Jumaat, 11 November 2022

KERINGNYA SUNGAI FURAT DAN TIMBUL NYA SEGUNUNG EMAS ??


Dikhabarkan emas dari dasar sungai Furat yg semakin mengering itu sudah mula timbul. Jika benar..., memang Allah nak duga manusia habis-habisan kali ni !! Hasbunallah wani'mal wakil ...
Sabda Nabi s.a.w :-
“Sungai Furat hampir menyingkapkan gunungan emas. Apabila manusia mengetahuinya, mereka akan pergi mendapatkannya. Maka berkatalah sesama mereka, sekiranya kita biarkan orang mengambilnya nescaya akan habislah semua emas itu. Lalu mereka berperang bagi mendapatkannya. Maka akan terbunuh 99 dari setiap 100 orang.”

Sedia maklum, sungai Furat memang kering sungguh-sungguh sekarang.
Merujuk mafhum hadis Sahih Muslim, apabila kering sungai Furat, menimbulkan sebukit emas, maka manusia saling berbunuhan, 99 orang mati bagi setiap 100 orang. *Ustaz beritahu, ini bersambung dengan nisbah jantina akhir zaman iaitu 1 orang lelaki bagi setiap 50 orang perempuan, asbab ramai lelaki meninggal masa perang berebutkan emas ini.
Ok, ratio masa ini ialah 1 L: 50 P, kita pegang ini dahulu.
Kemudian, merujuk Syeikh Suhaimi di kitab Aqidatun Najin, zaman Dajjal nanti, tidak lepas daripada fitnah Dajjal itu melainkan 12,000 lelaki dan 7,000 perempuan (kita perhatikan kat sini, bagaimana nisbah 1:50 yang hidup tadi sudah berubah drastik kepada 12:7 yang selamat, mean, lelaki kurang kuantiti tapi sangat berkualiti).
Kemudian, di zaman Nabi Isa as yang cuma 1 tahun 2 bulan 2 minggu setelah Dajjal, umat terbaik pada zaman itu sebanyak 800 lelaki dan 400 wanita. (Mudah fahamnya, 12:7 bertambah sedikit lagi kepada 8:4 atau 14:7 jika apple to apple dengan 12:7 tadi).
Sebelum ini saya dah sering dengar, ramai ulamak berdoa agar nyawa dicabut sebelum Dajjal keluar, sebab bimbang godaan iman masa zaman Dajjal. (Mungkin inilah sebabnya, merujuk Syeikh Suhaimi tadi). Jadinya al faqir tambah sedikit lagi, andainya doa ulamak minta dicabut nyawa sebelum Dajjal keluar itu tak salah, maka orang perempuan terlebih-lebih lagi la kena doa, tapi jus akhir memang macam game rebut kerusi. (Termasuk la kot feminisme, musang betina, cinta dunia, tabarruj dll).
Tapi jika surah al-Kahfi full 110 ayat pun tak dapat istiqamah juga setiap Jumaat, susah la begitu. Ini umum, perempuan dan juga lelaki






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA

Assalamualaikum. Bismillah CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA Sebagai seorang Muslim dan Muslimah, am...