Selasa, 26 Jun 2012

Ibnul Qayyim (Scan Kitab Ar-ruh) : Sampainya hadiah bacaan Alqur’an dan Bolehnya membaca Al-Qur’an diatas kuburan


Ibnul Qayyim (Scan Kitab Ar-ruh) : Sampainya hadiah bacaan Alqur’an dan Bolehnya membaca Al-Qur’an diatas kuburan
Scan Kitab bahasa Arab :
Cover 
kitab aroh arab cover
Baca Yang berwarna Merah  (page 5 digital book):
Aroh arab page 5ok
kitab ar-rooh (ar-ruh digital) Boleh di download di :
Scan kitab ar-ruh tarjamah (bahasa melayu) :
cover :
kitab ar-ruh ibnu qayyim_0004
kitab ar-ruh ibnu qayyim_0003

kitab ar-ruh ibnu qayyim_0002

Teks Arab Kitab Arruh Ibnu qayyim pada halaman 5 (kitab digital) :
وقد ذكر عن جماعة من السلف أنهم أوصوا أن يقرأ عند قبورهم وقت الدفن قال عبد الحق يروى أن عبد الله بن عمر أمر أن يقرأ عند قبره سورة البقرة وممن رأى ذلك المعلى بن عبد الرحمن وكان الامام أحمد ينكر ذلك أولا حيث لم يبلغه فيه أثر ثم رجع عن ذلك   وقال الخلال في الجامع كتاب القراءة عند القبور اخبرنا العباس بن محمد الدورى حدثنا يحيى بن معين حدثنا مبشر الحلبى حدثني عبد الرحمن بن العلاء بن اللجلاج عن أبيه قال قال أبى إذا أنامت فضعنى في اللحد وقل بسم الله وعلى سنة رسول الله وسن على التراب سنا واقرأ عند رأسى بفاتحة البقرة فإنى سمعت عبد الله بن عمر يقول ذلك قال عباس الدورى سألت أحمد بن حنبل قلت تحفظ في القراءة على القبر شيئا فقال لا وسألت يحيى ابن معين فحدثنى بهذا الحديث   قال الخلال وأخبرني الحسن بن أحمد الوراق حدثنى على بن موسى الحداد وكان صدوقا قال كنت مع أحمد بن حنبل ومحمد بن قدامة الجوهرى في جنازة فلما دفن الميت جلس رجل ضرير يقرأ عند القبر فقال له أحمد يا هذا إن القراءة عند القبر بدعة فلما خرجنا من المقابر قال محمد بن قدامة لأحمد بن حنبل يا أبا عبد الله ما تقول في مبشر الحلبي قال ثقة قال كتبت عنه شيئا قال نعم فأخبرني مبشر عن عبد الرحمن بن العلاء اللجلاج عن أبيه أنه أوصى إذا دفن أن يقرأ عند رأسه بفاتحة البقرة وخاتمتها وقال سمعت ابن عمر يوصي بذلك فقال له أحمد فارجع وقل للرجل يقرأ
وقال الحسن بن الصباح الزعفراني سألت الشافعي عن القراءة عند القبر فقال لا بأس بها   وذكر الخلال عن الشعبي قال كانت الأنصار إذا مات لهم الميت اختلفوا إلى قبره يقرءون عنده القرآن قال وأخبرني أبو يحيى الناقد قال سمعت الحسن بن الجروى يقول مررت على قبر أخت لي فقرأت عندها تبارك لما يذكر فيها فجاءني رجل فقال إنى رأيت أختك في المنام تقول جزى الله أبا على خيرا فقد انتفعت بما قرأ أخبرني الحسن بن الهيثم قال سمعت أبا بكر بن الأطروش ابن بنت أبي نصر بن التمار يقول كان رجل يجيء إلى قبر أمه يوم الجمعة فيقرأ سورة يس فجاء في بعض أيامه فقرأ سورة يس ثم قال اللهم إن كنت قسمت لهذه السورة ثوابا فاجعله في أهل هذه المقابر فلما كان يوم الجمعة التي تليها جاءت امرأة فقالت أنت فلان ابن فلانة قال نعم قالت إن بنتا لي ماتت فرأيتها في النوم جالسة على شفير قبرها فقلت ما أجلسك ها هنا فقالت إن فلان ابن فلانة جاء إلى قبر أمه فقرأ سورة يس وجعل ثوابها لأهل المقابر فأصابنا من روح ذلك أو غفر لنا أو نحو ذلك
Membaca Al-qur’an Diatas Kubur Dan Mengadiahkan Pahalanya bagi Mayyit (Muslim)
Tarjamahannnya :
Pernah disebutkan daripada setengah para salaf, bahwa mereka mewasiatkan supaya dibacakan diatas kubur mereka di waktu penguburannya. Telah berkata abdul haq, diriwayatkan bahwa Abdullah bin umar pernah menyuruh supaya diabacakan diatas kuburnya surah al-baqarah. Pendapat ini dikuatkan oleh mu’alla bin hanbal, pada mulanya mengingkari pendapat ini kerana masih belum menemui sesuatu dalil mengenainya, kemudian menarik balik pengingkarannya itu setelah jelas kepadanya bahwa pendapat itu betul.
Berkata Khallal di dalam kitabnya ‘Al-jami’ : Telah berkata kepadaku Al-Abbas bin Muhammad Ad-dauri, berbicara kepadaku Abdul Rahman bin Al-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, katanya : Ayahku telah berpesan kepadaku, kalau dia mati, maka kuburkanlah dia di dalam lahad, kemudian sebutkanlah : Dengan Nama Allah, dan atas agama Rasulullah !, Kemudian ratakanlah kubur itu dengan tanah, kemudian bacakanlah dikepalaku dengan pembukaan surat albaqarah, kerana aku telah mendengar Abdullah bin Umar ra. Menyuruh membuat demikian. Berkata Al-Abbas Ad-Dauri kemudian : Aku pergi bertanya Ahmad bin Hanbal, kalau dia ada menghafal sesuatu tentang membaca diatas kubur. Maka katanya : Tidak ada ! kemudian aku bertanya pula Yahya bin Mu’in, maka dia telah menerangkan kepadaku bicara yang menganjurkan yang demikian.
Berkata Khallal, telah memberitahuku Al-Hasan bin Ahmad Al-Warraq, berbicara kepadaku Ali bin Muwaffa Al-Haddad, dan dia adalah seorang yang berkata benar, katanya :Sekalai peristiwa saya bersama-sama Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari menghadiri suatu jenazah. Setelah selesai mayit itu dikuburkan, maka telah duduk seorang yang buta membaca sesuatu diatas kubur itu. Maka ia disangkal oleh Imam Ahmad, katanya : Wahai fulan ! Membaca sesuatu diatas kubur adalah bid’ah !. Apa bila kita keluar dari pekuburan itu, berkata Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari kepada Imam Ahmad bin Hanbal : Wahai Abu Abdullah ! Apa pendapatmu tentang si Mubasysyir Al-Halabi ? Jawab Imam Ahmad : Dia seorang yang dipercayai. Berkata Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari seterusnya : Aku menghafal sesuatu daripadanya ! Sangkal Imam Ahmad bin Hanbal : Yakah, apa dia ? Berkata Muhammad bin Qudamah : Telah memberitahuku Mubasysyir, daribada Abdul Rahman Bin Al-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, bahwasanya ia berpesan, kalau dia dikuburkan nanti, hendaklah dibacakan dikepalanya ayat-ayat permulaan surat Al-Baqarah, dan ayat-ayat penghabisannya, sambil katanya : Aku mendengar Abdullah bin Umar (Ibnu Umar) mewasiatkan orang yang membaca demikian itu.
Mendengar itu, maka Imam Ahmad bin Hanbal berkata kepada Muhammad bin Qudamah : Kalau begitu aku tarik tegahanku (Bhs Ind : penolakanku ) itu. Dan suruhlah orang buta itu membacakannya.
Berkata Al- Hasan  bin As-sabbah Az-za’farani pula : Saya pernah menanyakan hal itu kepada Imam Syafi’i, kalau boleh dibacakan sesuatu diatas kubur orang, maka Jawabnya : Boleh, Tidak mengapa !
Khalal pun telah menyebutkan lagi dari As-sya’bi, katanya : Adalah Kaum Anshor, apabila mati seseorang diantara mereka, senantiasalah mereka mendatangi kuburnya untuk membacakan sesuatu daripada Al-Qur’an.
Asy-sya’bi berkata, telah memberitahuku Abu Yahya An-Naqid, katanya aku telah mendengar Al-Hasan bin Al-Haruri berkata : Saya telah mendatangi kubur saudara perempuanku, lalu aku membacakan disitu Surat Tabarak (Al-Mulk), sebagaimana yang dianjurkan. Kemudian datang kepadaku seorang lelaki danmemberitahuku, katanya : Aku mimpikan saudara perempuanmu, dia berkata : Moga-moga Allah memberi balasan kepada Abu Ali (yakni si pembaca tadi) dengan segala yang baik. Sungguh aku mendapat manfaat yang banyak dari bacaannya itu.
Telah memberitahuku Al-Hasan bin Haitsam, katanya aku mendengar Abu Bakar atrusy berkata : Ada seorang lelaki datang ke kubur ibunya pada hari jum’at, kemudian ia membaca surat Yasin disitu. Bercerita Abu Bakar seterusnya : Maka aku pun datang kekubur ibuku dan membaca surah Yasiin, kemudian aku mengangkat tangan : Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Kalau memang Engkau memberi pahala lagi bagi orang yang membaca surat ini, maka jadikanlah pahala itu bagi sekalian ahli kubur ini !
Apabila tiba hari jum’at yang berikutnya, dia ditemui seorang wanita. Wanita itu bertanya : Apakah kau fulan anak si fulanah itu ? Jawab Abu Bakar : Ya ! Berkata wanita itu lagi : Puteriku telah meninggal dunia, lalu aku bermimpikan dia datang duduk diatas kuburnya. Maka aku bertanya : Mengapa kau duduk disini ? Jawabnya : Si fulan anak fulanah itu telah datang ke kubur ibunya seraya membacakan Surat Yasin, dan dijadikan pahalanya untuk ahli kuburan sekaliannya. Maka aku pun telah mendapat bahagian daripadanya, dan dosaku pun telah diampunkan karenanya.
(Tarjamah Kitab Ar-ruh  Hafidz Ibnuqayyim jauziyah, ‘Roh’ , Ustaz Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura, 1990, halaman 17 – 19)

Sampainya Hadiah Bacaan Al-qur’an untuk mayyit (Orang Mati)
A. Dalil-dalil Hadiah Pahala Bacaan
1. Hadits tentang wasiat ibnu umar tersebut dalam syarah aqidah Thahawiyah Hal :458 :
“ Dari ibnu umar Ra. : “Bahwasanya Beliau berwasiat agar diatas kuburnya nanti sesudah pemakaman dibacakan awa-awal surat albaqarah dan akhirnya. Dan dari sebagian muhajirin dinukil juga adanya pembacaan surat albaqarah”
Hadits ini menjadi pegangan Imam Ahmad, padaha imam Ahmad ini sebelumnya termasuk orang yang mengingkari sampainya pahala dari orang hidup kepada orang yang sudah mati, namun setelah mendengar dari orang-orang kepercayaan tentang wasiat ibnu umar tersebut, beliau mencabut pengingkarannya itu. (mukhtasar tadzkirah qurtubi halaman 25).
Oleh karena itulah, maka ada riwayat dari imam Ahmad bin Hnbal bahwa beliau berkata : “ Sampai kepada mayyit (pahala) tiap-tiap kebajikan karena ada nash-nash yang dating padanya dan juga karena kaum muslimin (zaman tabi’in dan tabiuttabi’in) pada berkumpul disetiap negeri, mereka membaca al-qur’an dan menghadiahkan (pahalanya) kepada mereka yang sudah meninggal, maka jadialah ia ijma . (Yasaluunaka fid din wal hayat oleh syaikh DR Ahmad syarbasy Jilid III/423).
2. Hadits dalam sunan Baihaqi danan isnad Hasan
“ Bahwasanya Ibnu umar menyukai agar dibaca keatas pekuburan sesudah pemakaman awal surat albaqarah dan akhirnya”
Hadits ini agak semakna dengan hadits pertama, hanya yang pertama itu adalah wasiat seadangkan ini adalah pernyataan bahwa beliau menyukai hal tersebut.
3. Hadits Riwayat darulqutni
“Barangsiapa masuk kepekuburan lalu membaca qulhuwallahu ahad (surat al ikhlash) 11 kali, kemudian menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah mati (dipekuburan itu), maka ia akan diberi pahala sebanyak orang yang mati disitu”.
4. Hadits marfu’ Riwayat Hafidz as-salafi
“ Barangsiapa melewati pekuburan lalu membaca qulhuwallahu ahad (surat al ikhlash) 11 kali, kemudian menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah mati (dipekuburan itu), maka ia akan diberi pahala sebanyak orang yang mati disitu”.
(Mukhtasar Al-qurtubi hal. 26).
5. Hadits Riwayat Thabrani dan Baihaqi
“Dari Ibnu Umar ra. Bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Jika mati salah seorang dari kamu, maka janganlah menahannya dan segeralah membawanya ke kubur dan bacakanlah Fatihatul kitab disamping kepalanya”.
6. Hadits riwayat Abu dawud, Nasa’I, Ahmad dan ibnu Hibban:
“Dari ma’qil bin yasar dari Nabi SAW., Beliau bersabda: “Bacakanlah surat yaasin untuk orang yang telah mati diantara kamu”.
B. Fatwa Ulama Tentang Sampainya Hadiah Pahala Bacaan kepada Mayyit
1. Berkata Muhammad bin ahmad al-marwazi :
“Saya mendengar Imam Ahmad bin Hanbal berkata : “Jika kamu masuk ke pekuburan, maka bacalah Fatihatul kitab, al-ikhlas, al falaq dan an-nas dan jadikanlah pahalanya untuk para penghuni kubur, maka sesungguhnya pahala itu sampai kepada mereka. Tapi yang lebih baik adalah agar sipembaca itu berdoa sesudah selesai dengan: “Ya Allah, sampaikanlah pahala ayat yang telah aku baca ini kepada si fulan…” (Hujjatu Ahlis sunnah waljamaah hal. 15)
2. Berkata Syaikh aIi bin Muhammad Bin abil lz :
“Adapun Membaca Al-qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada orang yang mati secara sukarela dan tanpa upah, maka pahalanya akan sampai kepadanya sebagaimana sampainya pahala puasa dan haji”. (Syarah aqidah Thahawiyah hal. 457).
3. Berkata Ibnu taymiyah :
“sesungguhnya mayyit itu dapat beroleh manfaat dengan ibadah-ibadah kebendaan seperti sedekah dan seumpamanya”. (yas alunka fiddin wal hayat jilid I/442).
Di atas adalah kitab ibnu taimiah berjudul majmuk fatawa jilid 24 pada mukasurat 324. Ibnu taimiah ditanya mengenai seseorang yang bertahlil, bertasbih,bertahmid,bertakbir dan menyampaikan pahala tersebut kepada simayat muslim lantas ibnu taimiah menjawab amalan tersebut sampai kepada si mayat dan juga tasbih,takbir dan lain-lain zikir sekiranya disampaikan pahalanya kepada si mayat maka ianya sampai dan bagus serta baik.
Manakala Wahhabi menolak dan menkafirkan amalan ini.
Di atas pula adalah kitab ibnu tamiah berjudul majmuk fatawa juzuk 24 pada mukasurat 324.ibnu taimiah di tanya mengenai seorang yang bertahlil 70000 kali dan menghadiahkan kepada si mayat muslim lantas ibnu taimiah mengatakan amalan itu adalah amat memberi manafaat dan amat baik serta mulia.
4. Berkata Ibnu qayyim al-jauziyah:
“sesuatu yang paling utama dihadiahkan kepada mayyit adalah sedekah, istighfar, berdoa untuknya dan berhaji atas nama dia. Adapun membaca al-qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada mayyit secara sukarela dan tanpa imbalan, maka akan sampai kepadanya sebagaimana pahala puasa dan haji juga sampai kepadanya (yasaaluunaka fiddin wal hayat jilid I/442)
Berkata Ibnu qayyim al-jauziyah dalam kitabnya Ar-ruh : “Al Khallal dalam kitabnya Al-Jami’ sewaktu membahas bacaan al-qur’an disamping kubur” berkata : Menceritakan kepada kami Abbas bin Muhammad ad-dauri, menceritakan kepada kami yahya bin mu’in, menceritakan kepada kami Mubassyar al-halabi, menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Ala’ bin al-lajlaj dari bapaku : “ Jika aku telah mati, maka letakanlah aku di liang lahad dan ucapkanlah bismillah dan baca permulaan surat al-baqarah disamping kepalaku karena seungguhnya aku mendengar Abdullah bin Umar berkata demikian.
Ibnu qayyim dalam kitab ini pada halaman yang sama : “Mengabarkan kepadaku Hasan bin Ahmad bin al-warraq, menceritakan kepadaku Ali-Musa Al-Haddad dan dia adalah seorang yang sangat jujur, dia berkata : “Pernah aku bersama Ahmad bin Hanbal, dan Muhammad bin Qudamah al-juhairi menghadiri jenazah, maka tatkala mayyit dimakamkan, seorang lelaki kurus duduk disamping kubur (sambil membaca al-qur’an). Melihat ini berkatalah imam Ahmad kepadanya: “Hai sesungguhnya membaca al-qur’an disamping kubur adalah bid’ah!”. Maka tatkala kami keluar dari kubur berkatalah imam Muhammad bin qudamah kepada imam ahmad bin Hanbal : “Wahai abu abdillah, bagaimana pendapatmu tentang Mubassyar al-halabi?. Imam Ahmad menjawab : “Beliau adalah orang yang tsiqah (terpercaya), apakah engkau meriwayatkan sesuatu darinya?. Muhammad bin qodamah berkata : Ya, mengabarkan kepadaku Mubasyar dari Abdurahman bin a’la bin al-laj-laj dari bapaknya bahwa dia berwasiat apabila telah dikuburkan agar dibacakan disamping kepalanya permulaan surat al-baqarah dan akhirnya dan dia berkata : “aku telah mendengar Ibnu Umar berwasiat yang demikian itu”. Mendengar riwayat tersebut Imam ahmad berkata : “Kembalilah dan katakan kepada lelaki itu agar bacaannya diteruskan (Kitab ar-ruh, ibnul qayyim al jauziyah).
5. Berkata Sayaikh Hasanain Muhammad makhluf, Mantan Mufti negeri mesir : “ Tokoh-tokoh madzab hanafi berpendapat bahwa tiap-tiap orang yang melakukan ibadah baik sedekah atau membaca al-qur’an atau selain demikian daripada macam-macam kebaikan, boleh baginya menghadiahkan pahalanya kepada orang lain dan pahalanya itu akan sampai kepadanya.
6. Imam sya’bi ; “Orang-orang anshar jika ada diantara mereka yang meninggal, maka mereka berbondong-bondong ke kuburnya sambil membaca al-qur’an disampingnaya”. (ucapan imam sya’bi ini juga dikutip oleh ibnu qayyim al jauziyah dalam kitab ar-ruh hal. 13).
7. Berkata Syaikh ali ma’sum : “Dalam madzab maliki tidak ada khilaf dalam hal sampainya pahala sedekah kepada mayyit. Menurut dasar madzab, hukumnya makruh. Namun ulama-ulama mutakhirin berpendapat boleh dan dialah yang diamalkan. Dengan demikian, maka pahala bacaan tersebut sampai kepada mayyit dan ibnu farhun menukil bahwa pendapat inilah yang kuat”. (hujjatu ahlisunnah wal jamaah halaman 13).
8. Berkata Allamah Muhammad al-arobi: Sesungguhnya membaca al-qur’an untuk orang-orang yang sudah meninggak hukumnya boleh (Malaysia : Harus) dan sampainya pahalanya kepada mereka menurut jumhur fuqaha islam Ahlusunnah wal-jamaah walaupun dengan adanya imbalan berdasarkan pendapat yang tahqiq . (kitab majmu’ tsalatsi rosail).
9. Berkata imam qurtubi : “telah ijma’ ulama atas sampainya pahala sedekah untuk orang yang sudah mati, maka seperti itu pula pendapat ulama dalam hal bacaan al-qur’an, doa dan istighfar karena masing-masingnya termasuk sedekah dan dikuatkan hal ini oleh hadits : “Kullu ma’rufin shadaqah / (setiapkebaikan adalah sedekah)”. (Tadzkirah al-qurtubi halaman 26).
Begitu banyaknya Imam-imam dan ulama ahlusunnah yang menyatakan sampainya pahala bacaan alqur’an yang dihadiahkan untuk mayyit (muslim), maka tidak lah kami bisa menuliskan semuanya dalam risalah ini karena khawatir akan terlalu panjang.
C. Dalam Madzab Imam syafei
Untuk menjelaskan hal ini marilah kita lihat penuturan imam Nawawi dalam Al-adzkar halaman 140 : “Dalam hal sampainya bacaan al-qur’an para ulama berbeda pendapat. Pendapat yang masyhur dari madzab Syafei dan sekelompok ulama adalah tidak sampai. Namun menurut Imam ahmad bin Hanbal dan juga Ashab Syafei berpendapat bahwa pahalanya sampai. Maka lebih baik adalah si pembaca menghaturkan doa : “Ya Allah sampaikanlah bacaan yat ini untuk si fulan…….”
Tersebut dalam al-majmu jilid 15/522 : “Berkata Ibnu Nahwi dalam syarah Minhaj: “Dalam Madzab syafei menurut qaul yang masyhur, pahala bacaan tidak sampai. Tapi menurut qaul yang Mukhtar, adalah sampai apabila dimohonkan kepada Allah agar disampaikan pahala bacaan terbut. Dan seyogyanya memantapkan pendapat ini karena dia adalah doa. Maka jika boleh berdoa untuk mayyit dengan sesuatu yang tidak dimiliki oleh si pendoa, maka kebolehan berdoa denagn sesuatu yang dimiliki oleh si pendoa adalah lebih utama”.
Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa dalam madzab syafei terdapat dua qaul dalam hal pahala bacaan :
1. Qaul yang masyhur yakni pahala bacaan tidak sampai
2. Qaul yang mukhtar yakni pahala bacaan sampai.
Dalam menanggapai qaul masyhur tersebut pengarang kitab Fathul wahhab yakni Syaikh Zakaria Al-anshari mengatakan dalam kitabnya Jilid II/19 :
“Apa yang dikatakan sebagai qaul yang masyhur dalam madzab syafii itu dibawa atas pengertian : “Jika alqur’an itu tidak dibaca dihadapan mayyit dan tidak pula meniatkan pahala bacaan untuknya”.
Dan mengenai syarat-syarat sampainya pahala bacaan itu Syaikh Sulaiman al-jamal mengatakan dalam kitabnya Hasiyatul Jamal Jilid IV/67 :
“Berkata syaikh Muhammad Ramli : Sampai pahala bacaan jika terdapat salah satu dari tiga perkara yaitu : 1. Pembacaan dilakukan disamping kuburnya, 2. Berdoa untuk mayyit sesudah bacaan Al-qur’an yakni memohonkan agar pahalanya disampaikan kepadanya, 3. Meniatkan samapainya pahala bacaan itu kepadanya”.
Hal senada juga diungkapkan oleh Syaikh ahmad bin qasim al-ubadi dalam hasyiah Tuhfatul Muhtaj Jilid VII/74 :
“Kesimpulan Bahwa jika seseorang meniatkan pahala bacaan kepada mayyit atau dia mendoakan sampainya pahala bacaan itu kepada mayyit sesudah membaca Al-qur’an atau dia membaca disamping kuburnya, maka hasilah bagi mayyit itu seumpama pahala bacaannya dan hasil pula pahala bagi orang yang membacanya”.
Namun Demikian akan menjadi lebih baik dan lebih terjamin jika ;
1. Pembacaan yang dilakukan dihadapan mayyit diiringi pula dengan meniatkan pahala bacaan itu kepadanya.
2. Pembacaan yang dilakukan bukan dihadapan mayyit agar disamping meniatkan untuk simayyit juga disertai dengan doa penyampaian pahala sesudah selesai membaca.
Langkah seperti ini dijadikan syarat oleh sebagian ulama seperti dalam kitab tuhfah dan syarah Minhaj (lihat kitab I’anatut Tahlibin Jilid III/24).
D. Dalil-dalil orang yang membantah adanya hadiah pahala dan jawabannya
1. Hadis riwayat muslim :
“Jika manusia, maka putuslah amalnya kecuali tiga : sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shaleh yang selalu mendoakan orang tuanya”
Jawab : Tersebut dalam syarah Thahawiyah hal. 456 bahwa sangat keliru berdalil dengan hadist tersebut untuk menolak sampainya pahala kepada orang yang sudah mati karena dalam hadits tersebut tidak dikatakan : “inqata’a intifa’uhu (terputus keadaannya untuk memperoleh manfaat). Hadits itu hanya mengatakan “inqatha’a ‘amaluhu (terputus amalnya)”. Adapun amal orang lain, maka itu adalah milik (haq) dari amil yakni orang yang mengamalkan itu kepadanya maka akan sampailah pahala orang yang mengamalkan itu kepadanya. Jadi sampai itu pahala amal si mayyit itu. Hal ini sama dengan orang yang berhutang lalu dibayarkan oleh orang lain, maka bebaslah dia dari tanggungan hutang. Akan tetapi bukanlah yang dipakai membayar utang itu miliknya. Jadi terbayarlah hutang itu bukan oleh dia telah memperoleh manfaat (intifa’) dari orang lain.
2. Firman Allah surat an-najm ayat 39 :
“ Atau belum dikabarkan kepadanya apa yang ada dalam kitab nabi musa dan nabi Ibrahim yang telah memenuhi kewajibannya bahwa seseorang tidak akan memikul dosa orang lain dan bahwasanya tiada yang didapat oleh manusia selain dari yang diusahakannya”.
Jawab : Banyak sekali jawaban para ulama terhadap digunakannya ayat tersebut sebagai dalil untuk menolak adanya hadiah pahala. Diantara jawaban-jawaban itu adalah :
a. Dalam syarah thahawiyah hal. 1455 diterangkan dua jawaban untuk ayat tersebut :
1. Manusia dengan usaha dan pergaulannya yang santun memperoleh banyak kawan dan sahabat, melahirkan banyak anak, menikahi beberapa isteri melakukan hal-hal yang baik untuk masyarakat dan menyebabkan orang-orang cinta dan suka padanya. Maka banyaklah orang-orang itu yang menyayanginya. Merekapun berdoa untuknya dan mengahadiahkan pula pahala dari ketaatan-ketaatan yang sudah dilakukannya, maka itu adalah bekas dari usahanya sendiri. Bahkan masuknya seorang muslim bersama golongan kaum muslimin yang lain didalam ikatan islam adalah merupakan sebab paling besar dalam hal sampainya kemanfaatan dari masing-masing kaum muslimin kepada yang lainnya baik didalam kehidupan ini maupun sesudah mati nanti dan doa kaum muslimin yang lain. Dalam satu penjelasan disebutkan bahwa Allah SWT menjadikan iman sebagai sebab untuk memperoleh kemanfaatan dengan doa serta usaha dari kaum mukminin yang lain. Maka jika seseorang sudah berada dalam iman, maka dia sudah berusaha mencari sebab yang akan menyampaikannya kepada yang demikian itu. (Dengan demikian pahala ketaatan yang dihadiahkan kepadanya dan kaum mukminin sebenarnya bagian dari usahanya sendiri).
2. Ayat al-qur’an itu tidak menafikan adanya kemanfaatan untuk seseorang dengan sebab usaha orang lain. Ayat al-qur’an itu hanya menafikan “kepemilikan seseorang terhadap usaha orang lain”. Allah SWT hanya mengabarkan bahwa “laa yamliku illa sa’yah (orang itu tidak akan memiliki kecuali apa yang diusahakan sendiri). Adapun usaha orang lain, maka itu adalah milik bagi siapa yang mengusahakannya. Jika dia mau, maka dia boleh memberikannya kepada orang lain dan pula jika ia mau, dia boleh menetapkannya untuk dirinya sendiri. (jadi huruf “lam” pada lafadz “lil insane” itu adalah “lil istihqaq” yakni menunjukan arti “milik”).
Demikianlah dua jawaban yang dipilih pengarang kitab syarah thahawiyah.
b. Berkata pengarang tafsir Khazin :
“Yang demikian itu adalah untuk kaum Ibrahin dan musa. Adapun ummat islam (umat Nabi Muhammad SAW), maka mereka bias mendapat pahala dari usahanya dan juga dari usaha orang lain”.
Jadi ayat itu menerangkan hokum yang terjadi pada syariat Nabi Musa dan Nabi Ibrahim, bukan hukum dalam syariat nabi Muhammad SAW. Hal ini dikarenakan pangkal ayat tersebut berbunyi :
“ Atau belum dikabarkan kepadanya apa yang ada dalam kitab nabi musa dan nabi Ibrahim yang telah memenuhi kewajibannya bahwa seseorang tidak akan memikul dosa orang lain dan bahwasanya tiada yang didapat oleh manusia selain dari yang diusahakannya”.
c. Sahabat Nabi, Ahli tafsir yang utama Ibnu Abbas Ra. Berkata dalam menafsirkan ayat tersebut :
“ ayat tersebut telah dinasakh (dibatalkan) hukumnya dalam syariat kita dengan firman Allah SWT : “Kami hubungkan dengan mereka anak-anak mereka”, maka dimasukanlah anak ke dalam sorga berkat kebaikan yang dibuat oleh bapaknya’ (tafsir khazin juz IV/223).
Firman Allah yang dikatakan oleh Ibnu Abbas Ra sebagai penasakh surat an-najm ayat 39 itu adalah surat at-thur ayat 21 yang lengkapnya sebagai berikut :
“Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu mereka mengikuti mereka dengan iman, maka kami hubungkan anak cucu mereka itu dengan mereka dan tidaklah mengurangi sedikitpun dari amal mereka. Tiap-tiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya”.
Jadi menurut Ibnu abbas, surat an-najm ayat 39 itu sudah terhapus hukumnya, berarti sudah tidak bias dimajukan sebagai dalil.
d. Tersebut dalam Nailul Authar juz IV ayat 102 bahwa kata-kata : “Tidak ada seseorang itu…..” Maksudnya “tidak ada dari segi keadilan (min thariqil adli), adapun dari segi karunia (min thariqil fadhli), maka ada bagi seseorang itu apa yang tidak dia usahakan.
Demikianlah penafsiran dari surat An-jam ayat 39. Banyaknya penafsiran ini adalah demi untuk tidak terjebak kepada pengamalan denganzhahir ayat semata-mata karena kalau itu dilakukan, maka akan banyak sekali dalil-dalil baik dari al-qur’an maupun hadits-hadits shahih yang ditentang oleh ayat tersebut sehingga menjadi gugur dan tidak bias dipakai sebagai dalil.
3. Dalil mereka dengan Surat al-baqarah ayat 286 :
“Allah tidak membebani seseorang kecuali dengan kesanggupannya. Baginya apa yang dia usahakan (daripada kebaikan) dan akan menimpanya apa yang dia usahakan (daripada kejahatan)”.
Jawab : Kata-kata “laha maa kasabat” menurut ilmu balaghah tidak mengandung unsur hasr (pembatasan). Oleh karena itu artinya cukup dengan : “Seseorang mendapatkan apa yang ia usahakan”. Kalaulah artinya demikian ini, maka kandungannya tidaklah menafikan bahwa dia akan mendapatkan dari usaha orang lain. Hal ini sama dengan ucapan : “Seseorang akan memperoleh harta dari usahanya”. Ucapan ini tentu tidak menafikan bahwa seseorang akan memperoleh harta dari pusaka orang tuanya, pemberian orang kepadanya atau hadiah dari sanak familinya dan para sahabatnya. Lain halnya kalau susunan ayat tersebut mengandung hasr (pembatasan) seperti umpamanya :
“laisa laha illa maa kasabat”
“Tidak ada baginya kecuali apa yang dia usahakan atau seseorang hanya mendapat apa yang ia usahakan”.
4. Dalil mereka dengan surat yasin ayat 54 :
“ Tidaklah mereka diberi balasan kecuali terhadap apa yang mereka kerjakan”.
Jawab : Ayat ini tidak menafikan hadiah pahala terhadap orang lain karena pangkal ayat tersebut adalah :
“Pada hari dimana seseorang tidak akan didhalimi sedikitpun dan seseorang tidak akan diberi balasan kecuali terhadap apa yang mereka kerjakan”
Jadi dengan memperhatikan konteks ayat tersebut dapatlah dipahami bahwa yang dinafikan itu adalah disiksanya seseorang sebab kejahatan orang lain, bukan diberikannya pahala terhadap seseorang dengan sebab amal kebaikan orang lain (Lihat syarah thahawiyah hal. 456).
(ringkasan dari Buku argumentasi Ulama syafi’iyah terhadap tuduhan bid’ah,Al ustadz haji Mujiburahman, halaman 142-159, mutiara ilmu)

Sampainya Hadiah Pahala  kepada Orang Mati – Scan Kitab Adzkar (Imam Nawawi )- Kitab Ar-ruh- (Ibnu qayim)- Majmu (Ibnu taymiyah)


Maka tersebutlah di dalam kitab “al-Adzkar” yang masyhur karya ulama waliyUllah terbilang, Imamuna an-Nawawi ‘alaihi rahmatul Bari, pada halaman 258, antara lain:-
“…. Dan para ulama telah berbeza pendapat mengenai sampainya pahala bacaan al-Quran (kepada si mati). Maka pendapat yang masyhur daripada mazhab asy-Syafi`i dan sekumpulan ulama bahawasanya pahala bacaan al-Quran tersebut tidak sampai kepada si mati. Imam Ahmad bin Hanbal serta sekumpulan ulama yang lain dan sekumpulan ashab asy-Syafi`i (yakni para ulama mazhab asy-Syafi`i) berpendapat bahawa pahala tersebut SAMPAI. Maka (pendapat) yang terpilih adalah si pembaca al-Quran tersebut hendaklah berdoa setelah bacaannya : “Ya Allah sampaikanlah pahala apa-apa yang telah aku bacakan kepada si Fulan.”
B. Ibnu Taymiyah Katakan sampainya pahala bacaan dzikir/al qur’an yang dihadiahkan
tentang hadiah pahala, Ibnu Taimiyah menegaskan bahwa barangsiapa mengingkari sampainya amalan orang hidup pada orang yang meninggal maka ia termasuk ahli bid’ah. Dalam Majmu’ fatawa jilid 24 halaman 306 ia menyatakan, “Para imam telah sepakat bahwa mayit bisa mendapat manfaat dari hadiah orang lain. Ini termasuk hal yang pasti diketahui dalam agama Islam, dan telah ditunjukkan dengan dalil kitab, sunnah, dan ijma’ (konsensus) ulama’. Barang siapa menentang hal tersebut, maka dia termasuk ahli bid’ah”. (Scan kitab klik di sini)

Semoga menjadi asbab hidayah bagi Ummat
Admin


Selasa, 19 Jun 2012

Saat-saat Kematian





Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.


Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.




100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.


7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.


3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.


Sama-sama kita renungkan.





Rabu, 13 Jun 2012

Tabut dalam Al-Quran

Kitab suci Al-Quran the Last Testament mengkhabarkan:

“Dan nabi mereka berkata kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan (Talut) itu ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.” 
(Al-Baqarah : 248)

Inilah satu-satunya ayat dalam al-Quran yang menyebut tentang tabut secara langsung. Mari kita mengembara ke dalam ayat ini untuk mendapatkan isi tersurat dan tersiratnya.



PERTAMA:
Mengapa hanya sekali saja disebut? 

Ada beberapa kemungkinan. Boleh jadi ia perkara yang tidak penting kepada umat akhir zaman. Namun begitu, keterbalikan daripadanya juga mungkin. Boleh jadi ia penting lalu disebut sekali saja sebagai ‘penarik perhatian’. Apabila disebut sekali saja, orang akan tertanya-tanya tentangnya lebih daripada perkara-perkara yang disebut banyak kali.

Contoh:
Setiap hari kita menemui “solat, zakat, solat, zakat” ketika membaca al-Quran membuatkan kita pun lali untuk mengambil tahu tentangnya. Suatu hari, tiba-tiba kita terjumpa “tabut”, dengan penuh minat kita akan tertanya-tanya, “Apa benda tabut ni?” Ada kemungkinan begitu caranya Allah mahu menarik perhatian kita.

Dajjal tidak disebut secara langsung dalam al-Quran walaupun satu ayat, tapi kita mengakuinya sebagai perkara yang penting. Cuma kisah Dajjal ada dinyatakan dalam beberapa hadis sedangkan kisah tabut tidak begitu. Tapi di sini kita mendapat satu gambaran, sekalipun sesuatu perkara itu tidak disebut banyak kali ataupun tidak disebut langsung dalam al-Quran, hal itu tidak bererti ia tidak penting kepada kita.



KEDUA:
Siapa ‘nabi mereka’ itu?

Al-Quran tidak menjelaskan identitinya. Ayat 246-248 surah al-Baqarah hanya menamakannya sebagai “nabi mereka” (ada hikmahnya penggunaan nama “nabi mereka” ini yang akan kita sentuh di bawah nanti). Menurut Bible pula, peribadi itu ialah Nabi Samuel.

KETIGA:
Siapakah Talut?

Surah al-Baqarah ayat 246-251 mengisahkan kaum Bani Israil menuntut kepada Nabi X agar mereka diberikan seorang raja. Kononnya jika diberi seorang raja, mereka akan bersemangat untuk pergi berjihad. Sebelum itu Bani Israil dipimpin oleh para hakim.

Nabi X berasa ragu. Seandainyalah Tuhan memberikan mereka seorang raja dan raja itu mengisytiharkan jihad, mahukah mereka pergi berjihad? Maklumlah, Nabi X sedia faham kelakuan kaum Bani Israil yang banyak meminta itu ini tetapi sering saja melakukan kesalahan.

Apa yang dibimbangkan oleh Nabi X menjadi kenyataan. Setelah Talut dipilih menjadi raja dan Tuhan datangkan perintah supaya berjihad, hanya segelintir saja orang-orang Bani Israil yang mahu.

Antara punca keengganan mereka ialah perlantikan Talut (Bible menamakannya Saul). Mereka memandang Talut seorang yang tidak bangsawan lagi tiada harta kekayaan. Jadi mereka tidak suka orang yang lebih rendah kedudukannya menjadi pemerintah mereka. Tetapi Nabi X mempertahankannya kerana perlantikan Talut itu adalah atas wahyu Tuhan, mana boleh diubah-ubah. Lagi pula, Talut memang terbukti sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi dan gagah.

Dan pulangnya tabut kepada Bani Israil setelah dirampas oleh orang-orang Palestin menjadi petanda keredhaan Tuhan kepada Talut.

Dalam Bible pada sifir Samuel 1 fasal 8, 9 dan 10 mengisahkan perihal yang lebih kurang sama dengan kisah daripada al-Quran. Cuma bahagian ‘kembalinya tabut sebagai petanda Saul sebagai raja yang diredhai Tuhan’ tidak saya temui.

KEEMPAT:
Apa itu ‘sakinah’?

Biasanya ia diterjemahkan sebagai ‘ketenteraman’. Maksudnya yang tepat hanya Allah yang tahu. Berikut adalah ayat-ayat al-Quran yang menyentuh ‘sakinah’.

“Dialah yang menurunkan SAKINAH ke dalam hati orang-orang mukmin supaya bertambah keimanan dan keyakinan mereka beserta keimanan dan keyakinan sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” 
(Al-Fath: 4)

“Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang beriman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad) di bawah naungan pohon (di Hudaibiah), maka ternyata apa yang sedia diketahuiNYa tentang yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan SAKINAH ke atas mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.” 
(Al-Fath: 18)

“(Ingatlah) ketika orang-orang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh dalam hati mereka- perasaan sombong angkuh secara jahiliah, lalu Allah menurunkan SAKINAH kepada RasulNya dan kepada orang-orang beriman,.......” 
(Al-Fath: 26)

Nampaknya ia seperti satu ‘ketenteraman yang menguatkan’ hati/ jiwa. Wallahualam.



KELIMA:
Apa maksud bahagian ini: “datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat...”?

Peti tabut dikatakan mengandungi ‘sakinah’, dan menurut pemahaman kita ‘sakinah’ bukanlah benda maujud. Kali ini Al-Quran tidak menceritakan apa-apa tentang dua loh batu berisi 10 Perjanjian yang diletakkan Nabi Musa ke dalam tabut.

Kemudian Al-Quran menyebutkan “sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun.” Apakah barang peninggalan mereka berada di dalam tabut?
Bahagian ini memang mengelirukan.

Jika maksud sebenar ayat ini ialah “datangnya peti tabut dan datangnya peninggalan keluarga Musa dan Harun”, bererti kedua-duanya terpisah dan barang peninggalan itu tidak berada di dalam tabut.

Tapi jika maksudnya ialah “datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah dan mengandungi peninggalan keluarga Musa dan Harun”, bererti barang-barang peninggalan itu berada di dalam tabut.

Yang mana satu?

Wallahualam.

KEENAM:


“Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.” 

Sebagaimana yang kita sedia maklum, ada ayat-ayat al-Quran yang mengisahkan perkara lalu tetapi pada masa yang sama ia juga memberi petanda kepada perkara-perkara akan datang. Cerita tabut ini juga dipercayai oleh sebahagian orang sebagai petanda untuk satu hal yang bakal berlaku selepas zaman Rasulullah saw iaitu kedatangan Al-Mahdi.

Secara peribadi saya melihat mungkin inilah antara hikmahnya Allah tidak meletakkan nama nabi Bani Israil itu (Samuel) tetapi menggunakan perkataan “nabi mereka”. Maksudnya tidak mustahil ayat ini ditujukan juga kepada umat Nabi Muhammad dan ‘nabi mereka’ itu merujuk kepada baginda sendiri. Jika diletakkan nama “Samuel”, maka nama itu menjadi khusus buat Nabi Samuel seorang saja. Tapi apabila diletakkan “nabi mereka”, gantinama ini masih boleh dipadankan dengan peribadi yang lain. Contohnya dipadankan dengan Nabi Muhammad saw.

Lihat maksud ayat yang asal:

“Dan NABI MEREKA berkata kepada MEREKA: “Sesungguhnya TANDA KERAJAAN ITU ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.” 

Kita andaikan “nabi mereka” itu ialah Nabi Muhammad dan “mereka” itu ialah kita. Disebut “mereka” kerana hal yang dimaksudkan tidak akan berlaku pada zaman baginda dan para sahabat tetapi pada zaman selepas mereka. Boleh jadi zaman kita!

Jadi Nabi Muhammad berpesan kepada generasi selepas zaman sahabat iaitu kita tentang KEDATANGAN SATU KERAJAAN. Pada ayat 248 ini, perkataan ‘Talut” tidak ada. Nama Talut disebut dalam ayat sebelumnya. Hal ini juga mungkin satu petunjuk kepada kita kerana Allah tidak mengkhaskan ‘kerajaan’ itu kerajaan siapa. Jika disebut secara jelas “kerajaan Talut”, bererti ia tidak boleh digunakan untuk menunjukkan kerajaan yang lain.

Sebagaimana yang kita maklumi, selain daripada pengetahuan, agenda utama Talut ialah memimpin angkatan perang. Dengan angkatan perang inilah dia membina sebuah kerajaan. Jika benarlah ayat ini mempunyai maksud berganda iaitu menceritakan kisah dulu dan kisah akan datang, maksudnya akan datang seorang yang seperti Talut memimpin angkatan perang lalu menubuhkan kerajaan.

Di sinilah kita lihat seakan ada kaitan dengan kedatangan Imam Mahdi dan kembalinya kekhalifahan Islam untuk kali kedua. Perkara ini (munculnya tabut) adalah SATU PETANDA bagi ORANG-ORANG BERIMAN. Apabila kita mendengar cerita tentang penemuan tabut, bererti Imam Mahdi sudah ada dan daulahnya akan dibentuk tidak lama lagi.

Wallahualam.



oleh : Ustaz Abu Zulfiqar

Siapakah Zulqarnain?


*Artikel ini ditulis ketika saya masih meyakini Maharaja Korsh/ Cyrus dari Parsi sebagai Zulqarnain. Kemudiannya pandangan saya berubah).
Ketika masih remaja dulu saya percaya Zulqarnain dan Alexander the Great kedua-duanya orang yang sama. Namun setelah membaca di sana-sini hasil kajian mereka yang berkemahiran, saya mula beranggapan kedua-duanya orang yang berlainan.

Zulqarnain seorang yang beriman sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran sedangkan Alexander dipercayai oleh sebahagian orang sebagai seorang yang kufur. Saya mulai percaya Zulqarnain hidup lebih awal daripada Alexander. Masyhurnya Iskandar Zulqarnain ini menyebabkan banyak raja-raja selepasnya menggunakan nama Iskandar/ Alexander termasuklah Alexander the Great dari Macedonia (Maquduniah) itu.

Raja-raja Melayu sendiri banyak yang menggunakan nama Iskandar. Bahkan secara peribadi saya memandang nama ‘Rajendra’ yang digunakan oleh beberapa orang raja di India tidak lain ialah ‘Alexander’ ataupun ‘Iskandar’. Yang paling terkenal ialah Rajendra 1 (Raja Suran) dari Kerajaan Chola yang berjaya menakluk Tanah Melayu termasuklah kerajaan Gangga Negara di Perak.

Saya (*ketika artikel ini ditulis, sebelum saya cuba menyelidiki sendiri siapa Zulqarnain) memilih pemerintah Parsi kuno sebagai Zulqarnain iaitu antara Maharaja Cyrus (Korsh/ Kursh) ataupun Darius (Dara) , tapi bukan Maharaja Dara yang berperang dengan Alexander Macedonia. Kajian menunjukkan empayar Parsi kuno ini antara empayar yang paling luaspernah wujud di muka bumi, melebar dari Barat (Eropah dan Afrika) hingga ke Timur pada zaman silam.

Bukti-bukti menunjukkan perjalanan Alexander Macedonia tidak sampai pun ke negara China, paling jauhpun di pinggirnya saja, kemudian dia menemui maut dalam usia yang muda. Alexander juga tidak membina apa-apa benteng sedangkan Zulqarnain membina benteng kukuh antara gunung untuk menyekat kaum Yakjuj Makjuj (bangsa-bangsa gasar di utara Dunia).

Sumber-sumber Barat tentang Alexander Macedonia tidak menyentuh tentang pembinaan benteng. Namun Barat mula menyentuhnya apabila mereka menyedari wujudnya cerita benteng Zulqarnain dalam al-Quran.

Zulqarnain membawa agama tauhid yang saya yakini (*ketika artikel ini ditulis) sebagai agama Zoroaster (Zarathustra) yang kemudiannya terseleweng hingga menjadi agama Majusi yang menyembah api . Agama inilah yang bertapak kukuh di Parsi kuno. Ada juga pendapat mengatakan beliau membawa agama Nabi Ibrahim ataupun agama peninggalan Nabi Nuh (*kini saya lebih cenderung kepada pandangan ini).

Agama Zoroaster dikatakan membawa pemahaman wujudnya Tuhan baik yang diseimbangkan dengan tuhan jahat. Berkemungkinan perkara ini menghasilkan pemahaman yin dan yang di China.

Salah seorang penasihat utama Alexander ialah Aristotle (Aristun Syah) . Hingga kini agama Aristotle masih diragukan sungguhpun dia dan guru-guru sebelumnya seperti Socrates dan Plato nampak tidak sealiran dengan pemerintah dalam isu ‘sembahan’ (menurut Al-Ghazali, Aristotle sendiri kemudiannya mengkufurkan ajaran Plato dan Socrates). Mereka lebih kepada ahli falsafah berbanding Nabi ataupun seorang yang menganut agama tauhid. Penasihat Zulqarnain yang masyhur pula ialahNabi Khidhir, yang jelas-jelas bertauhid.

Beberapa pengkaji berpendapat ‘Barat’ yang terkenal dengan sikap suka memanipulasikan sejarah itu memainkan peranan penting untuk men’Zulqarnain’kan Alexander Macedonia. Mereka cukup sakit hati jika apa-apa kelebihan memihak kepada ‘Timur’ termasuklah dalam hal Zulqarnain. Barat mahu Alexander Macedonia diyakini semua orang sebagai Zulqarnain dalam Quran. Quran dengan bijaknya menyanggah hal itu apabila menyanjung keagamaan Zulqarnain yang jauh berbeza dengan ‘keliaran’ Alexander Macedonia.
Lihat sajalah filem Alexander keluaran Barat, ‘diwarnakannya’ rambut Zulqarnain dengan warna perang. Padahal sisa-sisa bukti yang ada menunjukkan Zulqarnain berambut hitam. Namun dalam hal ini ada kekecualian. Boleh jadi memang filem itu hendak menceritakan Alexander the Great dan bukannya Iskandar Zulqarnain dalam al-Quran.

Rom dan Parsi saling beralih kuasa pemerintahan (pentadbiran dunia digilir-gilirkan antara Timur dengan Barat). Kedua-duanya ada raja yang bernama ataupun bergelar Iskandar. Rom pastinya iri hati dengan Iskandar Zulqarnain Parsi yang gah suatu waktu dahulu. Atas sebab itu Rom (Barat) mahu membuktikan Iskandar merekalah yang paling agung. Seboleh-bolehnya mereka mahu menutup kisah Iskandar Zulqarnain dari Parsi. Sekali lagi Quran begitu bijak menyanggah hal ini dengan menyebut tokoh ini sebagai ‘Zulqarnain’ sahaja tanpa ‘Iskandar/ Alexander’. ‘Zulqarnain’ hanya ada di Parsi dan bukan di Rom (ketika itu berpusat di Macedonia).

Saya ada menyimpan satu artikel lama (lebih kurang 20 tahun dulu) yang saya koyak dari sebuah akhbar (rasanya Utusan ataupun Berita Harian) tapi kini entah di mana. Penulisnya berpendapat Zulqarnain ialah anak Nabi Ibrahim daripada isteri(hamba)nya iaitu Qanturah/ Ketura. Anak inilah yang berguru dengan Aristotle. Penulis artikel itu cenderung untuk mengakui keimanan Aristotle, Plato dan Socrates.

Pada saya, pandangan ini tidaklah kukuh. Sebagaimana yang kita maklumi, Iskandar/ Alexander yang berguru kepada Aristotle ialah anak Raja Phillips (Filaqus), bukan anak Nabi Ibrahim. Tentang keimanan ketiga-tiga tokoh falsafah itu, tidaklah kita ada maklumat yang selengkapnya.

Menurut buku ‘Lelaki Misteri Dalam Al-Quran-Iskandar Zulkarnain’, banyak ulama dan sejarahwan menyokong Alexander the Great sebagai Zulqarnain tetapi semakin hari semakin ramai yang menolaknya termasuklah Ibnu al-Qayyim, Imam Bukhari, Ibnu Taimiyyah dan Sayyid Qutb.


Wallahualam.


'BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw'

Oleh : Ustaz Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'




Ayat al-Qur'aan dan Penyusunan Surah Dalam al-Qur'aan


Ayat al-Qur'aan dan Penyusunan Surah Dalam al-Qur'aan

Apabila kita singkap kitab sejarah mengenai penurunan al-Qur'aan atau penurunan wahyu kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw, maka kita akan melihat bila ayat al-Qur'aan itu diturunkan kepada Nabi Muhammad saw secara sedikit demi sedikit.

Apakah Dia Ayat Yang Pertama Diwahyukan Kepada Nabi Muhammad saw

Lalu persoalan yang agak penting untuk diutarakan dalam kitab ini ialah apakah dia ayat yang mula-mula sekali diturunkan dari semua wahyu yang diturunkan itu

Seperti yang kita semua maklumi, dan semua orang Islam pun patut tahu dan mesti tahu, bahawa ayat yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad saw ialah ayat yang terdapat dalam permulaan surah al-'Alaq dari ayat satu sampai ayat lima.


~ 1 ~اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Proclaim! (or read!) in the name of thy Lord and Cherisher, Who created-

~ 2 ~خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ
Created man, out of a (mere) clot of congealed blood:

~ 3 ~اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful,-

~ 4 ~الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
He Who taught (the use of) the pen,-

~ 5 ~عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Taught man that which he knew not.



Tafsirnya Melayu Sekira-kiranya bermaksud:

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,

4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam (Maksudnya: Allah mengajar manusia dengan perantaraan tulis baca)

5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya

Bagaiamana Dan Siapa Yang Menyusun Al-Qur'an?

Walaubagaimanapun, adakah kita pernah terfikir atau pernahkah kita terbaca mengenai bagaimana ayat-ayat di dalam kitab suci al-Qur'aan disusun.
Siapa yang menyusun ayat-ayat di dalam kitab suci al-Qur'aan tersebut dan kenapakah ayat yang mula-mula turun itu diletakkan di surah yang ke 96. Dan yang lebih ajaib lagi adakah kita pernah mengambil tahu atau terfikir atau terbaca apa ayat-ayat yang kedua diturunkan sesudah ayat-ayat di atas?

Nabi Muhammad saw Menyusun Al-Qur'an
Dalam satu riwayat yang penulis petik dari kitab Tafsir Al-Azhar karangan Hamka, Hamka menerangkan bahawa terdapat riwayat yang menyatakan bahawa ayat-ayat al-Qur'aan yang turun kepada Nabi Muhammd saw setelah Nabi Muhammad saw menerima wahyu pertama dan turun dari Gua Hira ialah ayat dalam surah al-Muzammil.
Peristiwa Setelah Gua Hira
Setelah Nabi Muhammad saw menerima wahyu pertama dan turun dari Gua Hira, baginda saw lalu balik ke rumah baginda saw dan berada dalam keadaan menggigil. Lalu setelah diselimuti oleh Isteri baginda Ummul Mu’minin Siti Khadijah al-Kubra r.a, baginda pun menceritakan pertemuan baginda dengan Jibril a.s kepada Ummul Mukminin Saidatuna Khadijah r.a. dan turunlah ayat al-Qur'aan al-Karim dari surah al-Muzammil kepada Baginda saw.

Maka atas dasar inilah sesetengah ulama berkata bahawa ayat yang kedua turun ialah ayat dari surah al-Muzammil.
Mengapa Ayat Yang Pertama Diturunkan Tidak Diletak Pada Permulaan Al-Qur'an
Lalu persoalan seterusnya yang penulis ingin ungkapkan kepada para pembaca sekalian, ialah unsur utama yang akan menjadi tujuan kenapa penulisan ini ditulis, iaitu:-

Mengapakah ayat yang pertama tidak disusun pada awal muka surat pertama dan ayat kedua ini tidak disusun dalam surah al-‘Alaq selepas ayat yang kelima dan mengapakah juga ayat-ayat lain tidak disusun menurut tarikh ayat itu diturunkan ?

Penyusunan Kitab Suci Al-Qur’aan al-Karim
Menurut kitab-kitab Tafsir yang pernah penulis baca, penyusunan ini disusun sendiri oleh Nabi Muhammad saw atas panduan Malaikat Jibril a.s. Setelah itu Nabi Muhammad saw pula telah memerintahkan sahabat-sahabat baginda menulisnya di dalam lembaran-lembaran kertas yang dibuat dari pelepah kurma dan kulit-kulit binatang dan menyusunnya sebagaimana yang diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s itu

Penyusunan Nabi Muhammad saw Dari Bilangan Surah, Bilangan Juzuk, Bilangan Ayat, Hingga Kepada Pembahagian Hizib Al-Qur'an.

Malah penyusunan kitab al-Qur'aan ini diriwayatkan bukan setakat yang mana awal dan yang mana akhir sahaja semata-mata. Tetapi penyusunan itu juga diriwayatkan berserta dengan di mana meletakkan tanda berhenti setiap ayat. Di mana meletakkan tanda Hizib atau ‘Ain, di mana meletakkan tanda satu surah dan di mana meletakkan tanda satu juzuk al-Qur'aan.

Penyusunan ini dibuat hinggalah sehingga penuh 30 juzuk. Manakala jika ada ayat-ayat yang turun setelah penyusunan ini, maka ayat-ayat tersebut akan ditunjukkan oleh Saidina Jibril sekali lagi kepada Nabi Muhammad saw di mana harus meletakkan ayat tersebut di dalam al-Qur'aan yang telah tersusun dan kemudian sekali lagi Nabi Muhammad saw akan memerintahkan penulis-penulis baginda memasukkan ayat yang baru itu kedalam surah dan ayat yang sudah tersusun itu.

Seperti mana yang diketahui oleh kita semua, bahawa ayat al-Qur'aan yang terakhir ialah ayat 3 dalam surah al-Ma’idah iaitu:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا

This day have I perfected your religion for you, completed My favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion.
Tafsirnya bermaksud:

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu

Ransangan Al-Qur'an Untuk Menyelidik

Dengan adanya penyusunan yang terlalu ajaib dan memberikan perasaan ingin tahu dan memberikan sifat menyelidik ini kepada setiap pembaca, maka tidakkah semua pembaca merasa berkeinginan untuk mengetahui dan ingin menyelidiki kenapa ayat-ayat tersebut disusun sebegitu ajaib sekali?

Sifat Pihak Yang Memerangi Allah

Bukankah dengan penyusunan begitu akan membuat sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab tampil kehadapan dan mengatakan bahawa penyusunan al-Qur'aan itu salah kerana tidak mengikut urutan penurunannya. Dan mungkin berbagai-bagai lagi pihak yang akan membuat tohmah kepada al-Qur`aan dengan adanya penyusunan ajaib ini. Penulis sebenarnya telah membaca kritikan-kritikan tersebut di dalam kitab-kitab tafsir dan juga di dalam internet. Mudah-mudahan kitab ini akan dapat menjawab semua persoalan yang dikemukakan.

Sifat Umat Islam Adalah Kurnia Allah
Bagi umat Islam yang telah percaya kepada ugama Allah swt ini, Al-Hamdulillah dengan rahmat yang Allah swt berikan, orang-orang Islam yang benar-benar beriman tidak mudah luntur kepercayaan mereka. Meskipun mereka tidak mengetahui apakah hikmat di sebalik penyusunan yang ajaib itu. Dan meskipun berbagai masalah dan percobaan yang telah menimpa mereka sehingga menjadikan iman Umat Islam di saat ini menipis seperti kulit bawang.

Itulah kurnia Allah swt kepada makhlukNya. Dan dengan kurnia Allah swt itu, penulis juga percaya bahawa Iman umat Islam akan kembali hebat dan gagah seperti dulu selepas berlakunya pembersihan pada kelemahan-kelemahan dalam diri mereka itu.


Kitab Suci Al-Qur’aan Al-Karim Ialah Kitab Ramalan Masa Depan?Apakah dia hikmat dan sebab kenapa ayat al-Qur'aan disusun istimewa sebegitu rupa?.

Sebabnya ialah untuk menjelaskan bahawa penyusunan-penyusunan yang ajaib itu adalah untuk menunjukkan kepada umat Islam bahawa al-Qur'aan itu bukan sahaja mempunyai berbagai mukzizat yang tidak terkira banyaknya, tetapi antaranya juga al-Qur'aan itu boleh memberitahu kepada umat manusia perkara-perkara yang akan berlaku esok dan selepasnya dan perkara-perkara yang berlaku kemarin dan sebelumnya.
Kuasa Allah swt Menjadikan Al-Qur'an Menghuraikan Semua Perkara
Ertinya kitab al-Qur'aan itu selain dari apa yang telah kita kenali dan maklumi sebelum ini, kitab al-Qur'aan itu juga boleh menjadi kitab yang menghuraikan setiap sesuatu, termasuklah juga mengenai ramalan yang akan terjadi pada masa akan datang dan ramalan harian.

Ramalan Al-Qur'an

Suatu ramalan yang pasti terjadi tidak mesti tidak. Suatu ramalan yang pasti terlaksana tepat pada masanya walaupun kita lari beribu batu jauhnya. Kerana ia merupakan qalam Tuhan yang tertulis dan Allah swt tidak akan memungkiri janjiNya.


Tarikh Hijrah, Tarikh Masihi Dan Ayat Al-Qur'aan


Sedar tak sedar kita sudah berada ditahun 1430 H.

Suatu kejutan yang amat dahsyat apabila kita melihat tarikh itu telah berlalu begitu pantas. Suatu perkara yang amat menakutkan bagi orang-orang yang tidak beriman apabila mengingatkan bahawa umurnya sudah tua ketika ini dan menyedari akhirnya dirinya akan menuju kematian juga.

Non Muslim Mengatasi Ketakutan Pada Mati

Namun untuk mengatasi rasa takut kepada kematian itu, umat yang tidak beriman di hati mereka akan sibuk mencari jalan penyelesaiannya dari arah yang tidak tepat dan tidak betul. Oleh itu mereka semakin sesat dan semakin jauh dari Allah swt.

Lalu apabila kematian tiba, mereka akan mati dalam kesesatan. Lalu jika Allah swt kehendaki Allah swt akan menyiksa mereka dan jika Allah swt kehendaki Allah swt akan mengampunkan mereka.
Persediaan Umat Islam Menghadapi Mati

Bagi orang-orang yang beriman pula, mereka akan kembali kepada Allah swt. Dengan kembalinya mereka kepada Allah swt itu, maka apabila mereka menemui kematian mereka semasa kembali kepada Allah swt itu, maka selamatlah mereka daripada Azab Allah swt di akhirat dengan izin dan rahmat Allah swt .

Perbezaan Tarikh Dan Taqwim Pada Empat Musim Dan Namanya

Apabila kita perhatikan tarikh-tarikh atau Taqwim-Taqwim hijrah berserta namanya dan apabila kita perhatikan Taqwim Masihi serta penyusunannya, maka mungkin di antara kita ada yang pernah terfikir dan tertanya-tanya mengapa tarikh-tarikh di dalam Taqwim hijrah itu tidak sama dengan namanya semasa tarikh itu berlaku.

Umpamanya tarikh Jamadilawal dan Jamadilakhir berlaku semasa musim panas, sedangkan erti Jamadilawal itu bererti musim sejuk yang pertama.

Kemudian mungkin kita akan terfikir bahawa perkara ini mungkin disebabkan oleh nama bulan ini bukan dinamakan oleh Nabi Muhammad saw. Namun bagaimana pula nama Ramadhan yang bererti sangat panas. Ianya disebutkan dalam kitab al-Qur`aan.

Kadang-kadang bulan Ramadhan terjadi pada musim sejuk. Perubahan-perubahan ini akan berlaku pada setiap 32 lebih tahun mengikut kiraan pusingan bulan dan kiraan pusingan bumi mengelilingi matahari.

Oleh itu tidakkah anda pernah terfikir kemungkinan penamaan bulan-bulan dalam Islam itu salah dan sebagainya. Lalu jika ia salah kenapa pula bulan Ramadhan itu dinamakan oleh Allah swt dalam ayat al-Qur'aan.

Penamaan Nama Bulan Dalam Al-Qur'an Tepat

Penamaan itu tentulah penamaan yang tepat kerana Al-Qur'aan itu sebagaimana yang diyakini oleh semua umat islam adalah perkataan-perkataan yang tiada kesalahannya.

Allah swt juga tidak pernah menjadikan segala sesuatu itu tanpa ada hikmah dan tujuan disebaliknya. Jadi tentulah perbezaan antara bulan Ramadhan semasa terjadinya musim sejuk itu mempunyai hikmah dan keajaiban yang tersendiri.


Dalam Surah aal-Imran ayat 190 dan 191 Allah swt berfirman:


~ 190 ~
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ

Behold! in the creation of the heavens and the earth, and the alternation of night and day,- there are indeed Signs for men of understanding,-

~ 191 ~
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Men who celebrate the praises of Allah, standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of) creation in the heavens and the earth, (With the thought): "Our Lord! not for naught Hast Thou created (all) this! Glory to Thee! Give us salvation from the penalty of the Fire.
Maksud Dalam Bahasa Melayu:

190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka
.


Sebahagian kita pula akan menjawab seperti berikut ini:-


Apabila musim panas terjadi di bahagian utara bumi, maka musim sejuk akan terjadi di bahagian selatan. Oleh itu apabila bulan Ramadhan itu jatuh pada musim sejuk di bahagian utara bumi, maka ia akan menjadi musim panas pula di bahagian selatan. Oleh itu walau bila-bila pun waktunya musim panas akan berlaku sepanjang masa mengikut peredaran matahari di mana ia berada.

Pendapat Penulis

Penulis berpendapat jawapan di atas adalah betul.

Tetapi bagaimanapula jika bulan Jamadilawal terjadi antara bulan Mac hingga bulan Jun dan antara bulan September hingga bulan November.
Iaitu apabila terjadinya musim bunga dan musim luruh bagi penduduk utara dan penduduk selatan bumi.

Kerana matahari pada ketika ini akan lebih hampir kepada penduduk bahagian tropika. Dan di kawasan tropika pula tiada empat musim. Yang ada hanya musim hujan dan musim panas sahaja.

Dan bagaimanapula negara-negara tropika yang mempunyai musim hujan yang banyak. Walaupun matahari tegak di atas kepala mereka dan sepatutnya ketika itu musim panas akan terjadi dan hujan akan kurang, tetapi hujan tetap banyak disebabkan kebanyakan kawasannya yang dipenuhi hutan pokok bakau yang dipenuhi air.
Oleh itu apakah dia rahsianya?

Sebenarnya rahsia perkara-perkara tersebut hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahuinya. Samada rahsia tersebut wujud atau tidak, ianya tidak diragukan lagi bahawa rahsia itu ada. Bahkan rahsia tersebut tidak akan habis walaupun ia telah begitu banyak digali.

Antara rahsia-rahsia al-Qur'aan yang penulis ingin kemukakan kenapa terjadinya keajiaban penyusunan al-Qur'aan berbeza dari tarikh turunnya dan kenapa nama bulan-bulan dalam Islam itu dinamakan dengan nama musim yang kenyataannya berubah-rubah ialah:-
Keistimewaan Masa Tertentu

Untuk menyatakan keistemewaan nama bulan yang terjadi tepat masanya dinamakan itu lebih daripada nama bulan yang tidak terjadi tepat pada masanya dinamakan.

Contohnya bulan Ramadhan yang terjadi pada musim panasdikawasan utara bumi iaitu antara bulan Julai hingga bulan penghujung September adalah lebih baik dari pada bulan-bulan yang lain pada penduduk utara bumi.


Musim Panas Siang Ramadhan Lebih Lama

Kerana bulan Ramadhan yang terjadi pada musim panas itu akan menjadikan hari siang lebih lama berbanding malam. Oleh itu ibadat puasa yang dibuat akan menjadi lebih panjang. Begitu juga apabila Bulan Ramadhan di musim panas yang berlaku di bahagian selatan bumi.
Ibadat Semasa Berpuasa Lebih banyak

Kerana waktu siang lebih panjang dari biasa, maka banyaklah hal-hal yang berkebajikan dapat dilaksanakan dengan penuh keberkatan dan pahala yang jauh lebih besar. Berbanding daripada jika ia berlaku pada musim sejuk. Kerana jika musim panas yang panjang itu berlaku pada bukan bulan Ramadhan, maka siang yang panjang itu akan diisikan dengan perkara-perkara yang kurang berfaedah dan sebagainya. Jadi semakin panjang siang hari di bulan Ramadhan adalah semakin baik.

Waktu siang juga akan menjadi lebih panas dari biasa. Dengan adanya ujian kepanasan ini, hamba-hamba yang sabar dan tahan uji akan mendapat pahala yang lebih berlipat ganda. Kerana dalam bulan Ramadhan pahala pahala sunat akan mendapat pahala seperti pahala wajib, manakala pahala wajib pula akan digandakan sehingga menjadi 70 kali ganda.
Mati Syahid Di Bulan Ramadhan

Oleh itu bayangkanlah jika waktu terjadinya bulan Ramadhan itu terjadi di musim panas yang panasnya luar biasa sehingga boleh membunuh jiwa manusia. Bahkan dengan waktu siang hari yang menjadi lebih panjang dari biasa. Bukankah kematian yang dialami oleh orang yang berpuasa itu akan menjadikan seseorang itu mendapat mati syahid dan bukankah dengan wujudnya kepayahan itu, pahala yang diterima oleh orang yang berpuasa waktu itu lebih berlipat ganda dari biasa.
Penduduk Tropika


Bagi penduduk kawasan tropika, samada musim panas atau tidak, bulan-bulan tersebut akan sentiasa menjadi panas jika tidak ada hujan dan jika hujan turun maka cuaca akan menjadi sejuk sedikit. Negara-negara yang menerima hujan yang melimpah-limpah ini hanya sebilangan kecil sahaja dan negara-negara yang masih mengalami cuaca panas adalah lebih banyak. Oleh itu erti nama Ramadhan tidak akan hilang walaupun waktunya itu terjadi berubah-rubah di antara bulan-bulan Masihi.
Masing-Masing Umat Islam Dapat Bahagian

Bukankah ini juga memberikan contoh keadilan Allah swt kepada umat manusia, agar umat Islam itu walau di mana ia berada, kecuali jika ia berada di Mekah dan di Mekkah, mereka akan mendapat peluang ganjaran pahala besar yang sama rata mengikut waktu dan tempoh masing-masing.

Hikmah Al-Qur'an


Walaubagaimanapun bukan ini tujuan terpenting penulis menulis perbezaan waktu-waktu terjadi bulan Ramadhan ini. Tujuan penulis yang terpenting ialah untuk menerangkan kaitan hikmah di sebalik perbezaan nama bulan dalam Islam dan juga penyusunan al-Qur'aan.


Ganjaran Pahala Di Mekah Dan Madinah

Seperti yang penulis telah selitkan sebelum ini, dalam kesamarataan peluang penduduk bumi untuk mendapat pahala menurut tempoh musim masing-masing, kecuali penduduk Mekah dan Mekkah. Di Mekah al-Mukarramah, setiap pahala akan digandakan sehingga menjadi 100,000 kali ganda dan di Madinah al-Munawwarah pula, pahala akan berlipat menjadi 1000 kali ganda. Oleh itu cuba bayangkan jika amalan ibadat dibuat di bulan Ramadhan. Jika di negara lain ibadat akan digandakan 70 kali ganda maka di Madinah amalan akan di gandakan 70,000 kali ganda, manakala di Mekah pula amalan akan digandakan menjadi 7 juta kali ganda.

Maka bayangkan pula jika waktu siang menjadi lebih panjang dan lebih panas pada waktu bulan Ramadhan ini dan semasa itu kita berada di Mekkah atau Madinah. Maka berapa banyakkah pahala yang dapat kita kaut.
Mencari Keredhaan Allah

Bukankah pahala orang yang melakukan umrah pada waktu itu akan mendapat pahala yang tidak terkira lagi banyaknya. Dan bayangkanlah bertapa gembiranya Allah swt serta Malaikatnya dan umat-umat Islam yang arif dan telah mengetahui mengenai hakikat ini. Bukankah waktu ini mereka akan merasa lebih bahagia dan gembira dari waktu-waktu yang lain.

Pusingan Waktu

Dan adalah perlu diingat bahawa bulan-bulan Ramadhan di Mekah al-Mukarramah dan juga Madinah al-Munawwarah yang bertepatan waktunya terjadi pada waktu musim panas itu tidak banyak terjadi. Ianya hanya terjadi dalam beberapa tahun sahaja pada waktu pusingan selama 32 tahun.

Oleh itu bukankah penamaan bulan Ramadhan ini memberikan suatu makna yang istimewa. Dan tentunya dengan keistemewaan musim panas di bulan Ramadhan yang bertepatan terjadinya bagi penduduk Mekah dan Mekkah al-Mukarramah akan memberikan sedikit keajaiban yang lain lagi.


Lalu apa pula hubungannya dengan ayat al-Qur'aan?

Seperti bulan-bulan dalam Taqwim Hijriah dan Taqwim Masihi yang mempunyai bilangan sebagai tanda untuk memperingati tarikh dan sebagainya, di dalam ayat suci al-Qur'aan juga kita akan menjumpai bilangan-bilangan tersebut. Nombor atau bilangan dalam al-Qur'aan ini, menunjukkan tempat di mana surah dan juga juzuk al-Qur'aan itu berada.

Namun sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, bahawa penyusunan ayat al-Qur'aan yang begitu istimewa dan menawarkan penyelidikan itu telah membangkitkan keinginan penulis untuk menyelidiki hubungan di antara nombor-nombor yang terdapat di dalam al-Qur'aan dan juga Taqwim Hijriah dan Taqwim Masihi.
Penemuan Alamat 911 Dan Taupan Katrina

Bermula dari tarikh 11 September 2001, iaitu tarikh keruntuhan dua bangunan kembar pencakar langit di New York. Seterusnya kejadian Tsunami pada hujung tahun 2004, Taupan Katrina, pada tahun 2005 dan sebagainya, dan setelah menelitinya beberapa tahun ini, maka penulis percaya dan amat pasti bahawa bilangan-bilangan di dalam al-Qur'aan dan juga kiraan Taqwim Hijriah serta Masihi itu mempunyai hubungan.

Penemuan penulis pada hubungan ayat al-Qur'aan dan Taqwim ini bukan sahaja pada perkara-perkara yang besar tetapi, ianya juga berlaku pada kehidupan sehari-hari penulis sendiri dan semua kehidupan manusia di dunia ini.

Semuanya Ada Dalam Al-Qur'an


Bahkan penulis mendapati bahawa segala yang akan berlaku atau kita lakukan dan segala yang telah berlaku atau telah kita lakukan samada perbuatan baik mahupun dosa semuanya ditulis di dalam al-Qur'aan.

Kaedah Pencarian Penulis

Walaubagaimanapun, penulis ingin mengingatkan pembaca terlebih dulu, bahawa semua perkara tersebut hanya tertulis dalam bentuk kiasan dan jika diamat-amati betul-betul, maka barulah kita akan fahami ertinya.

Dan penulis ingin mengingatkan juga kepada pembaca semua bahawa, urutan-urutan ramalan dan catitan perkara-perkara yang telah berlaku tersebut bukanlah tercatit secara berurutan, tetapi ianya tertulis berserakan di beberapa tempat. Ada yang jelas dan ada yang tersembunyi dan banyak pula ayat-ayat yang masih penulis belum ketahui ertinya. Bahkan banyak pula lagi peristiwa yang berlaku di dunia ini yang tidak dapat penulis ketahui di mana penulisannya dalam al-Qur'aan. Namun penulis tetap yakin bahawa semua perkara yang terjadi di dalam dunia ini adalah terkandung dalam penulisan al-Qur'aan itu.

Firman Allah swt dalam surah al-Kahfi ayat 49:

Kira-Kira Bermaksud:

49. Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun." 

Walaupun ayat di atas menunjukkan peristiwa yang akan terjadi pada Hari Kiamat, namun seperti mana yang penulis jelaskan, bahawa ayat-ayat al-Qur'aan yang mempunyai khazanah yang tidak akan tandus walaupun digali sedalam-dalamnya itu juga membolehkan bahawa erti kitab yang akan diletakkan oleh Allah swt di hadapan orang-orang yang bersalah itu ialah al-Qur'aan itu sendiri.

Ketakutan Orang Kafir Terhadap Al-Qur'an


Orang-orang Kafir akan takut melihat ayat al-Qur'aan yang telah menyatakan kepada umat Islam mengenai perkara-perkara apa yang telah orang-orang kafir itu lakukan maupun yang akan orang-orang kafir itu lakukan.

Buktinya ialah ayat yang dituliskan sebelum ayat di atas juga menunjukkan bahawa peristiwa itu berlaku sebelum manusia dijadikan. Dan bukankah al-Qur`aan juga telah ditulis oleh Allah swt dari sejak zaman sebelum manusia diciptakan.


Firman Allah swt dalam surah al-Kahfi ayat 48:

Kira-kira bermaksud:

48. Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhanmu dengan berbaris. Sesungguhnya kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami menciptakan kamu pada kali yang pertama; bahkan kamu mengatakan bahwa Kami sekali-kali tidak akan menetapkan bagi kamu waktu (memenuhi) perjanjian.

Lalu mari kita lihat Firman Allah swt dalam surah Mutaffifin ini:

Kira-kira maksudnya:

Sekali-kali jangan curang, karena sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam sijjin
Tahukah kamu apakah sijjin itu?

(Ialah) kitab yang bertulis.


Dalam Ayat 18 Hingga 21 Pula Dalam Surah Yang Sama:

18. Sekali-kali tidak, sesungguhnya kitab orang-orang yang berbakti itu (tersimpan) dalam 'Illiyyin.

19. Tahukah kamu apakah 'Illiyyin itu?

20. (Yaitu) kitab yang bertulis,

21. Yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang didekatkan (kepada Allah).

Firman Allah swt dalam surah al-Waqi’ah ayat 75 hingga ayat 81:

Kira-kira bermaksud:

75. Maka Aku bersumpah dengan masa turunnya bagian-bagian Al-Qur'aan.

76. Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui.

77. Sesungguhnya Al-Qur'aan ini adalah bacaan yang sangat mulia,

78. Pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh),

79. Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.

80. Diturunkan dari Rabbil 'alamiin.

81. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Qur'aan ini?

Dalam Ayat 75 Surah al-Waqiah di atas menjelaskan kepada kita bahawa Allah swt telah bersumpah dengan masa turunnya bahagian-bahagian Al Qur'aan.

Dalam Tafsir yang lain, penulis mendapati bahawa erti ayat di atas ialah tempat peredaran bintang-bintang.

Cantuman kedua-dua tafsir di atas menunjukkan makna bahawa tarikh peredaran masa bintang-bintang itu adalah sama seperti masa-masa bila peristiwa yang disebutkan di dalam al-Qur'aan itu ditaqdirkan akan berlaku.


Dan jika tidak tahu, adalah berdosa hukumnya jika ia tidak mahu belajar mengenai perkara ini, kerana belajar mengenai agama itu adalah wajib ke atas Umat Islam seluruhnya.


sumber: Rahsia2 besar dalam Al Quran

Groundbreaking theory SUSUK DAJJAL adalah CAIN "THE AVENGED SEVENFOLD"

S alah satu Enigma didunia ini adalah mengenai siapa susuk Sang Dajjal. Padahal, petunjuknya ada dihadapan kita selama ini... All hiding in ...