Jumaat, 25 November 2022

CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA

Assalamualaikum.

Bismillah


CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA


Sebagai seorang Muslim dan Muslimah, amat penting kita menitikberatkan posisi kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. samada selamat atau tidak di hari akhirat.


Dunia yang kita pernah lalui akan berubah sekelip mata.


Namun, ia juga ujian dari Allah SWT buat hamba-hamba-Nya.


"La Yukalli Fullahu Nafsan illa wus’aha”,


Allah tidak akan membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya.


Al-Baqarah, 286


Apakah yang perlu dilakukan? Bersediakah kita untuk menerjah ke alam ini suatu hari nanti?

Sesungguhnya ia dalam pengetahuan Allah.


Sabda Nabi S.A.W.


“Jarak diutusnya aku dan hari Kiamat seperti dua (jari) ini.” Baginda memberikan isyarat dengan kedua jarinya (jari telunjuk dan jari tengah), lalu merenggangkannya.


Riwayat al-Bukhari





Kehidupan Normal kita di dunia amat indah. Berbekalkan iman & taqwa. Anak dan saudara mara Isteri sebagai peneman.




Sedang asyik leka dengan dunia, di 'antara' kita mungkin ada yang akan terkejut. Suatu fasa telah menerpa ke bahu kita.






'A State of Emergency'


(Waktu Darurat)





Disebut dalam beberapa kitab, dan Agama Islam sendiri. 


Akan ada bah besar, banjir besar, kekejaman, keluarnya yakjud makjud, kehadiran seorang Imam, dan Dajjal.


Mengikut pendapat, 


Kita tidak tahu yang mana akan berlaku dahulu,


Namun, sudah tentu bila kekejaman berlaku, Imam akan keluar. Bunga-bunga yakjud makjud pun sudah dapat dihidu.


Musuh amat licik. Kita kena ingat bukan sahaja musuh terdiri daripada Yahudi Laknatullah tetapi mereka bersekongkol dengan syaitan!






Di antara kita takdir akan menentukan samada dapat bersama dengan Imam Akhir Zaman atau ada ujian di tempat lain, sebagai contoh di tempat kita tinggal atau di 'daerah lain'.


Umum mengetahui, Nabi s.a.w. pernah berpesan jikalau kamu nampak sosok Imam tersebut maka berbaiahlah dengannya. 


Walau merangkak dalam Salji.


Makna kita dituntut untuk berhijrah.


Namun sempatkah kita?





Ikut takdir masing-masing ada yang muda, yang bersemangat, yang berumur dan kanak-kanak.




Akan ada pengumuman kecemasan waktu darurat. Loceng-loceng akan dibunyikan.


Perang Nuklear seperti kita tahu akan banyak menimpa banyak negara.





PERTAMA 


JANGAN PANIK


Bertenang dan cari tempat selamat yang boleh diduduki dan terkunci.





KEDUA


SUMBER AIR


Secara keseluruhan badan manusia tidak boleh hidup tanpa Air. Jadi dudukilah di tempat yang berdekatan dengan sumber air atau bersiap sedia untuk mencarinya dalam bandar yang telah rosak.


Ingat ini.




KETIGA


SUMBER MAKANAN


Sentiasa 'Restock' makanan seperti makanan tin yang secara normal tarikh luputnya memakan masa 1 sehingga 2 tahun.




Anda boleh mengangap tempat tinggal anda di waktu itu seperti 'istana' atau tempat perlindungan kecil yang perlu dikawal seperti bila penjajah datang ke istana untuk menyerang anda kena jaga dan kunci rapat tempat tinggal anda.


Bunyi adalah sangat diutamakan. Jangan berbuat bunyi kerana musuh kita waktu ini bukan sahaja manusia yang sudah hilang arah tetapi manusia yang bergerak tanpa kerelaan, naudzubillah. Syaitan & Manusia, Yakjud wa Makjud.







Rasulullah s.a.w. bersabda 

“Ibadah di zaman fitnah seperti hijrah kepadaku.”


Ahmad dan Tabbarani




Makanan orang beriman ketika itu hanya lah zikir.


Maksudnya di sini, in shaa Allah, dengan zikrullah hati kita akan merasa tenang dan mungkin membawa kita kepada suatu punca rezeki di saat bandar sedang bergelap.




KEEMPAT


SUMBER CAHAYA


Bawalah lampu suluh 'just in case' orang putih kata. 


Anda mungkin memerlukannya sewaktu malam tetapi tidak dinasihat untuk keluar waktu malam.


Kerana apa?




Perhatikan ayat ini,


Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata "Wahai Zulkarnain! Kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka."


Al-Kahfi - 86




Masa semakin suntuk, Nabi pernah berpesan di waktu senja syaitan-syaitan berkeliaran.


Namun saat fitnah yang penuh kegelapan ini! 


Syaitan dan manusia dalam satu tubuh! Akan bergerak mencari mangsa ketika matahari terbenam!


Umum kita ketahui Yakjud Makjud adalah manusia.


Nabi pula mengatakan, Al-Harj Pembunuhan akan banyak berlaku di saat zaman fitnah ini!


Manusia akan saling berbunuhan tak kira samada saudara mara atau keluarga itu sendiri.


Fitnah Dajjal at berat


Waktu ini lah kita kena PEKA.




KELIMA


SENTIASA PEKA DENGAN WAKTU


SUBUH - MUNCUL FAJAR SADDIQ


ZUHUR - GELINCIR MATAHARI


ASAR - BAYANG-BAYANG SESUATU SAMA DENGAN ATAU BAYANG-BAYANG 2X PANJANG DARI YANG BIASA


MAGHRIB - MATAHARI TERBENAM SEPENUHNYA


ISYA' - HILANG CAHAYA MERAH (SYAFA' MERAH)


Senantiasa memerhatikan kedudukan matahari agar anda selamat.





Ketika Malam sudah menjengah yakni matahari terbenam total bersiap sedia lah.


Jangan melakukan bunyi bising apa pun!


Senyap dan tidur.

Nabi kata jikalau diri lebih baik duduk,

Jikalau duduk lebih baik, BARING.







Sehingga apabila waktu subuh menjelma, anda boleh menghembuskan nafas lega.


Kerna perhatikan pula ayat ini,


Kemudian dia menempuh (jalan yang lain)


Hingga apabila dia telah sampai di tempat terbit matahari (sebelah timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya daripada (cahaya) matahari itu.


Al- Kahfi 89-90


Maknanya di sini,




Yakjud Makjud takut akan cahaya matahari. Wallahu'alam


(Hanya Allah Yang Tahu)


Kita serahkan bulat-bulat pada Allah.


Namun ini adalah suatu peringatan dan dipetik daripada ayat-ayat al-Quran mengenai kaum Yakjud Makjud.




Di waktu ini anda boleh 'salvage' atau kutip makanan yang tertinggal di mana-mana kerana saat ini manusia sudah 'bersepah-sepah'...




Sentiasa jaga diri daripada 'penyangak-penyangak' yang hilang pertimbangan.


Selawat dan Zikrullah lah semasa berjalan.






“Teruskanlah olehmu untuk selalu menyeru kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Sehinggalah kamu akan melihat sifat kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan kehidupan dunia yang diutamakan. Serta orang akan merasa terpesona dengan pandangan masing-masing. Maka (ketika itu) kamu perlu bergaul hanya dengan orang-orang yang searah denganmu sahaja dan jauhilah orang-orang kebanyakan. Maka sesungguhnya setelah zamanmu akan datang zaman penuh ujian, orang-orang yang berpegang teguh dengan agama seperti menggenggam bara api. Ketahuilah saat itu orang yang terus berusaha berpegang dengan agamanya akan beroleh pahala umpama 50 orang yang turut melakukan amalnya yang sama.” 


Hadis Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim.



Jangan memasuki komuniti yang menanyakan id 'v' untuk masuk ke kawasan mereka. Kerana mereka adalah penyangak, sama seperti siapa yang mengefarkan 'v'.




Senantiasa bersama grup-grup 'Ghuraba' atau yang dipercayai akhir zaman ini jikalau diberi peluang bersama-sama dalam kumpulan in Shaa Allah.


Munafik banyak di luar. 







Jangan terlibat dengan fitnah di luar.



Propaganda barat mengeluarkan filem dan game untuk membunuh zombie adalah bertentangan dengan Hadis Nabi.


Yakni ketika 'al-Harj' Pembunuhan mengikut serta membunuh tanpa ada rasa bersalah.


Biarkan ia. Ia adalah fitnah Dajjal semasa 40 Hari.


Jaga rapat Iman Iman Kita demi Akhirah.


Jangan terlibat dengan fitnah itu.




Masa depan tak macam dulu dah.






Teknologi Hharvp akan digunakan bagi melambatkan pergerakan manusia.


Kemudian akan kemarau, Wallahu'alam


Bersabarlah 


Sesungguhnya Allah berserta orang-orang Yang Sabar.





Tarik Nafas


Dan ingat pesanan ini,



In Shaa Allah sahabat dunia akhirat. 


Wassalam moga bermanfaat buat semua pembaca Al Khautsar


Post credit by Seven Sleeper's 

PERKARA PELIK DAN MUSTAHIL BAKAL KERAP TERJADI


Perkara Pelik dan Mustahil Bakal Kerap Terjadi..


Memasuki hari menjelang penghujung zaman, kita akan disajikan kejadian-kejadian pelik dan mustahil..Yang tak terlintas dek akal, bakal kerap terjadi..


Seakan alam mendapat arahan agar boleh melanggar peraturan..


Apa sahaja.. Baik dalam dunia manusia.. Dunia haiwan.. Dunia alam semulajadi.. Akan berlaku perkara yang dahulunya tidak berlaku..


Semakin lama semakin kerap ia berlaku..


Sampaikan pada satu hari, haiwan boleh berbicara kepada manusia di dalam bahasa yang manusia itu fahami..


Dalam satu hadis, daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Seorang penggembala kambing melihat secara tiba-tiba serigala datang melarikan kambingnya. Melihat keadaan itu, penggembala terus mencari kambingnya yang hilang. Maka, serigala itu menoleh dan berkata: 'Di hari yang penuh dengan kebuasan ini, siapa lagi yang menjadi penggembala selain aku? Kemudian ada seekor lembu yang memuatkan barang-barang dan dipaksa untuk memikul barang-barang itu, maka lembu itu berpaling dan berkata: 'Bukan tujuan pekerjaan ini aku diciptakan, tetapi aku diciptakan untuk membajak ladang'...mendengar perbualan tersebut, sahabat berkata, 'Subhanallah.' Nabi SAW bersabda: 'Ketahuilah, aku mempercayai kisah ini. Demikian juga Abu Bakar dan Umar turut mempercayainya.'" 

(Hadis  Riwayat al-Bukahri, Hadis  no, 3663)


Perhatikan keadaan sekeliling.. Dalam tahun-tahun terakhir ini, telah berlaku sedikit demi sedikit kejadian yang aneh.. yang mustahil.. yang kita rasakan..


Wow Tak Sangkanya !


Bukanlah dahulu tidak ada kejadian yang pelik..Cumanya dihujung hari ini akan berlaku ia lebih kerap.. Bertimpa-timpa..


Sehinggalah manusia terbiasa..


Ketidaksangkaan ini akan berterusan sehinggalah umat manusia terbiasa dengan perkara yang pelik..


Kerana nantinya umat manusia tidak akan pelik untuk mengikuti perkara yang pelik..


Ujian yang pasti hebat untuk kita tempuhi.. 


Moga Allah bantulah kita semua. Aamiin! 




https://youtu.be/r_BCbXX3KY8

CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA

Assalamualaikum. Bismillah CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA Sebagai seorang Muslim dan Muslimah, am...