Khamis, 17 Oktober 2013

HIKAYAT TANPA PANGKAL TIDAK BERHUJUNG


Photo: HIKAYAT TANPA PANGKAL TIDAK BERHUJUNG

Kini dia mampu menangkap ikan dalam air dengan petunjuk bisikan suara yang terdengar dengan jelas di telinganya dan dia boleh faham maksud seruan itu dengan jelas. 

“Buatlah seperti begini supaya kami menjadi begini,” kata bisikan malaikat Jibril kepada anak itu. 

Anak kecil itu pun berjalan¬jalan mengelilingi sekilar pulau yang dia tinggal itu, dia rasa kagum dan terasing serta sentiasa berwaspada. Dia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh hati-hati. 

Pulau itu dipenuhi dengan berbagai jenis burung dan binatang.Tidak ada satu binatang buas dan ganas di pulau itu selain dari beberapa ekor ular yang merayap dari Iautan yang menuju ke sana. 

Satu hari ketika sedang merayau-rayau itu dia dikejutkan oleh seekor binatang yang sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai dua mata yang menonjol seperti mata lembu. Tiba-tiba binatang itu bercakap dengan bahasa yang dia boleh faham. 

Binatang itu berkata,” Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah dilanda malapetaka. Engkau dibawa oleh malaikat Jibril ke sini. Malaikat itulah yang menjaga makan dan minum engkau. Oleh itu janganlah engkau mengkhianati janji mu dengan Allah. Sebab pada hati setiap anak Adam telah tertanam ketaatan kepada Allah dan beriman kepada Nya selama mereka masih berada dalam fitrah kesuciannya. Kerananya engkau menjadi Muslim dan Mukmin yang yakin dan taat kepada Tuhan Pencipta alam ini. Dialah Tuhan yang Maha Esa.” 

Kemudian binatang besar itu pun memberi isyarat kepadanya supaya mengikutnya ke arah sebuah kawasan berbatu. Di batu2 itu tertera tulisan dalam bahasa Arab. Binatang itu mengajarnya huruf demi huruf dan dia pun mengikutnya. Kemudian binatang itu pun memberi isyarat kepadanya untuk mengikutnya kepada berbagai permukaan batu lagi. 

Di batu-batu itu tertulis kata-kata: ..... 

Batu pertama: La ilaha illallah (Tiada luhan selain Allah) 

Batu kedua: “Allahu Wahid La Syarika lahu (Allah Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya) 

Batu ketiga: “Engkau dijaga dan diurus oleh Jibril. Oleh itu janganlah kamu mengkhianati janjimu dengan Allah.” 

Batu keempat: “Hanya engkau saja di pulau ini.” 

Batu kelima: “Makanlah den nikmatilah makanan dari rezeki Allah ini yang sesuai dengan keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesukamu. Sembahlah Allah dalam berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keesaan kepada Nya, yakni solat yang diwajibkan kepadamu. Allahlah raja, Allahlah Maha Esa. Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allah lah Tuhan yang Maha Besar. Allah lah yang Maha Agung. Dan Allah lah yang Maha Raja.”

Batu Keenam: “Jadilah engkau anak masa kini, wahai anak kecil. Janganlah engkau menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun.” 

Batu Ketujuh: ish... panjang pulak kat batu ketujuh ni... di atas batu ketujuh ini...seterusnya tertulis lagi... 

"Engkau tidak boleh memasuki tanah mana pun yang subur kecuali tanah Uhud. Uhud adalah gunung yang mencintai Allah dan Allah pun mencintainya. Engkau juga tidak boleh masuk negeri Quds tempat isra’ dan mi’raj, Nabi yang paling akhir. Ini adalah ilmu Allah untukmu yang ditulis oleh Jibril, pembawa wahyu (amin al wahi) dan dia meninggalkan tulisan ini untukmu, disamping batu beser berupa cincin dari Jibril utusan Allah Tuhan semesta alam!" 

Anak itu kemudian melihat di tepi batu besar ketujuh yang paling besar di antara batu-batu besar lainnya yang menjadi batu tulis. Di situ, dia terjumpa pula sepotong batu yang indah warnanya. Tanah berwarna seperti dakwat emas berkilat yang digunakan Jibril untuk menulis. Pada potongan batu itu tendapat peringatan Allah s.w.t. yang berbunyi. “Dan tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami mengutus seorang rasul (Al Isra 17:15)"

lni adalah sebuah tanda dan isyarat bahawa tanah tersebut bukan berasal dari pulau itu bahkan tanah itu bukan dari bumi manapun. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Dakwat itu berbaki kira-kira sebanyak sebelah tapak tangan anak itu. Meskipun begitu ukurannya tidak sama walau dengan tiga tapak tangan lelaki biasa kita. 

Haiwan besar itu mula menerangkan makna tulisan itu dan diberitahu juga bahawa anak itu diberi kebebasan untuk memilih haluan masa depannya. Apakah di masa akan datang dia mahu menjadi orang baik atau orang jahat. Jika dia menjadi orang baik, maka dia akan menjadi seorang lelaki biasa dan raja yang beruntung. Tetapi jika dia memilih menjadi orang jahat, maka dia akan menjadi seorang yang mengaku AKU SEBAGAI TUHAN yang berkuasa dengan kerajaan atau kekuasaan atas alam jin kafir dan syaitan dan mereka adalah makhluk ciptaan Allah. Dia akan menjadi raja yang menguasai alam manusia, sedang engkau termasuk salah satu di antara mereka. Dia akan memerintah tetapi hanya menjadi raja dalam waktu yang singkat sahaja. 

Apa akan terjadi kesudahannya hanya Allah saja yang tahu sebab segala sesuatu itu ditentukan olehnya. Dan tidak ada yang mengetahui kesudahan segala sesuatu kecuali Allah s.w.t. 

Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu. 
“Kalau begitu siapakah engkau sebenarnya? Apakah tujuan yang mendorongmu datang ke sini? Dan siapakah yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan sehingga engkau mampu bercakap seperti manusia?” 

Binatang itu menjawab.”Aku memang seekor binatang yang diciptakan dan diperintahkan untuk berbuat demikian dan sentiasa berada di sini bersamamu. Jibril, malaikat itu akan membawamu dari hutan di penghujung dunia nanti. Hanya engkau saja satu-satunya orang hidup dari suatu keturunan subur yang telah hancur. 

Aku juga bertugas menjaga dan memeliharamu ketika Jibril tidak ada. Aku diperintahkan untuk tinggal di pulau ini bersamamu sehingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini bersama dengan keluarnya engkau menuju pilihanmu.”

Binatang itu memberitahu bahawa ia diperintah untuk bercakap memberitahunya. Kemudian setelah itu Ia akan diam membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana lazimnya. Dia tidak akan bencakap untuk kali kedua kecuali jika masa keluarnya anak itu dari pulau tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat. 

Mungkin pada masa di antara itu, hanya terpulang kepada Allah untuk menentukannya. Mungkin aku mampu bercakap denganmu lagi.Sesuatu yang ghaib tidak dapat diketahui oleh semua makhlukh. Ketahuilah bahawa apa yang dikatakan sekarang ini adalah wasiat-wasiat dari malaikat Jibril itu. 

Selepas itu lidah binatang itu pun terdiam dan kembali seperti binatang semula. Ia bernama Jassasah yang bererti terus menerus memerhati untuk mencari maklumat dan memberitahukannya kepada anak itu. 

Begitulah secebis al-kisahnya. Ramai di antara kita yang pernah mendengar tentang kisah Dajjal Al-Masih ini yang tinggal dan mempelajari banyak ilmu2 hebat di sebuah pulau.

Kisah Dajjal juga ada disebutkan di dalam banyak hadith Rasulullah SAW. Di antara hadith2 ini, satu daripadanya menyentuh agak terperinci tentang keadaan Dajjal di sebuah pulau - http://tayibah.com/eIslam/Dajjal2.htm

Selaras dengan kisah Dajjal ini, Pulau Socotra yang terletak di selatan Yemen ini nampaknya memang amat berpotensi menjadi pulau yang diceritakan di dalam hadith Rasulullah SAW tersebut.

Kalau mengikut cerita daripada Maulana Imran Hosein (boleh didapati di Youtube dengan mudah), selepas Dajjal dibebaskan daripada pulau ini yakni sejurus selepas Rasulullah SAW wafat, Dajjal terus menubuhkan HQ Dajjal di Pulau Britain dan seterusnya mula mengukuhkan tapaknya di Eropah ( http://aku-macjay.blogspot.com/2011/06/membongkar-penampilan-dajjal-sebagai.html ) ... kemudian berpindah ke Amerika Syarikat dan kini Dajjal sedang dalam proses berpindah HQ ke Israel di bandar Ludd sebelum akhirnya muncul secara fizikal di Jerusalem nanti.

Semoga bermanfaat mengetahui hikayat ini dan sesuai untuk difikir2 kan.


Allahu'alam... Wassalam - Public Secret

Kini dia mampu menangkap ikan dalam air dengan petunjuk bisikan suara yang terdengar dengan jelas di telinganya dan dia boleh faham maksud seruan itu dengan jelas. 

“Buatlah seperti begini supaya kami menjadi begini,” kata bisikan malaikat Jibril kepada anak itu.

Anak kecil itu pun berjalan¬jalan mengelilingi sekilar pulau yang dia tinggal itu, dia rasa kagum dan terasing serta sentiasa berwaspada. Dia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh hati-hati.

Pulau itu dipenuhi dengan berbagai jenis burung dan binatang.Tidak ada satu binatang buas dan ganas di pulau itu selain dari beberapa ekor ular yang merayap dari Iautan yang menuju ke sana.

Satu hari ketika sedang merayau-rayau itu dia dikejutkan oleh seekor binatang yang sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai dua mata yang menonjol seperti mata lembu. Tiba-tiba binatang itu bercakap dengan bahasa yang dia boleh faham.

Binatang itu berkata,” Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah dilanda malapetaka. Engkau dibawa oleh malaikat Jibril ke sini. Malaikat itulah yang menjaga makan dan minum engkau. Oleh itu janganlah engkau mengkhianati janji mu dengan Allah. Sebab pada hati setiap anak Adam telah tertanam ketaatan kepada Allah dan beriman kepada Nya selama mereka masih berada dalam fitrah kesuciannya. Kerananya engkau menjadi Muslim dan Mukmin yang yakin dan taat kepada Tuhan Pencipta alam ini. Dialah Tuhan yang Maha Esa.”

Kemudian binatang besar itu pun memberi isyarat kepadanya supaya mengikutnya ke arah sebuah kawasan berbatu. Di batu2 itu tertera tulisan dalam bahasa Arab. Binatang itu mengajarnya huruf demi huruf dan dia pun mengikutnya. Kemudian binatang itu pun memberi isyarat kepadanya untuk mengikutnya kepada berbagai permukaan batu lagi.

Di batu-batu itu tertulis kata-kata: .....

Batu pertama: La ilaha illallah (Tiada luhan selain Allah)

Batu kedua: “Allahu Wahid La Syarika lahu (Allah Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya)

Batu ketiga: “Engkau dijaga dan diurus oleh Jibril. Oleh itu janganlah kamu mengkhianati janjimu dengan Allah.”

Batu keempat: “Hanya engkau saja di pulau ini.”

Batu kelima: “Makanlah den nikmatilah makanan dari rezeki Allah ini yang sesuai dengan keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesukamu. Sembahlah Allah dalam berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keesaan kepada Nya, yakni solat yang diwajibkan kepadamu. Allahlah raja, Allahlah Maha Esa. Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allah lah Tuhan yang Maha Besar. Allah lah yang Maha Agung. Dan Allah lah yang Maha Raja.”

Batu Keenam: “Jadilah engkau anak masa kini, wahai anak kecil. Janganlah engkau menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun.”

Batu Ketujuh: ish... panjang pulak kat batu ketujuh ni... di atas batu ketujuh ini...seterusnya tertulis lagi...

"Engkau tidak boleh memasuki tanah mana pun yang subur kecuali tanah Uhud. Uhud adalah gunung yang mencintai Allah dan Allah pun mencintainya. Engkau juga tidak boleh masuk negeri Quds tempat isra’ dan mi’raj, Nabi yang paling akhir. Ini adalah ilmu Allah untukmu yang ditulis oleh Jibril, pembawa wahyu (amin al wahi) dan dia meninggalkan tulisan ini untukmu, disamping batu beser berupa cincin dari Jibril utusan Allah Tuhan semesta alam!"

Anak itu kemudian melihat di tepi batu besar ketujuh yang paling besar di antara batu-batu besar lainnya yang menjadi batu tulis. Di situ, dia terjumpa pula sepotong batu yang indah warnanya. Tanah berwarna seperti dakwat emas berkilat yang digunakan Jibril untuk menulis. Pada potongan batu itu tendapat peringatan Allah s.w.t. yang berbunyi. “Dan tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami mengutus seorang rasul (Al Isra 17:15)"

lni adalah sebuah tanda dan isyarat bahawa tanah tersebut bukan berasal dari pulau itu bahkan tanah itu bukan dari bumi manapun. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Dakwat itu berbaki kira-kira sebanyak sebelah tapak tangan anak itu. Meskipun begitu ukurannya tidak sama walau dengan tiga tapak tangan lelaki biasa kita.

Haiwan besar itu mula menerangkan makna tulisan itu dan diberitahu juga bahawa anak itu diberi kebebasan untuk memilih haluan masa depannya. Apakah di masa akan datang dia mahu menjadi orang baik atau orang jahat. Jika dia menjadi orang baik, maka dia akan menjadi seorang lelaki biasa dan raja yang beruntung. Tetapi jika dia memilih menjadi orang jahat, maka dia akan menjadi seorang yang mengaku AKU SEBAGAI TUHAN yang berkuasa dengan kerajaan atau kekuasaan atas alam jin kafir dan syaitan dan mereka adalah makhluk ciptaan Allah. Dia akan menjadi raja yang menguasai alam manusia, sedang engkau termasuk salah satu di antara mereka. Dia akan memerintah tetapi hanya menjadi raja dalam waktu yang singkat sahaja.

Apa akan terjadi kesudahannya hanya Allah saja yang tahu sebab segala sesuatu itu ditentukan olehnya. Dan tidak ada yang mengetahui kesudahan segala sesuatu kecuali Allah s.w.t.

Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu.
“Kalau begitu siapakah engkau sebenarnya? Apakah tujuan yang mendorongmu datang ke sini? Dan siapakah yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan sehingga engkau mampu bercakap seperti manusia?”

Binatang itu menjawab.”Aku memang seekor binatang yang diciptakan dan diperintahkan untuk berbuat demikian dan sentiasa berada di sini bersamamu. Jibril, malaikat itu akan membawamu dari hutan di penghujung dunia nanti. Hanya engkau saja satu-satunya orang hidup dari suatu keturunan subur yang telah hancur.

Aku juga bertugas menjaga dan memeliharamu ketika Jibril tidak ada. Aku diperintahkan untuk tinggal di pulau ini bersamamu sehingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini bersama dengan keluarnya engkau menuju pilihanmu.”

Binatang itu memberitahu bahawa ia diperintah untuk bercakap memberitahunya. Kemudian setelah itu Ia akan diam membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana lazimnya. Dia tidak akan bencakap untuk kali kedua kecuali jika masa keluarnya anak itu dari pulau tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat.

Mungkin pada masa di antara itu, hanya terpulang kepada Allah untuk menentukannya. Mungkin aku mampu bercakap denganmu lagi.Sesuatu yang ghaib tidak dapat diketahui oleh semua makhlukh. Ketahuilah bahawa apa yang dikatakan sekarang ini adalah wasiat-wasiat dari malaikat Jibril itu.

Selepas itu lidah binatang itu pun terdiam dan kembali seperti binatang semula. Ia bernama Jassasah yang bererti terus menerus memerhati untuk mencari maklumat dan memberitahukannya kepada anak itu.

Begitulah secebis al-kisahnya. Ramai di antara kita yang pernah mendengar tentang kisah Dajjal Al-Masih ini yang tinggal dan mempelajari banyak ilmu2 hebat di sebuah pulau.

Kisah Dajjal juga ada disebutkan di dalam banyak hadith Rasulullah SAW. Di antara hadith2 ini, satu daripadanya menyentuh agak terperinci tentang keadaan Dajjal di sebuah pulau - http://tayibah.com/eIslam/Dajjal2.htm

Selaras dengan kisah Dajjal ini, Pulau Socotra yang terletak di selatan Yemen ini nampaknya memang amat berpotensi menjadi pulau yang diceritakan di dalam hadith Rasulullah SAW tersebut.

Kalau mengikut cerita daripada Maulana Imran Hosein (boleh didapati di Youtube dengan mudah), selepas Dajjal dibebaskan daripada pulau ini yakni sejurus selepas Rasulullah SAW wafat, Dajjal terus menubuhkan HQ Dajjal di Pulau Britain dan seterusnya mula mengukuhkan tapaknya di Eropah ( http://aku-macjay.blogspot.com/2011/06/membongkar-penampilan-dajjal-sebagai.html ) ... kemudian berpindah ke Amerika Syarikat dan kini Dajjal sedang dalam proses berpindah HQ ke Israel di bandar Ludd sebelum akhirnya muncul secara fizikal di Jerusalem nanti.

Semoga bermanfaat mengetahui hikayat ini dan sesuai untuk difikir2 kan.


Allahu'alam... Wassalam 


Penulis -  Public Secret

Selasa, 8 Oktober 2013

Teks Khutbah Terakhir Rasulullah SAW


Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidakmengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah SAW pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.)اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّمDiriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakan kekayaannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”

Rabu, 25 September 2013

APA YANG BERLAKU DI BUKIT THURSINA A.K.A. MOUNT SINAI?




Memang susah benar nak jumpa rujukan tentang kisah2 begini.

Diceritakan ketika Nabi Musa a.s. munajat kepada Allah Rabbul ‘Alamin di Bukit Thursina, maka pada saat itu berkesempatan Nabi Musa a.s. bertanya kepada Allah s.w.t. dengan mengajukan beberapa pertanyaan.

Salah satu pertanyaan Nabi Musa a.s. telah Allah s.w.t. jawab : “ Pertama-tama aku jadikan adalah Nur Muhammad. Kemudian Ku jadikan Durratul-Baidhoo’ dari Nur Muhammad. Dari Durratul-Baidhoo’ Aku jadikan 70,000 negeri di cakrawala, (Jadi kita guna istilah sekarang ialah 70,000 planet di angkasaraya). Maka satu planet itu luasnya 70 kali Bumi. Tiap-tiap planet itu dijadikan penghuninya 70,000 makhluk bukan bangsa jin, dan bukan bangsa manusia, dan juga bukan bangsa malaikat. Kesemuanya dijadikan dengan kamilat ‘Kun fayakun’. Mereka beribadat padaKu sampai 70,000 tahun. Kemudiannya, mereka jadi berdurhaka kepadaKu, lalu Aku binasakan mereka dan seluruh cakrawala itu semuanya.

Kemudian sesudah itu Aku jadikan lagi 80,000 buah negeri (planet) yang besarnya Cuma 10 kali Bumi. Semua berada di cakrawala yang bertingkat2. Di planet2 itu Aku ciptakan sebangsa unggas yang memakan tumbuhan-tumbuhan, biji-bijian. Lama-kelamaan unggas-unggas itu pun punah (musnah). Kemudian baru Aku jadikan 20,000 makhluk sebangsa manusia dari cahaya secara beransur-ansur sampai mereka itu punah semuanya.

Kemudian setelah berselang 70,000 tahun sesudah itu, baru Aku jadikan Qalam, Lauhil-mahfuzh, ‘Arsy dan Kursi dan malaikat. Maka setelah kira-kira 70,000 tahun lagi barulah Aku jadikan syurga dan neraka. Kemudian setelah itu baru Aku jadikan makhluk manusia yang namanya Adam, bukan bapakmu Adam yang sekarang ini, hai Musa.

Aku jadikan dia dari awal Adam sampai keturunannya yang terakhir 10,000 tahun lamanya. Setelah itu aku jadikan pula Adam yang lain dengan keturunannya yang terakhir dalam masa 10,000 tahun.

Demikian seterusnya Aku jadikan tiap-tiap Adam sampai keturunannya dalam masa 10,000 tahun, ganti-berganti, sampai mencapai 10,000 orang Adam. Maka Adam yang sekarang inilah yang ke 10,000 kalinya.”

Demikianlah keterangan yang diambil daripada kitab “Permulaan dijadikan langit dan bumi” oleh Al-‘Alamah Syaikh Nuruddin Ali.

Jika kita renungkan keterangan di atas itu, jelaslah bagi sesetengah daripada kita bahwa umur dunia ini sudah lama benar, atau sudah sangat tua. Cuba bayangkan, setiap Adam Tuhan ciptakan sampai anak keturunannya yang terakhir adalah memakan waktu sampai 10,000 tahun. Maka berapakah jumlah 10,000 x 10,000 tahun?

10,000 x 10,000 = 100,000,000 tahun

Jadi jelasnya bumi kita telah dihuni oleh manusia yang pertama Allah ciptakan, sampai Adam yang terakhir di zaman kita ini adalah lama masanya memakan waktu seratus juta tahun. Kalau pada tahun 1978 ahli kajipurba telah menemui tengkorak manusia di Tanah Jawa yang sudah berumur 300,000 tahun itu belumlah seberapa jika dibandingkan dengan keterangan dan pendapat ulama’ Islam Syeikh Nuruddin Ali, bahwa bumi kita ini telah dihuni manusia sudah seratus juta tahun lamanya.

Untuk memperkuatkan keterangan bahwa sudah tua umurnya dunia ini, pernah diceritakan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. tentang pengalaman dan penglihatan Baginda dalam perjalanan Isra’ dan Mi’rajnya, iaitu nampak ada seorang wanita memanggil-manggil dan merayu nama Baginda. Wanita itu sudah sangat tua namun masih nampak cantik rupanya, memakai pakaian yang indah serta perhiasan yang gemerlapan emas, intan dan berlian.

Lalu Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada Jibrail. Siapakah gerangannya wanita itu? Jawab Jibril : “Itulah dunia!”

Kita kini sama dapat membuktikan dengan mata bahwa apa yang dilihat oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah betul-betul dunia, semakin tua bertambah cantik. Yang dimaksudkan dengan dunia adalah negeri atau bumi di mana tempat manusia ‘bersemayam.’

Cubalah kita perhatikan Bandar-bandaraya, kota-kotaraya di Malaysia yang semakin hari pembangunannya semakin hebat dengan bangunan-bangunannya, menara-menaranya yang menjulang tinggi, jalanraya, lebuhraya semakin lebar dan luas dengan lampu-lampunya yang berwarna-warni di waktu malam. Bukan di Malaysia saja, bahkan seluruh di dunia sedang membangun.

Apakah ertinya bangun dalam bahasa Arab? Bahasa Arabnya adalah “Qiyaamah.” Jadi jelas dunia sekarang sudah mulai mau kiamat di mana-mana! Mula bangun di mana-mana. Sudah dihias, atau sedang dihias dunia oleh manusia. Inilah menunggu detik-detik sampai saatnya masa terakhir bagi dunia ini. Menandakan zaman akhir bahwa ciri-ciri dan alamatnya adalah Allah tidak akan mengutus seorang Nabi sesudah Nabi Muhammad SAW.

Semoga bermanfaat difikir2 kan.


Allahu'alam... Wassalam 

Penulis : Public Secret


BUMI TIDAK MENGELILINGI MATAHARI ????














Sumber Cedokan: Pelbagai

Telah beberapa generasi lamanya kita diberi pendidikan semenjak kanak-kanak, di dada-dada media, di bangku-bangku sekolah, dibilik-bilik kuliah peringkat univerisiti, sehinggalah ke peringkat profesional dengan pemahaman bahawa bumi mengelilingi matahari.

Pernahkah kita terfikir atau mengkaji dengan teliti sama ada ini merupakan teori yang dapat diterima kebenaran dan kesahihannya secara ilmiah? Atau sebaliknya, bahawa mataharilah yang mengelilingi bumi dan malah seluruh jasad di angkasa bertindak menglilingi bumi dengan menjadikan bumi sebagai pusat jagat raya di angkasa?

Sehingga hari ini... bukankah pernyataan "Bumi mengelilingi matahari" masih hanya sekadar teori dan tiada kepastian yang pasti? YA, MASIH SEKADAR TEORI!!! Pernahkah ia benar-benar terbukti secara sainstifik dan pancaindera? Jawapannya... tidak pernah.

Kalau seandainya ia teori yang benar, mengapa setiap kiraan berkaitan angkasa oleh NASA dan konco2 nya yakni saintis-saintis sekular terpaksa dilakukan dengan anggapan bumi itu pegun atau statik? Dan tidak pula ia dilakukan kiraan atas teori bumi berputar? Aneh bukan?

Jadi apa pula pandangan Islam tentang perkara ini? Adakah Islam memiliki pandagannya yang tersendiri dalam perkara ini? Apakah al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi ada menyentuh soal ini?

Sebenarnya, ada banyak buku-buku yang sedang berada di pasaran boleh menyingkap dan membongkar pelbagai rahsia berkenaan perkara ini setelah sekian lama kita disogokkan dengan teori bumi mengelilingi matahari. InsyaAllah... perbahasan yang dibawakan dan dibentangkan melalui buku-buku ini adalah lebih sesuai dengan rujukan yang ilmiah mendahulukan al-Qur'an, as-Sunnah, serta perkataan para ulama Ahli Sunnah wal-Jama'ah yang berautoriti dari era awal Islam sehinggalah zaman ini.

Bayangkanlah, sekiranya bumi sentiasa bergerak dan berputar, berapakah nilai kelajuannya dalam sesaat atau seminit, mahupun per jam? Tidakkah ia bakal menghasilkan suatu tenaga kinetik dan inersia kepada penghuni di atasnya? Tidakkah bumi akan terus bergeser dengan keadaan persekitarannya seperti langit dan udara?

Pernahkan Allah menyatakan di dalam al-Qur'an bahawa bumi itu bergerak, atau sebaliknya Allah menyatakan yang bergerak adalah matahari, bintang, dan bulan? Sama-samalah kita menelitinya dengan saksama. Semoga Allah sentiasa meletakkan kita di atas jalan yang lurus.

"Dan matahari itu berjalan (bergerak) di tempat ketetapan baginya, yang demikian itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui" [Surah Yaasin : Ayat 38]

Soalan cepumas: Pernahkah kita jumpa di dalam Al Quran ayat yang menggambarkan bumi mengelilingi matahari?

Saya bukanlah pakar tentang tafsiran dan terjemahan Al Quran... mungkin sebab tu saya belum lagi menemui mana-mana ayat yang mengatakan bumi bergerak mengelilingi matahari.

Kenyataan tentang bumi mengelilingi matahari dan matahari duduk di tempatnya sendiri memang sudah sebati bagi kita yang dilahirkan di abad ke 20. Juga terdapat teori yang mengatakan sambil bumi mengelilingi matahari, sistem matahari itu sendiri bergerak mengelilingi pusat galaksi bimasakti (milky way galaxy). Mmm... ntah la.

Benarkah bumi mengelilingi matahari? Kita percaya seratus peratus kerana ia adalah pendapat Saintis-Saintis Sekular... Kita percaya kerana sains kononnya telah membuktikan teorinya itu dengan gambar dari satelit dan disokong pula oleh pendapat majoriti ahli-ahli sains diseluruh dunia. Benarkah begini?

Kalau kita meneliti ayat 38 Surah Yaasin jelas menunjukkan bahawa matahari itu berputar dan berjalan. Tetapi untuk menolak teori bumi mengelilingi matahari adalah terlalu sukar. Sukar kerana kita tidak ada teknologi untuk membuktikan teori "mereka" itu salah. Itu adalah masalah yang sebenar. "Mereka" dakwa mereka merakam pergerakan bumi mengelilingi matahari. Kita nak bantah dengan apa??? Siapa nak percaya cakap kita??? Tanpa bukti... kata "mereka". Walaupun gambar atau rakaman tadi boleh direka-reka spt dalam filem, semua itu boleh dibuat. Akhirnya cerita-cerita rekaan ini diterimapakai sebagai fakta?

Manakah yang benar ?

Sejak 2500 tahun yang lalu PYGRUSR melahirkan pendapat bahawa bumi mengelilingi matahari.

Kemudian pendapat ini telah dibatalkan oleh ISKANDAR PTOLEMY pada tahun 150 Masehi berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Menurut ajaran Islam, matahari mengelilingi bumi. Benarkah ini yang berlaku? Pendapat ini telah diterimapakai selama lebih kurang 12 abad selepas itu tanpa sebarang bantahan.

Sekitar abad ke 14 Masehi, tiba-tiba muncul pulak COPERNICUS NICOLAUS seorang tokoh Gereja membangkitkan kembali teori PYGRUSR tadi. Pihak Gereja pun pada mulanya menentang. Namun pendapat ini mula mendapat sokongan Gereja sekitar abad ke 16 apabila ia disokong oleh YOHANES KEPLER. Siapakah Kepler ini?

Ironinya, setelah pendapat matahari mengelilingi bumi diterimapakai selama 12 abad tanpa sebarang bantahan, muncul kembali teori lama dan lapuk bumi mengelilingi matahari oleh seorang tokoh gereja. Mungkin anda faham maksud saya ini!! Sebagaimana yang kita tahu sekitar abad ke 14 itulah kuasa-kuasa Kristian yakni Eropah berlumba-lumba untuk menjajah dan menghacurkan Islam serta menyebarkan agama Kristian melalui kitab Injil yang telah diubah-suai. Pada waktu itu bermulalah zaman pencerahan eropah (Rennaisance). Mereka memburuk-burukkan sarjana Islam sambil pada masa yang sama mencuri ilmu-ilmu dan mengaku pulak merekalah yang memulakan revolusi ilmu.

sekadar maklumat tambahan untuk difikir2 kan:

Dan matahari; ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya;itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga 
di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. (39) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40)
Surah Ya-seen (Ayat 38-40)

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu.
Surah Al-Rad (ayat 2)

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
Surah Ar-Rahman(Ayat 5)

Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. 
Surah Az Zumar (Ayat 5)

Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
Surah Fatir (Ayat 13)

Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah Luqman (Ayat 29)

Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing 
Al-Anbiya (Ayat 33)

Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,
(QS. Al Baqoroh : 258)

Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan bergeser, dan sungguh jika keduanya bergeser tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya dia itu maha penyantun lagi maha pengampun.
(QS. Fathir[35]:41)

Maka... ayat Al-Quran mana yang cerita bumi bergerak dan beredar mengelilingi matahari? Tiada. Tiada ayat Al-Quran pun yang mengatakan bahawa bumi itu bergerak.


Ok. Cukup la... terasa penat pulak nak tulis panjang-panjang. Semoga bermanfaat dikaji dan difikir2 kan.


Allahu'alam... Wassalam -

Penulis : Public Secret

Isnin, 16 September 2013

STARGATE KERAJAAN BABYLON (BABILONIA)



Ramai yang biasa dengar nama Kerajaan Babylon (Babilonia). Akan tetapi tidak ramai yang betul2 tahu secara mendalam tentang apa yang sebenarnya berlaku pada zaman kegemilangan kerajaan ini. Memang menjadi tabiat saya di page PS ini, kadang2 saya suka berkongsi tentang kisah2 yang pelik. Sesetengah orang akan kata macam2... ada yang kata kisah Israeliyat la, ada pula yang dok tanya pasal sumber. Tak kuasa la nak senaraikan semua sumber2 ni. Kalau nak baca, boleh baca. Kalau nak sumber, buatlah kajian sendiri.

Stargate Babilonia, dibangunkan oleh Raja Nebukadnezar dengan bantuan "orang-orang yang suci" untuk memasuki ruang antara dimensi, perjalanan antara galaksi hingga ke syurga (Heaven) dan neraka (Hell). Siapa orang-orang suci? Apa definisi mereka tentang syurga dan neraka pula?

Mungkin anda pernah mendengar kisah Stargate ini baik melalui Movie Stargate mahupun novel2 Science Fiction tentang desas desus bahawa pencerobohan US di Irak adalah kerana pencarian Stargate Babilonia. Dalam sejarah Mesopotamia kuno memang benar adanya, Irak yang saat ini digulingkan pernah menjadi mercu suar dunia. Anda tahu arti "Mercu Suar" dunia? Bahkan Amerika pun saat ini masih belum cukup bagus untuk menjadi Mercu Suar. Ketika itu, Babilonia bergelar mercu suar saat kepemimpinan Raja Nebukadnezar, bukan hanya kerana kekuasaannya, tetapi juga dalam teknologi yang mampu membawa manusia menuju berbagai galaksi. Ini sebenarnya baru sedikit kisah tentang Kerajaan Babilonia ni... banyak lagi kisah2 lain sebenarnya. Akan tetapi, saya bercerita tentang Stargate ini dulu la yer. Kisah2 lain, saya cerita lain kali la.

Dalam beberapa penterjemahan catatan sejarah, pada masa itu Makhluk Langit sering keluar masuk Stargate, sebuah pintu yang menghubungkan Bumi dengan Syurga dan Neraka.

Sekitar tahun 600 SM, Raja Nebukadnezar menaklukkan Yerusalem (Jerusalem), meratakan dinding dan melucuti harta karun Kuil suci. Di antara harta2 ini, mungkin juga termasuk "Bahasa Burung" dan Tabut Perjanjian. Dia kemudian membakar kota dan kembali ke Babilonia dengan pelbagai harta rampasan perang. Kalau nak cerita pasal hal ni, panjang la pulak. Maka ringkasnya begitulah yang telah terjadi kepada bangsa Israel ketika Raja Nebikadnezar berkuasa.Tak suka betul dia dengan bangsa Israel ni.

Di antara para tawanan yang dibawa terdapat orang-orang yang suci. Salah seorang daripada mereka ialah Nabi Daniel dan Yehezkiel di mana mereka kemudiannya dipenjarakan di Babilonia.

Raja Nebukadnezar terkenal sebagai pembangun Taman Gantung Babilonia yang memiliki tujuh tingkat. Nama Babilonia pula berasal dari kata Bab-li yang artinya Gerbang Allah. Gerbang Allah? Beberapa orang menduga bahwa Nebukadnezar pernah membangun Stargate untuk melakukan perjalanan antara galaksi (termasuk juga perjalanan antara dimensi).

Nebukadnezar berkeyakinan bahwa pembangunan Taman Gantung semata-mata untuk meniru Sargon, bangunan yang pernah didirikan pada tahun 2300 SM oleh seorang Raja Akkad (asal kata Akh) yang sekarang berada di wilayah Irak utara. Dalam catatan sejarah Mesir, kata Akh di zaman Firaun merujuk pada aspek 'cahaya' khususnya teleportasi. Yang ni pun satu lagi cerita yang panjang.

Ok... balik semula kepada cerita Babilonia ni. Bekas runtuhan Babilonia pernah ditemukan terkubur di bawah pasir Irak sekitar 20 batu dari kota Baghdad. Dalam sejarah, Babilonia pernah bergelar kota terbesar zaman Mesopotamia kuno sebagai pusat rujukan dunia. Taman Gantung diperkirakan sebagai tempat bermain para dewa, sementara Ziggurat atau Kuil Marduk yang membentuk seperti Menara Babilonia dianggap sebagai struktur yang amat2 mengkagumkan. Mengikut legenda, Kuil Marduk dihiasi patung dan meja emas aneh yang beratnya hampir 50,000 pound emas murni (pure gold). Gambaran Taman Gantung Babilonia dapat dilihat sejauh 50 batu dihiasi pohon di setiap tujuh terasnya, tanaman merayap dan bunga disiram dengan pancuran2 air.

Salah satu yang banyak dibicarakan orang adalah Gerbang Ishtar, gerbang besar yang ditutupi dengan ubin biru begemerlapan dengan motif singa, sapi dan naga. Simbol haiwan ini dianggap mewakili Dewa, manakala Naga pula mengisyaratkan keberadaan Dewa Marduk, dan singa melambangkan Dewa Isis.

Dalam sejarah, Raja Nebukadnezar dihormati lebih dari sekedar pembangun kuil besar, dia dihormati sebagai pemimpin yang dikelilingi ahli astrologi, arkitek, tukang2 penyihir, dukun, dan siapapun yang mampu memecahkan kod mimpi. Hal ini pula yang membuatnya mengenal sosok orang suci (Nabi Daniel) dan orang-orang suci dari Kuil Sulaiman di Yerusalem yang akan tergabung dengan tahanan2 Babilonia.

Orang-orang Yahudi menemukan sejarah tersendiri terkait Menara Babel memiliki kisah panjang tentang masa lalu mereka. Dalam salasilah, sejarah Yahudi dan Babilonia muncul dari sumber yang sama, yaitu Sumeria. Kebanyakan sejarawan meyakini bahwa Nebukadnezar mengambil lima kitab pertama Perjanjian Lama, termasuk Daniel dan Yehezkiel, kemudian mendirikan semua bangunan kuno yang dianggap misterius hingga saat ini.

Ada pendapat yang menyatakan bahwa hubungan mitologi Sumeria dan mitologi Ibrani merupakan keyakinan yang berasal dari langit dan mitos2 ini seakan-akan saling lengkap-melengkapi. Dan dalam mitos2 mereka sepertinya ini kedua belah pihak sangat2 menginginkan untuk memiliki Stargate.

Seperti yang tertulis dalam Bab 4 Daniel telah ditafsirkan:

"Sebuah pohon di tengah-tengah Bumi dan daripadanya tinggi besar. Pohon itu tumbuh, kuat, dan tinggi daripadanya mencapai ke syurga, serta penglihatan sampai ke hujung bumi. Terdapat buah yang besar di pohon ini dan burung-burung dari syurga tinggal di cabang-cabangnya. Dari pohon ini Raja melihat "pengamat" dan "yang suci" dari syurga. Mereka mengatakan kepadanya untuk menghancurkan pohon dan meninggalkan 'tunggul' di Bumi".

"Pengamat" merupakan istilah Mesir dalam penyebutan Makhluk Langit atau Dewa yang artinya 'Makhluk yang mengamati'. Sebuah teka teki dalam penafsiran ayat, mengapa Makhluk Langit tidak menginginkan Nebukadnezar bergabung dengan mereka? Mungkinkah Raja Nebukadnezar adalah salah satu dari mereka? Apa yang dimaksudkan dengan meninggalkan 'tunggul' dari 'pohon' yang ada di Bumi? Ish... ni pun panjang la kalau nak cerita.

Makhluk yang 'berbicara seperti naga' memiliki kekuatan untuk memberikan kehidupan, dengan kata lain untuk membuatnya berbicara. Dan setiap orang yang tidak menyembah patung Ular/Naga itu harus dibunuh. Harus dibunuh? Kenapa? Sementara kegagalan Raja Nebukadnezar... dia tidak mampu membuat patung Kepala Emas berbicara walaupun dia telah berusaha sedaya upaya.

Kemudian datang tiga orang asal Yahudi yang ditawan Babilonia, mereka teman Nabi Daniel dan Abednegor seorang pekerja Kuil Sulaiman. Mereka menolak untuk menyembah patung raksasa atau Dewa Agung Babilonia. Penghinaan ini membuat Raja Nebukadnezar bertaruh bahawa apakah Tuhan mereka akan menyelamatkan mereka dari api?

Setelah tiga orang suci dari Kuil Sulaiman memasuki tungku api, Raja Nebukadnezar dan pengikutnya mendekati tungku mematikan. Dia memerintahkan bahwa tiga orang itu segera dibakar, tetapi dia melihat orang keempat yang berada dekat dengan mereka. Orang keempat yang dimaksud bukan sembarang manusia, makhluk langit ini menyertai ketiga orang suci yang terikat. Tetapi tidak jelas, apakah catatan sejarah Nebukadnezar menceritakan tiga orang suci memasuki stargate bersama makhluk langit tersebut. Kalau berminat... boleh merujuk kisah tiga orang suci ini di posting2 saya yang lepas tentang "Singularity". Scroll la page PS ni belah bawah2 sikit.

Di saat ini, Raja Nebukadnezar sangat yakin bahwa Dewa dari tiga orang Yahudi yang bijaksana itu adalah utusan Allah. Dia menyatakan bahawa jika ada yang berbicara tentang untusan2 Allah ini, maka dia akan memotong-motong tubuh mereka. Mengapa?

"Ketiga orang itu mengenakan mantel, topi dan pakaian mereka yang lain, dan dilemparkan di tengah-tengah tungku api membara" (Daniel 3:21).

Pakaian yang dikenakan ditafsirkan lebih dari sekadar pakaian cendekiawan Babilonia. Mitologi Dewi Inanna pernah disebutkan bahwa dia mengenakan helm Shugurra (topi) yang bisa membawanya pergi jauh ke alam semesta. Dewi Inanna juga memakai mantel tertutup dan pakaian lainnya. Dengan kata lain bahwa mantel, topi dan pakaian lain yang dikenakan ketiga orang bijaksana dari Kuil Sulaiman adalah pembuka Stargate Babilonia.

Dikatakan bahawa... Osiris yakni Dewa Kematian ialah Kunci Stargate (Key of Stargate). Dalam sejarah penaklukkan Yerusalem, Nebukadnezar telah menjarah dan menggeledah Bait Sulaiman dan benda suci, tentunya mengambil Tabut Perjanjian dan rahsia utama Allah (Kepala Emas). Jika Nebukadnezar berhasil menggabungkan Patung Kepala Emas dengan 'pohon' yang dimaksud dalam mimpi serta Ark (Akh) atau 'tunggul', semua rencana ini tak lain melibatkan Nabi Daniel dalam menciptakan Stargate Babilonia.

Anak-anak D'Anu, para pengikut Daniel, mereka telah menciptakan Stargate di Bumi. Malaikat muncul bersama Daniel mendatangi Raja Nebukadnezar, dan sebuah jalan menuju surga dan neraka telah terbuka di Bumi.

Osiris merupakan tangga menuju ke langit yang merupakan pilar di atas Bumi, menyerupai Tabut Perjanjian yang disebutkan terbuat dari emas. Jika anggapan ini dimaksudkan sebagai pohon dan tunggul dalam mimpi Nebukadnezar, maka cerita Daniel dan Nebukadnezar berhubungan dengan pembuatan Stargate. Sementara Osiris sebagai Dewa Ular yang merengut jiwa-jiwa manusia yang mati, Dewa yang diyakini boleh mengaktifkan Stargate.

Dalam keyakinan agama, kita diajarkan untuk meyakini adanya dunia halus dan dunia ghaib termasuk Iblis, Jin dan para Malaikat yang akan memenjarakan dan sesetengahnya menyiksa ruh. Tetapi dalam mitologi Mesir kuno, Dewa Kematian digambarkan sama sekali berbeza, dia dianggap sebagai pengumpul jiwa dan membawanya ke Dunia Bawah atau disebut Tanah Kematian. Dewa Osiris memegang kunci ke syurga dan neraka dan juga dikenal sebagai Kunci Kehidupan. Dunia Bawah diyakini sebagai tempat regenerasi di mana manusia mampu mengubah elemen diri seperti makhluk yang lebih tinggi hingga mampu bermusafir melalui stargate.

Dewa Osiris digambarkan duduk di tengah-tengah danau, dalam Papyrus Ani disebut Danau Api. Kitab Kematian Mesir menyatakan bahwa tempat tersebut adalah wilayah peralihan antara Bumi dan Syurga yang dijaga Dewa Thoth. Kemungkinan terletak dengan Piramida Besar dan Sphinx yang terkait dengan Pohon Kehidupan. Jiwa murni yang menyeberangi Lautan Api akan terjilat lidah api yang mengambil segala kotoran dalam jiwa.

Dalam penggambaran Papyrus Ani, Lautan Api memancarkan getaran yang mengarah ke transformasi batin dan pemurnian jiwa. Tafsiran ini sama seperti dalam Islam? Ada dikatakan ketika ruh manusia berjalan menuju syurga maka mereka harus melintasi jembatan (titian sirat) yang berada diatas neraka dengan api yang menjilat manusia kotor?

Semoga bermanfaat difikir2 kan.


Allahu'alam... Wassalam 


Sumber :  Public Secret

Khamis, 29 Ogos 2013

TABLET EBLA



Sumber Rujukan dan Cedokan:

1 "Ebla", Funk & Wagnalls New Encyclopaedia, © 1995 Funk & Wagnalls Corporation, Infopedia 2.0, SoftKey Multimedia Inc.
2) Howard La Fay, "Ebla: Splendour of an Unknown Empire," National Geographic Magazine, Disember 1978, hal. 736; C. Bermant dan M. Weitzman, Ebla: A Revelation in Archaeology, Times Books, 1979, Wiedenfeld dan Nicolson, Great Britain, hal. 184.
3) Majalah Bilim ve Teknik (Sains dan Teknologi), No. 118, September 1977 dan No. 131 Oktober 1978
4) Untuk maklumat lanjut, sila lihat tulisan Harun Yahya yang berjudul Miracles of the Qur'an.

Bagi yang kurang biasa, catatan2 atas batu dipanggil tablet, prasasti atau bahasa senangnya batu bersurat... hehe... apa la orang dulu2 ni... naper la suka tulis surat atas batu?

Berasal dari zaman sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla merekodkan maklumat penting tentang sejarah agama-agama. Ciri terpenting tablet Ebla, yang ditemui ahli arkeologi pada tahun 1975 dan sejak itu telah menjadi subjek kepada banyak kajian dan perdebatan, adalah tertulisnya nama tiga orang nabi yang dirujuk di dalam kitab-kitab suci.

Penemuan tablet Ebla selepas ribuan tahun dan maklumat yang terkandung di dalamnya amat penting dalam menerangkan lokasi geografi umat-umat yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah. Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut.

Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Mereka bahkan mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite.

Sejarah agama-agama yang terkubur

Kepentingan Kerajaan Ebla, yang dianggap sebagai satu kejayaan besar arkeologi klasik apabila mula ditemui pada tahun 1975, muncul dengan penemuan sejumlah 20,000 tablet dan pecahan tulisan cuneiform. Rekod sejarah ini adalah empat kali lebih banyak berbanding dengan semua teks cuneiform yang diketahui oleh ahli arkeologi selama 3,000 tahun terakhir.

Apabila bahasa yang digunakan dalam tablet tersebut berjaya ditafsir oleh Giovanni Pettinato, seorang penterjemah batu bersurat berbangsa Itali dari Universiti Rom, skala kepentingannya dapat difahami dengan lebih baik. Penemuan Kerajaan Ebla dan arkib negara yang menakjubkan ini bukan sahaja menarik perhatian cabang arkeologi, tetapi juga golongan agamawan. Ini kerana sebagaimana nama Mikail (Mi-ka-il) dan Thalut (Sa-u-lum), yang berjuang bersama Nabi Daud, ia juga mengandungi nama-nama nabi yang disebut dalam tiga kitab suci: Nabi Ibrahim (Ab-ra-mu), Nabi Daud (Da-u-dum) dan Nabi Ismail (Ish-ma-il).


2

Kepentingan nama-nama yang tercatat dalam prasasti Ebla

Nama para nabi yang dikenal pasti dalam tablet tersebut memiliki kepentingan kerana ini adalah kali pertama mereka dijumpai dalam dokumen bersejarah yang setua itu. Maklumat yang berusia 1500 tahun lebih tua daripada Taurat ini amat mengejutkan. Kemunculan nama Nabi Ibrahim dalam batu bersurat tersebut mencatatkan bahawa Nabi Ibrahim dan agama yang dibawakannya telah wujud sebelum Taurat.

Ahli-ahli sejarah menganalisis batu bersurat Ebla melalui perspektif ini, dan penemuan besar tentang Nabi Ibrahim dan misinya menjadi subjek kajian berkaitan sejarah agama-agama. Berdasarkan penelitiannya, David Noel Freedman, seorang ahli arkeologi berbangsa Amerika dan pengkaji sejarah agama-agama, melaporkan nama-nama nabi seperti Ibrahim dan Ismail dalam tablet berkenaan.


3

Nama-nama lain dalam batu bersurat Ebla

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, nama-nama yang terkandung dalam batu bersurat Ebla ialah nama para nabi yang dinyatakan dalam tiga kitab suci, dan prasasti tersebut jauh lebih tua berbanding Taurat. Sebagai tambahan kepada nama-nama tersebut, terdapat juga subjek dan nama tempat yang dapat menunjukkan bahawa penduduk Ebla merupakan pedagang yang berjaya. Nama-nama seperti Sinai, Gaza dan Jerusalem, yang terletak berhampiran Ebla, juga muncul dalam teks tersebut, sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat Ebla mempunyai hubungan komersil dan budaya dengan tempat-tempat tersebut.


4

Satu perincian penting yang didapati di dalam tablet tersebut adalah nama-nama kawasan Sodom dan Gomorrah, di mana umat Nabi Luth menetap. Ianya diketahui bahawa Sodom dan Gomorrah merupakan satu wilayah di kawasan pantai Laut Mati di mana umat Nabi Luth tinggal dan Nabi Luth menyampaikan ajarannya serta mengajak manusia hidup berlandaskan nilai-nilai moral agama. Sebagai tambahan kepada dua nama ini, nama kota Iram yang wujud dalam ayat-ayat Al-Quran juga antara yang tercatat dalam tablet Ebla.

Aspek terpenting kesemua nama ini ialah ianya tidak pernah ditemui dalam mana-mana teks sebelum ini selain dalam naskah yang disampaikan oleh para nabi. Ini merupakan bukti dokumentari penting yang membuktikan bahawa ajaran nabi-nabi yang menyampaikan risalah satu agama yang benar pada zaman itu telah mencapai wilayah berkenaan. Dalam satu artikel dalam majalah Reader's Digest, dicatatkan bahawa telah berlaku perubahan dalam masyarakat Ebla semasa pemerintahan Raja Ebrum dan mereka mula menambah imbuhan awalan kepada nama masing-masing untuk memuliakan nama Tuhan Yang Maha Kuasa.

Janji Tuhan Itu Benar…

Sejarah dan batu bersurat Ebla yang muncul selepas 4,500 tahun sebenarnya memberi satu hakikat penting: Allah telah menghantar para utusan ke Ebla, sebagaimana yang dilakukan-Nya kepada semua bangsa, dan mereka mengajak kaum masing-masing kepada agama yang benar.

Sebahagian orang memeluk agama yang datang kepada mereka sehingga menemui jalan yang sebenar, sementara segolongan yang lain menentang ajakan para nabi dan memilih kehidupan yang tercela. Tuhan, Penguasa langit dan bumi, dan segala isi yang ada di antaranya, menyatakan hakikat ini di dalam Al-Quran:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta. (Surah An-Nahl, ayat 36)

Sekian. Semoga berbaloi difikir2 kan.


Credit :- Public Secret 

PERCUBAAN MENCARI MAKLUMAT PERADABAN ATLANTIS (ATALAN) DAN LEMURIA (LAMARAKH) MELALUI AL-QURAN, HADIS DAN KITAB-KITAB LAIN? MEREKA NI KE YA'JUJ MA'JUJ? MEREKA JIN, HUMANOID AL-BASYAR ATAU BANGSA HIBRID?



Sumber Cedokan: Pelbagai

Dan berapa banyak telah KAMI binasakan umat-umat sebelum mereka. Adakah kamu melihat seorangpun dari mereka atau kamu dengar suara mereka yang samar-samar? (QS. 19:98)

Berapa banyak telah KAMI binasakan umat-umat sebelum mereka, sedang mereka adalah lebih bagus alat rumah tangganya dan lebih sedap dipandang mata? (QS. 19:74)

Kembali saya mengutarakan ayat ini demi mengungkap apa yang sebenarnya belum dapat terungkap secara jelas. Yang saya maksudkan disini adalah makhluk zaman dulu yang telah memiliki teknologi super canggih. Namun kerana keberadaan kita saat ini yang serba terbatas atau terbentuk pada suatu sisi yang menutup kita, maka keberadaan mereka ini tak lebih hanya sebagai “mahluk yang telah dilupakan”. Dan mahkluk ini memilki kelebihan peralatan rumah tangga yang lebih bagus dibanding insan pada saat ini? Adapun dulu mereka telah ALLAH binasakan kerana mereka telah membuat kerusakan di bumi dengan berperang sesama sendiri dengan menggunakan tekhnologi tersebut, sehingga musnahlah juga mahkluk mahkluk purba diakibatkan pertempuran itu.

Hal ini dapat dilihat dari surah berikut ini?

Ingatlah ketika RABB Mu berKalam kepada para Malaikat: “Sesungguhnya AKU hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa ENGKAU hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memuji ENGKAU dan mensucikan ENGKAU?” KalamNYA: “Sesungguhnya AKU mengetahui apa yang tidak Kamu ketahui.” (QS al Baqarah : 30)

Ayat ini adalah dialog ALLAH dengan para Malaikat ketika DIA hendak menciptakan Nabi Adam. Khalifah secara literal membawa maksud "yang menggantikan", maka bererti Nabi Adam menggantikan mahkluk yang sebelumnya, yang telah merosak serta menjahanamkan bumi ini dengan kerosakan yang besar, berat dan membahayakan? Peperangan antara kelompok dengan menggunakan teknologi tersebut membuat bumi ini rosak ketika itu, dari yang sebelumnya di mana mereka telah berhasil membangunkan peradaban teknologi yang tinggi di bumi ini pula.

Bagaimana pula dengan ayat ini?

Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka Rasul-Rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka ALLAH sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri. (QS. 30:9)

Hal ini terlihat dari sisa sisa penggunaan kuasa nuklear di zaman dahulu kala? Yakni yang dikenal orang sebagai Reaktor Nuklear yang berusia 2 Juta Tahun di Oklo, Republik Gabon (http://www.spacedaily.com/news/early-earth-04n.html)

Tahun 1972, sebuah syarikat Perancis mengimport biji mineral uranium dari Oklo, Republik Gabon untuk diolah. Ternyata mereka sangat terkejut dengan fakta penemuan di lokasi tersebut, kerana biji uranium import tersebut ternyata dulu kala lagi sudah pernah diolah dan dimanfaatkan sebelumnya. Penemuan ini sangat memikat para ilmuwan yang datang ke situ untuk suatu penelitian, dari hasil kajian yang mereka lakukan menunjukkan adanya sebuah reaktor nuklear berskala besar pada masa prasejarah, dengan kapasiti lebih kurang 500 ton biji uranium yang terdapat di enam wilayah, diduga dari projek tersebut dapat dihasilkan tenaga sebesar 100 ribu watt. Adakah ini suatu hasil yang sangat mengejutkan?
(http://en.wikipedia.org/wiki/Natural_nuclear_fission_reactor)

Keberadaan sisa reaktor nuklear tersebut pulak sangat terpelihara dengan baik, dengan "system lay-out" yang sangat kreatif dan telah beroperasi sekurang2 nya 500 ribu tahun lamanya sebelum ditutup. Beberapa hal yang membuat mereka lebih tercengang lagi bahwasanya limbah penambangan reaktor nuklear (nuclear core) yang dibatasi itu, tidak tersebar luas atau merembes keluar di dalam area yang kira2 berjarak 40 meter dari sekitar pertambangan. Itu semua menjadi bukti bahwasanya peradaban zaman prasejarah sudah tahu cara memanfaatkan topografi semulajadi untuk mengalokasikan limbah nuklear (nuclear core) secara selamat hingga tak merosakkan langsung lingkungan persekitarannya.

Bila kita tinjau secara lebih terperinci... bahawasanya hipotesis dan teori mengenai Atlantis, pra-sejarah, diluvian dan kedatangan para penjahat alien (ya’juj ma’juj/orang atlantis) secara berbondong bondong menginvasi dan menjarah bumi kita nanti mungkin terjadi?

Barbara Marciniak, dan William Bramley telah mendukung teori-teori penting lainnya yang berusaha untuk menjelaskan adanya kejahatan kaum Atlantis (jin dari kelompok ya’juj ma’juj atau humanoid Al-Basyar?).

Dalam kes ini, penyerbu asing atau alien disebut juga sebagai “Serpent People” atau “Brotherhood of the Snake.” Boleh ke jadik begini?

Dalam Fragmen Apocalyptic Clement, kita membaca... "meskipun ini adalah gelaran mereka, itu tidak boleh diambil secara literal bahawa mereka memiliki kemiripan fisik ular. Penjelasan lebih lengkap tentang hal ini akan diberikan nanti, menurut teori-teori yang paling koheren ialah pengunjung ini biasanya digambarkan sebagai orang yang moralnya meragukan tetapi memiliki mental yang besar dan daya teknologi tinggi".

Diyakini dulu bahwa mereka bermarkas di Atlantis, gambaran barbarian yang cerdas dapat kita dapati sebagai berikut pula di dalam ayat berikut?

“Kemudian Dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila Dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan keduanya, suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Dzulqarnain, sesungguhnya ya’juj dan ma’juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadaMu (QS 18:93-94)

Mereka “Homo Atlantis"? Ia adalah kelompok Cro-Magnon, Engis, Homo Erectus atau Neanderthal? Atau bahkan juga sudah ada ras lain yang belum teridentifikasi hingga saat ini bahkan mereka terdiri dari hasil keturunan rekayasa genetik atau perkahwinan silang, tetapi mengingat data yang ada, tidak diragukan lagi bahwasanya kita perlu tahu akan kebenaran sejarah tentang bumi dan nenek moyang kita dahulu kala.

Rekayasa genetik atau persilangan kahwin ini pernah dialami oleh Sulaiman yang memperistri ratu Balqis yang menurut sesetengah Ulama yang lebih mendekati benar adalah keturunan jin? Perjanjian lama (Bible) juga mencatat pernah terjadi persilangan kahwin di antara orang langit dengan orang bumi dalam al-kitab kejadian 6:2-4. Bagaimana halnya ini?

Tampaknya menunjukkan juga kearah lain bahwa baik ras Neanderthal dan Cro-Magnon adalah hasil rekayasa genetik atau bahkan korban hibridisasi, hal ini biasa dilakukan terhadap para budak atau anjing penjaga yang sengaja dikebiri untuk saat ini. Tampaknya juga mereka adalah kelompok “Serpent Master,” kelahiran pertama ini keturunan akhirnya mulai jengkel terhadap mereka yang dikenakan dan diperhamba. Hal ini senada dengan kisah bagaimana Nabi Sulaiman a.s. menjadikan para jin menjadi budak suruhan baginya. Mereka memiliki kualiti kecerdasan tinggi, tetapi memiliki sebuah dimensi moral dan spiritual sangat sangat rendah, di luar bumi mereka majikan tapi bagi Sulaiman mereka adalah budak suruhan, serta jumlah mereka sangat banyak.

Maka tatkala KAMI telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya itu kecuali rayap (anai-anai) yang memakan tongkatnya. Maka tatkala Ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahwa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan.(QS 34:14)

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan).(QS 27:17)

Dan KAMI telah tundukkan (pula kepada Sulaiman) segolongan syaitan-syaitan yang menyelam (ke dalam laut) untuknya dan mengerjakan pekerjaan selain daripada itu, dan adalah KAMI memelihara mereka itu,(QS 21:82)

dan (KAMI tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam(QS 38:37)

dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu.(QS 38:38)

…yaitu gog dan magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang dan jumlah mereka sama banyaknya dengan pasir dilautan (Bible Surah Wahyu 20:8)

Diriwayatkan dari An-Nawwas Ibni Sam’an r.a. dalam hadis yang panjang. Di antaranya sebagai berikut:

”Ketika ALLAH SWT mewahyukan kepada Isa a.s. Sesungguhnya AKU mengeluarkan hamba-hamba-KU yang tidak ada kemampuan bagi seorang pun untuk memeranginya. Maka biarkanlah mereka hamba-hamba-KU menuju Thuur. Lalu ALLAH keluarkan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Kemudian mereka melewati danau Thabariyah(1) dan meminum seluruh air yang ada padanya. Hingga ketika barisan paling belakang mereka sampai di danau tersebut mereka berkata: “Sungguh dahulu di sini masih ada airnya.” Ketika itu terkepunglah Nabiyullah Isa a.s. dan para sahabatnya. Hingga kepala sapi ketika itu lebih berharga untuk mereka daripada seratus dinar kalian sekarang ini. Maka Isa dan para sahabatnya berharap (berdoa) kepada ALLAH. Maka ALLAH SWT pun mengirim sejenis ulat yang menyerang leher mereka. Maka pagi harinya mereka seluruhnya binasa menjadi bangkai-bangkai dalam waktu yang hampir bersamaan. Kemudian turunlah (dari gunung Thuur) Nabi Isa dan para sahabatnya, maka tidak didapati satu jengkal pun tempat kecuali dipenuhi oleh bangkai dan bau busuk mereka. Maka Nabi Isa ‘alaihissalam pun berharap (berdoa) kepada ALLAH. Maka DIA mengirimkan burung-burung yang lehernya seperti unta, membawa bangkai-bangkai mereka dan kemudian dilemparkan di tempat yang ALLAH kehendaki(2). Kemudian ALLAH kirimkan hujan yang tidak menyisakan satu pun rumah maupun khemah, lalu membasahi bumi hingga menjadi licin. Kemudian dikatakan kepada bumi itu: ‘Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalilah berkahmu…” (HR. Muslim)

Ada tertulis bahawa “anak-anak ular/ya’juj ma’juj” tidak akan mengakui keunggulan tuan-tuan mereka, karena mereka tidak memiliki sifat-sifat mulia. Akhirnya, setelah jangka waktu yang tidak ditentukan, majoriti “anak-anak dari ular” itu membangkang terhadap tuan mereka yang dulu, mereka keluar meninggalkan (Atlantis) dan mengosongkan benua Appalachia, kemudian dikenal sebagai Lemuria, di mana hari ini adalah Samudera Pasifik. Di sini mereka membangun peradaban yang berkembang di mana mereka juga mempraktikkan ilmu-ilmu yang tinggi yang mereka dapati selama di tempat mereka diperbudak dan diperhambakan dulu.

Lemuria berasal dari kata Mu atau Mu-devi yang berarti “Tanah Leluhur/ibu pertiwi” atau Mu-Devi adalah ibu dewi Hindu Shiva. Watak Shiva adalah rekaannya dan adalah “Bapa Besar” bagi mereka yakni Silappadikaran, menggambarkan benua yang hilang di Pasifik dan Samudra Hindia, panggilan Kumai Nadu atau Kumari Kandam bererti juga “Tanah Naga Dewa Ular.” Gagasan benua yang hilang di bawah Samudera Pasifik tampaknya sepertinya tidak masuk akal. Tapi ada banyak cerita dan buku-buku yang referensi atau merujuk ke tempat seperti itu.

Bank Claude Mayo dari US Navy menunjukkan bahwa ada “sebuah benua tenggelam, dengan pegunungan, sungai dan dataran tinggi pada kedalaman rata-rata satu kilometer membentang dari Hawaii ke Kepulauan Barin, sebelah timur pantai Jepun". James Churchward pulak menulis lima buku tentang benua yang hilang Mu (juga disebut Lemuria). Bahkan ada kelompok yang disebut “The Lemurian Fellowship” yang terletak di Ramona, California, yang telah menerbitkan konsep peta benua yang hilang.

Sejajarkah dengan Al Qur’an yang menyebut kisah orang-orang kuat dan cerdas terdahulu yang baik fosil belulang mereka atau sisa bangunan mereka masih dapat kita jumpai? Adakah mereka adalah orang-orang yang telah diazab ALLAH sebagai berikut?

Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka(QS 30:9)

Maka apakah mereka tiada mengadakan perjalanan di muka bumi lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Adalah orang-orang yang sebelum mereka itu lebih hebat kekuatannya dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka.(QS 40:82)

Maka masing-masing (mereka itu) KAMI siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang KAMI timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang KAMI benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang KAMI tenggelamkan, dan ALLAAH sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. (QS 29:40)

Kita boleh membaca beberapa buku ini yang menjelaskan beberapa pendapat menurut sains bahawasanya telah pernah terjadi penenggelaman atau pembenaman daratan menjadi terperosok ke dalam bumi atau dasar lautan, buku buku tersebut adalah:

1. The Lost Continent of Mu, 1926

2. The Children of Mu, 1931

3. The Sacred Symbols of Mu, 1933

4. Cosmic Forces of Mu, in two parts (1934-1935); and Books of the Golden Age, 1997. Cosmic Forces of Mu,

5. Phylos the Tibetan, 1952, A Dweller On Two Planets, Borden Pub. Phylos Tibet, 1952,

6. Note that Edgar Cayce, America’s most accurate and best-documented psychic, had something to say about extraterrestrial beings. As T. Kay writes in his book, When The Comet Runs, [1997, Hampton Roads Pub. Sebagai T. Kay menulis dalam bukunya, When The Comet Runs, [1997, Hampton Roads Pub. Co., Charlottesville, VA., p. Co, Charlottesville, VA., Hal 146-147.] 146-147.]

Saya sendiri benar-benar berfikir bahawa akibat dari kehancuran bangsa Lemuria ini adalah diakibatkan oleh ledakan gas bawah tanah yang memberi kesan pada tenggelamnya Mu? Dan beberapa hal yang paling menghairankan adalah ditemukannya reruntuhan megalitik, dalam dan keluar dari air dinding batu raksasa, jalan-jalan, platform, tiang, 10 sampai 30 tan blok (ilustrasi & deskripsi dalam Yohanes MacMillan Brown ’s “Riddle of the Pacific” dan buku-buku tentang Lemuria & Pasifik oleh David Hatcher Childress). Cuba kita fikir siapakah yang membangunkan benda2 ini? Inilah kemampuan teknologi yang telah dimiliki oleh budak-budak suruhan Nabi Sulaiman (dari kalangan jin atau Humanoid Al-Basyar?) Ini adalah sebagaimana dan sejajar dengan apa yang disebutkan oleh Al Qur’an?

Edgar Cayce banyak menyedarkan orang untuk berbicara tentang ekstra-terrestrials, pada dua perkara yakni tentang masa Atlantis, ia berkata: ”budi pekerti transportasi, budi pekerti Airships komunikasi melalui periode itu menyerupai seperti dijelaskan Yehezkiel dalam perjanjian lama. “Pada tahun 1938 ketika membincangkan pengalaman orang-orang di wilayah yang diduduki Maya Amerika Tengah, Cayce juga menyebutkan perihal pemahaman orang-orang yang berkunjung dari dunia lain atau planet lain".

Menurut beberapa kefahaman bangsa Lemuria dulu, ada yang mengatakan mereka ada sejak 7500 SM hingga lebih kurang tahun 8000 SM. Dan yang kedua adalah bangsa Atlantis (ya’juj ma’juj?) yang diperkirakan ada pada masa lebih kurang 20,000 SM, berdasarkan penghitungan Plato bahawa Atlantis wujud lebih kurang 9000 tahun sebelum keberadaan Lemuria.

Jadi mereka pernah hidup bersama dalam satu waktu? Intinya mereka adalah mahkluk ciptaan ALLAH sebelum diciptakannya Nabi Adam sebagai Khalifah (pengganti dari yang sudah ada sebelumnya) di bumi??? Adakah hal ini dapat diketahui dengan jelas melalui ayat berikut ini?

Ingatlah ketika RABBmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya AKU hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa ENGKAU hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji ENGKAU dan mensucikan ENGKAU “ (QS 2:30)

Kemudian, tentang kedudukan Bangsa Lemuria ada yang berpendapat ia bertempat pada benua yang hilang yang berada di samudra Pasifik sebelah selatan, berdekatan dengan Amerika Selatan. Ada pula yang berpendapat bahwa keberadaan benua yang hilang tersebut berada di selatan India.

Terbukti dengan adanya penemuan fosil di sekitar Madagaskar. Benua ini digambarkan memiliki tujuh pegunungan yang berkumpul pada satu titik, yang di antara deretan gunung tersebut ada sebuah sungai yang mengalir di antara dua baris pegunungannya. Kedua peradaban itu diceritakan memiliki berbagai perbezaan yang sangat jauh, meski di lain sisi pulak mereka juga memiliki persamaan.

Bangsa Lemuria diceritakan sebagai bangsa yang sangat maju dengan didukung oleh bagusnya pertanian serta teknologi biologi mereka. Mereka juga mendasarkan kekuatan mereka dengan kekuatan spiritual dan supenatural. Ada yang berkata untuk berbicara dengan mereka tak perlu mengeluarkan kata-kata, cukup dengan telepati. Mereka juga dikatakan dapat berubah wujud menjadi unsur2 semacam cahaya untuk berpindah tempat (teleportasi?) Al Qur’an telah menjelaskan kemampuan telepati mereka sebagai berikut?

“Kemudian Dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila Dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan keduanya, suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Dzulqarnain, sesungguhnya ya’juj dan ma’juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadaMu.” (QS 18:93-94)

Sedang bangsa Atlantis dikabarkan berada di antara Benua Amerika, Eropa dan juga Afrika. Meski ada pula yang berkata bahwa Atlantis itu saat ini adalah tempat di Indonesia? Ingat cerita kaum Kerinchi? Mana yang benar?

Mengenai Lemuria, yang menghuni tempat di antara gunung-gunung tersebut, yang kerap diinvasi atau diceroboh oleh bangsa atlantis (ya’juj ma’juj?) dijelaskan sebagai berikut... Tentang ya’juj dan ma’juj ini telah dijelaskan beberapa ayat dan hadis tentangnya?

Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka ALLAH sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri. (QS. 30:9)

“Kemudian Dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila Dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan keduanya, suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Dzulqarnain, sesungguhnya ya’juj dan ma’juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadaMu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?’ Dzulqarnain berkata: ‘Apa yang telah dikuasakan oleh RABB Ku kepadaKu terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (insan dan alat-alat), agar Aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi.’ Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulqarnain: ‘Tiuplah (api itu).’ Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, Diapun berkata: ‘Berilah Aku tembaga (yang mendidih) agar Kutuangkan ke atas besi panas itu.’ Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Dzulqarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari RABB Ku, maka apabila sudah datang janji RABB Ku DIA akan menjadikannya hancur luluh; dan janji RABB Ku itu adalah benar’.” (Al-Kahfi: 92-98)

Sesungguhnya ya’juj dan ma’juj adalah sebuah bangsa besar yang akan membuat kekacauan serta kerusakan di muka bumi telah ditakdirkan ALLAH SWT sebagai salah satu penanda kiamat besar. Siapakah dan bagaimanakah mereka?

Kata ya’juj dan ma’juj berasal dari kata ajja atau ajij dalam wazan Yaf’ul; kata ajij artinya nyala api. Tetapi kata ajja berarti pula asra’a, maknanya berjalan cepat. Itulah makna yang tertera dalam kamus Lisanul-’Arab. ya’juj wa-ma’juj dapat pula diibaratkan sebagai api menyala dan air bergelombang, kerana hebatnya gerakan. Daripada itu maka mereka adalah dari golongan jin terdahulu yang juga tercipta dari api, yang mana mereka telah berhasil menguasai sains dengan sangat melampaui daripada teknologi zaman sekarang sekalipun. Adakah mereka jin yang berjasad? Keberadaan orang zaman dulu yang memiliki kemampuan sains telah digambarkan oleh ALLAH dengan sangat jelas sebagaimana berikut ini?

Dan berapa banyak telah KAMI binasakan umat-umat sebelum mereka. Adakah kamu melihat seorangpun dari mereka atau kamu dengar suara mereka yang samar-samar? (QS. 19:98)

Berapa banyak telah KAMI binasakan umat-umat sebelum mereka, sedang mereka adalah lebih bagus alat rumah tangganya dan lebih sedap dipandang mata. (QS. 19:74)

Dan apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, berapa banyak umat-umat sebelum mereka yang telah KAMI binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan RABB). Maka apakah mereka tidak mendengarkan (memperhatikan)? (QS. 32:26)

Dan berapa banyak telah KAMI binasakan umat-umat sebelum mereka YANG mereka itu lebih besar kekuatannya daripada mereka ini, maka mereka telah pernah menjelajah di beberapa negeri. Adakah (mereka) mendapat tempat lari (dari kebinasaan)? (QS. 50:36)

Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka ALLAAH mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab ALLAAH. (QS. 40:21)

Maka apakah mereka tiada mengadakan perjalanan di muka bumi lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Adalah orang-orang sebelum mereka itu lebih hebat kekuatannya dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka. (QS. 40:82)

Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka ALLAAH sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri. (QS. 30:9)

Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memperhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka; ALLAAH telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu. (QS. 47:10)

Dengan menggunakan piring terbang atau ufo, ya;juj dan ma;juj akan turun dari galaksi luar menyerang bumi ini, dalilnya begini? : dalam Al-Qur’an surat Al-Anbiya’ ayat 96-97: Hingga apabila dibukakan (dinding) ya’juj dan ma’juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah datangnya janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang dzalim.”

Alat transportasi piring terbang inilah yang pernah digunakan oleh Dzulqarnain dan juga oleh Nabi Sulaiman setelah para Jin membuatkan baginya kenderaan yang dapat berjalan dengan cepatnya, ini boleh diterima dalilnya?

Dan KAMI (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu sore sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan KAMI alirkan cairan tembaga bagiNya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapanNya (di bawah kekuasaannya) dengan izin RABB Nya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah KAMI, KAMI rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada ALLAH). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKU yang berterima kasih. (QS Saba’ :12-13)

Sesungguhnya tujuan utama ya’juj ma’juj adalah menguasai sumber air dibumi, yang dengan air itulah mereka akan membuat senjata pemusnah besar2 an melalui penguraian oksigen-hidrogen. Dijelaskan sebagai berikut?

Diriwayatkan dari An-Nawwas Ibni Sam’an r.a. dalam hadis yang panjang. Di antaranya sebagai berikut: ….

Ketika ALLAAH SWT mewahyukan kepada Isa a.s. Sesungguhnya AKU mengeluarkan hamba-hamba-KU yang tidak ada kemampuan bagi seorang pun untuk memeranginya. Maka biarkanlah mereka hamba-hamba-KU menuju Thuur. Lalu ALLAH keluarkan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Kemudian mereka melewati danau Thabariyah(1), dan meminum seluruh air yang ada padanya. Hingga ketika barisan paling belakang mereka sampai di danau tersebut mereka berkata: “Sungguh dahulu di sini masih ada airnya.” Ketika itu terkepunglah Nabiyullah Isa ‘alaihissalam dan para sahabatNya. Hingga kepala sapi ketika itu lebih berharga untuk mereka daripada seratus dinar kalian sekarang ini. Maka Isa dan para sahabatnya berharap (berdoa) kepada ALLAH. Maka ALLAH SWT pun mengirim sejenis ulat yang menyerang leher mereka. Maka pagi harinya mereka seluruhnya binasa menjadi bangkai-bangkai dalam waktu yang hampir bersamaan. Kemudian turunlah (dari gunung Thuur) Nabi Isa dan para sahabatnya, maka tidak didapati satu jengkal pun tempat kecuali dipenuhi oleh bangkai dan bau busuk mereka. Maka Nabi Isa ‘alaihissalam pun berharap (berdoa) kepada ALLAH. Maka DIA mengirimkan burung-burung yang lehernya seperti unta, membawa bangkai-bangkai mereka dan kemudian dilemparkan di tempat yang ALLAAH kehendaki2. Kemudian ALLAH kirimkan hujan yang tidak menyisakan satu pun rumah maupun khemah, lalu membasahi bumi hingga menjadi licin. Kemudian dikatakan kepada bumi itu: ‘Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalilah berkahmu…” (HR. Muslim)

Di dalam beberapa hadis tentang tanda-tanda hari kiamat kubra, disebutkan ada sepuluh tanda hari kiamat. Di antaranya adalah keluarnya ya’juj dan ma’juj.

Berita tentang keluarnya ya’juj dan ma’juj bukan hanya mutawatir, bahkan disebutkan dalam Al-Qur’an surat Al-Anbiya’ ayat 96-97:

Hingga apabila dibukakan (dinding) ya’juj dan ma’juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah datangnya janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang dzalim.“

Demikian pula disebutkan dalam surat Al-Kahfi ayat 94:

”Wahai Dzulqarnain, sesungguhnya ya’juj wa ma’juj merusak di muka bumi, kami akan siapkan imbalan yang besar agar kiranya engkau membuatkan benteng antara kami dengan mereka.”

Adapun kalimat yang menunjukkan bahwa runtuhnya benteng Dzulqarnain dan keluarnya ya’juj wa ma’juj sebagai tanda dekatnya hari kiamat adalah firman ALLAH SWT pada ayat ke-98:

”Ini adalah rahmat dari RABB Ku, maka apabila sudah datang janji RABB Ku, DIA akan menjadikannya hancur luluh…..”

adalah juga yang diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dalam Kitabul Anbiya’ bab Qishah ya’juj dan ma’juj, dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., bahwa Nabi SAW bersabda:

ALLAH SWT berKalam kepada Adam: “Wahai Adam.” Maka Adam menjawab: “LabbaikKA wa sa’daika wal khairu fi yadaika (Aku sambut panggilan-MU dengan senang hati dan kebaikan semuanya di tangan-MU).” Kemudian ALLAH SWT berKalam : “Keluarkan utusan (penghuni) neraka.” Maka Adam bertanya: “Apa itu utusan (penghuni) neraka?” ALLAH berKalam: “Mereka dari setiap seribu orang, sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang!” Maka ketika itu anak kecil menjadi beruban, setiap yang hamil melahirkan apa yang dikandungnya, dan kamu lihat orang-orang seakan-akan mabuk padahal mereka tidak mabuk, tetapi kerana azab ALLAH SWT yang sangat keras. Kemudian para sahabat bertanya: “Siapa satu yang selamat dari kita itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bergembiralah, sesungguhnya penghuni neraka itu dari kalian satu dan dari ya’juj dan ma’juj seribu….” (HR. Al Bukhari dengan Fathul Bari, juz 6 hal. 382)

Okay la... ni pun dah panjang lebar dah ni. Harap2 nya tiada soalan akan ditanyakan kepada saya sebelum membaca nukilan kecil ini dengan cermat dan berlapang dada. Bacalah perlahan2 yer. Kalau rasa buah fikiran ini mengarut, maka abaikanlah ia.

Semoga bermanfaat.



Credit :- Public Secret 

CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA

Assalamualaikum. Bismillah CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA Sebagai seorang Muslim dan Muslimah, am...