IklanPercuma | Iklan Percuma Portal

Semua makhluk Allah bertasbih


Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatinya.
Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
Semut dan katak juga berzikir kepada Allah. Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya:Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih.
Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) said : “Its croaking is Tasbeeh. Narrated by An-Nas’ai. (suara katak itu tasbih, memuji Allah, Riwayat An-Nasai). Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar “Janganlah kamu membunuh katak kerana bunyi menguaknya adalah tasbih”. Manakala hadis daripada Anas bin Malik pula “Kamu jangan membunuh katak kerana ia pernah melalui (melintasi) di atas api Ibrahim serta membawa air di dalam mulutnya dan menyemburkannya ke atas api”.
Dalam hadis disebut binatang yang tidak bertasbih memuji Allah akan menjadi buruan manusia, manakala pokok yang tidak bertasbih akan menjadi kering.
akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka.” . Hanya Nabi Sulaiman yang diberikan ilmu untuk memahami bahasa binatang.
An-Naml [16] Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata:Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata.
Malah anjing juga beriman kepada Allah dan menjadi pembela sahabat Nabi. Anjing juga digunakan oleh Allah untuk menasihati seorang wali. 
Kiamat tidak akan berlaku selagi ada orang zikir, tasbih dan sebut nama Allah. Tidak berlaku kiamat sebelum Allah tamatkan perkhidmatan orang Islam. Allah buat dunia ini bulat supaya setiap masa (24 jam) ada sahaja orang beribadat dan mengingatinya. Sebab itulah waktu solat,puasa dan raya tidak sama di semua tempat. Dunia tidak boleh kosong dari hubungan dengan Allah. Kita (umat Islam) ini penawar kepada dunia. Selama mana kita patuh pada Allah, selama itulah dunia bertahan. Bila dekat kiamat, Allah matikan semua orang Islam, cabut Al-Quran dari hati orang Islam.
“Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan “Allah, Allah.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)


Sumber :  http://nasbunnuraini.wordpress.com

5 ulasan:

  1. Semasa saya kecil, ustaz selalu mengingatkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan sentiasa berstasbih kepada Allah swh. Dia kata cuma kita tidak tahu akan cara mereka bertasbih. Kemudian pada masa sekarang sering kala saya membaca surah-surah di Juz 27 & 28, ianya akan menyebut apa yang berada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah swh. Saya sering mencari jawapannya. Baru-baru ini saya teringat kepada keterangan yang diberi oleh ahli Fizik Michio Kaku dari Amerika Syarikat tentang "String Theory". Theory itu sekarang sudah dirumuskan sebagai M Theory. Dia berkata bahawa setiap Proton di dalam setiap atom mengandungi tali-tali atau selaput-selaput yang sentiasa bergetar. Ianya tidak ubah seperti petikan talian guitar. Cara mereka bergetar akan menentukan ciri-ciri setiap objek atau jenis struktur bahan yang kita lihat. Mahasuci Allah, selepas saya sedar mereka sebenarnya memuji Allah swh. Jadi kalau sebelum ini saya anggap hanya haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang memuji Allah swh, tapi sekarang saya tahu bahawa setiap benda melakukan perkara yang sama. Mengalir air mata saya memikirkan kebesaran Allah swh yang tiada tolok bandingnya. Bayang jika setiap selaput kalau nak dibandingkan dengan proton, ibarat saiz sehelai daun rumput dengan saiz bumi. Subhanallah. Semoga hal ini membantu saudara-saudara supaya sentiasa mengingati Allah walaupun hanya menghirup udara kerana kita tahu setiap atom-atom dalam udara itu mengandungi selaput-selaput yang tidak terikira banyaknya yang sentiasa memuji Allah swh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat benar saudara naza...ssungguhnya kuasa Allah SWT meliputi segalanya. terima kasih sudi mengunjung ke blog sy yg tak seberapa ini. :)

      Padam
    2. Kuliah pagi ini di dTV3.. MashaAllah

      Padam
  2. Sy sgt berpuas hati dgn artikel dan ulasan dlm ruangan ini -Dr.Khairul Nizam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan kerana berkunjung...ilmu bermanafaat dan dikongsi utk difikir2kan bersama2.. :)

      Padam