IklanPercuma | Iklan Percuma Portal

Tabut dalam Al-Quran

Kitab suci Al-Quran the Last Testament mengkhabarkan:

“Dan nabi mereka berkata kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan (Talut) itu ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.” 
(Al-Baqarah : 248)

Inilah satu-satunya ayat dalam al-Quran yang menyebut tentang tabut secara langsung. Mari kita mengembara ke dalam ayat ini untuk mendapatkan isi tersurat dan tersiratnya.



PERTAMA:
Mengapa hanya sekali saja disebut? 

Ada beberapa kemungkinan. Boleh jadi ia perkara yang tidak penting kepada umat akhir zaman. Namun begitu, keterbalikan daripadanya juga mungkin. Boleh jadi ia penting lalu disebut sekali saja sebagai ‘penarik perhatian’. Apabila disebut sekali saja, orang akan tertanya-tanya tentangnya lebih daripada perkara-perkara yang disebut banyak kali.

Contoh:
Setiap hari kita menemui “solat, zakat, solat, zakat” ketika membaca al-Quran membuatkan kita pun lali untuk mengambil tahu tentangnya. Suatu hari, tiba-tiba kita terjumpa “tabut”, dengan penuh minat kita akan tertanya-tanya, “Apa benda tabut ni?” Ada kemungkinan begitu caranya Allah mahu menarik perhatian kita.

Dajjal tidak disebut secara langsung dalam al-Quran walaupun satu ayat, tapi kita mengakuinya sebagai perkara yang penting. Cuma kisah Dajjal ada dinyatakan dalam beberapa hadis sedangkan kisah tabut tidak begitu. Tapi di sini kita mendapat satu gambaran, sekalipun sesuatu perkara itu tidak disebut banyak kali ataupun tidak disebut langsung dalam al-Quran, hal itu tidak bererti ia tidak penting kepada kita.



KEDUA:
Siapa ‘nabi mereka’ itu?

Al-Quran tidak menjelaskan identitinya. Ayat 246-248 surah al-Baqarah hanya menamakannya sebagai “nabi mereka” (ada hikmahnya penggunaan nama “nabi mereka” ini yang akan kita sentuh di bawah nanti). Menurut Bible pula, peribadi itu ialah Nabi Samuel.

KETIGA:
Siapakah Talut?

Surah al-Baqarah ayat 246-251 mengisahkan kaum Bani Israil menuntut kepada Nabi X agar mereka diberikan seorang raja. Kononnya jika diberi seorang raja, mereka akan bersemangat untuk pergi berjihad. Sebelum itu Bani Israil dipimpin oleh para hakim.

Nabi X berasa ragu. Seandainyalah Tuhan memberikan mereka seorang raja dan raja itu mengisytiharkan jihad, mahukah mereka pergi berjihad? Maklumlah, Nabi X sedia faham kelakuan kaum Bani Israil yang banyak meminta itu ini tetapi sering saja melakukan kesalahan.

Apa yang dibimbangkan oleh Nabi X menjadi kenyataan. Setelah Talut dipilih menjadi raja dan Tuhan datangkan perintah supaya berjihad, hanya segelintir saja orang-orang Bani Israil yang mahu.

Antara punca keengganan mereka ialah perlantikan Talut (Bible menamakannya Saul). Mereka memandang Talut seorang yang tidak bangsawan lagi tiada harta kekayaan. Jadi mereka tidak suka orang yang lebih rendah kedudukannya menjadi pemerintah mereka. Tetapi Nabi X mempertahankannya kerana perlantikan Talut itu adalah atas wahyu Tuhan, mana boleh diubah-ubah. Lagi pula, Talut memang terbukti sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi dan gagah.

Dan pulangnya tabut kepada Bani Israil setelah dirampas oleh orang-orang Palestin menjadi petanda keredhaan Tuhan kepada Talut.

Dalam Bible pada sifir Samuel 1 fasal 8, 9 dan 10 mengisahkan perihal yang lebih kurang sama dengan kisah daripada al-Quran. Cuma bahagian ‘kembalinya tabut sebagai petanda Saul sebagai raja yang diredhai Tuhan’ tidak saya temui.

KEEMPAT:
Apa itu ‘sakinah’?

Biasanya ia diterjemahkan sebagai ‘ketenteraman’. Maksudnya yang tepat hanya Allah yang tahu. Berikut adalah ayat-ayat al-Quran yang menyentuh ‘sakinah’.

“Dialah yang menurunkan SAKINAH ke dalam hati orang-orang mukmin supaya bertambah keimanan dan keyakinan mereka beserta keimanan dan keyakinan sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” 
(Al-Fath: 4)

“Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang beriman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad) di bawah naungan pohon (di Hudaibiah), maka ternyata apa yang sedia diketahuiNYa tentang yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan SAKINAH ke atas mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.” 
(Al-Fath: 18)

“(Ingatlah) ketika orang-orang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh dalam hati mereka- perasaan sombong angkuh secara jahiliah, lalu Allah menurunkan SAKINAH kepada RasulNya dan kepada orang-orang beriman,.......” 
(Al-Fath: 26)

Nampaknya ia seperti satu ‘ketenteraman yang menguatkan’ hati/ jiwa. Wallahualam.



KELIMA:
Apa maksud bahagian ini: “datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat...”?

Peti tabut dikatakan mengandungi ‘sakinah’, dan menurut pemahaman kita ‘sakinah’ bukanlah benda maujud. Kali ini Al-Quran tidak menceritakan apa-apa tentang dua loh batu berisi 10 Perjanjian yang diletakkan Nabi Musa ke dalam tabut.

Kemudian Al-Quran menyebutkan “sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun.” Apakah barang peninggalan mereka berada di dalam tabut?
Bahagian ini memang mengelirukan.

Jika maksud sebenar ayat ini ialah “datangnya peti tabut dan datangnya peninggalan keluarga Musa dan Harun”, bererti kedua-duanya terpisah dan barang peninggalan itu tidak berada di dalam tabut.

Tapi jika maksudnya ialah “datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah dan mengandungi peninggalan keluarga Musa dan Harun”, bererti barang-barang peninggalan itu berada di dalam tabut.

Yang mana satu?

Wallahualam.

KEENAM:


“Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.” 

Sebagaimana yang kita sedia maklum, ada ayat-ayat al-Quran yang mengisahkan perkara lalu tetapi pada masa yang sama ia juga memberi petanda kepada perkara-perkara akan datang. Cerita tabut ini juga dipercayai oleh sebahagian orang sebagai petanda untuk satu hal yang bakal berlaku selepas zaman Rasulullah saw iaitu kedatangan Al-Mahdi.

Secara peribadi saya melihat mungkin inilah antara hikmahnya Allah tidak meletakkan nama nabi Bani Israil itu (Samuel) tetapi menggunakan perkataan “nabi mereka”. Maksudnya tidak mustahil ayat ini ditujukan juga kepada umat Nabi Muhammad dan ‘nabi mereka’ itu merujuk kepada baginda sendiri. Jika diletakkan nama “Samuel”, maka nama itu menjadi khusus buat Nabi Samuel seorang saja. Tapi apabila diletakkan “nabi mereka”, gantinama ini masih boleh dipadankan dengan peribadi yang lain. Contohnya dipadankan dengan Nabi Muhammad saw.

Lihat maksud ayat yang asal:

“Dan NABI MEREKA berkata kepada MEREKA: “Sesungguhnya TANDA KERAJAAN ITU ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.” 

Kita andaikan “nabi mereka” itu ialah Nabi Muhammad dan “mereka” itu ialah kita. Disebut “mereka” kerana hal yang dimaksudkan tidak akan berlaku pada zaman baginda dan para sahabat tetapi pada zaman selepas mereka. Boleh jadi zaman kita!

Jadi Nabi Muhammad berpesan kepada generasi selepas zaman sahabat iaitu kita tentang KEDATANGAN SATU KERAJAAN. Pada ayat 248 ini, perkataan ‘Talut” tidak ada. Nama Talut disebut dalam ayat sebelumnya. Hal ini juga mungkin satu petunjuk kepada kita kerana Allah tidak mengkhaskan ‘kerajaan’ itu kerajaan siapa. Jika disebut secara jelas “kerajaan Talut”, bererti ia tidak boleh digunakan untuk menunjukkan kerajaan yang lain.

Sebagaimana yang kita maklumi, selain daripada pengetahuan, agenda utama Talut ialah memimpin angkatan perang. Dengan angkatan perang inilah dia membina sebuah kerajaan. Jika benarlah ayat ini mempunyai maksud berganda iaitu menceritakan kisah dulu dan kisah akan datang, maksudnya akan datang seorang yang seperti Talut memimpin angkatan perang lalu menubuhkan kerajaan.

Di sinilah kita lihat seakan ada kaitan dengan kedatangan Imam Mahdi dan kembalinya kekhalifahan Islam untuk kali kedua. Perkara ini (munculnya tabut) adalah SATU PETANDA bagi ORANG-ORANG BERIMAN. Apabila kita mendengar cerita tentang penemuan tabut, bererti Imam Mahdi sudah ada dan daulahnya akan dibentuk tidak lama lagi.

Wallahualam.



oleh : Ustaz Abu Zulfiqar

4 ulasan:

  1. terima kasih ustadz atas infonya

    BalasPadam
  2. Ustadz,
    mohon di tambahkan penjelasan yg lebih berhujjah tentang TABUT dari tafsir Imam Ibnu Katsir yang mengambil perrkataan para sahabat Nabi.

    BalasPadam
  3. Dari Ibnu Kathir: ibnu Jarir meriwayatkan dari Ibnu Abbas bhwa "Dan sisa dari peninggalan keluarga nabi musa dan nabi harun ialah tongkat dan serpihan papan Nabi Musa."

    BalasPadam
  4. Allah hu Akbar , Allah hu Akbar, Allah akbar, Tabut Allah swt, ketika perang dunia berakhir Jerman berlin (Nazi) dihancurkan, 12 kapal selam pembawa Tabut (Hitler) menuju eropa timur , eropa barat atau asia Indonesia ??...... Tabut gaib , mistis, spritula dari sebuah peti yang sudah di hancurkan oleh Hitler, berisan Warisan Musa Dan harun, didalam peti berisi pasir putih, tongkat nabi musa, 10 perintah perjanjian Tuhan ada point di hilangkan oleh kaum iluminati , ialah poin Ahmad (Nabi Muhamad SAW) nabi terakhir, pedang syaidina Ali, pada saatnya semua nanti di bawa ke Kabah oleh seorang garis keturunan Muhamad SAW, tidak bisa menjelas pertemuan Hitler dan garis keturunan Muhamad SAW dilengkapi Surban Muhamad (barang N Harun saw), tranformasi komunikasi mistis gaib sepiritual lebih mengenanya bahasa telepati Tabut di pindahkan raga keseseorang Garis keturunan Muhamad SAW,. Fungsi Tabut menurukan nabi Isa berserta tentara Malaikat Tuhan, satu Zionis Yahudas Yahudi tidek akan selamat, 1000 th akan ditunda kiamat dengan tidak ada kaum Zionis Yahudas Yahudi, Inssallah Allah Akbar !!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam