AL KAUTHAR [1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). [2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). [3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). 108:Al-Kauthar, Mekah
Isnin, 19 Mei 2014
KAITAN ROSICRUSIAN DAN ILMU-ILMU ANEH MEREKA
Sebelum kehadiran agama Kristian, masyarakat Eropah menyembah dewa-dewi pagan dan agama animisme. Dewa-dewi pagan yang paling popular adalah dari budaya Greco-Roman. Zeus, Jupiter, Diana, Neptune, Hercules sekadar menyebutkan beberapa nama adalah dewa-dewi orang-orang Yunani dan Rom namun jika dikaji dengan lebih teliti, rupa-rupanya dewa-dewi ini juga diambil dari budaya Mesir Kuno; penjelmaan semua dewa-dewi orang-orang Mesir ke budaya Greco-Roman.
Perhubungan orang-orang Eropah dengan jiran-jiran mereka dari Timur Tengah terutamanya dari apa yang dipanggil 'orang Semit' dari kalangan Yahudi dan Arab menumbuhkan minat orang-orang Eropah mempelajari satu cabang agama misteri yang kurang diterokai oleh mereka, iaitu sihir atau perhubungan manusia dengan jin dan syaitan sejak mereka masih tidak memahami rahsia mistik Mesir Kuno dan The Book of Dead.
Orang-orang Semitlah yang memberi ilmu pengetahuan tentang makhluk-makhluk halus ini dan sihir-sihir yang lebih maju; lebih maju dari yang dapat diberikan oleh rahib-rahib Celtic dan Druid serta para Oracle dan penjaga Kuil Artemis. Kita akan memahami bagaimana orang-orang Eropah mempelajari mistik dan menjadi permulaan kepada kultus-kultus sihir seperti yang digambarkan di dalam buku dan filem Harry Porter serta kewujudan ajaran New Age dan Theosophy.
"Kultus Persaudaraan Rose Cross" atau kadangkala disingkatkan menjadi Rose Cross atau Rosicrucian adalah salah satu kultus mistik sesat yang bergabung ke dalam organisasi Dajjal Laknatullah selain pergerakan Kabbalah dan 'Babylonian Magic'.
Tidak ramai yang mengetahui siapa yang mengasaskan kultus ini sehinggalah terbit 3 buah makalah iaitu Fama Fraternitatis, Confessio Fraternitatis dan Chymical Wedding of Christian Rosenkreuz yang mendakwa pergerakan mistik Rose Cross dimulakan oleh C.R.C iaitu kependekan bagi Christian Rosenkreuz. Rosicrucian adalah pergerakan mistik (Hermiticism) yang mencampuradukkan fahaman-fahaman mistis sesat Kabbalah, pagan dan tafsiran-tafsiran Sufism yang diseleweng di sana-sini dengan sedikit kepercayaan mistik dalam agama Kristian. Rosicrucian adalah antara sumber amalan dan ritual sesat dalam Freemasonry, satu persaudaraan tertua milik Dajjal Laknatullah yang diwariskan dari kultus sihir diraja Firaun Mesir.
Sehingga kini di dalam Freemasonry terdapat nama pangkat yang didedikasikan kepada nama kultus ini iaitu Knight of the Rose Croix yang menduduki tangga 18 Degree Freemasonry. Malahan kultus sesat ini masih wujud sehingga ke hari ini dengan nama Ancient Mystical Order Rosae Crucis (AMORC).
Menyelusuri sejarah Rosicrusian dan pengasasnya membuatkan kita dapat mengagak perjalanan hidup yang serupa di alami oleh The Antichrist dan dari mana orang-orang Eropah mempelajari ilmu ramalan Tarot dan 'magic' seperti yang digambarkan oleh Harry Potter dan rakan-rakannya di dalam novel terkenal itu. Untuk mengetahuinya kita perlu mengenal siapa pengasasnya yang digambarkan di dalam Fama Fraternitatis. Christian Rosenkreuz mungkin hanya gelaran dan sarjana masih tidak mengagak dengan tepat siapakah sebenarnya Rosenkreuz itu. Cuma ada diceritakan kisah hidup pengasas ini di mana dipercayai Rosenkreuz adalah orang yang sama dengan seorang anak kecil yang diselamatkan oleh para pendeta Albigensian (satu kelompok gnostic Kristian) dari istana milik keluarganya dari serangan Konrad von Marburg, seorang pegawai Inquisitor yang memimpin tentera di bawah kuasa Paus untuk menghapuskan kelompok-kelompok yang menentang Paus.
Anak kecil ini di bawa oleh para pendeta tadi ke sebuah biara tersembunyi dan di sanalah dia diajar segala ilmu kerohanian Albigensian yang dianggap sesat oleh gereja. Apabila besar, anak kecil tadi yang berubah menjadi remaja yang sihat dan cerdas merasakan apa yang didapati dari biara Albigensian itu tidak memenuhi kehendak dirinya. Masih ada lompang dan banyak kekurangan dalam mistik mereka. Pemuda itu perlukan lebih dan lebih lagi. Dia telah bergabung dengan satu aliran kerohanian yang bercadang untuk ke Tanah Suci (Baitul Maqdis). Dalam perjalanan, teman perjalanan Rosenkreuz yang dihormati olehnya telah meninggal dunia di Cyprus dan Rosenkreuz terpaksa meneruskan perjalanan hingga ke Damsyik. Di Damsyik, dia telah berguru dengan ahli falsafah dan Sufi di sana.
Kemudian dia telah mendengar tentang satu kelompok Kabbalis yang berada di Damcar, satu kota yang terkenal dengan pelbagai aliran kerohanian. Berasa putus asa dengan perjalanannya ke Baitul Maqdis, dia pun bergerak ke sana melalui kafilah-kafilah Arab dan umurnya baru mencecah 16 tahun ketika tiba di Damcar. Dia telah mendapat seorang kawan yang dihormatinya dalam ilmu kesufian dan kerohanian, dan telah mengajarnya ilmu kerohanian Arab. Rosenkreuz telah mempelajari bahasa Arab dan telah menterjemahkan satu buku kerohanian Arab yang digelarnya 'M' dan kemudiannya membawanya ke Eropah sebagai satu ilmu yang amat tidak ternilai harganya.
Selepas tiga tahun belajar di Damcar, Rosenkreuz telah bergerak ke Fez, di mana tukang sihir Arab mengatakan ilmu lanjutan tentang sihir dan makhluk halus boleh didapati di sana. Di sanalah Rosenkreuz telah mempelajari cara berkomunikasi dengan jin dan syaitan. Namun dikatakan Rosenkreuz merasakan pengalamannya di Damcar lebih bernilai berbanding di Fez.
Selepas 2 tahun di Fez, dia pun belayar ke Sepanyol dengan membawa pengetahuan dan barangan berharga di sepanjang pengembaraannya di Timur Tengah. Menurut riwayat yang lain, Rosenkreuz sebenarnya telah mempelajari ilmu Sufi, Kabbalah dan Zarathushtra ketika pengembaraannya.
Kisah seterusnya ialah perjuangannya menegakkan aliran kerohaniannya sehinggalah kematiannya yang misteri. Kisah yang popular mengatakan tiada siapa pun yang pernah melihat dia kecuali para pengikutnya. Kota mistik Damcar di Timur Tengah juga tidak wujud dan mungkin penulis maksudkan kota Damascus (Damsyik) yang juga tempat berkumpul para tokoh Sufi dan ilmuwan Islam seperti al-Farabi dan Imam Nawawi. Malah tokoh Sufi berhaluan kiri, Ibnu Arabi yang amat kontroversi juga meninggal dunia di sini. Kemungkinan Rosenkreuz pernah bertemu dengan beliau atau anak muridnya.
Satu teori lain ialah kewujudan Rosicrucian yang terawal bersama dengan kultus sihir di Istana Firaun. Pergerakan Rosicrucian, berakar dari tradisi misteri, falsafah, dan mitos dari Mesir Kuno (kira-kira 1500 SM). Di zaman dahulu istilah “misteri” disebut sebagai suatu pengetahuan khusus (gnosis), atau suatu kebijaksanaan yang rahsia.
Beribu-ribu tahun yang lalu di Mesir Kuno, dipilih sekolah atau badan yang dibentuk untuk menyelidik misteri hidup dan belajar rahsia kebijaksanaan tersembunyi ini. Hanya para pelajar yang tekun, yang menunjukkan keinginan besar terhadap pengetahuan dan memenuhi kelayakan tertentu saja yang mampu dipertimbangkan untuk dilantik ke dalam aliran ini.
Para anggota pelajar pertama aliran ini bertemu di dalam ruangan yang dipencilkan di dalam kuil tua yang tersergam, sebagai calon, mereka diiktiraf ke dalam aliran tersebut. Pengajian kebatinan mereka kemudian meletakkan personaliti yang lebih tertutup dan dipegang secara eksklusif di dalam kuil yang telah dibangunkan untuk tujuan tersebut. Bertentangan dengan pernyataan sejarawan, tradisi Rosicrucian menceritakan bahawa piramid Giza tidaklah dibangunkan sebagai makam firaun, tetapi benar-benar merupakan tempat pengajian dan latihan kebatinan. Sekolah-sekolah kultus, setelah berabad-abad, secara beransur-ansur ditingkatkan menjadi pusat pembelajaran, menarik para pelajar dari seluruh dunia.
Firaun Thutmose III, yang memerintah Mesir dari 1500 hingga 1447 SM, mentadbir sekolah kebatinan pertama yang mula-mula sekali menemukan kaedah dan prinsip yang mirip dengan prinsip dan kaedah aliran Rosicrucian zaman ini, AMORC. Dekad Firaun selanjutnya, AMENHOTEP IV 'dibaiah' ke dalam aliran rahsia ini. Firaun ini yang paling mendapatkan pencerahan, menurut Rosicrucian, sangat diinspirasikan oleh pengetahuan rahsia yang mengajarkan bahawa ia memberi suatu arah baru bagi falsafah dan agama Mesir.
Dia mendirikan suatu agama yang mengakui Aton, tuhan matahari, sebagai lambang tapak kaki dewa, asas bagi kehidupan itu sendiri, lambang cahaya, kebenaran, dan kesenangan, dan mengubah namanya menjadi Akhenaton untuk mencerminkan gagasan baru ini. Walaupun agama yang lebih awal didirikan kembali kemudiannya, gagasan kebatinannya ditanamkan ke dalam kesedaran manusia dan pengaruhnya tidak pernah padam.
Berabad-abad kemudian, ahli falsafah Yunani seperti Thales dan Pythagoras, ahli falsafah Rom, Plotinus, dan yang lainnya, telah pergi ke Mesir dan dibenarkan memasuki ke dalam aliran rahsia itu. Kemudian mereka membawa ajaran ini ke dunia barat. Pengalaman mereka adalah catatan pertama dari apa yang segera wujud dalam aliran Rosicrucian. Nama aliran, seperti yang sekarang dikenali, datang kemudian. Bagaimanapun, aliran Rosicrucian selalu mengabadikan warisannya dari prinsip dan perlambangan masa lampau.
Sepanjang sejarah, menurut dakwaan Rosicrucian, sejumlah orang terkemuka di bidang ilmu pengetahuan dan teknologi telah dihubungkan dengan pergerakan Rosicrucian, seperti Leonardo da Vinci (1452-1519), Cornelius Heinrich Agrippa (1486-1535), Paracelsus (1493-1541), François Rabelais (1494-1553), Theresa Avila (1515-1582), John of the Cross (1542-1591), Francis Bacon (1561-1626), Robert Fludd (1574-1637), Jacob Boehme (1575-1624), René Descartes (1596-1650), Blaise Pascal (1623-1662), Baruch Spinoza (1632-1677), Isaac Newton (1642-1727), Wilhelm Gottfried Leibnitz (1646-1716), Benjamin Franklin (1706-1790), Thomas Jefferson (1743-1826), Michael Faraday (1791-1867), Ella Wheeler Wilcox (1850-1919), Marie Corelli (1855-1924), Claude Debussy (1862-1918), Erik Satie (1866-1925), dan Edith Piaf (1916-1963).
Jika begitu, ini bermakna hubungan Rosicrucian dengan Freemasonry amatlah rapat dan tidak boleh disangkal lagi. Rosicrucian adalah Mason, Mason adalah Rose Cross. Sampai satu peringkat, para pelatih Mason akan diajar ilmu 'sufi' Mawar Salib. Mereka akan diajar tentang Tuhan sebenar yang disembah oleh aliran itu iaitu, Lucifer yang dipercayai oleh ahli kultus sebagai pemilik alam semesta ini.
Puisi Jalaludin Al-Rumi, Mathnawi; Kultus-kultus mistik Eropah sering mencedok falsafah sufism dan kemudian menyelewengkannya menurut fahaman sesat mereka.
Lambang Rosicrucian adalah salib yang diletakkan bunga mawar di atasnya. Salib melambang jasad manusia dan bunga mawar melambang kesedaran atau pencerahan kerohanian manusia itu. Sekadar trivia, lambang inilah yang terpampang pada layar kapal-kapal Columbus. Lambang mawar ini sebenarnya dicedok dari aliran sufi Suhrawardi iaitu Tarekat Bunga Mawar yang akhirnya dipanggil Rosicrucian di Barat. Kita tidak perlu hairan dari mana pengetahuan kerohanian ini berasal kerana orang-orang Eropah belajar ilmu mistik dari orang Yahudi (Kabbalah).
Kisah para ketua, pengasas dan para pendeta kultus-kultus sihir Eropah yang belajar dari para Kabbalis dan ahli Sufi (namun mereka gemar memutarbelitkan ilmu sufi tadi) diabadikan oleh seorang penulis horror Amerika, Howard Phillips Lovecraft (H.P Lovecraft) yang telah mengasaskan kepercayaan Cthulhu, dewa berbentuk sotong (tampil dalam komik dan filem Hellboy) ke dalam karyanya yang paling popular di seluruh dunia iaitu Necronomicon dengan watak utamanya iaitu Abdul Alhazred yang bergelar 'Mad Arab'.
Necronomicon hanyalah mitos H.P Lovecraft, namun isi kandungan sebenarnya telah diambil dari legenda-legenda sihir Rosicrucian dan agama misteri Masons (sepertimana Walter William Skeat yang mengarang Malay Magic, namun Malay Magic lebih 'authentic' dan tinggi darjatnya berbanding Necronomicon kerana ia sebuah pemerhatian sejarah).
Banyak versi Necronomicon selepas kematian H.P Loveraft. Salah satu dewa dalam teks-teks berbau Necronomicon, Yog-Sothots, Yog-oths atau Shogoths adalah nama dewa dari ajaran sesat Barat merujuk kepada Yaghuts, salah satu berhala orang-orang Arab jahiliah yang dipercayai asalnya ialah orang soleh di zaman nabi Nuh. Aliran Fransiscan dalam kependetaan Gereja Katolik yang diasaskan oleh St. Fransis Assisi pula sebenarnya diinspirasikan dari ajaran sufi Najmuddin Al-Kubra yang hidup lebih awal dari pendeta terkenal itu.
Aliran kebatinan Rosicrusian inilah yang menjadi inspirasi kepada kultus-kultus mistik sesat lain seperti Order of The Golden Dawn (Aleister Crowley) dan Brotherhood of Luxor selain aliran-aliran tersembunyi yang menjadi kelab para elit Eropah seperti Order of The Garter (Queen Elizabeth) dan Order of The Black Sun (Hitler). Order of The Garter pula asalnya terdiri dari tiga belas orang, satu kelompok di bawah Raja Edward III, kelompok lainnya di bawah Putera Hitam (Black Prince). Simbol warnanya biru dan emas, jubahnya kain bulu bertudung, dan tujuan-tujuannya adalah bersifat ketenteraan dan kesetiaan seorang satria.
Orang suci pelindungnya adalah St. George, yang di Syria, dimana system pemujaannya berasal, disamakan dengan watak Khidr yang misteri dari aliran para Sufi. Dalam kenyataannya kelompok ini disebut dengan Ordo St. George, yang diterjemahkan langsung ke dalam ungkapan Sufi sebagai Thariqat Hadharati Khidr (The Order of St. Khidr) yang kemudian dikenali dengan nama Order of The Garter. Orang-orang Eropah yang dahagakan lebih amalan mistik sesat dan pagan kemudiannya mengubah trend ke India dan Tibet; melengkapkan pencarian sesat mereka dan menghasilkan apa yang dinamakan ajaran New Age Religion dan Theosophy.
Gabungan dari pelbagai aliran kebatinan ini dijadikan silibus Dajjal The Antichrist untuk mengukuhkan 'keimanan' para pengikutnya kepada Iblis Laknatullah. Ini kerana, Dajjal juga mempunyai prinsip perjuangannya dalam Secret Societies yang bergerak di atas tiga kekuatan:
• Kerohanian iaitu Mistik Sesat
• Sains dan Ekonomi
• Politik dan Ketenteraan
Ketiga-tiga prinsip ini adalah ramuan kejayaan dunia The Antichrist. Namun segala usaha The Antichrist ini akhirnya menjadi sia-sia bak mencurah air di daun keladi. Antichrist telah merancang pelbagai strategi, tetapi Tuhan yang mencipta dirinya yang lemah itu telah pun merancang terlebih dahulu. Sehingga akhirnya The Antichrist juga merupakan hamba, kuli dan pencacai kepada satu makhluk hina-dina iaitu Iblis Laknatullah @ Azazil @ Lucifer.
Sekian.
Public Secret - Allahu'alam... Wassalam
Selasa, 6 Mei 2014
BETAPA MUDAHNYA "MEREKA" MENJADI TUAN, DAN KITA MENJADI HAMBA MEREKA
Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masaalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit-duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.
Kenapa kita kena kerja pagi, petang, siang dan malam untuk cari duit? Kenapa semakin kuat kerja, hutang semakin bertambah? Kenapa bilangan orang susah jauh lebih ramai daripada orang senang? Duit-duit ni apa sebenarnya? Kenapa semua jenis duit dalam dunia ni kena bergantung kepada duit Amerika pula?
Negara China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri ada mengeluarkan duit-duit yang dipaksa bergantung kepada duit kertas dolar Amerika. Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – adalah hasil kita berjual beli dengan Amerika. China dan Jepun pula adalah negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar.
Persoalannya: Mengapa kita mesti kena bergantung kepada dolar Amerika?
Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika. Permaksaan ini melalui dua cara.
Pertama - Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual beli minyak wajib menggunakan kertas dolar. Ini kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara. Manakala Saudi adalah pengeluar utama bahan bakar ini. Untuk gantinya – kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud dari dipukul oleh ombak rakyat.
Kedua - ialah dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini. Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Contohnya... Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual beli minyak. Kemudian, Saddam di gantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih dari kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.
Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ini dipanggil – fiat money – nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini, dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.
Pada awalnya Amerika Syarikat adalah sebuah negara revolusiner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertas sendiri. Amerika yang merdeka telah membebaskan diri dari para banker yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. Lalu para banker menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan para banker.
Pada tahun 1913 setelah beberapa kali pecubaan gagal akhirnya para banker telah berjaya memaksa Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.
Siapa lembaga-lembaga pengarah Federal Reserve ini juga di rahsiakan. Kongress hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan di cadangkan oleh Federal Reserve. Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, Pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, Pengerusi yang terkini. Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.
Mengikut Akta 1913 ini pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar maka kerajaan wajib meminjam dari Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan. Lihat bagaimana liciknya konspirasi para banker ini.
Para banker ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa² asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika dari Federal Reserve ini akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang dari tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong para banker ini telah membuat harta Qarun.
Inilah dia punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah “Ini di Amerika. Apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Kangar??”
Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan reserve bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Ini telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para banker dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia. Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) ada dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.
Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini. Justeru kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.
Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini?
Pertama: Banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.
Kedua: tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Puteh yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para banker dan Central Bank (nama asal Federal Reserve). Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam dari Central Bank. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.
Ketiga: tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para banker dan kaum pemodal ini.
Semenjak tahun 1913 para banker ini telah membuat jaringan dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para elit. Hari ini kumpulan rahsia para banker-banker ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika.
Hasilnya – media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para banker dan kaum pemodal ini. Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu media cetak masih lagi bergerak bebas. Hari ini yang tinggal hanya 6 buah syarikat – ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS – yang memiliki pelbagai bentuk media. Syarikat media ini dimiliki oleh para banker-banker ini. Malah jika diselidiki dengan rapi kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.
Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kumpulan² rahsia seperti – Freemasonry, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull and Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasi oleh pemodal dan banker yang sedang merancang untuk memunculkan New World Order. Di belakang semua ini ialah nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Mereka yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.
Kumpulan rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi and Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput calon² dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.
Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai calon² dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga calon² ini tetapi sama ada calon² ini akan bersedia untuk menjadi kuli yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kumpulan rashia ini.
Justeru kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan maka semua calon yang telah dilantik menjadi kuli di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan maka calon² ini seperti burung kakaktua akan bersuara sama.
Siapakah John Wilkes Booth? Mengapakah dia membunuh Abraham Lincoln? Setelah pengisytiharan kemerdekaan Amerika pada 4 Julai 1776, The Hidden Hand melalui hamba suruhan paling setianya, Rothschild merancang untuk mengambil-alih sistem kewangan Amerika. Rothschild telah merangka draf perancangan penubuhan Federal Reserved sekian lama untuk mendominasi ekonomi Amerika. Apakah Federal Reserved? Adakah ia sebuah bank pusat milik kerajaan Amerika atau seperti Bank Negara? Tidak sama sekali. Federal Reserved adalah sebuah bank swasta yang 'diupah' untuk mengeluarkan dolar dan mengawal ekonomi Amerika. Federal Reserved adalah warisan kepada sistem bank yang telah lama wujud di Eropah dan didominasi oleh keluarga Rothschild sendiri. Apabila Amerika telah merdeka dari pengaruh British, maka sudah tentu rakyat Amerika mahu bebas dari sistem bank Rothschild. Dan sudah tentu Rothschild tidak akan membenarkan ini berlaku. Pelbagai usaha dilakukan oleh The Hidden Hand untuk memaksa presiden dan rakyat Amerika untuk menerima Federal Reserved sehingga ke tahap membunuh para presiden.
Paul Warburg, seorang ejen yang bekerja untuk keluarga Rothchild dan juga beberapa anggota Skull and Bones (satu kelompok rahsia Dajjal yang disertai oleh keluarga Bush) adalah alat yang digunakan untuk mendirikan sistem bank pusat Federal Reserve di Amerika pada tahun 1913. Presiden Andrew Jackson sudah menyatakan bahawa para peneraju bank pusat merupakan sebuah sarang penjahat dan pencuri, oleh itu beliau mahu mengusir mereka dari Amerika. Beliau juga menyatakan bahawa "jika orang Amerika mengetahui ketidakadilan dari sistem perbankan kita, maka akan terjadi sebuah revolusi esok pagi".
Presiden Thomas Jefferson menyatakan, “Jika rakyat Amerika mengizinkan bank-bank swasta mengendalikan penerbitan wang mereka, pertama dengan inflasi, kemudian dengan penurunan mata wang, maka bank-bank dan perusahaan-perusahaan yang berkembang di sekitar mereka akan menyebabkan hilangnya semua kekayaan rakyat, sehingga apabila anak-anak bangun, mereka hidup tanpa rumah lagi di atas tanah yang nyatanya diperjuangkan nenek moyang mereka untuk menguasai tanah mereka ini.”
Presiden Garfield ditembak dan dibunuh tidak lama setelah mengumumkan bahawa sesiapapun yang mengendalikan industri kewangan, akan mengendalikan perniagaan dan aktiviti semua orang. Pada suatu ketika Baron Nathan Mayer de Rothchild berkata, ”Izinkan saya mengeluarkan wang dan mengendalikan wang suatu negara, dan saya tidak akan peduli terhadap siapa yang membuat undang-undang.”
Abraham Lincoln mengambil tindakan terhadap bank pusat pada masanya dan beliau dibunuh karena tindakannya itu.
Untuk merealisasikan kewujudan Federal Reserved, dua orang ejen Rothschild telah disusupkan ke kongres iaitu Alexander Hamilton dan Robert Morris. Mereka berjaya mendirikan Bank Amerika sebagai wakil dari Bank Pusat England.Namun keinginan mereka untuk mencetak wang melalui Bank Amerika tersebut digagalkan oleh kongres dan sejumlah tokoh Amerika yang mengetahui maksud jahat Yahudi Rothschild ini.
Thomas Jefferson pernah menulis surat kepada John Adams yang mengatakan bahawa pemerintah Amerika mesti menggagalkan usaha sewenang-wenangnya instrumen bank Rothschild dalam mencetak wang. Perkara ini meledakkan kemarahan Nathan Rothschild yang kemudian mendesak British agar menyerang Amerika dan peperangan pun terjadi. Rothschild juga melaga-lagakan antara pihak Amerika Utara dengan pihak Selatan terutama masalah perhambaan. Rothschild bermain di kedua belah pihak. Maka tercetuslah Perang Saudara Amerika yang terkenal itu. Ini dinamakan “Divide And Rule”, taktik yang sama digunakan ke atas Tanah Melayu.
Setelah Lincoln menjadi presiden, beliau dengan beraninya memutuskan untuk menghapuskan perhambaan di seluruh Amerika yang mengharumkan namanya. Selain itu Lincoln juga mengeluarkan keputusan-keputusan yang menyekat segala konspirasi Yahudi. Akibatnya The Hidden Hand memutuskan Lincoln harus dilenyapkan. Penembak Lincoln (John Wilkes Booth) ditangkap dan dipenjarakan dan diberitakan mati selepas itu, namun sebenarnya Booth kemudian diselamatkan oleh The Knights of The Golden Circle (satu lagi kelompok rahsia Dajjal di Amerika) yang didirikan George Bickey dan Booth dilarikan ke England.
"No man who witnessed the tragedies of the last war, no man who can imagine the unimaginable possibilities of the next war can advocate war out of irritability or frustration or impatience" - John Fitzgerald Kennedy (1917 - 1963)
Tarikhnya ialah 22 November 1963. Hari itu Tuan Presiden, John Fitzgerald Kennedy dan isterinya Jacqueline Bouvier Kennedy mahu melakukan lawatan kempennya di Dallas, Texas. Sorakan meriah dan bertalu-talu datang dari para penduduk yang menantikan-nantikan kehadirannya. Ketika itu JFK dan isterinya sedang menaiki motokar yang dipandu merentasi barisan orang ramai yang melambai-lambai penuh hangat menyambut beliau. Tuan Presiden kelihatan membalas lambaian penduduk sambil tersenyum dan isterinya nampak amat ceria ketika itu.
Tiba-tiba berdekatan Texas School Book Depository, tiga das tembakan kedengaran dan ahhh!! Tuan Presiden berkelakuan aneh di dalam kereta. Beliau jatuh dan keadaan menjadi kelam kabut. Semua orang menjadi panik dan terkejut ketika yang lain berlari ketakutan. Ramai yang menangis.
John Fitzgerald Kennedy telah tiada. Tuan Presiden telah tiada. Hari itu adalah hari yang amat bersejarah kepada rakyat Amerika. Sehingga kononnya semua orang boleh mengingati apa yang dilakukannya ketika JFK ditembak mati.
Tidak lama selepas itu, Timbalan Presiden Lyndon B. Johnson telah mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika yang baru. Majlis pengebumian JFK telah diadakan pada 25 November 1963.
Mengapakah John F. Kennedy dibunuh? Siapakah yang membunuh beliau? Tidak lama setelah peristiwa hitam itu, seorang pekerja gudang, Lee Harvey Oswald ditangkap di sebuah pawagam di Dallas setelah membunuh seorang polis dan kemudian didakwa atas pembunuhan JFK. Dua hari kemudian ketika Oswald masih dalam tahanan, dia dibunuh pula oleh Jack Rubenstein (Jack Ruby). Jack Ruby membuat alasan kononnya dia membunuh Oswald kerana amat marah dengan perbuatannya membunuh presiden.
Sebenarnya Jack Ruby adalah seorang anggota CIA terlatih dan rancangan pembunuhan JFK sendiri merupakan operasi sulit CIA yang didalangi oleh Israel. Oswald adalah kambing hitam (scapegoat) atau 'pawn' dalam drama ini. Sebelum Oswald menimbulkan masalah, dia perlu dihapuskan serta-merta.
Jadi persoalannya, mengapa CIA mahu menghapuskan JFK? Pertamanya, ya masih berkisar dalam masalah Federal Reserved. Sebenarnya setiap rakyat Amerika yang mahu berfikir sudah nampak segala pembohongan dan konspirasi Yahudi dan para penyembah syaitan dalam Federal Reserved. Ini termasuk para presiden mereka, walaupun kerusi presiden itu didapati mereka atas ihsan para pelobi Yahudi dan Freemason sendiri. Tetapi di sudut hati mereka masih meronta-ronta mahu menentang segala penyelewengan ini.
Pada tahun 1963, Presiden Kennedy telah mengeluarkan arahan presiden yang memerintahkan pencetakan 450 juta dolar buat melunaskan hutang dengan wang kertas. JFK memerintahkan untuk mencetak wang Amerika sendiri untuk menyaingi Federal Reserve Note yang sekarang digunakan oleh rakyat Amerika. Dengan adanya wang sendiri, negara tidak perlu membayar bunga kepada The Federal Reserve di atas penggunaan wang kertas cetakan bank Federal Reserved yang dikuasai oleh Rothschild. Keputusan ini akan merugikan Rothschild bertrilion dolar dalam setahun kerana hilangnya aliran masuk dari pajakan yang dibayar oleh rakyat Amerika untuk membayar bunga dari pinjaman wang dolar (Federal Reserve Note) kepada pemerintah Amerika.
Tidak lama kemudian, ya...JFK dibunuh dan yang pertama sekali yang dilakukan oleh penggantinya, Lyndon Johnson, adalah membatalkan usaha mencetak wang sendiri itu. Lyndon Johnson ialah seorang ahli Freemason yang tegar. Johnson telah memasuki Apprentice Degree pada 30 Oktober 1937. Sebagai seorang timbalan presiden, Johnson mengaut keuntungan yang besar dengan kematian JFK. Johnson adalah seorang Mason yang sangat membenci JFK yang dilihat amat 'lurus' dengan ajaran Bible dan patuh dengan nilai-nilai murni dan ortodoks dalam ajaran Kristian. Jika anda memerhatikan dengan teliti, anda akan menemui pecahan 2 dolar tahun 1963 yang berbunyi 'Perbendaharaan Negara Amerika' pada bahagian teratas, bukannya ‘Federal Reserve’. Tahun 1964 adalah tahun duit syiling perak terakhir yang digunakan sebagai logam syiling standard dan secara kebetulan wajah Kennedy muncul pada pecahan setengah dolar.
Selain masalah Federal Reserved, JFK juga telah memerintahkan untuk menghentikan perang Vietnam dan memulangkan tentera Amerika yang masih berada di sana. Perang Vietnam ini merupakan perang minyak dunia, dimana industri minyak dikuasai oleh Global Elite ini termasuk siapa lagi kalau bukan Rothschild sendiri, mereka memiliki Yukos Oil di Rusia dan Rockefeller, Raja Minyak Amerika mendominasi Standard Oil (Exxonmobile, Halliburton) di Amerika. JFK juga ingin menghentikan perlumbaan senjata dan menuju perdamaian dunia. Perkara ini sangat tidak diingini oleh pengeluar senjata yang dikuasai oleh konspirasi Yahudi, dan ini ertinya berjuta-juta dolar akan hilang dari kantung Illuminati yang juga menjalankan pengedaran dadah, pelacuran dan industri pornografi. JFK juga tidak memberikan senjata nuklear kepada Israel yang pada ketika itu Ben Gurion menjadi perdana menterinya. Malah JFK memutuskan untuk membubarkan CIA yang bekerjasama dengan Mossad Israel di mana CIA dan Mossad merupakan 'kembar seiras' dan amat penting bagi kegiatan keganasan global Zionis.
Untuk membunuh JFK, The Hidden Hand amat teliti perkiraannya. Para pengikutnya yang menganggotai pelbagai kelompok rahsia yang mengamalkan penyembahan syaitan dan sihir mula merangka lokasi pembunuhan JFK dan mula menilik-nilik pergerakan bintang di langit bagi menentukan masa yang sesuai untuk membunuh JFK, si pengkhianat itu.
Hakikatnya, JFK mati ditembak di Dealey Plaza, Dallas, Texas yang berada di kawasan 33 lintang utara, tepatnya pada tanggal 22-11-1963 (22+11=33?). Dealey Plaza adalah kuil pertama Mason di Dallas dan angka 33 adalah angka keramat Freemason dan tingkat tertinggi dalam pertubuhan syaitan itu - 33 degree.
Sebuah artikel di majalah Realist keluaran tahun 1991 ada mencatatkan terdapat rakaman telefon George Bush dalam percakapannya dengan para Mason Lyndon Johnson, J. Edgar Hoover, Allen Dulles, dan Nelson Rockefeller ketika mereka sedang merancang pembunuhan JFK.
Setelah kematian John Fitzgerald Kennedy, maka lengkaplah rancangan The Hidden Hand untuk memiliki Amerika Syarikat berserta penduduknya yang berzaman² nanti akan dibuaikan dengan mimpi-mimpi indah 'The American Dream'. Amerika telah diserahkan sepenuhnya kepada Zionis Yahudi dan Rothschild melalui Federal Reserved ini. Hero terakhir Amerika telah mati buat selamanya. Selepas itu tiada lagi pahlawan Amerika yang berani menentang secara terbuka segala kehendak Yahudi dan para Masons. JFK adalah 'The Last Action Hero'. Selepas itu penentangan hanyalah secara senyap-senyap, itupun dilabel sebagai 'conspiracy theory', 'urban myth' dan pelbagai lagi.
Sebuah ladang besar telah tersedia buat The Hidden Hand. Bila-bila masa sahaja rakyat Amerika dan rakyat dunia akan dituai dari ladang-ladang dan bila-bila masa juga mereka akan diambil dari kandang-kandang untuk disembelih; diambil dagingnya, diperah susunya, dicabut segala bulu-bulunya dan dilapah-lapah kulitnya untuk dimanfaatkan oleh New World Order.
Semoga bermanfaat difikir2 kan.
Public Secret - Allahu'alam... Wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)
Groundbreaking theory SUSUK DAJJAL adalah CAIN "THE AVENGED SEVENFOLD"
S alah satu Enigma didunia ini adalah mengenai siapa susuk Sang Dajjal. Padahal, petunjuknya ada dihadapan kita selama ini... All hiding in ...
-
Kitab suci Al-Quran the Last Testament mengkhabarkan: “Dan nabi mereka berkata kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan (Talut) itu ialah...
-
K einginan Namrud (Firaun) ingin menguasai dunia dan kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselind...
-
Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatinya. Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makh...