Rabu, 13 Jun 2012

Ayat al-Qur'aan dan Penyusunan Surah Dalam al-Qur'aan


Ayat al-Qur'aan dan Penyusunan Surah Dalam al-Qur'aan

Apabila kita singkap kitab sejarah mengenai penurunan al-Qur'aan atau penurunan wahyu kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw, maka kita akan melihat bila ayat al-Qur'aan itu diturunkan kepada Nabi Muhammad saw secara sedikit demi sedikit.

Apakah Dia Ayat Yang Pertama Diwahyukan Kepada Nabi Muhammad saw

Lalu persoalan yang agak penting untuk diutarakan dalam kitab ini ialah apakah dia ayat yang mula-mula sekali diturunkan dari semua wahyu yang diturunkan itu

Seperti yang kita semua maklumi, dan semua orang Islam pun patut tahu dan mesti tahu, bahawa ayat yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad saw ialah ayat yang terdapat dalam permulaan surah al-'Alaq dari ayat satu sampai ayat lima.


~ 1 ~اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Proclaim! (or read!) in the name of thy Lord and Cherisher, Who created-

~ 2 ~خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ
Created man, out of a (mere) clot of congealed blood:

~ 3 ~اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful,-

~ 4 ~الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
He Who taught (the use of) the pen,-

~ 5 ~عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Taught man that which he knew not.



Tafsirnya Melayu Sekira-kiranya bermaksud:

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,

4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam (Maksudnya: Allah mengajar manusia dengan perantaraan tulis baca)

5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya

Bagaiamana Dan Siapa Yang Menyusun Al-Qur'an?

Walaubagaimanapun, adakah kita pernah terfikir atau pernahkah kita terbaca mengenai bagaimana ayat-ayat di dalam kitab suci al-Qur'aan disusun.
Siapa yang menyusun ayat-ayat di dalam kitab suci al-Qur'aan tersebut dan kenapakah ayat yang mula-mula turun itu diletakkan di surah yang ke 96. Dan yang lebih ajaib lagi adakah kita pernah mengambil tahu atau terfikir atau terbaca apa ayat-ayat yang kedua diturunkan sesudah ayat-ayat di atas?

Nabi Muhammad saw Menyusun Al-Qur'an
Dalam satu riwayat yang penulis petik dari kitab Tafsir Al-Azhar karangan Hamka, Hamka menerangkan bahawa terdapat riwayat yang menyatakan bahawa ayat-ayat al-Qur'aan yang turun kepada Nabi Muhammd saw setelah Nabi Muhammad saw menerima wahyu pertama dan turun dari Gua Hira ialah ayat dalam surah al-Muzammil.
Peristiwa Setelah Gua Hira
Setelah Nabi Muhammad saw menerima wahyu pertama dan turun dari Gua Hira, baginda saw lalu balik ke rumah baginda saw dan berada dalam keadaan menggigil. Lalu setelah diselimuti oleh Isteri baginda Ummul Mu’minin Siti Khadijah al-Kubra r.a, baginda pun menceritakan pertemuan baginda dengan Jibril a.s kepada Ummul Mukminin Saidatuna Khadijah r.a. dan turunlah ayat al-Qur'aan al-Karim dari surah al-Muzammil kepada Baginda saw.

Maka atas dasar inilah sesetengah ulama berkata bahawa ayat yang kedua turun ialah ayat dari surah al-Muzammil.
Mengapa Ayat Yang Pertama Diturunkan Tidak Diletak Pada Permulaan Al-Qur'an
Lalu persoalan seterusnya yang penulis ingin ungkapkan kepada para pembaca sekalian, ialah unsur utama yang akan menjadi tujuan kenapa penulisan ini ditulis, iaitu:-

Mengapakah ayat yang pertama tidak disusun pada awal muka surat pertama dan ayat kedua ini tidak disusun dalam surah al-‘Alaq selepas ayat yang kelima dan mengapakah juga ayat-ayat lain tidak disusun menurut tarikh ayat itu diturunkan ?

Penyusunan Kitab Suci Al-Qur’aan al-Karim
Menurut kitab-kitab Tafsir yang pernah penulis baca, penyusunan ini disusun sendiri oleh Nabi Muhammad saw atas panduan Malaikat Jibril a.s. Setelah itu Nabi Muhammad saw pula telah memerintahkan sahabat-sahabat baginda menulisnya di dalam lembaran-lembaran kertas yang dibuat dari pelepah kurma dan kulit-kulit binatang dan menyusunnya sebagaimana yang diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s itu

Penyusunan Nabi Muhammad saw Dari Bilangan Surah, Bilangan Juzuk, Bilangan Ayat, Hingga Kepada Pembahagian Hizib Al-Qur'an.

Malah penyusunan kitab al-Qur'aan ini diriwayatkan bukan setakat yang mana awal dan yang mana akhir sahaja semata-mata. Tetapi penyusunan itu juga diriwayatkan berserta dengan di mana meletakkan tanda berhenti setiap ayat. Di mana meletakkan tanda Hizib atau ‘Ain, di mana meletakkan tanda satu surah dan di mana meletakkan tanda satu juzuk al-Qur'aan.

Penyusunan ini dibuat hinggalah sehingga penuh 30 juzuk. Manakala jika ada ayat-ayat yang turun setelah penyusunan ini, maka ayat-ayat tersebut akan ditunjukkan oleh Saidina Jibril sekali lagi kepada Nabi Muhammad saw di mana harus meletakkan ayat tersebut di dalam al-Qur'aan yang telah tersusun dan kemudian sekali lagi Nabi Muhammad saw akan memerintahkan penulis-penulis baginda memasukkan ayat yang baru itu kedalam surah dan ayat yang sudah tersusun itu.

Seperti mana yang diketahui oleh kita semua, bahawa ayat al-Qur'aan yang terakhir ialah ayat 3 dalam surah al-Ma’idah iaitu:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا

This day have I perfected your religion for you, completed My favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion.
Tafsirnya bermaksud:

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu

Ransangan Al-Qur'an Untuk Menyelidik

Dengan adanya penyusunan yang terlalu ajaib dan memberikan perasaan ingin tahu dan memberikan sifat menyelidik ini kepada setiap pembaca, maka tidakkah semua pembaca merasa berkeinginan untuk mengetahui dan ingin menyelidiki kenapa ayat-ayat tersebut disusun sebegitu ajaib sekali?

Sifat Pihak Yang Memerangi Allah

Bukankah dengan penyusunan begitu akan membuat sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab tampil kehadapan dan mengatakan bahawa penyusunan al-Qur'aan itu salah kerana tidak mengikut urutan penurunannya. Dan mungkin berbagai-bagai lagi pihak yang akan membuat tohmah kepada al-Qur`aan dengan adanya penyusunan ajaib ini. Penulis sebenarnya telah membaca kritikan-kritikan tersebut di dalam kitab-kitab tafsir dan juga di dalam internet. Mudah-mudahan kitab ini akan dapat menjawab semua persoalan yang dikemukakan.

Sifat Umat Islam Adalah Kurnia Allah
Bagi umat Islam yang telah percaya kepada ugama Allah swt ini, Al-Hamdulillah dengan rahmat yang Allah swt berikan, orang-orang Islam yang benar-benar beriman tidak mudah luntur kepercayaan mereka. Meskipun mereka tidak mengetahui apakah hikmat di sebalik penyusunan yang ajaib itu. Dan meskipun berbagai masalah dan percobaan yang telah menimpa mereka sehingga menjadikan iman Umat Islam di saat ini menipis seperti kulit bawang.

Itulah kurnia Allah swt kepada makhlukNya. Dan dengan kurnia Allah swt itu, penulis juga percaya bahawa Iman umat Islam akan kembali hebat dan gagah seperti dulu selepas berlakunya pembersihan pada kelemahan-kelemahan dalam diri mereka itu.


Kitab Suci Al-Qur’aan Al-Karim Ialah Kitab Ramalan Masa Depan?Apakah dia hikmat dan sebab kenapa ayat al-Qur'aan disusun istimewa sebegitu rupa?.

Sebabnya ialah untuk menjelaskan bahawa penyusunan-penyusunan yang ajaib itu adalah untuk menunjukkan kepada umat Islam bahawa al-Qur'aan itu bukan sahaja mempunyai berbagai mukzizat yang tidak terkira banyaknya, tetapi antaranya juga al-Qur'aan itu boleh memberitahu kepada umat manusia perkara-perkara yang akan berlaku esok dan selepasnya dan perkara-perkara yang berlaku kemarin dan sebelumnya.
Kuasa Allah swt Menjadikan Al-Qur'an Menghuraikan Semua Perkara
Ertinya kitab al-Qur'aan itu selain dari apa yang telah kita kenali dan maklumi sebelum ini, kitab al-Qur'aan itu juga boleh menjadi kitab yang menghuraikan setiap sesuatu, termasuklah juga mengenai ramalan yang akan terjadi pada masa akan datang dan ramalan harian.

Ramalan Al-Qur'an

Suatu ramalan yang pasti terjadi tidak mesti tidak. Suatu ramalan yang pasti terlaksana tepat pada masanya walaupun kita lari beribu batu jauhnya. Kerana ia merupakan qalam Tuhan yang tertulis dan Allah swt tidak akan memungkiri janjiNya.


Tarikh Hijrah, Tarikh Masihi Dan Ayat Al-Qur'aan


Sedar tak sedar kita sudah berada ditahun 1430 H.

Suatu kejutan yang amat dahsyat apabila kita melihat tarikh itu telah berlalu begitu pantas. Suatu perkara yang amat menakutkan bagi orang-orang yang tidak beriman apabila mengingatkan bahawa umurnya sudah tua ketika ini dan menyedari akhirnya dirinya akan menuju kematian juga.

Non Muslim Mengatasi Ketakutan Pada Mati

Namun untuk mengatasi rasa takut kepada kematian itu, umat yang tidak beriman di hati mereka akan sibuk mencari jalan penyelesaiannya dari arah yang tidak tepat dan tidak betul. Oleh itu mereka semakin sesat dan semakin jauh dari Allah swt.

Lalu apabila kematian tiba, mereka akan mati dalam kesesatan. Lalu jika Allah swt kehendaki Allah swt akan menyiksa mereka dan jika Allah swt kehendaki Allah swt akan mengampunkan mereka.
Persediaan Umat Islam Menghadapi Mati

Bagi orang-orang yang beriman pula, mereka akan kembali kepada Allah swt. Dengan kembalinya mereka kepada Allah swt itu, maka apabila mereka menemui kematian mereka semasa kembali kepada Allah swt itu, maka selamatlah mereka daripada Azab Allah swt di akhirat dengan izin dan rahmat Allah swt .

Perbezaan Tarikh Dan Taqwim Pada Empat Musim Dan Namanya

Apabila kita perhatikan tarikh-tarikh atau Taqwim-Taqwim hijrah berserta namanya dan apabila kita perhatikan Taqwim Masihi serta penyusunannya, maka mungkin di antara kita ada yang pernah terfikir dan tertanya-tanya mengapa tarikh-tarikh di dalam Taqwim hijrah itu tidak sama dengan namanya semasa tarikh itu berlaku.

Umpamanya tarikh Jamadilawal dan Jamadilakhir berlaku semasa musim panas, sedangkan erti Jamadilawal itu bererti musim sejuk yang pertama.

Kemudian mungkin kita akan terfikir bahawa perkara ini mungkin disebabkan oleh nama bulan ini bukan dinamakan oleh Nabi Muhammad saw. Namun bagaimana pula nama Ramadhan yang bererti sangat panas. Ianya disebutkan dalam kitab al-Qur`aan.

Kadang-kadang bulan Ramadhan terjadi pada musim sejuk. Perubahan-perubahan ini akan berlaku pada setiap 32 lebih tahun mengikut kiraan pusingan bulan dan kiraan pusingan bumi mengelilingi matahari.

Oleh itu tidakkah anda pernah terfikir kemungkinan penamaan bulan-bulan dalam Islam itu salah dan sebagainya. Lalu jika ia salah kenapa pula bulan Ramadhan itu dinamakan oleh Allah swt dalam ayat al-Qur'aan.

Penamaan Nama Bulan Dalam Al-Qur'an Tepat

Penamaan itu tentulah penamaan yang tepat kerana Al-Qur'aan itu sebagaimana yang diyakini oleh semua umat islam adalah perkataan-perkataan yang tiada kesalahannya.

Allah swt juga tidak pernah menjadikan segala sesuatu itu tanpa ada hikmah dan tujuan disebaliknya. Jadi tentulah perbezaan antara bulan Ramadhan semasa terjadinya musim sejuk itu mempunyai hikmah dan keajaiban yang tersendiri.


Dalam Surah aal-Imran ayat 190 dan 191 Allah swt berfirman:


~ 190 ~
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ

Behold! in the creation of the heavens and the earth, and the alternation of night and day,- there are indeed Signs for men of understanding,-

~ 191 ~
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Men who celebrate the praises of Allah, standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of) creation in the heavens and the earth, (With the thought): "Our Lord! not for naught Hast Thou created (all) this! Glory to Thee! Give us salvation from the penalty of the Fire.
Maksud Dalam Bahasa Melayu:

190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka
.


Sebahagian kita pula akan menjawab seperti berikut ini:-


Apabila musim panas terjadi di bahagian utara bumi, maka musim sejuk akan terjadi di bahagian selatan. Oleh itu apabila bulan Ramadhan itu jatuh pada musim sejuk di bahagian utara bumi, maka ia akan menjadi musim panas pula di bahagian selatan. Oleh itu walau bila-bila pun waktunya musim panas akan berlaku sepanjang masa mengikut peredaran matahari di mana ia berada.

Pendapat Penulis

Penulis berpendapat jawapan di atas adalah betul.

Tetapi bagaimanapula jika bulan Jamadilawal terjadi antara bulan Mac hingga bulan Jun dan antara bulan September hingga bulan November.
Iaitu apabila terjadinya musim bunga dan musim luruh bagi penduduk utara dan penduduk selatan bumi.

Kerana matahari pada ketika ini akan lebih hampir kepada penduduk bahagian tropika. Dan di kawasan tropika pula tiada empat musim. Yang ada hanya musim hujan dan musim panas sahaja.

Dan bagaimanapula negara-negara tropika yang mempunyai musim hujan yang banyak. Walaupun matahari tegak di atas kepala mereka dan sepatutnya ketika itu musim panas akan terjadi dan hujan akan kurang, tetapi hujan tetap banyak disebabkan kebanyakan kawasannya yang dipenuhi hutan pokok bakau yang dipenuhi air.
Oleh itu apakah dia rahsianya?

Sebenarnya rahsia perkara-perkara tersebut hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahuinya. Samada rahsia tersebut wujud atau tidak, ianya tidak diragukan lagi bahawa rahsia itu ada. Bahkan rahsia tersebut tidak akan habis walaupun ia telah begitu banyak digali.

Antara rahsia-rahsia al-Qur'aan yang penulis ingin kemukakan kenapa terjadinya keajiaban penyusunan al-Qur'aan berbeza dari tarikh turunnya dan kenapa nama bulan-bulan dalam Islam itu dinamakan dengan nama musim yang kenyataannya berubah-rubah ialah:-
Keistimewaan Masa Tertentu

Untuk menyatakan keistemewaan nama bulan yang terjadi tepat masanya dinamakan itu lebih daripada nama bulan yang tidak terjadi tepat pada masanya dinamakan.

Contohnya bulan Ramadhan yang terjadi pada musim panasdikawasan utara bumi iaitu antara bulan Julai hingga bulan penghujung September adalah lebih baik dari pada bulan-bulan yang lain pada penduduk utara bumi.


Musim Panas Siang Ramadhan Lebih Lama

Kerana bulan Ramadhan yang terjadi pada musim panas itu akan menjadikan hari siang lebih lama berbanding malam. Oleh itu ibadat puasa yang dibuat akan menjadi lebih panjang. Begitu juga apabila Bulan Ramadhan di musim panas yang berlaku di bahagian selatan bumi.
Ibadat Semasa Berpuasa Lebih banyak

Kerana waktu siang lebih panjang dari biasa, maka banyaklah hal-hal yang berkebajikan dapat dilaksanakan dengan penuh keberkatan dan pahala yang jauh lebih besar. Berbanding daripada jika ia berlaku pada musim sejuk. Kerana jika musim panas yang panjang itu berlaku pada bukan bulan Ramadhan, maka siang yang panjang itu akan diisikan dengan perkara-perkara yang kurang berfaedah dan sebagainya. Jadi semakin panjang siang hari di bulan Ramadhan adalah semakin baik.

Waktu siang juga akan menjadi lebih panas dari biasa. Dengan adanya ujian kepanasan ini, hamba-hamba yang sabar dan tahan uji akan mendapat pahala yang lebih berlipat ganda. Kerana dalam bulan Ramadhan pahala pahala sunat akan mendapat pahala seperti pahala wajib, manakala pahala wajib pula akan digandakan sehingga menjadi 70 kali ganda.
Mati Syahid Di Bulan Ramadhan

Oleh itu bayangkanlah jika waktu terjadinya bulan Ramadhan itu terjadi di musim panas yang panasnya luar biasa sehingga boleh membunuh jiwa manusia. Bahkan dengan waktu siang hari yang menjadi lebih panjang dari biasa. Bukankah kematian yang dialami oleh orang yang berpuasa itu akan menjadikan seseorang itu mendapat mati syahid dan bukankah dengan wujudnya kepayahan itu, pahala yang diterima oleh orang yang berpuasa waktu itu lebih berlipat ganda dari biasa.
Penduduk Tropika


Bagi penduduk kawasan tropika, samada musim panas atau tidak, bulan-bulan tersebut akan sentiasa menjadi panas jika tidak ada hujan dan jika hujan turun maka cuaca akan menjadi sejuk sedikit. Negara-negara yang menerima hujan yang melimpah-limpah ini hanya sebilangan kecil sahaja dan negara-negara yang masih mengalami cuaca panas adalah lebih banyak. Oleh itu erti nama Ramadhan tidak akan hilang walaupun waktunya itu terjadi berubah-rubah di antara bulan-bulan Masihi.
Masing-Masing Umat Islam Dapat Bahagian

Bukankah ini juga memberikan contoh keadilan Allah swt kepada umat manusia, agar umat Islam itu walau di mana ia berada, kecuali jika ia berada di Mekah dan di Mekkah, mereka akan mendapat peluang ganjaran pahala besar yang sama rata mengikut waktu dan tempoh masing-masing.

Hikmah Al-Qur'an


Walaubagaimanapun bukan ini tujuan terpenting penulis menulis perbezaan waktu-waktu terjadi bulan Ramadhan ini. Tujuan penulis yang terpenting ialah untuk menerangkan kaitan hikmah di sebalik perbezaan nama bulan dalam Islam dan juga penyusunan al-Qur'aan.


Ganjaran Pahala Di Mekah Dan Madinah

Seperti yang penulis telah selitkan sebelum ini, dalam kesamarataan peluang penduduk bumi untuk mendapat pahala menurut tempoh musim masing-masing, kecuali penduduk Mekah dan Mekkah. Di Mekah al-Mukarramah, setiap pahala akan digandakan sehingga menjadi 100,000 kali ganda dan di Madinah al-Munawwarah pula, pahala akan berlipat menjadi 1000 kali ganda. Oleh itu cuba bayangkan jika amalan ibadat dibuat di bulan Ramadhan. Jika di negara lain ibadat akan digandakan 70 kali ganda maka di Madinah amalan akan di gandakan 70,000 kali ganda, manakala di Mekah pula amalan akan digandakan menjadi 7 juta kali ganda.

Maka bayangkan pula jika waktu siang menjadi lebih panjang dan lebih panas pada waktu bulan Ramadhan ini dan semasa itu kita berada di Mekkah atau Madinah. Maka berapa banyakkah pahala yang dapat kita kaut.
Mencari Keredhaan Allah

Bukankah pahala orang yang melakukan umrah pada waktu itu akan mendapat pahala yang tidak terkira lagi banyaknya. Dan bayangkanlah bertapa gembiranya Allah swt serta Malaikatnya dan umat-umat Islam yang arif dan telah mengetahui mengenai hakikat ini. Bukankah waktu ini mereka akan merasa lebih bahagia dan gembira dari waktu-waktu yang lain.

Pusingan Waktu

Dan adalah perlu diingat bahawa bulan-bulan Ramadhan di Mekah al-Mukarramah dan juga Madinah al-Munawwarah yang bertepatan waktunya terjadi pada waktu musim panas itu tidak banyak terjadi. Ianya hanya terjadi dalam beberapa tahun sahaja pada waktu pusingan selama 32 tahun.

Oleh itu bukankah penamaan bulan Ramadhan ini memberikan suatu makna yang istimewa. Dan tentunya dengan keistemewaan musim panas di bulan Ramadhan yang bertepatan terjadinya bagi penduduk Mekah dan Mekkah al-Mukarramah akan memberikan sedikit keajaiban yang lain lagi.


Lalu apa pula hubungannya dengan ayat al-Qur'aan?

Seperti bulan-bulan dalam Taqwim Hijriah dan Taqwim Masihi yang mempunyai bilangan sebagai tanda untuk memperingati tarikh dan sebagainya, di dalam ayat suci al-Qur'aan juga kita akan menjumpai bilangan-bilangan tersebut. Nombor atau bilangan dalam al-Qur'aan ini, menunjukkan tempat di mana surah dan juga juzuk al-Qur'aan itu berada.

Namun sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, bahawa penyusunan ayat al-Qur'aan yang begitu istimewa dan menawarkan penyelidikan itu telah membangkitkan keinginan penulis untuk menyelidiki hubungan di antara nombor-nombor yang terdapat di dalam al-Qur'aan dan juga Taqwim Hijriah dan Taqwim Masihi.
Penemuan Alamat 911 Dan Taupan Katrina

Bermula dari tarikh 11 September 2001, iaitu tarikh keruntuhan dua bangunan kembar pencakar langit di New York. Seterusnya kejadian Tsunami pada hujung tahun 2004, Taupan Katrina, pada tahun 2005 dan sebagainya, dan setelah menelitinya beberapa tahun ini, maka penulis percaya dan amat pasti bahawa bilangan-bilangan di dalam al-Qur'aan dan juga kiraan Taqwim Hijriah serta Masihi itu mempunyai hubungan.

Penemuan penulis pada hubungan ayat al-Qur'aan dan Taqwim ini bukan sahaja pada perkara-perkara yang besar tetapi, ianya juga berlaku pada kehidupan sehari-hari penulis sendiri dan semua kehidupan manusia di dunia ini.

Semuanya Ada Dalam Al-Qur'an


Bahkan penulis mendapati bahawa segala yang akan berlaku atau kita lakukan dan segala yang telah berlaku atau telah kita lakukan samada perbuatan baik mahupun dosa semuanya ditulis di dalam al-Qur'aan.

Kaedah Pencarian Penulis

Walaubagaimanapun, penulis ingin mengingatkan pembaca terlebih dulu, bahawa semua perkara tersebut hanya tertulis dalam bentuk kiasan dan jika diamat-amati betul-betul, maka barulah kita akan fahami ertinya.

Dan penulis ingin mengingatkan juga kepada pembaca semua bahawa, urutan-urutan ramalan dan catitan perkara-perkara yang telah berlaku tersebut bukanlah tercatit secara berurutan, tetapi ianya tertulis berserakan di beberapa tempat. Ada yang jelas dan ada yang tersembunyi dan banyak pula ayat-ayat yang masih penulis belum ketahui ertinya. Bahkan banyak pula lagi peristiwa yang berlaku di dunia ini yang tidak dapat penulis ketahui di mana penulisannya dalam al-Qur'aan. Namun penulis tetap yakin bahawa semua perkara yang terjadi di dalam dunia ini adalah terkandung dalam penulisan al-Qur'aan itu.

Firman Allah swt dalam surah al-Kahfi ayat 49:

Kira-Kira Bermaksud:

49. Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun." 

Walaupun ayat di atas menunjukkan peristiwa yang akan terjadi pada Hari Kiamat, namun seperti mana yang penulis jelaskan, bahawa ayat-ayat al-Qur'aan yang mempunyai khazanah yang tidak akan tandus walaupun digali sedalam-dalamnya itu juga membolehkan bahawa erti kitab yang akan diletakkan oleh Allah swt di hadapan orang-orang yang bersalah itu ialah al-Qur'aan itu sendiri.

Ketakutan Orang Kafir Terhadap Al-Qur'an


Orang-orang Kafir akan takut melihat ayat al-Qur'aan yang telah menyatakan kepada umat Islam mengenai perkara-perkara apa yang telah orang-orang kafir itu lakukan maupun yang akan orang-orang kafir itu lakukan.

Buktinya ialah ayat yang dituliskan sebelum ayat di atas juga menunjukkan bahawa peristiwa itu berlaku sebelum manusia dijadikan. Dan bukankah al-Qur`aan juga telah ditulis oleh Allah swt dari sejak zaman sebelum manusia diciptakan.


Firman Allah swt dalam surah al-Kahfi ayat 48:

Kira-kira bermaksud:

48. Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhanmu dengan berbaris. Sesungguhnya kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami menciptakan kamu pada kali yang pertama; bahkan kamu mengatakan bahwa Kami sekali-kali tidak akan menetapkan bagi kamu waktu (memenuhi) perjanjian.

Lalu mari kita lihat Firman Allah swt dalam surah Mutaffifin ini:

Kira-kira maksudnya:

Sekali-kali jangan curang, karena sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam sijjin
Tahukah kamu apakah sijjin itu?

(Ialah) kitab yang bertulis.


Dalam Ayat 18 Hingga 21 Pula Dalam Surah Yang Sama:

18. Sekali-kali tidak, sesungguhnya kitab orang-orang yang berbakti itu (tersimpan) dalam 'Illiyyin.

19. Tahukah kamu apakah 'Illiyyin itu?

20. (Yaitu) kitab yang bertulis,

21. Yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang didekatkan (kepada Allah).

Firman Allah swt dalam surah al-Waqi’ah ayat 75 hingga ayat 81:

Kira-kira bermaksud:

75. Maka Aku bersumpah dengan masa turunnya bagian-bagian Al-Qur'aan.

76. Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui.

77. Sesungguhnya Al-Qur'aan ini adalah bacaan yang sangat mulia,

78. Pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh),

79. Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.

80. Diturunkan dari Rabbil 'alamiin.

81. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Qur'aan ini?

Dalam Ayat 75 Surah al-Waqiah di atas menjelaskan kepada kita bahawa Allah swt telah bersumpah dengan masa turunnya bahagian-bahagian Al Qur'aan.

Dalam Tafsir yang lain, penulis mendapati bahawa erti ayat di atas ialah tempat peredaran bintang-bintang.

Cantuman kedua-dua tafsir di atas menunjukkan makna bahawa tarikh peredaran masa bintang-bintang itu adalah sama seperti masa-masa bila peristiwa yang disebutkan di dalam al-Qur'aan itu ditaqdirkan akan berlaku.


Dan jika tidak tahu, adalah berdosa hukumnya jika ia tidak mahu belajar mengenai perkara ini, kerana belajar mengenai agama itu adalah wajib ke atas Umat Islam seluruhnya.


sumber: Rahsia2 besar dalam Al Quran

2 ulasan:

  1. Saya TINTIN RAHMAYANTI Saya ingin menyaksikan karya baik ALLAH dalam hidup saya untuk orang-orang saya yang tinggal di sini di Indonesia, Asia dan di beberapa negara di seluruh dunia.
     Saya saat ini tinggal di sini di Indonesia. Saya seorang wanita bisnis dengan tiga anak dan saya terjebak dalam situasi keuangan pada bulan DESEMBER 2017 dan saya harus membiayai kembali dan membayar tagihan saya,
    Saya adalah korban penipuan kredit 4-kredit, saya kehilangan banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang yang berhutang, saya dibebaskan dan saya bertemu dengan seorang teman, yang saya jelaskan situasi saya dan kemudian memperkenalkan saya kepada perusahaan pinjaman ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM andal.
    Untuk orang-orang yang mencari pinjaman? Jadi Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman di internet penipuan di sini, tetapi mereka masih sangat nyata di perusahaan pinjaman palsu.
     Saya mendapatkan pinjaman dari ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM sebesar Rp800.000.000 dengan sangat mudah dalam waktu 24 jam yang saya lamar, jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan baik ALLAH melalui ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya menyarankan jika Anda membutuhkan pinjaman, silakan hubungi ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM. hubungi mereka melalui email:. (alexanderrobertloan@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (tinrahma222@gmail.com) jika Anda merasa kesulitan atau ingin prosedur untuk mendapatkan pinjaman.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas usaha yg baik berhubung al Quran.
    Saya cuma minta agar peulis merujuk kembali kitab kitab Ulum al Quran agar fakta yang diberikan sesuai dan tepat dengan pandangan majoriti para ulama Tafsir terutama berhubung dengan ayat terakhir yang diturunkan oleh Allah Taala. Mohon penulis rujuk semula fakta tepat berhubung ayat terakhir diturunkan.
    T.kasih.

    BalasPadam

Groundbreaking theory SUSUK DAJJAL adalah CAIN "THE AVENGED SEVENFOLD"

S alah satu Enigma didunia ini adalah mengenai siapa susuk Sang Dajjal. Padahal, petunjuknya ada dihadapan kita selama ini... All hiding in ...