Dialog Hari Kiamat..
Setelah dihimpunkan seluruh makhluk selepas kemusnahan bumi dan langit.. Ada satu situasi, Dialog diantara Allah, Jin dan Manusia..
Gambarannya.. Ramai gila manusia yang menjadikan Jin sebagai Penolong !
Mana ada minta tolong dengan Jin.. Minta tolong dengan Hantu ada ler..
Haa hantu tu, Jin lah tu Pak Long Oii.. Tok Long ka, Mak Ngah ka, Tok Ndak ka..
Semua hantu yang banyak jenis tu, Jin lah tu.. Hantu Raya.. Hantu Kopek.. Toyol.. Nak tulis semua pun panjang.. Banyak sangat nama hantu..
Nak bagitau... Hantu, diorang tu Jin.. Syaitan pun Jin..
Allah kata pada Jin nanti.. Punya la banyak pengikut-pengikut kamu dari golongan Manusia ya Jin.. Banyak !
Maksudnya, yang minta tolong pada Jin.. Untuk apa ?
Untuk dunia lah apa lagi..
Minta tolong jaga kebun.. Minta tolong carikan duit.. Minta tolong sakiti orang.. Minta tolong jaga keluarga.. Minta bagi badan kuat.. Minta nombor..
Macam-macam mintak.. Sebutlah sendiri..
Dipendekkan cerita, seorang manusia yang memohon pada mana-mana Jin untuk mendapatkan kesenangan di dunia, atau menyakiti seseorang dengan menggunakan khidmat Jin tersebut..
Maka Allah kata, Nerakalah tempat mereka buat selama-lamanya..
Tak percaya, baca..
Firman Allah SWT Maksudnya:
Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin !Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: "Wahai Tuhan kami, sebahagian kami telah bersenang-lenang (mendapat kemudahan) dari sebahagian yang lain (Jin-jin itu), dan telah sampailah kepada kami masa (hari pembalasan) yang Engkau telah tentukan buat kami". (Allah berfirman): "Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah". Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
(Al-An'aam 6:128)
Tak berbaloi saudara-saudara sekalian.. Untuk kesenangan yang sekejap.. Balasannya, berada di dalam neraka Selama-lamanya..
Sangat tak berbaloi..
20 tahun mintak tolong dengan Jin sebab nak hidup senang kat dunia tapi kena bantai di dalam Neraka bukan 20 tahun.. Bukan 200 tahun.. Bukan 2000 tahun...
Tak ada nombor nak beritahu !
Kerana, selama-lamanya mana ada penghujung.. Sampai bila-bila.. Sampai bila ?
Sampai bila-bila !
Tak berbaloi.. Langsung tak berbaloi..
Apatah lagi, waktu yang sukar ketika ini.. Dikatakan ramai yang terjebak memohon bantuan pada Jin atau Hantu atau Syaitan..
Demi dunia yang tak seberapa..
Bertaubat lah..
Bertaubat lah sementara masih ada masa.. Mudah-mudahan Allah menerima taubat kita semua.. InsyaAllah..
Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan