Isnin, 29 Julai 2013

Jika masa itu RUNTUH 2

Jika masa itu RUNTUH 2


Andai kata;
zaman kuno yang beribu-ribu atau juta-juta tahun dulu sebenarnya adalah masa depan
beratus-ratus atau beribu-ribu tahun dari sekarang.

Andai kata,
ATLANTIS atau LEMURIA yang di katakan kota dewa itu sebenarnya 
sebuah bandar canggih di masa depan, tapi di temui oleh pengembara dari zaman dahulu?!
Kemudian, ia menjadi inspirasi kepada zaman kita untuk membina 
sesuatu seperti itu. Bila ketamadunan manusia mulai pupus, ia kembali ke
zaman dahulu kala dan berputar tanpa had.

INILAH TORUS MASA.
suatu yang infiniti, tiada kesudahan tetapi sentiasa berkembang.
Mesti anda pening dan penat untuk memikirkan logikal dari kisah ini, bukan?

Ketahuilah, saintis kita sedang menkaji dan memahami teori masa dan 
dalam QURAN di sebut tentang MASA itu suatu KERUGIAN. Jika di tafsirkan, 
ianya suatu yang berbentuk ilusi dan sangkaan. 
Kemudian, ia di sambung dengan 
KECUALI ORANG YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN KESABARAN.

Jika masa itu suatu sangkaan manusia yang berfungsi sebagai bahan ukur, 
maka apa KEBENARAN di sebalik masa? Masa berfungsi bila ada pergerakkan 
cahaya. Jika tanpa cahaya, andai kita terkurung dalam bilik gelap atau penjara,
 kita tak akan merasai MASA itu. Bahkan, kita akan tertanya-tanya, hari ini hari apa,
 sekarang sudah pukul berapa, tarikh hari ini apa dan sebagainya.

Itu menunjukkankan MANUSIA DALAM ILUSI (sangkaan mindanya sendiri). 
Dalam sangkaan yang berpunca dari kepercayaan yang di pandu oleh getusan rasa hati.
 Manusia sentiasa mahu mengukur sesuatu. Begitu juga dengan masa.
 Dek kerana itulah, semakin modern, semakin ke masa depan, 
semakin pantas kita rasa masa itu berjalan.





Kenapa hal itu terjadi?
Ini kerana kita selalu pandang masa itu suatu LINEAR, suatu yg lurus.

Akan tetapi, dalam masa yang sama, kita selalu kata 'sejarah mgkn berulang'.
 Sebenarnya masa tu suatu putaran yg random. Suatu LOOP yang
 bersambung tetapi bukan juga bulatan yang sehala. Bahkan,
 ianya seperti sebuah piring yang luas, titis air di piring itu boleh bergerak ke
 mana-mana penjuru piring masa itu.

saintis kata, kita ini multi layer dimensi,
Andai kata kita di bumi lahir, kita di alam A, B, C pun turut lahir, sejajar dgn 
pertumbuhbesaran kita, walaupun A, B dan C tu berada di masa, tempat yg berbeza
 sebab tu ada org alami dejavu, terasa pernah pergi suatu tmpt walaupun tak penah pergi.
 secara teorinya, kita di A pernah lalui masa tu, kita di B, baru saja lalui tempat tu. 
sedangkan A dan B adalah suatu kesedaran yg sama tp berlainan diri.

Asbab itu la ada org rasa dia pernah idup zaman dulu..
sebenarnya, dia tak idup pun di zaman dulu, dia tetap dia di zaman ni. tapi, 
dia di dimensi masa yg berbeza yang hidup di zaman dulu, memberi kesedaran-pengalaman-ilmu 
pada kita di zaman ini dan vice versa.

Anda kata kita mencipta mesin masa, kita kata nak kembali ke zaman dulu, 
sebenarnya kita kembali ke masa depan (back to future). Pening kan teori ni? Ibaratkan 
saja MASA itu seperti AIR.
Ia mengalir dari punca, kemudian kepada sungai, dan terus ke laut. Kemudian,
 ia naik ke langit dan menjadi titisan hujan (individual) dan meresap dalam tanah dan kembali jadi punca.


Ini la zaman dulu buat simbol 'naga/serpent' gigit ekor sendiri. TORUS, sentiasa repeat, infinity.
apapun, ni teori saje. ia masih lagi suatu perspective. tak de yg absolute dlm sangkaan tntg masa.

Ramai yang berkata, MELAYU itu akan jadi suatu bangsa yang hebat...
 Maka buktikanlah wahai pendeta.
Pada zaman dahulu, di katakan bahawa suatu kaum di sebut MIM itu menjadi 
'cradle of civiliation'. Andai benarlah teori ini, jika bangsa ini mulai bangkit dan memahami
 teori masa dan asas kewujudan, maka, inspirasi 'cradle of civilization' itu akan mereka miliki.

Dari situ, masa depan tanah ini menjadi suatu kota yang hebat dan takkala itulah 
'masa silam' itu sebenarnya adalah 'masa depan'. Kita berulang alik dari masa ke masa yang lain. 
Kita mengajar tamadun sana sini dengan kefahaman dari masa depan. Apakah perkara ini tidak mungkin berlaku?

Ketahuilah, tiap apa yang di fikirkan oleh manusia itu adalah wujud. Cumanya, antara ianya
 di realitikan atau tidak. Sesuatu konsep design atau penciptaan itu bermula dari IDEA,
 kemudian kepada KONSEP dan seterusnya PENCIPTAAN.

Tapi, beranikah kaum di tanah malayu ini mengambil cabaran ini? Atau mahu 
tunggu di pupuskan saja.
 Ada dua pilihan... Tidak melayu hilang di dunia atau pupus di dunia. Pilihan di tangan kita 


Berikut pula adalah nota yang saya ambil dari sebuah Fb,
 "Bumi adalah terapung ditempatnya.


+ Lihatlah pada gambar bahawa ia terapung seolah2 seperti ombak dilaut.
Kaabah tetap pada tempat sebagai pusat di mana,
"Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia" Al Maidah 97.
Bulan dan matahari pula mengelilingi bumi juga secara terapung sebagaimana,

"matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; 
kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing" Yaasin 40.

Keadaan ini juga yang menyebabkan berlakunya Perige dan Apogee pada jarak matahari 
dan bulan yang mengelilingi bumi kerana masing2 mempunyai medan kuasa. 
Pergerakan matahari dan bulan mengorbit bumi pula ditunjukkan sebagaimana,

"Dia juga menjadikan malam melingkari siang dan menjadikan siang melingkari malam" Az Zumar 5

Perbuatan melingkari ini pula boleh diterjemahkan seperti melilit serban ke kepala.
Setiap kali serban dililitkan dua daya tekanan akan bertembung iaitu daya tekanan dari tangan 
dan daya tekanan dari kepala. Titik pertembungan itu berlaku ditempat lilitan sedang dibuat. 
Kepala akan bergerak ke arah tekanan kerana tiada orang yang melilit serban tanpa
 kepala tidak bergerak.
 Begitulah juga perumpamaan pada bumi yang terapung dimana kaabah itulah
 pusatnya juga pusat kepada 
semua perkara di bawah arsy. ~Allah Pemberi Cahaya Langit dan Bumi~"



Ketahuilah kita bahawa semua perkara ini BERULANGAN.

Jika anda mengkaji tentang GOLDEN RATIO, FIBO, FRACTAL dan sebagainya, 
ianya semua berulangan. Dari kecil ke besar, dari dalam ke luar, dari ghaib ke nyata...
Suatu infiniti yang tiada had. Tapi, apakah kita mampu menafsir di sebalik perkara-perkara 
tu untuk di terjemahkan ke dalam ketamadunan dan kesempurnaan diri?


Wallahualam


sumber : www.nusanaga.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Groundbreaking theory SUSUK DAJJAL adalah CAIN "THE AVENGED SEVENFOLD"

S alah satu Enigma didunia ini adalah mengenai siapa susuk Sang Dajjal. Padahal, petunjuknya ada dihadapan kita selama ini... All hiding in ...