Bolehkah kita menyatakan di mana letaknya ruang yang kosong di alam semesta ini? Benar2 wujud ke ruang kosong ini? Saya percaya, ramai di antara kita masih dok menjawab dengan spontan. Ruang kosong? Ala... pergi jer la keluar 50 batu daripada atmosfera bumi ni... angkasa lepas tu ruang kosong la. Kan ruang kat angkasa lepas tu kosong.... vakum! Apa la punya soklan? Tak pun pergi jer makmal, carik bekas yang kedap udara atau “air-tight container”.... pastu pam semua udara dan gas keluar sampai jadik ruang vakum... ruang kosong la tu. Adakah benar ruang vakum itu bererti ruang yang kosong? Maka, bagi kita yang masih menyangka istilah ruang vakum merujuk kepada ruang yang kosong... elok la membaca nukilan kecil ini. Kalau yang dah tau tu... tak yah la baca...
......
......
.......
Haishhhh... ok la... kalau dah tau tapi masih nak baca... boleh la baca jugak.... :D
Tahukah kita... ruang vakum semulajadi i.e. angkasa lepas atau mana2 ruang vakum tiruan yang dihasilkan di dalam makmal sebenarnya tidak kosong. Ada sesuatu yang sentiasa mengisinya. Dengan kata lain, there is no such thing as emptiness. Ceh... sori cakap omputih sikit. Ada sesuatu yang kita tidak boleh suka2 nak pam keluar... Betulkah begini? Apa yang sentiasa dok mengisi ruang vakum? Sebenarnya ada banyak.... contoh mudah... cahaya boleh “travel” atau bergerak melalui vakum... frekuensi radio dan lain2 lagi seumpamanya... boleh mengisi ruang vakum... dan kita masih panggil ruang itu vakum jugak hanya semata2 kita merasakan ruang itu kosong dan bebas daripada molekul2 dan atom2 jirim dan jisim. Boleh fahamkah setakat ini?
Sekarang cuba bayangkan wujud satu keadaan di mana sesuatu ruang itu benar2 kosong atau istilah omputihnya “true vacuum”.... maka persoalan yang timbul... adakah keadaan begini masih boleh dipanggil ruang? Apa sebenarnya ruang ini? Cuba pikir betul2.... apa mender ruang ni yang sebenarnya? Kalau dah ia benar2 kosong... satu habuk jirim dan jisim pun takder... cahaya ke.. frekuensi radio ke.. hapa ke... semuanya takder... apa yang memberinya ukuran panjang, lebar dan tinggi bagi membentuk apa yang kita biasa panggil sebagai ruang?
Okay... okay... cukup dulu tentang ruang jenis ni... Sekarang... meh kita dok pertimbangkan beberapa soklan lain pulak.
Apakah yang kita faham tentang “Fikiran” dan “Emosi” ??? Kedua-duanya memang wujud. Ye ke? Kalau kedua-duanya wujud... boleh ke ianya mengisi ruang atau tidak? Atau... adakah kedua-duanya ini tidak memerlukan ruang untuk wujud? Abis tu... kalau kedua-duanya tak perlukan ruang untuk wujud... depa dok wujud kat mana plak? Sori... cakap Kedah la pulak. Haaaa... bolehkah kita menjawabnya..??? Depa dok kat mana?
Orait... sekarang try pikir macam ni pulak. “Fikiran” dan “Emosi” memang memerlukan ruang untuk wujud... tapi ruang tempat kedua-duanya wujud adalah ruang dimensi lain yang tidak sama dengan dimensi ruang tempat wujud jirim dan jisim fizikal. Amacam? Boleh terima ke kalau cakap macam ni?
Sebagai pengakhiran bagi Part 1 ini... saya suka untuk “highlight” satu perkara. Daripada persoalan2 yang ditimbulkan di atas, kita sepatutnya sudah boleh nampak bahawa untuk pembentukan ruang sahaja sudah ada sekurang-kurangnya dua dimensi kewujudan ruang yang berbeza. Sebenarnya terdapat 5 lagi dimensi ruang yang belum saya sentuh lagi. Dapatkah kita memikirkan apakah 5 lagi dimensi kewujudan ruang ini? Bagi setiap dimensi ruang ini... apakah benda atau perkara yang mengisinya?
Nanti kita sambung lagi yer....
Wassalam – Public Secret

Tiada ulasan:
Catat Ulasan