang tinggi berkenaan dengan ukiran batu (stone craving).
Terdapat beberapa pengkaji purba berpendapat bahawa batu-batu berkenaan sebenarnya telah dileburkan terlebih dahulu, sebelum dituangkan kedalam acuan-acuan berbentuk tertentu. Walaupun teori ini boleh diterima pakai, untuk meleburkan batu-batu keras ini, manusia memerlukan api atau haba yang panasnya melebihi 3000 darjah celcius. Persoalan yang muncul adakah mereka mampu untuk menyediakan api yang sedemikian panas? Jika mereka mampu, dari mana teknologi tersebut mereka perolehi?
Bukti-bukti tinggalan diatas hanya menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan. Para pengkaji barat masih lagi mengkaji kemungkinan-kemungkinan yang ada. Namun teori yang menyatakan bahawa terdapat bangsa dikalangan makhluk asing yang membantu memperkembangkan peradaban manusia di bumi masih benar-benar belum dibuktikan sepenuhnya.
Kegemilangan tamadun sesuatu bangsa itu dilihat melalui pencapaian-pencapaian dan kejayaan mereka dari sudut kebudayaan dan ilmu pengetahuan. Kekayaan, kemewahan dan kekuasaan suatu bangsa atau kaum ini tidak akan hadir tanpa melalui pekembangan ilmu pengetahuan sains dan teknolog. Sedangkan terdapat bukti-bukti konkrit dari tinggalan-tinggalan arkeologi bahawa bangsa-bangsa ini sangat maju dalam ilmu sains dan teknologi.
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan kaum-kaum ini sangat maju satu masa dahulu. Adalah dipercayai bahawa kaum-kaum ini juga telah menguasai ilmu ekonomi, linguistik, astronomi dan juga sains penerbangan. Bagaimana mereka menguasai ilmu-ilmu ini masih menjadi tanda tanya. Teori yang paling hampir adalah mereka memperolehinya dari bangsa dari luar dunia ini.
Cuba lihat kemajuan yang ada pada manusia pada hari ini. Adakah kemajuan, kemewahan dan kekayaan manusia pada hari ini berkembang tanpa ilmu, sains dan teknologi?
Kesimpulannya ramai penyokong dan pengkaji teori ini yakin bahawa Manusia zaman purba (manusia zaman dahulu) memperolehi ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains teknologi, matematik, astronomi, linguistik dan sebagainya dari makhluk asing. Ini kerana menurut mereka kebanyakan tinggalan-tinggalan zaman purba yang dapat dilihat pada hari ini memerlukan teknologi yang moden untuk membinanya. Sebagai contoh, Garisan Nazca memerlukan sesuatu yang boleh terbang di udara untuk membinanya. Begitu juga monumen-monumen purba seperti kompleks piramid Khufu, Khafre, Menkaure’s, Sphinx, Tomb of Queen Khentkaues I, Quetzalcóatl Piramid, Temple of Khons, Temple of Baalbek, Stonehenge, Puma Punku, Ziggurat, The Moai of Easter Island, Machu Picchu, Teotihuacán, Serapeum, Hanging Gardens of Babylon, Mesoamerican piramid dan banyak lagi yang hanya (sepatutnya) boleh dibina menggunakan matematik, sains teknologi dan engineering moden yang ada pada hari ini. Bagaimana pula dengan ilmu astronomi yang dimiliki oleh kaum Dogon yang terlalu maju berbanding dengan zaman mereka? Bagaimana pula bangsa DROPA yang mengatakan mereka berasal dari planet yang jauh dari bumi?
Artikel ini hanya menterjemahkan sahaja penulisan dan pendapat mereka kedalam bahasa melayu dari artikel asal yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Segala petikan diatas adalah diambil sepenuhnya daripada artikel-artikel dan juga video yang dikemukakan oleh para pengkaji fenomena makhluk asing dari barat yang bukan beragama Islam. Bukti fizikal yang dikemukakan adalah benar, Cuma kemungkinan tafsiran dan penerangan yang diberikan adalah berdasarkan kepada pendedahan para pengkaji berkenaan terhadap cara hidup mereka, sosiobudaya dan agama mereka.
SOALAN : Adakah dikatakan mustahil bahawa beribu-ribu tahun dahulu terdapat makhluk asing yang datang melawat dan berkongsi pengetahuan dengan manusia di bumi? jawapannya …..TIDAK MUSTAHIL.
Firman Allah Surah Al-Baqarah Ayat 1 Hingga 2
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Firman Allah Surah Yunus Ayat 1
Alif, Laam Raa’ ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.
Firman Allah Surah Hud Ayat 1
Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
Firman Allah Surah Yusuf Ayat 1 Hingga 2
Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
Firman Allah Surah An-Nur Ayat 35
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Firman Allah Surah Az-Zukhruf Ayat 8
Lalu Kami binasakan orang-orang yang lebih kekuatannya (dan lebih kejam serangannya) daripada mereka; dan telahpun disebutkan (berulang-ulang di dalam Al-Quran) tentang kisah-kisah dan misal perbandingan mengenai umat-umat yang telah lalu.
Firman Allah Surah Az-Zumar Ayat 25 hingga 28
(Ingatlah! Bahawa) orang-orang yang terdahulu dari mereka telah mendustakan (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka), lalu orang-orang itu didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya. Maka Allah merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana), dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka) lebih besar lagi. Kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini, tentulah mereka tidak mendustakan Rasul). Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran. laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.
Jika para pembaca terus mengikuti artikel-artikel yang telah dikemukakan terdahulu, para pembaca akan mendapati bahawa Al Quran ada bercerita tentang perkara ini, melalui banyak sudut yang berbeza. Maha Suci Allah, kerana percayalah keterangan itu ada didalam Al Quran. Ini adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji. Insya Allah.
Firman Allah surahAl-Jinn ayat 1
Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan.
Semoga bermanfaat diketahui dan difikir2 kan.

Tulisan: Zul Segamat

CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA

Assalamualaikum. Bismillah CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA Sebagai seorang Muslim dan Muslimah, am...