Selasa, 18 Februari 2014

MULTIVERSE DAN LUH MAHFUZ

Photo: ‎MULTIVERSE DAN LUH MAHFUZ

Sumber Cedokan: Blog2 orang

Post ni sebahagian dari satu cerita yang cukup panjang yang aku nak buat pasal multiverse. Hari aku cuma cerita kaitan dia dengan Luh Mahfuz. Sebelum tu sikit warning: kalau rasa dah nampak macam tak betul korang berhenti baca je la. Aku tak nak jadi sumber kesesatan orang yang tak boleh nak faham apa yang aku tulis.

Mula-mula meh aku cerita pasal multiverse. Serius pening gila. Aku pun tak tau macam mana nak tulis. Tapi untuk kali ni aku terang sikit je dulu yang kaitan dengan Luh Mahfuz. Siapa tengok cerita Fringe? Ataupun lagi senang cerita Alice in Wonderland. Dua-dua ada cerita pasal dunia yang lain dari dunia kita tapi wujud selari dengan dunia kita. Ini dipanggil parallel universe. Tapi aku lebih pegang konsep multiverse yang mana sama jugak dengan parallel universe cuma universe dia lagi banyak, bahkan tak terkira.

Aku bagi contoh, aku pegang pensel. Apa yang bakal aku buat dengan pensel tu? Tulis? Baling? Patahkan? Ok, andaikan aku tulis. Apa jadi dengan baling dengan patahkan? Mengikut teori multiverse, semua tadi berlaku, cuma pada universe yang lain. Maknanya dari point aku pegang pensel tadi dah ada 3 cabang universe yang berbeza, first aku tulis, lagi satu aku baling, satu lagi aku patahkan. Dan semua kemungkinan-kemungkinan ni akan hasilkan kemungkinan yang lain. Bagi setiap kemungkinan akan terhasil lagi satu cabang.

Itu cara mudah nak bagi faham. Kalau ikut teori tu, kemungkinan dikira sampai tahap laluan yang elektron lalu keliling proton pun diambil kira. Senang cerita setiap saat berbillion entah bertrillion entah berinfiniti cabang yang terhasil. Jadi tak kisah apa yang kita buat kemungkinan lain tetap akan berlaku. Setiap hasil keputusan ni akan hasilkan parallel universe yang selari dengan universe yang kita alami sekarang ni. Gabungan semua universe ni la yang dipanggil multiverse. Antara saintis yang awal bagi hujah kukuh terhadap teori ini adalah Erwin Schrödinger, Max Born, Niels Bohr dan Werner Heisenberg. Tak perlu la aku rasa nak cerita macam mana diorang buat, nanti melampau-lampau panjang pulak post ni.

Faham? Kita terus dengan Luh Mahfuz;

Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma : “Sesungguhnya Allah telah menciptakan Luh Mahfuz daripada mutiara yang putih, helaiannya daripada delima yang merah, penanya dari cahaya, kitabnya dari cahaya, bagi Allah 360 detik padanya, lebarnya adalah di antara langit dan bumi, Allah melihatnya sebanyak 360 pandangan setiap hari, Dia menciptakan, memberi rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan, menghinakan dan Dia perbuat apa yang Dia kehendaki.” [Diriwayatkan oleh al-Tabarani, al-Hakim dan ad-Dhiya’ al-Maqdisi. Al-Hakim berkata : Isnadnya sahih tetapi al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya. Al-Zahabi berkata dalam al-Talkhis : Nama Abu Hamzah itu thabit tetapi dia waahin(cinta akan dunia)].

Para sahabat, tabi’in dan semua Ahlis-Sunnah dan hadis telah bersepakat bahawa setiap perkara yang berlaku sehingga ke hari kiamat telah tertulis di Luh Mahfuz, dan ayat-ayat al-Quran telah membuktikan bahawa Allah telah mencatatkan apa yang Dia lakukan dan katakan di Luh Mahfuz. Dia telah menulis di Luh setiap perbuatanNya dan kalamNya, sesungguhnya ayat ‘Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!’ telah berada di Luh sebelum wujudnya Abu Lahab.’ [Lihat : Bada’i at-Tafsir, Ibn al-Qayyim, 4/131]

Point utama yang boleh kita ambil dari hadis ni dan ijma' sahabat tabi'in dan Ahlis-Sunnah untuk topik aku kali ni ialah.... "Di dalam Luh Mahfuz telah tercatat segala takdir yang dah, sedang dan bakal berlaku".

Jadi sebelum aku cerita kaitan dia, pernah tak korang terfikir atau ada orang tanya pasal takdir yang lebih kurang bunyi dia macam ni:

"Kalau orang yang buat jahat tu takdir Allah. Maknanya tak ada free will. Allah dah tentukan orang tu masuk neraka."

Aduhai, tu pesimis namanya. Tapi tak apa, Insya-Allah aku boleh jelaskan.

Aku bagi ayat Quran jap:

وَلَوۡ أَنَّمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ مِن شَجَرَةٍ أَقۡلَـٰمٌ۬ وَٱلۡبَحۡرُ يَمُدُّهُ ۥ مِنۢ بَعۡدِهِۦ سَبۡعَةُ أَبۡحُرٍ۬ مَّا نَفِدَتۡ كَلِمَـٰتُ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬
Maksudnya:Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Luqman:27

Antara makna istilah 'kalimah Allah' dalam ni termasuk jugak Luh Mahfuz. Maknanya banyak sangat takdir yang ditulis sampai tak boleh nak habis dengan segala lautan dan bantuannnya. Dan banyak sangat cabang-cabang yang terhasil akibat segala kemungkinan yang berlaku sehingga menyebabkan jumlah universe mencapai infinite.

Apa yang aku maksudkan kat sini, semua takdir dah ditulis dalam Luh Mahfuz. Setiap kemungkinan. Memanglah orang tu jahat. Dalam Luh Mahfuz ada tulis dia jadi jahat. Tapi ada jugak dalam Kitab tu yang tulis dia jadi baik. Siapa suruh dia buat keputusan jadi jahat. Setiap apa yang mungkin berlaku tertulis dalam Luh Mahfuz. Semua cabang multiverse tertulis dalam tu.

So, camner? Got it? Kalau tak got it takper la...

Semoga bermanfaat difikir2 kan.

Public Secret - Allahu'alam... Wassalam.‎

Public Secret - Allahu'alam... Wassalam.

10 ulasan:

  1. secara mudahnya, kita tiada kehendak bebas tapi kita ada kebebasan memilih di bawah kehendak yang telah ditetapkan.

    kan ?

    BalasPadam
  2. Itu bukan multiverse saudara, itu di panggil multiprobability, teori parallel yg di maksud kan saintis2 tu adalah kita manusia ada banyak diri, ada baik, ada jahat, ada yg berjaya dan ada gagal, dan bagi mereka diri kita yg parallel betul2 wujud dia dunia parallel yg lain, jadinya teori multiverse berdasarkan parallel world ni bercanggah dan aqidah kita, sebab Allah ciptakan setiap diri tu satu, dia akan masuk syurga mengikut pilihan yg dia lalukan atas muka bumi ini, pilihan2 tu lah yg allah dah tahu san tulis di luh mahfuz...

    BalasPadam
  3. org yang buat jahat kata, takpe aku yg baik ada di sana.. (multiverse). Meghalalkan buat jahat la tu.. maka mereka ini, makin jauh dari Tuhannya..

    Multiverse hanyalah bayangan tiada yg nyata. kata "jikalau.." hanyalah kata-kata syaitan.

    BalasPadam
  4. senang jer nk fhm...esok pilih nk bangun solat subuh atau nk teruskan tidur.. megikut schedule2 tertentu... ada pilihan..jika memilih untuk berserah,ketika ada pilihan,dustala kita... takdir yang terjadi hanya 2..yg diredhoi dan dimurkai.. semoga bermanfaat..kalau tak fhm mcm yg admin blog cerita..boleh rujuk ceramah youtube UAS hidup pilihan/kebetulan.. insyaAllah..selawat selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul dan tepat sekali. Ringkasnya bertaqwa, pilih yg Allah suruh. Siapa yg paling bertaqwa, dialah yg paling untung.

      Padam
  5. Topik yang mencabar minda dan aqidah..takdir dan luh mahfuz..Bukankah Kalam Allah adalah yang pertama diciptakan oleh Allah sebelum Allah menciptakan makhluk yang lainnya?..dari Kalam Allah inilah maka tertulisnya takdir dari awal penciptaan hingga ke hari kiamat..bagaimana rupa kalam Allah..kalam Allah ini bukanlah apa yang seperti kita fikirkan seumpama coretan tulisan dari pena..ianya tidak dapat tergambar tetapi kita boleh bayangkan bahawa kalam Allah ini merupakan kod kod programming formulasi algorithm kehendak Allah yang dinamakan Takdir. Kehidupan seorang insan hanyalah kehidupan maya..hidup dialam maya dan akhirat jualah yang kekal dan abadi.. Frasa ini sering kita dengar namun adakah kita sedar apa yang dimaksudkan maya tersebut? kehidupan maya sebenarnya adalah kehidupan yang diprojeksikan atau dipancarkan dari algorithm takdir kalam Allah tadi..

    BalasPadam
  6. kehidupan maya sebenarnya adalah kehidupan yang diprojeksikan atau dipancarkan dari algorithm takdir kalam Allah tadi..teori sains berkenaan parallel universe atau multiverse adalah teori ahli sains barat yang gagal melihat dan memikirkan alam semesta dan takdir ciptaan Allah dari sudut Al Quran dan Hadis..setiap insan sudah tertulis takdirnya.. dan takdir ini mempunyai beribu cabang yang berjalan serentak cumanya cabang yang manakah akan kita lalui maka cabang itulah yang akan terpancar di alam maya dan kita alaminya..sebagaimana firman Allah..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu merubah nasib mereka sendiri.. perubahan ini atas usaha dan doa yang dimakbulkan dan diizinkan Allah. Maka disini dapat kita lihat kehidupan manusia sudah tertulis takdirnya diatas beribu cabang perjalanan hidup dan apa yg dizinkan Allah melalui usaha dan doa itulah yang kita alami yang saya gambarkan sebagai satu projeksi yang terpancar di layar maya kehidupan.

    BalasPadam
  7. melalui usaha dan doa itulah yang kita alami yang saya gambarkan sebagai satu projeksi yang terpancar di layar maya kehidupan. Walaubagaimanapun cabang cabang takdir yang beribu-ribu ini akan bertemu dibeberapa buku-buku (nodes) takdir yang mana sejauh manapun cabang tersebut menyimpang ianya akan bertemu ditiga cabang takdir yang tetap iaitu jodoh (dengan siapa kita berkahwin), rezeki (berapa dan dari mana rezeki kita) dan maut (bila, dimana dan bagaimana kita mati). Jodoh, rezeki dan maut ini adalah jalan cerita utama kehidupan kita yang tidak akan berubah melainkan dengan kuasa Allah dan kehendaknya. Saya suka mencontohkan takdir yang tertulis melalui kalam Allah di Luh Mahfuz ini melalui analogi sebuah permainan komputer seperti Game "Life is strange". Takdir boleh dianggap sebagai binary code yang diprogramkan dan mempunyai algorithm pilihan pilihan keputusan yang diambil dan jalan cerita yang akan berlaku berbeza beza mengikut keputusan yang diambil..watak didalam game tersebut akan menjalani kehidupan pilihan yang telah diprogramkan (ditakdirkan) sejak awal lagi (luh mahfuz). Ini menggambarkan sebagai seorang insan diciptakan sebagai satu watak oleh Allah tetapi insan tersebut mempunyai beribu takdir yang sudah tertulis..dan insan tersebut boleh berpindah dari satu takdir ke satu takdir dengan izin dan kehendak Allah menyebabkan berlakulah keadaan barang yang hilang tiba-tiba muncul dan seumpamanya yang menjadi intipati perbincangan dalam blog ini.

    BalasPadam
  8. keadaan barang yang hilang tiba-tiba muncul dan seumpamanya yang menjadi intipati perbincangan dalam blog ini. Apa yang ingin saya nyatakan di sini pencerapan ahli sains barat melalui quantum physic dan string theory telah dapat mengesan adanya takdir dan mereka mengemukakan takdir ini sebagai parallel universe atau multiverse yang kini sangat famous dalam movie marvel. Tetapi sebenarnya apa yang mereka kesan itu adalah takdir pilihan kehidupan seorang insan yang telah tertulis di luh mahfuz sejak azali lagi. Luh mahfuz boleh dianggapkan sebagai cloud storage atau hard drive dalam analogi dunia komputer sekarang. Cumanya akal kita tidak akan dapat tercapai bayangan bagaimanakah luh mahfuz dan kalam Allah tersebut..Persoalannya sekarang apakah sebenarnya projeksi (pancaran) maya kehidupan yang kita alami sekarang ini..jika komputer memancarkan kisah perjalanan watak didalam game "life is strange" tersebut di screen komputer (malahan tetap berjalan/berlangsung walaupun skrin dipadamkan) dimanakah atau bagaimanakah kehidupan ini kita alami? dimana ianya dipancarkan/dimainkan..adakah teori sains selain parallel universe atau multiverse yang boleh menerangkan pancaran kehidupan maya ini...fikir-fikirkan..insyaAllah dengan izin Allah akan saya sambung pengutaraan pendapat bagi topik yang mencabar minda dan aqidah ini dimasa lain..

    BalasPadam
  9. Allah s.w.t menciptakan berbagai mahkluk sejak azali lagi.. mahkluk terakhir adalah manusia..dalam Al-Quran tidak menceritakan semuanya.jikalau di ceritakan semuanya nescaya Al-Quran itu setebal langit ke tujuh tiada mahkluk yang akan mampu membacanya sampai habis..tak percaya??? tunggu saat mati kerana saat itu hijab kita manusia habis akan terbuka sepenuhnya..kita tak dibenarkan percaya 100% sesuatu yang tidak ada dalam Al-Quran..tapi kena faham kalau ianya ada di dalam Al-Quran sekalipun kamu pulak yang tak mampu menerimanya..

    BalasPadam

Groundbreaking theory SUSUK DAJJAL adalah CAIN "THE AVENGED SEVENFOLD"

S alah satu Enigma didunia ini adalah mengenai siapa susuk Sang Dajjal. Padahal, petunjuknya ada dihadapan kita selama ini... All hiding in ...