Rabu, 25 September 2013

BUMI TIDAK MENGELILINGI MATAHARI ????














Sumber Cedokan: Pelbagai

Telah beberapa generasi lamanya kita diberi pendidikan semenjak kanak-kanak, di dada-dada media, di bangku-bangku sekolah, dibilik-bilik kuliah peringkat univerisiti, sehinggalah ke peringkat profesional dengan pemahaman bahawa bumi mengelilingi matahari.

Pernahkah kita terfikir atau mengkaji dengan teliti sama ada ini merupakan teori yang dapat diterima kebenaran dan kesahihannya secara ilmiah? Atau sebaliknya, bahawa mataharilah yang mengelilingi bumi dan malah seluruh jasad di angkasa bertindak menglilingi bumi dengan menjadikan bumi sebagai pusat jagat raya di angkasa?

Sehingga hari ini... bukankah pernyataan "Bumi mengelilingi matahari" masih hanya sekadar teori dan tiada kepastian yang pasti? YA, MASIH SEKADAR TEORI!!! Pernahkah ia benar-benar terbukti secara sainstifik dan pancaindera? Jawapannya... tidak pernah.

Kalau seandainya ia teori yang benar, mengapa setiap kiraan berkaitan angkasa oleh NASA dan konco2 nya yakni saintis-saintis sekular terpaksa dilakukan dengan anggapan bumi itu pegun atau statik? Dan tidak pula ia dilakukan kiraan atas teori bumi berputar? Aneh bukan?

Jadi apa pula pandangan Islam tentang perkara ini? Adakah Islam memiliki pandagannya yang tersendiri dalam perkara ini? Apakah al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi ada menyentuh soal ini?

Sebenarnya, ada banyak buku-buku yang sedang berada di pasaran boleh menyingkap dan membongkar pelbagai rahsia berkenaan perkara ini setelah sekian lama kita disogokkan dengan teori bumi mengelilingi matahari. InsyaAllah... perbahasan yang dibawakan dan dibentangkan melalui buku-buku ini adalah lebih sesuai dengan rujukan yang ilmiah mendahulukan al-Qur'an, as-Sunnah, serta perkataan para ulama Ahli Sunnah wal-Jama'ah yang berautoriti dari era awal Islam sehinggalah zaman ini.

Bayangkanlah, sekiranya bumi sentiasa bergerak dan berputar, berapakah nilai kelajuannya dalam sesaat atau seminit, mahupun per jam? Tidakkah ia bakal menghasilkan suatu tenaga kinetik dan inersia kepada penghuni di atasnya? Tidakkah bumi akan terus bergeser dengan keadaan persekitarannya seperti langit dan udara?

Pernahkan Allah menyatakan di dalam al-Qur'an bahawa bumi itu bergerak, atau sebaliknya Allah menyatakan yang bergerak adalah matahari, bintang, dan bulan? Sama-samalah kita menelitinya dengan saksama. Semoga Allah sentiasa meletakkan kita di atas jalan yang lurus.

"Dan matahari itu berjalan (bergerak) di tempat ketetapan baginya, yang demikian itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui" [Surah Yaasin : Ayat 38]

Soalan cepumas: Pernahkah kita jumpa di dalam Al Quran ayat yang menggambarkan bumi mengelilingi matahari?

Saya bukanlah pakar tentang tafsiran dan terjemahan Al Quran... mungkin sebab tu saya belum lagi menemui mana-mana ayat yang mengatakan bumi bergerak mengelilingi matahari.

Kenyataan tentang bumi mengelilingi matahari dan matahari duduk di tempatnya sendiri memang sudah sebati bagi kita yang dilahirkan di abad ke 20. Juga terdapat teori yang mengatakan sambil bumi mengelilingi matahari, sistem matahari itu sendiri bergerak mengelilingi pusat galaksi bimasakti (milky way galaxy). Mmm... ntah la.

Benarkah bumi mengelilingi matahari? Kita percaya seratus peratus kerana ia adalah pendapat Saintis-Saintis Sekular... Kita percaya kerana sains kononnya telah membuktikan teorinya itu dengan gambar dari satelit dan disokong pula oleh pendapat majoriti ahli-ahli sains diseluruh dunia. Benarkah begini?

Kalau kita meneliti ayat 38 Surah Yaasin jelas menunjukkan bahawa matahari itu berputar dan berjalan. Tetapi untuk menolak teori bumi mengelilingi matahari adalah terlalu sukar. Sukar kerana kita tidak ada teknologi untuk membuktikan teori "mereka" itu salah. Itu adalah masalah yang sebenar. "Mereka" dakwa mereka merakam pergerakan bumi mengelilingi matahari. Kita nak bantah dengan apa??? Siapa nak percaya cakap kita??? Tanpa bukti... kata "mereka". Walaupun gambar atau rakaman tadi boleh direka-reka spt dalam filem, semua itu boleh dibuat. Akhirnya cerita-cerita rekaan ini diterimapakai sebagai fakta?

Manakah yang benar ?

Sejak 2500 tahun yang lalu PYGRUSR melahirkan pendapat bahawa bumi mengelilingi matahari.

Kemudian pendapat ini telah dibatalkan oleh ISKANDAR PTOLEMY pada tahun 150 Masehi berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Menurut ajaran Islam, matahari mengelilingi bumi. Benarkah ini yang berlaku? Pendapat ini telah diterimapakai selama lebih kurang 12 abad selepas itu tanpa sebarang bantahan.

Sekitar abad ke 14 Masehi, tiba-tiba muncul pulak COPERNICUS NICOLAUS seorang tokoh Gereja membangkitkan kembali teori PYGRUSR tadi. Pihak Gereja pun pada mulanya menentang. Namun pendapat ini mula mendapat sokongan Gereja sekitar abad ke 16 apabila ia disokong oleh YOHANES KEPLER. Siapakah Kepler ini?

Ironinya, setelah pendapat matahari mengelilingi bumi diterimapakai selama 12 abad tanpa sebarang bantahan, muncul kembali teori lama dan lapuk bumi mengelilingi matahari oleh seorang tokoh gereja. Mungkin anda faham maksud saya ini!! Sebagaimana yang kita tahu sekitar abad ke 14 itulah kuasa-kuasa Kristian yakni Eropah berlumba-lumba untuk menjajah dan menghacurkan Islam serta menyebarkan agama Kristian melalui kitab Injil yang telah diubah-suai. Pada waktu itu bermulalah zaman pencerahan eropah (Rennaisance). Mereka memburuk-burukkan sarjana Islam sambil pada masa yang sama mencuri ilmu-ilmu dan mengaku pulak merekalah yang memulakan revolusi ilmu.

sekadar maklumat tambahan untuk difikir2 kan:

Dan matahari; ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya;itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga 
di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. (39) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40)
Surah Ya-seen (Ayat 38-40)

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu.
Surah Al-Rad (ayat 2)

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
Surah Ar-Rahman(Ayat 5)

Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. 
Surah Az Zumar (Ayat 5)

Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
Surah Fatir (Ayat 13)

Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah Luqman (Ayat 29)

Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing 
Al-Anbiya (Ayat 33)

Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,
(QS. Al Baqoroh : 258)

Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan bergeser, dan sungguh jika keduanya bergeser tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya dia itu maha penyantun lagi maha pengampun.
(QS. Fathir[35]:41)

Maka... ayat Al-Quran mana yang cerita bumi bergerak dan beredar mengelilingi matahari? Tiada. Tiada ayat Al-Quran pun yang mengatakan bahawa bumi itu bergerak.


Ok. Cukup la... terasa penat pulak nak tulis panjang-panjang. Semoga bermanfaat dikaji dan difikir2 kan.


Allahu'alam... Wassalam -

Penulis : Public Secret

78 ulasan:

  1. minat bab ni adekah teori lain yg mgukuh hujah tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika Al Quran iaitu kalamullah dilihat sebagai teori...Jika tuan beragama islam...fikir fikirkanlah...

      Padam
    2. boleh rujuk post ni utk penjelasan https://olaabundle.blogspot.com/2022/11/bumi-mengelilingi-matahari-atau.html

      Padam
  2. minat bab ni adekah teori lain yg mgukuh hujah tuan?

    BalasPadam
  3. Sy dah lama fikir pasal ni.. dan aku cukup yakin matahari mengelilingi bum dan bumi berad setempat. Utk mengukuhkan pendapat ini.. tolong jawab soalan sy..cuba bg tahu sy..dimana kedudukan bintang2 di langit...? Bukankah setiap mlm kita akan lihat bintang yg sama berada dikedudukannya.. dlm tempoh setahun.. kita akan dpt lihat bintang menunjukkan arah utara tanpa hilang utk satu malam pun. Klu bumi mengelilingi matahari pasti terdpt bintang yg x akan dpt dilihat dlm masa 6 bulan... krn dilindungi oleh matahari... fikir2kan lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada teori mengatakan kalau kita berada di angkasa kita berpaling kearah manapun akn terlihat gugusan bintang yg sama. Kerana terlalu jauh kedudukan gugusan bintang tu.

      Padam
    2. Matahari orbit Bumi?Daya graviti Bumi bukannya kuat sangat sampai boleh tarik dan orbitkan Matahari..

      Padam
    3. bumi berada setempat but dia stil berpusing kan

      Padam
  4. sejak tahun 2010 sya yakin teori bumi itu rata, bumi dikelilingi matahari dan bulan, bumi itu statis (diam)

    BalasPadam
  5. Ya Memang bumi rata tak caya tengok http://www.ngopo.com/2016/07/menggemparkan-dunia-fakta-ini.html

    BalasPadam
  6. Kena belajar astronomy n falak baru faham,

    BalasPadam
  7. Cuma nak tahu ada tak dalil Quran mengatakan bumi itu statik ?

    BalasPadam
  8. bumi itu diam dan x bergerak...klau begerak kapal terbang x payah terbang la..sekadar apung je pastu ko pilih negara mana ko nk pegi, ko pakai belon apungkan je...graviti x wujud..itu sekadar perkara diwujudkan barat untuk menguatkan teori bumi bola..mana boleh bina rumah bina bgunan tinggi pada permukaan melengkung so dyeorg wujudkan bumi ini ada graviti dah kne tipu dgn agen dajjal..pg baca surah al kahfi 1-10 hari2 sampai hafal insyaalah allah akan buat ko faham balik pasal bumi ni...bumi ni jgk datar..klau melengkung sifat air tidak boleh dibentuk melainkan di dlam bekas...ozone tu kubah bumi la..ramai yang mati hancur x lepas nk kuar bumi...us dan rusia dah lancar byk kali roket nk pecahkan kubah tu tapi x berjaya hancur lebur je...hililary clinton pon pnah sebut yg suatu hari nti amerika akan pecahkan siling atas tu..xda la org dapat ke luar angkasa..bintang tu suma hiasan ja..supaya bila setan nk naik atas curik2 dgr berita allah anta taik bintang hentam setan tu..ala yg slalu korang tgk meteor tu tula taik bintang..tapi sebelum smpai bumi taik bintang tu dh hncur..korang ni x au ke amerika skrg ni tgh gagah memjelajah tanah yg x pernah dijelajah oleh penduduk dunia..bumi ni luas ..disebalik diding ais tu ada banyak tanah belum diterokai dan admiral byrd sndri ckp kemungkinan ada uranium yg banyak..so sbb tu barat bodohkan korang suma pasal bumi bola supaya ko fikir limit bumi setakat tu ja...sebenarnya bumi ni sangat luas sepertimana pengembaraan zulkarnain pergi ke tempat matahari terbenam dan kemungkinan bangsa yang dijumpai zurkarnain itu adalah bangsa penduduk bumi terawal iaitu orang zaman batu dimaksudkan mcm citer flintstone..kemugkinan lah..yala jiran dye yakjud makjud yg kerja dye memberontak dan x mampu berfikir dgn waras..so fikir2 kan la , nabi khidir pon dah sampai minum air ainul hayat yg boleh bg hidup abadi sbb raja zulkarnain ni suka mengembara untuk sebarkan agama allah. So fikir2 kan la balik..yg korang tgk kt youtube nasa tu cgi semata2..klau betula la suh nasa tu zoom sambil rakam ...zaman skrg nikon d9000 pon dah boleh zoom sampai ke bulan, inikan pulak dari satelit..so korang jangan tertipu la ..allahualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandainye abg... Nnti jdilh cikgu...bleh bodhkn budak2 lain gak

      Padam
    2. Kalau kapal terbang tak bergerak dan hanya diam di udara maka ia akan mengambil masa perjalanan lebih lama dan juga pasti membazir kerosin

      Padam
    3. Minta maaf ya saudara...Saya nak Tanya satu soalan....boleh Saya tau kalau bumi itu datar Mana ujungnya?

      Padam
    4. Lagi satu Mana satu lagi logik bumi ini kelihatan luas kerana tiada penghujung or Ada hujungnya?

      Padam
    5. Bagi Tau kami negara Mana yg kata dia punya tanah dah sampai ujung dunia?kalau Ada roger

      Padam
    6. Lagi satu boleh beritau kami Tak...kamu seorang lulusan apa?

      Padam
    7. Bukan nak cakap apa aah even ramai ustaz dan ulama Aliran ahli Sunnah wal jamaah kata bumi itu sendiri bulat not flat

      Padam
    8. Lagi satu kalau Tak mempunyai ilmu yg mendalam jangan memandai cakap...dapat dosa adalah...Makin lama kamu mrngelirukan orang Makin banyak dosa yang kau dapat.

      Padam
    9. Maaf mencelah...berkenaan bab kapal terbang di atas...1kalau bumi berputar, 1.kenapa tempoh masa perjalanan pergi dan balik dr timur ke barat sama?
      2. Sepatutnya semua landasan kapal terbang di dunia menghala ke arah yang sama (selari dgn arah putaran bumi) untuk membolehkannya landing diatas bumi yg berputar

      Padam
    10. Kalau ada jalan yg pendek mengapa nak pusing jln yg jauh.. adoilaaa...
      sila periksa laluan kapal terbang dari australia ke amerika. Sila google laluan penerbangan seluruh duniA...
      Google ada noleh google. Kalau taknak hoogle, boleh beli tiket kapal terbang dan buat kajian sendiri.. tgk tingkap masa terbang..

      Padam
    11. boleh rujuk post ni utk penjelasan https://olaabundle.blogspot.com/2022/11/bumi-mengelilingi-matahari-atau.html

      Padam
  9. Bumi itu datar.. matahari dan bulan mengelilingi bumi.. nasa hawsiaw!!!

    BalasPadam
  10. Allah mengatakan bumi itu seperti telur.. lebih kurang telur burung unta. matahari dan bulan beredar mngikut peraturannya

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Dari Lisan Al Arab:
    Quote:

    الأُدْحِيُّ و الإدْحِيُّ و الأُدْحِيَّة و الإدْحِيَّة و الأُدْحُوّة مَبِيض
    النعام في الرمل , وزنه أُفْعُول من ذلك ,
    لأَن النعامة تَدْحُوه برِجْلها ثم تَبِيض فيه وليس للنعام عُشٌّ . و مَدْحَى
    النعام : موضع
    بيضها , و أُدْحِيُّها موضعها الذي تُفَرِّخ فيه .ِ

    Terjemahan: "Al-udhy, Al-idhy, Al-udhiyya, Al-idhiyya, Al-udhuwwa: Tempat di
    pasir dimana burung Onta meletakan telurnya. Karena tidak mempunyai sarang,
    maka burung Onta meratakan tanah dengan kakinya kemudian menaruh telurnya di
    sana"

    Arti kata "dahaha", di seluruh kamus bahasa Arab:

    Al Qamoos Al Muheet:
    Quote:

    (دَحَا): الله الأرضَ
    (يَدْحُوهَا وَيَدْحَاهَا دَحْواً) بَسَطَها

    "Allah daha the Earth: Ia membentangkannya"

    Al Waseet:
    Quote:

    دَحَا الشيءَ: بسطه ووسعه.. يقال: دحا اللهُ الأَرض

    "men-daha sesuatu: berarti membentangkannya. Contoh: Allah membentangkan bumi"

    Lisan Al Arab:
    Quote:

    الدَّحْوُ البَسْطُ . دَحَا الأَرضَ يَدْحُوها دَحْواً بَسَطَها . وقال الفراء في
    قوله والأَرض بعد ذلك دَحاها
    قال : بَسَطَها ; قال شمر : وأَنشدتني أَعرابية : الحمدُ لله الذي أَطاقَا

    بَنَى السماءَ فَوْقَنا طِباقَا
    ثم دَحا الأَرضَ فما أَضاقا
    قال شمر : وفسرته فقالت دَحَا الأَرضَ أَوْسَعَها ; وأَنشد ابن بري لزيد بن عمرو
    بن نُفَيْل :
    دَحَاها , فلما رآها اسْتَوَتْ
    على الماء , أَرْسَى عليها الجِبالا
    و دَحَيْتُ الشيءَ أَدْحاهُ دَحْياً بَسَطْته , لغة في دَحَوْتُه ; حكاها اللحياني
    . وفي حديث عليّ وصلاتهِ
    , اللهم دَاحِيَ المَدْحُوَّاتِ يعني باسِطَ الأَرَضِينَ ومُوَسِّعَها , ويروى ;
    دَاحِيَ المَدْحِيَّاتِ . و الدَّحْوُ البَسْطُ . يقال : دَحَا يَدْحُو و يَدْحَى
    أَي بَسَطَ ووسع

    "men-daha(kan) bumi berarti membentangkannya"

    Juga, Ibn Kathir memberikan penafsiran Quran:
    Quote:

    (30. And after that He spread the earth,)
    (http://www.tafsir.com/default.asp?sid=79&tid=56944)

    Disamping itu, Diantara 3 (tiga) orang penafsir ayat Qur’an dibawah ini, yang
    menafsir ‘dahaha’ TIDAK BERARTI ‘berbentuk telur’:
    وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا
    Waal-arda baAAda thalika dahaha
    YUSUF ALI:And the earth, moreover, hath He extended (to a wide expanse);
    PICKTHAL: And after that He spread the earth,
    SHAKIR: And the earth, He expanded it after that.
    [79:30]Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya.

    BalasPadam
  13. bumi berputar/berpusing (24 jam =1 putaran)lawan jam di paksinya, putaran dipaksinya menghasilkan kejadian siang & malam.
    belum jumpa ayat2 dalam AlQuran yg menyatakan bumi mengelilingi matahari(tiada 1 ayat pun yg menyatakan bumi beredar). Kesemua ayat2 dlm AlQuran menyatakan bahawa matahari, bulan dll yg beredar (sebagaimana bulan beredar mengelilingi bumi setiap 29/30hari).

    sebagai seorang Islam saya tidak dapat menerima konsep bumi beredar mengelilingi matahari kerana dibumi terdapat kaabah iaitu binaan yg amat mulia. Saya amat berkeyakinan semua bulan, bintang, matahari, galaxy dll beredar mengelilingi bumi yg ada kaabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 👍 betul.. Baitullah dan BaitulMakmur(tawaf langit ke-7) adalah selari..

      Padam
    2. Saya nak Tanya...Adakah sesuatu yg berpusing itu bermakna ia hina

      Padam
    3. Bagaimana Galaxy boleh beredar mengelilingi bumi kalau bumi itu sendiri berada dalam galaksi?

      Padam
    4. Memang benar matahari itu bergerak mengikut peredarannya...namun bukan bererti is mengelilingi bumi...bumi mengelilingi mathari...dalam Masa yg sama matahari Ada laluan pusingannya yg tersendiri...so kesimpulannya dua2 bergerak

      Padam
  14. Balasan
    1. Kalau datar Mana ujungya...cer citer sikit sekian

      Padam
    2. Kalau datar macam mana Jepun attack Pearl Harbour masa perang dunia kedua dulu?

      Padam
    3. https://www.digitalcommonwealth.org/search/commonwealth:7h149v85z

      Padam
  15. kisah baluqya dengan nabi kidir mustahil terjadi dekat bumi bulat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cer citer sikit kisah tersebut...nak Tau jugak

      Padam
  16. Kalau bumi ni mcm bola dah lama dia org tunjuk video live org tertonggeng kat australia tu. Katanya ada beribu satelit sampai kononnya serban pemimpin2 islam pun dia leh zoom. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bumi datar negara Mana yg paling ujung sekali...sekadar tanya

      Padam
    2. Allah ja yg tau mana ujungnya. Kalau skdar ingin tau, cuba ko jadi saintis. Bumi bulat la datar la, tiada yg mau mengalah. si A blng datar si B blng bulat, masing² xmau mengalah. Ikut kepercayaan masing², bukan ko mau mengalah tuhan sana. Mau tau sangat hujungnya, bagus kau p cari sendiri, bkn ko mau tanya² lagi. masing² orang biasa ja, Tiada org yg tau mana hujungnya. Jadi, jgn tlmpau berkeyakinan sgt.

      Padam
    3. Bumi mana ada hujung..Alam Semesta ya..ada hujung

      Padam
    4. Dulu masa kelas Sains tido.. astronomi tak belajar..

      Padam
  17. Kalau bumi mengelilingi matahari bagai mana pula hadis nabi s.a.w menyatakan tanda tanda akhir kiamat matahari terbit sebelah barat ini beerti MATAHARI lah yang mengelilingi BUMI

    BalasPadam
  18. Lain kali kt skolah... Blajar elok2... Dgr cikgu ckp...mcm ni... Tafsiran tu dh betul... Mmg matahari bergerak smbail mengelilingi galaxi kite... Dan bumi mmg mengelilingi matahari ataupun mengorbitnye... Dan saye rase penulis ni tidak fhm tafsiran itu... Jdi klau xfhm... Jgn buat article mcm ni... Sbb ia akn merosakkan kerje2 saintis yg tlah memberi bukti kukuh tpi penulis ni merosakkan kerje mereka yg lame itu... Jdi saya pesan... Fhmkn dlu... Baru buat aritcle... Lepas ni pegi google fakta2 yg berkaitan dgn tajuk ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. x kukuh pun bukti saintis yg mngatakan bumi berputar...stakat rakaman dan gambar..smua diorg boleh buat...filem2 angkasa pun boleh edit smpai nmpk mcm real..ni kn pula stakat rakaman dan live earth yg mnunjukkn bumi berputar..itu smua diorg booeh edit lh..

      Padam
    2. Adakah kamu lebih saintis dari saintis?? Even ulama Dan ustaz ahli Sunnah wal jamaah kata bumi itu beredar mengelilingi matahari...dalam Masa yang sama matahari juga ada laluannya yg tersendiri...wallahualam

      Padam
    3. Ok..beginilah..Kalau Bumi tak berputar..mana ada 24jam..mana ada 4 musim..mana 12 bulan.. Ulama dah kata Bumi mengelilingi Matahari..sebab Daya Graviti Matahari kuat..kalau Matahari yg orbit Bumi..Punah dah manusia..

      Padam
  19. Waduh2, logic melalui pemerhatian dah boleh settle. Dengan teknology dan pemerhatian dah jelas bumi bulat dan banyak planet disistem suria kelilingi marahari. Mana mungkin bumi diam tak bergerak.

    Ini zaman moden lah

    BalasPadam
  20. Siapa iskandar Ptolemy yang hidup di zaman 150 masehi dan menggunakan Al Quran sebagai sumber tapi Al Quran tidak diturunkan lagi masa itu.boleh jelaskan

    BalasPadam
  21. fizik bukanlah perkara rekaan dongeng modern. tetapi sebagai bukti kepada ayat-ayat tuhan.
    dan bukti kepada siapa yang melanggar lumrahnya.
    saya syorkan anda baca banyak buku lagi sebelum mengeluarkan tafsir semata-mata menggunakan akal.

    BalasPadam

  22. Surah Yaasin. Ayat 040.

    (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

    Mcm mn nak tafsir ayat ni?

    Sbb semua org boleh nampak bulan juga ada di siang hari.

    Dalam Gerhana matahari, bulan lah yg menghalangi cahaya matahari dr sampai ke bumi.

    Kelihatan mcm bulan dah berjaya mengejar matahari.

    Nampak mcm bertentangan dengan ayat quran kan?

    Tapi kalau terima globe earth theory mcm,boleh explain ayat ni...of course bulan x boleh kejar matahari....matahari sangat jauh..bulan takkan boleh kejar.

    Apa pendapat tuan? Mohon berbincang.

    #masihmencarikebenaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf andai tersalah...ikut pemahaman saya, ayat tu sebut "tidak mudah"..maksudnya bukan xboleh...tapi, susah atau sukar...bermaksud, boleh terjadi, tapi sukar (jarang2) terjadi

      Padam
    2. Penerangan tu utk meletakkan hak pergerakan kpd matahari. Manzilah2 bulan tu menunjukkan perpindahannya di garis edar tersebut. Jika bumi mengelilingi matahari bermakna orbit matahari itu bukan untuk bulan. Ketiadaan matahari mencapai bulan dan malam mendahului siang bermakna gerakan muncul dari matahari, bulan, malam, siang. Bukannya dari bumi

      Padam
  23. Yang kata bumibrata atau x percaya bumi tu bulat, apa kata korang gi beli tiket kapal terbang dan rasa sendiri laluan² kapal terbang. Guna akal utk mengkaji. Kalau setakat percaya baca gitu jer mmg tak adillah bagi org yg percaya bumi itu bulat.
    Pergi berkawan dengan geng2 kapal laut, pilot.. tanya perjalan mereka mcm mana..
    Nak kata bodoh nanti terlalu kasar. Org dah fikir hal2 lain, dia duk fikir hal kat belakang lagi..
    Kita ramai kelasi2 kapal muslim. Pilot muslim. Gi tanya diaorang.. boleh tak kalau nak travel keliling bumi bukan berpatah balik timur ke barat, barat ke timur.
    Allah bagi akal utk fikir dan cari solusi.
    Bukan asyik nak ikut buta2 apa pandangan org.
    Wallahualam..

    BalasPadam
  24. Adakah anda fikir matahari bersaiz besar mampu mengelilingi bumi dalam masa 24 jam?

    BalasPadam
  25. Baca surah An Naml.. Allah menyatakan bukit bergerak seperti awan

    BalasPadam
  26. Surah An Naml.. Kamu menyangkakan gunung diam tidak bergerak. Sebenarnya gunung bergerak laju seperti awan. Ayat 88


    ERTINYA BILA TUHAN SEBUT BERGERAK MAKA BERGERAKLAH. MISALNYA BILA SEBUT ANDA BERJALAN KAKI.. MAKA MAKSUDNYA BERJALAN KAKILAH.. BUKAN KAKI ANDA PERGI TUMBUH KAT BELAKANG ATAU DARAH BERJALAN DALAM URAT

    BalasPadam
  27. Perlu belajar fasal astronomi sikit tuan..Ilmu duniawi walaupun sementara penting jugak tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh rujuk post ni utk penjelasan https://olaabundle.blogspot.com/2022/11/bumi-mengelilingi-matahari-atau.html

      Padam
  28. Bang..izinkan saya share artikel ini ya

    BalasPadam
  29. "berapakah nilai kelajuannya dalam sesaat atau seminit, mahupun per jam? Tidakkah ia bakal menghasilkan suatu tenaga kinetik dan inersia kepada penghuni di atasnya? Tidakkah bumi akan terus bergeser dengan keadaan persekitarannya seperti langit dan udara?"...kerana itulah Allah menciptakan graviti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kutub utara 6 bulan tak jumpa malam.. Hari2 jumpa matahari... Camne nk explain..

      Padam
    2. boleh rujuk post ni utk penjelasan https://olaabundle.blogspot.com/2022/11/bumi-mengelilingi-matahari-atau.html

      Padam
  30. Aila Tabayyun dgn ahlinya(sains) dulu tuan agar tidak menyebarkan fakta salah. Sila rujuk https://youtu.be/0jHsq36_NTU

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh rujuk post ni utk penjelasan https://olaabundle.blogspot.com/2022/11/bumi-mengelilingi-matahari-atau.html

      Padam
  31. Ramai menyokong teori sains dan mempersoalkan kebenaran arau meragui apa yang Allah nyatakan di al-quran, nampak nya tentu teori manusia dari beruk ramai yg bangkang kerna dah dinyatakan Allah manusia dari keturunan nabi Adam dan hawa dan jangan lupa x semua ,ilmu Allah bukakan buat manusia akhir zaman ,kerna kita terlalu percaya apa yang barat kata ,tapi bila ulamak dari serata negara islam mencari kebenaran kita ragui

    BalasPadam
  32. Kini siapa bodohkan siap bukan kah teori sains barat dah perbodoh manusia dengan teori manusia dari beruk dan sedangkan dalam mata wang pun dia orang bodohkan orang,bila mahu diwujudkan syiling emas sebagai mata wang dia orang x benarkan ,datang tanah Nusantara kerana rempah negara mana yang banyak makan rempah, negara mana paling subur, segala tumbuhan dari segala musim boleh hidup ditanam di Asia tenggara, kenapa mereka tidak tanam tumbuhan rempah dari Asia,sedangkan Asia boleh tana m tumbuhan mereka ,

    BalasPadam

CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA

Assalamualaikum. Bismillah CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA Sebagai seorang Muslim dan Muslimah, am...