Rabu, 25 September 2013

APA YANG BERLAKU DI BUKIT THURSINA A.K.A. MOUNT SINAI?




Memang susah benar nak jumpa rujukan tentang kisah2 begini.

Diceritakan ketika Nabi Musa a.s. munajat kepada Allah Rabbul ‘Alamin di Bukit Thursina, maka pada saat itu berkesempatan Nabi Musa a.s. bertanya kepada Allah s.w.t. dengan mengajukan beberapa pertanyaan.

Salah satu pertanyaan Nabi Musa a.s. telah Allah s.w.t. jawab : “ Pertama-tama aku jadikan adalah Nur Muhammad. Kemudian Ku jadikan Durratul-Baidhoo’ dari Nur Muhammad. Dari Durratul-Baidhoo’ Aku jadikan 70,000 negeri di cakrawala, (Jadi kita guna istilah sekarang ialah 70,000 planet di angkasaraya). Maka satu planet itu luasnya 70 kali Bumi. Tiap-tiap planet itu dijadikan penghuninya 70,000 makhluk bukan bangsa jin, dan bukan bangsa manusia, dan juga bukan bangsa malaikat. Kesemuanya dijadikan dengan kamilat ‘Kun fayakun’. Mereka beribadat padaKu sampai 70,000 tahun. Kemudiannya, mereka jadi berdurhaka kepadaKu, lalu Aku binasakan mereka dan seluruh cakrawala itu semuanya.

Kemudian sesudah itu Aku jadikan lagi 80,000 buah negeri (planet) yang besarnya Cuma 10 kali Bumi. Semua berada di cakrawala yang bertingkat2. Di planet2 itu Aku ciptakan sebangsa unggas yang memakan tumbuhan-tumbuhan, biji-bijian. Lama-kelamaan unggas-unggas itu pun punah (musnah). Kemudian baru Aku jadikan 20,000 makhluk sebangsa manusia dari cahaya secara beransur-ansur sampai mereka itu punah semuanya.

Kemudian setelah berselang 70,000 tahun sesudah itu, baru Aku jadikan Qalam, Lauhil-mahfuzh, ‘Arsy dan Kursi dan malaikat. Maka setelah kira-kira 70,000 tahun lagi barulah Aku jadikan syurga dan neraka. Kemudian setelah itu baru Aku jadikan makhluk manusia yang namanya Adam, bukan bapakmu Adam yang sekarang ini, hai Musa.

Aku jadikan dia dari awal Adam sampai keturunannya yang terakhir 10,000 tahun lamanya. Setelah itu aku jadikan pula Adam yang lain dengan keturunannya yang terakhir dalam masa 10,000 tahun.

Demikian seterusnya Aku jadikan tiap-tiap Adam sampai keturunannya dalam masa 10,000 tahun, ganti-berganti, sampai mencapai 10,000 orang Adam. Maka Adam yang sekarang inilah yang ke 10,000 kalinya.”

Demikianlah keterangan yang diambil daripada kitab “Permulaan dijadikan langit dan bumi” oleh Al-‘Alamah Syaikh Nuruddin Ali.

Jika kita renungkan keterangan di atas itu, jelaslah bagi sesetengah daripada kita bahwa umur dunia ini sudah lama benar, atau sudah sangat tua. Cuba bayangkan, setiap Adam Tuhan ciptakan sampai anak keturunannya yang terakhir adalah memakan waktu sampai 10,000 tahun. Maka berapakah jumlah 10,000 x 10,000 tahun?

10,000 x 10,000 = 100,000,000 tahun

Jadi jelasnya bumi kita telah dihuni oleh manusia yang pertama Allah ciptakan, sampai Adam yang terakhir di zaman kita ini adalah lama masanya memakan waktu seratus juta tahun. Kalau pada tahun 1978 ahli kajipurba telah menemui tengkorak manusia di Tanah Jawa yang sudah berumur 300,000 tahun itu belumlah seberapa jika dibandingkan dengan keterangan dan pendapat ulama’ Islam Syeikh Nuruddin Ali, bahwa bumi kita ini telah dihuni manusia sudah seratus juta tahun lamanya.

Untuk memperkuatkan keterangan bahwa sudah tua umurnya dunia ini, pernah diceritakan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. tentang pengalaman dan penglihatan Baginda dalam perjalanan Isra’ dan Mi’rajnya, iaitu nampak ada seorang wanita memanggil-manggil dan merayu nama Baginda. Wanita itu sudah sangat tua namun masih nampak cantik rupanya, memakai pakaian yang indah serta perhiasan yang gemerlapan emas, intan dan berlian.

Lalu Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada Jibrail. Siapakah gerangannya wanita itu? Jawab Jibril : “Itulah dunia!”

Kita kini sama dapat membuktikan dengan mata bahwa apa yang dilihat oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah betul-betul dunia, semakin tua bertambah cantik. Yang dimaksudkan dengan dunia adalah negeri atau bumi di mana tempat manusia ‘bersemayam.’

Cubalah kita perhatikan Bandar-bandaraya, kota-kotaraya di Malaysia yang semakin hari pembangunannya semakin hebat dengan bangunan-bangunannya, menara-menaranya yang menjulang tinggi, jalanraya, lebuhraya semakin lebar dan luas dengan lampu-lampunya yang berwarna-warni di waktu malam. Bukan di Malaysia saja, bahkan seluruh di dunia sedang membangun.

Apakah ertinya bangun dalam bahasa Arab? Bahasa Arabnya adalah “Qiyaamah.” Jadi jelas dunia sekarang sudah mulai mau kiamat di mana-mana! Mula bangun di mana-mana. Sudah dihias, atau sedang dihias dunia oleh manusia. Inilah menunggu detik-detik sampai saatnya masa terakhir bagi dunia ini. Menandakan zaman akhir bahwa ciri-ciri dan alamatnya adalah Allah tidak akan mengutus seorang Nabi sesudah Nabi Muhammad SAW.

Semoga bermanfaat difikir2 kan.


Allahu'alam... Wassalam 

Penulis : Public Secret


BUMI TIDAK MENGELILINGI MATAHARI ????














Sumber Cedokan: Pelbagai

Telah beberapa generasi lamanya kita diberi pendidikan semenjak kanak-kanak, di dada-dada media, di bangku-bangku sekolah, dibilik-bilik kuliah peringkat univerisiti, sehinggalah ke peringkat profesional dengan pemahaman bahawa bumi mengelilingi matahari.

Pernahkah kita terfikir atau mengkaji dengan teliti sama ada ini merupakan teori yang dapat diterima kebenaran dan kesahihannya secara ilmiah? Atau sebaliknya, bahawa mataharilah yang mengelilingi bumi dan malah seluruh jasad di angkasa bertindak menglilingi bumi dengan menjadikan bumi sebagai pusat jagat raya di angkasa?

Sehingga hari ini... bukankah pernyataan "Bumi mengelilingi matahari" masih hanya sekadar teori dan tiada kepastian yang pasti? YA, MASIH SEKADAR TEORI!!! Pernahkah ia benar-benar terbukti secara sainstifik dan pancaindera? Jawapannya... tidak pernah.

Kalau seandainya ia teori yang benar, mengapa setiap kiraan berkaitan angkasa oleh NASA dan konco2 nya yakni saintis-saintis sekular terpaksa dilakukan dengan anggapan bumi itu pegun atau statik? Dan tidak pula ia dilakukan kiraan atas teori bumi berputar? Aneh bukan?

Jadi apa pula pandangan Islam tentang perkara ini? Adakah Islam memiliki pandagannya yang tersendiri dalam perkara ini? Apakah al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi ada menyentuh soal ini?

Sebenarnya, ada banyak buku-buku yang sedang berada di pasaran boleh menyingkap dan membongkar pelbagai rahsia berkenaan perkara ini setelah sekian lama kita disogokkan dengan teori bumi mengelilingi matahari. InsyaAllah... perbahasan yang dibawakan dan dibentangkan melalui buku-buku ini adalah lebih sesuai dengan rujukan yang ilmiah mendahulukan al-Qur'an, as-Sunnah, serta perkataan para ulama Ahli Sunnah wal-Jama'ah yang berautoriti dari era awal Islam sehinggalah zaman ini.

Bayangkanlah, sekiranya bumi sentiasa bergerak dan berputar, berapakah nilai kelajuannya dalam sesaat atau seminit, mahupun per jam? Tidakkah ia bakal menghasilkan suatu tenaga kinetik dan inersia kepada penghuni di atasnya? Tidakkah bumi akan terus bergeser dengan keadaan persekitarannya seperti langit dan udara?

Pernahkan Allah menyatakan di dalam al-Qur'an bahawa bumi itu bergerak, atau sebaliknya Allah menyatakan yang bergerak adalah matahari, bintang, dan bulan? Sama-samalah kita menelitinya dengan saksama. Semoga Allah sentiasa meletakkan kita di atas jalan yang lurus.

"Dan matahari itu berjalan (bergerak) di tempat ketetapan baginya, yang demikian itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui" [Surah Yaasin : Ayat 38]

Soalan cepumas: Pernahkah kita jumpa di dalam Al Quran ayat yang menggambarkan bumi mengelilingi matahari?

Saya bukanlah pakar tentang tafsiran dan terjemahan Al Quran... mungkin sebab tu saya belum lagi menemui mana-mana ayat yang mengatakan bumi bergerak mengelilingi matahari.

Kenyataan tentang bumi mengelilingi matahari dan matahari duduk di tempatnya sendiri memang sudah sebati bagi kita yang dilahirkan di abad ke 20. Juga terdapat teori yang mengatakan sambil bumi mengelilingi matahari, sistem matahari itu sendiri bergerak mengelilingi pusat galaksi bimasakti (milky way galaxy). Mmm... ntah la.

Benarkah bumi mengelilingi matahari? Kita percaya seratus peratus kerana ia adalah pendapat Saintis-Saintis Sekular... Kita percaya kerana sains kononnya telah membuktikan teorinya itu dengan gambar dari satelit dan disokong pula oleh pendapat majoriti ahli-ahli sains diseluruh dunia. Benarkah begini?

Kalau kita meneliti ayat 38 Surah Yaasin jelas menunjukkan bahawa matahari itu berputar dan berjalan. Tetapi untuk menolak teori bumi mengelilingi matahari adalah terlalu sukar. Sukar kerana kita tidak ada teknologi untuk membuktikan teori "mereka" itu salah. Itu adalah masalah yang sebenar. "Mereka" dakwa mereka merakam pergerakan bumi mengelilingi matahari. Kita nak bantah dengan apa??? Siapa nak percaya cakap kita??? Tanpa bukti... kata "mereka". Walaupun gambar atau rakaman tadi boleh direka-reka spt dalam filem, semua itu boleh dibuat. Akhirnya cerita-cerita rekaan ini diterimapakai sebagai fakta?

Manakah yang benar ?

Sejak 2500 tahun yang lalu PYGRUSR melahirkan pendapat bahawa bumi mengelilingi matahari.

Kemudian pendapat ini telah dibatalkan oleh ISKANDAR PTOLEMY pada tahun 150 Masehi berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Menurut ajaran Islam, matahari mengelilingi bumi. Benarkah ini yang berlaku? Pendapat ini telah diterimapakai selama lebih kurang 12 abad selepas itu tanpa sebarang bantahan.

Sekitar abad ke 14 Masehi, tiba-tiba muncul pulak COPERNICUS NICOLAUS seorang tokoh Gereja membangkitkan kembali teori PYGRUSR tadi. Pihak Gereja pun pada mulanya menentang. Namun pendapat ini mula mendapat sokongan Gereja sekitar abad ke 16 apabila ia disokong oleh YOHANES KEPLER. Siapakah Kepler ini?

Ironinya, setelah pendapat matahari mengelilingi bumi diterimapakai selama 12 abad tanpa sebarang bantahan, muncul kembali teori lama dan lapuk bumi mengelilingi matahari oleh seorang tokoh gereja. Mungkin anda faham maksud saya ini!! Sebagaimana yang kita tahu sekitar abad ke 14 itulah kuasa-kuasa Kristian yakni Eropah berlumba-lumba untuk menjajah dan menghacurkan Islam serta menyebarkan agama Kristian melalui kitab Injil yang telah diubah-suai. Pada waktu itu bermulalah zaman pencerahan eropah (Rennaisance). Mereka memburuk-burukkan sarjana Islam sambil pada masa yang sama mencuri ilmu-ilmu dan mengaku pulak merekalah yang memulakan revolusi ilmu.

sekadar maklumat tambahan untuk difikir2 kan:

Dan matahari; ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya;itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga 
di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. (39) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40)
Surah Ya-seen (Ayat 38-40)

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu.
Surah Al-Rad (ayat 2)

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
Surah Ar-Rahman(Ayat 5)

Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. 
Surah Az Zumar (Ayat 5)

Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
Surah Fatir (Ayat 13)

Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah Luqman (Ayat 29)

Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing 
Al-Anbiya (Ayat 33)

Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,
(QS. Al Baqoroh : 258)

Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan bergeser, dan sungguh jika keduanya bergeser tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya dia itu maha penyantun lagi maha pengampun.
(QS. Fathir[35]:41)

Maka... ayat Al-Quran mana yang cerita bumi bergerak dan beredar mengelilingi matahari? Tiada. Tiada ayat Al-Quran pun yang mengatakan bahawa bumi itu bergerak.


Ok. Cukup la... terasa penat pulak nak tulis panjang-panjang. Semoga bermanfaat dikaji dan difikir2 kan.


Allahu'alam... Wassalam -

Penulis : Public Secret

Isnin, 16 September 2013

STARGATE KERAJAAN BABYLON (BABILONIA)



Ramai yang biasa dengar nama Kerajaan Babylon (Babilonia). Akan tetapi tidak ramai yang betul2 tahu secara mendalam tentang apa yang sebenarnya berlaku pada zaman kegemilangan kerajaan ini. Memang menjadi tabiat saya di page PS ini, kadang2 saya suka berkongsi tentang kisah2 yang pelik. Sesetengah orang akan kata macam2... ada yang kata kisah Israeliyat la, ada pula yang dok tanya pasal sumber. Tak kuasa la nak senaraikan semua sumber2 ni. Kalau nak baca, boleh baca. Kalau nak sumber, buatlah kajian sendiri.

Stargate Babilonia, dibangunkan oleh Raja Nebukadnezar dengan bantuan "orang-orang yang suci" untuk memasuki ruang antara dimensi, perjalanan antara galaksi hingga ke syurga (Heaven) dan neraka (Hell). Siapa orang-orang suci? Apa definisi mereka tentang syurga dan neraka pula?

Mungkin anda pernah mendengar kisah Stargate ini baik melalui Movie Stargate mahupun novel2 Science Fiction tentang desas desus bahawa pencerobohan US di Irak adalah kerana pencarian Stargate Babilonia. Dalam sejarah Mesopotamia kuno memang benar adanya, Irak yang saat ini digulingkan pernah menjadi mercu suar dunia. Anda tahu arti "Mercu Suar" dunia? Bahkan Amerika pun saat ini masih belum cukup bagus untuk menjadi Mercu Suar. Ketika itu, Babilonia bergelar mercu suar saat kepemimpinan Raja Nebukadnezar, bukan hanya kerana kekuasaannya, tetapi juga dalam teknologi yang mampu membawa manusia menuju berbagai galaksi. Ini sebenarnya baru sedikit kisah tentang Kerajaan Babilonia ni... banyak lagi kisah2 lain sebenarnya. Akan tetapi, saya bercerita tentang Stargate ini dulu la yer. Kisah2 lain, saya cerita lain kali la.

Dalam beberapa penterjemahan catatan sejarah, pada masa itu Makhluk Langit sering keluar masuk Stargate, sebuah pintu yang menghubungkan Bumi dengan Syurga dan Neraka.

Sekitar tahun 600 SM, Raja Nebukadnezar menaklukkan Yerusalem (Jerusalem), meratakan dinding dan melucuti harta karun Kuil suci. Di antara harta2 ini, mungkin juga termasuk "Bahasa Burung" dan Tabut Perjanjian. Dia kemudian membakar kota dan kembali ke Babilonia dengan pelbagai harta rampasan perang. Kalau nak cerita pasal hal ni, panjang la pulak. Maka ringkasnya begitulah yang telah terjadi kepada bangsa Israel ketika Raja Nebikadnezar berkuasa.Tak suka betul dia dengan bangsa Israel ni.

Di antara para tawanan yang dibawa terdapat orang-orang yang suci. Salah seorang daripada mereka ialah Nabi Daniel dan Yehezkiel di mana mereka kemudiannya dipenjarakan di Babilonia.

Raja Nebukadnezar terkenal sebagai pembangun Taman Gantung Babilonia yang memiliki tujuh tingkat. Nama Babilonia pula berasal dari kata Bab-li yang artinya Gerbang Allah. Gerbang Allah? Beberapa orang menduga bahwa Nebukadnezar pernah membangun Stargate untuk melakukan perjalanan antara galaksi (termasuk juga perjalanan antara dimensi).

Nebukadnezar berkeyakinan bahwa pembangunan Taman Gantung semata-mata untuk meniru Sargon, bangunan yang pernah didirikan pada tahun 2300 SM oleh seorang Raja Akkad (asal kata Akh) yang sekarang berada di wilayah Irak utara. Dalam catatan sejarah Mesir, kata Akh di zaman Firaun merujuk pada aspek 'cahaya' khususnya teleportasi. Yang ni pun satu lagi cerita yang panjang.

Ok... balik semula kepada cerita Babilonia ni. Bekas runtuhan Babilonia pernah ditemukan terkubur di bawah pasir Irak sekitar 20 batu dari kota Baghdad. Dalam sejarah, Babilonia pernah bergelar kota terbesar zaman Mesopotamia kuno sebagai pusat rujukan dunia. Taman Gantung diperkirakan sebagai tempat bermain para dewa, sementara Ziggurat atau Kuil Marduk yang membentuk seperti Menara Babilonia dianggap sebagai struktur yang amat2 mengkagumkan. Mengikut legenda, Kuil Marduk dihiasi patung dan meja emas aneh yang beratnya hampir 50,000 pound emas murni (pure gold). Gambaran Taman Gantung Babilonia dapat dilihat sejauh 50 batu dihiasi pohon di setiap tujuh terasnya, tanaman merayap dan bunga disiram dengan pancuran2 air.

Salah satu yang banyak dibicarakan orang adalah Gerbang Ishtar, gerbang besar yang ditutupi dengan ubin biru begemerlapan dengan motif singa, sapi dan naga. Simbol haiwan ini dianggap mewakili Dewa, manakala Naga pula mengisyaratkan keberadaan Dewa Marduk, dan singa melambangkan Dewa Isis.

Dalam sejarah, Raja Nebukadnezar dihormati lebih dari sekedar pembangun kuil besar, dia dihormati sebagai pemimpin yang dikelilingi ahli astrologi, arkitek, tukang2 penyihir, dukun, dan siapapun yang mampu memecahkan kod mimpi. Hal ini pula yang membuatnya mengenal sosok orang suci (Nabi Daniel) dan orang-orang suci dari Kuil Sulaiman di Yerusalem yang akan tergabung dengan tahanan2 Babilonia.

Orang-orang Yahudi menemukan sejarah tersendiri terkait Menara Babel memiliki kisah panjang tentang masa lalu mereka. Dalam salasilah, sejarah Yahudi dan Babilonia muncul dari sumber yang sama, yaitu Sumeria. Kebanyakan sejarawan meyakini bahwa Nebukadnezar mengambil lima kitab pertama Perjanjian Lama, termasuk Daniel dan Yehezkiel, kemudian mendirikan semua bangunan kuno yang dianggap misterius hingga saat ini.

Ada pendapat yang menyatakan bahwa hubungan mitologi Sumeria dan mitologi Ibrani merupakan keyakinan yang berasal dari langit dan mitos2 ini seakan-akan saling lengkap-melengkapi. Dan dalam mitos2 mereka sepertinya ini kedua belah pihak sangat2 menginginkan untuk memiliki Stargate.

Seperti yang tertulis dalam Bab 4 Daniel telah ditafsirkan:

"Sebuah pohon di tengah-tengah Bumi dan daripadanya tinggi besar. Pohon itu tumbuh, kuat, dan tinggi daripadanya mencapai ke syurga, serta penglihatan sampai ke hujung bumi. Terdapat buah yang besar di pohon ini dan burung-burung dari syurga tinggal di cabang-cabangnya. Dari pohon ini Raja melihat "pengamat" dan "yang suci" dari syurga. Mereka mengatakan kepadanya untuk menghancurkan pohon dan meninggalkan 'tunggul' di Bumi".

"Pengamat" merupakan istilah Mesir dalam penyebutan Makhluk Langit atau Dewa yang artinya 'Makhluk yang mengamati'. Sebuah teka teki dalam penafsiran ayat, mengapa Makhluk Langit tidak menginginkan Nebukadnezar bergabung dengan mereka? Mungkinkah Raja Nebukadnezar adalah salah satu dari mereka? Apa yang dimaksudkan dengan meninggalkan 'tunggul' dari 'pohon' yang ada di Bumi? Ish... ni pun panjang la kalau nak cerita.

Makhluk yang 'berbicara seperti naga' memiliki kekuatan untuk memberikan kehidupan, dengan kata lain untuk membuatnya berbicara. Dan setiap orang yang tidak menyembah patung Ular/Naga itu harus dibunuh. Harus dibunuh? Kenapa? Sementara kegagalan Raja Nebukadnezar... dia tidak mampu membuat patung Kepala Emas berbicara walaupun dia telah berusaha sedaya upaya.

Kemudian datang tiga orang asal Yahudi yang ditawan Babilonia, mereka teman Nabi Daniel dan Abednegor seorang pekerja Kuil Sulaiman. Mereka menolak untuk menyembah patung raksasa atau Dewa Agung Babilonia. Penghinaan ini membuat Raja Nebukadnezar bertaruh bahawa apakah Tuhan mereka akan menyelamatkan mereka dari api?

Setelah tiga orang suci dari Kuil Sulaiman memasuki tungku api, Raja Nebukadnezar dan pengikutnya mendekati tungku mematikan. Dia memerintahkan bahwa tiga orang itu segera dibakar, tetapi dia melihat orang keempat yang berada dekat dengan mereka. Orang keempat yang dimaksud bukan sembarang manusia, makhluk langit ini menyertai ketiga orang suci yang terikat. Tetapi tidak jelas, apakah catatan sejarah Nebukadnezar menceritakan tiga orang suci memasuki stargate bersama makhluk langit tersebut. Kalau berminat... boleh merujuk kisah tiga orang suci ini di posting2 saya yang lepas tentang "Singularity". Scroll la page PS ni belah bawah2 sikit.

Di saat ini, Raja Nebukadnezar sangat yakin bahwa Dewa dari tiga orang Yahudi yang bijaksana itu adalah utusan Allah. Dia menyatakan bahawa jika ada yang berbicara tentang untusan2 Allah ini, maka dia akan memotong-motong tubuh mereka. Mengapa?

"Ketiga orang itu mengenakan mantel, topi dan pakaian mereka yang lain, dan dilemparkan di tengah-tengah tungku api membara" (Daniel 3:21).

Pakaian yang dikenakan ditafsirkan lebih dari sekadar pakaian cendekiawan Babilonia. Mitologi Dewi Inanna pernah disebutkan bahwa dia mengenakan helm Shugurra (topi) yang bisa membawanya pergi jauh ke alam semesta. Dewi Inanna juga memakai mantel tertutup dan pakaian lainnya. Dengan kata lain bahwa mantel, topi dan pakaian lain yang dikenakan ketiga orang bijaksana dari Kuil Sulaiman adalah pembuka Stargate Babilonia.

Dikatakan bahawa... Osiris yakni Dewa Kematian ialah Kunci Stargate (Key of Stargate). Dalam sejarah penaklukkan Yerusalem, Nebukadnezar telah menjarah dan menggeledah Bait Sulaiman dan benda suci, tentunya mengambil Tabut Perjanjian dan rahsia utama Allah (Kepala Emas). Jika Nebukadnezar berhasil menggabungkan Patung Kepala Emas dengan 'pohon' yang dimaksud dalam mimpi serta Ark (Akh) atau 'tunggul', semua rencana ini tak lain melibatkan Nabi Daniel dalam menciptakan Stargate Babilonia.

Anak-anak D'Anu, para pengikut Daniel, mereka telah menciptakan Stargate di Bumi. Malaikat muncul bersama Daniel mendatangi Raja Nebukadnezar, dan sebuah jalan menuju surga dan neraka telah terbuka di Bumi.

Osiris merupakan tangga menuju ke langit yang merupakan pilar di atas Bumi, menyerupai Tabut Perjanjian yang disebutkan terbuat dari emas. Jika anggapan ini dimaksudkan sebagai pohon dan tunggul dalam mimpi Nebukadnezar, maka cerita Daniel dan Nebukadnezar berhubungan dengan pembuatan Stargate. Sementara Osiris sebagai Dewa Ular yang merengut jiwa-jiwa manusia yang mati, Dewa yang diyakini boleh mengaktifkan Stargate.

Dalam keyakinan agama, kita diajarkan untuk meyakini adanya dunia halus dan dunia ghaib termasuk Iblis, Jin dan para Malaikat yang akan memenjarakan dan sesetengahnya menyiksa ruh. Tetapi dalam mitologi Mesir kuno, Dewa Kematian digambarkan sama sekali berbeza, dia dianggap sebagai pengumpul jiwa dan membawanya ke Dunia Bawah atau disebut Tanah Kematian. Dewa Osiris memegang kunci ke syurga dan neraka dan juga dikenal sebagai Kunci Kehidupan. Dunia Bawah diyakini sebagai tempat regenerasi di mana manusia mampu mengubah elemen diri seperti makhluk yang lebih tinggi hingga mampu bermusafir melalui stargate.

Dewa Osiris digambarkan duduk di tengah-tengah danau, dalam Papyrus Ani disebut Danau Api. Kitab Kematian Mesir menyatakan bahwa tempat tersebut adalah wilayah peralihan antara Bumi dan Syurga yang dijaga Dewa Thoth. Kemungkinan terletak dengan Piramida Besar dan Sphinx yang terkait dengan Pohon Kehidupan. Jiwa murni yang menyeberangi Lautan Api akan terjilat lidah api yang mengambil segala kotoran dalam jiwa.

Dalam penggambaran Papyrus Ani, Lautan Api memancarkan getaran yang mengarah ke transformasi batin dan pemurnian jiwa. Tafsiran ini sama seperti dalam Islam? Ada dikatakan ketika ruh manusia berjalan menuju syurga maka mereka harus melintasi jembatan (titian sirat) yang berada diatas neraka dengan api yang menjilat manusia kotor?

Semoga bermanfaat difikir2 kan.


Allahu'alam... Wassalam 


Sumber :  Public Secret

CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA

Assalamualaikum. Bismillah CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA Sebagai seorang Muslim dan Muslimah, am...