Jumaat, 25 November 2022

PERKARA PELIK DAN MUSTAHIL BAKAL KERAP TERJADI


Perkara Pelik dan Mustahil Bakal Kerap Terjadi..


Memasuki hari menjelang penghujung zaman, kita akan disajikan kejadian-kejadian pelik dan mustahil..Yang tak terlintas dek akal, bakal kerap terjadi..


Seakan alam mendapat arahan agar boleh melanggar peraturan..


Apa sahaja.. Baik dalam dunia manusia.. Dunia haiwan.. Dunia alam semulajadi.. Akan berlaku perkara yang dahulunya tidak berlaku..


Semakin lama semakin kerap ia berlaku..


Sampaikan pada satu hari, haiwan boleh berbicara kepada manusia di dalam bahasa yang manusia itu fahami..


Dalam satu hadis, daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Seorang penggembala kambing melihat secara tiba-tiba serigala datang melarikan kambingnya. Melihat keadaan itu, penggembala terus mencari kambingnya yang hilang. Maka, serigala itu menoleh dan berkata: 'Di hari yang penuh dengan kebuasan ini, siapa lagi yang menjadi penggembala selain aku? Kemudian ada seekor lembu yang memuatkan barang-barang dan dipaksa untuk memikul barang-barang itu, maka lembu itu berpaling dan berkata: 'Bukan tujuan pekerjaan ini aku diciptakan, tetapi aku diciptakan untuk membajak ladang'...mendengar perbualan tersebut, sahabat berkata, 'Subhanallah.' Nabi SAW bersabda: 'Ketahuilah, aku mempercayai kisah ini. Demikian juga Abu Bakar dan Umar turut mempercayainya.'" 

(Hadis  Riwayat al-Bukahri, Hadis  no, 3663)


Perhatikan keadaan sekeliling.. Dalam tahun-tahun terakhir ini, telah berlaku sedikit demi sedikit kejadian yang aneh.. yang mustahil.. yang kita rasakan..


Wow Tak Sangkanya !


Bukanlah dahulu tidak ada kejadian yang pelik..Cumanya dihujung hari ini akan berlaku ia lebih kerap.. Bertimpa-timpa..


Sehinggalah manusia terbiasa..


Ketidaksangkaan ini akan berterusan sehinggalah umat manusia terbiasa dengan perkara yang pelik..


Kerana nantinya umat manusia tidak akan pelik untuk mengikuti perkara yang pelik..


Ujian yang pasti hebat untuk kita tempuhi.. 


Moga Allah bantulah kita semua. Aamiin! 




https://youtu.be/r_BCbXX3KY8

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA

Assalamualaikum. Bismillah CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA Sebagai seorang Muslim dan Muslimah, am...