Rabu, 17 Julai 2013

Jika masa itu RUNTUH

Jika masa itu RUNTUH

 


Salam
Kenapa masa itu di katakan suatu kerugian?
Secara teori (sebab tak de sapa pun yg dapat meneka dengan tepat apakah itu MASA),
rata-rata, orang mengatakan bahawa MASA itu adalah:-

1- straightforward. Terus berjalan tanpa henti
2- terdiri dari 3 perkara yakni LALU, KINI, AKAN DATANG
3- suatu LOOP atau gelung yang sentiasa berulang-ulang
4- masa itu infiniti kerana ia terus tanpa henti
5- masa berkaitan dengan kadar cahaya

andai kata, semua ini tiba-tiba 'runtuh' dan ia menjadi KEUNTUNGAN?!

1- Straightforward tanpa menoleh kebelakang.. tapi jika ia boleh di ulang, Bagaimana?!
2- Jika lalu, kini, akan datang sebenarnya sama?! Ia hanyalah mind set terhadap pengaruh 
kesedaran kita lalui dengan merakamnya sebagai kepercayaan dan kemudiannya terus menjadi 
habit utk kita meneruskan rakaman tersebut.. itu semua 'dusta', Bagaimana?!

3- Suatu loop itu sebenarnya tak de loop, tp leh di point secara rawak ke mana saja arah. 
bukan hanya 1 arah semata-mata, seumpama zarah-zarah yang bergerak secara random. Bagaimana?!
4- Masa itu bukan saja infiniti tapi NIL, tiada, tidak wujud, bahkan kosong. 
Dan sebenarnya kitalah yang 'memasakan' masa sebagai ukuran kehidupan. Bagaimana?!
5- Tanpa cahaya, adakah bayang ada dan bayang itulah kita jadikan ukuran. Kita namakannya masa. 
Tapi, jika lautan universe ini TERANG... adakah kita immortal? 
Sedangkan padang masyar itu cukup terang benderang bahkan tiada lagi masa. 

Dan jika semua di atas itu hanyalah suatu sangkaan dari kesedaran tapi sebenarnya, 
semua itu adalah NIL/zero/tiada/la/nafi/ilek/nada... Bagaimana?!

Ada hadis mengatakan, alam ghaib dan alam nyata hanya senipis kulit bawang.
 tidur itu saudara mati. dan sebagainya. Tidur, kita dah tak bersangka-sangka. 
kita terus menerima apa saja infomasi yg dtg pada kita dan alam tu di namai mimpi.
 tapi, bila kita terjaga, kita pegang kepercayaan kita yang sebelum ni supaya 
rakaman masa sebelum ni di teruskan dan di namai kehidupan.
 rakaman tu menjadi memori. memori mencipta emosi. emosi mencipta tindak balas. 
tindak balas mencipta chain reaction. 

Apapun, status ini pun suatu teori dan sangkaan. Tiada siapa pun paling tepat dlm membicarakan 
tntg hal masa, kecuali samar-samar.


Tapi, kenapa tiada yang tepat? 
Ini kerana teori masa itu suatu sangkaan dari kefahaman dan keilmuan.
Sangkaan adalah tanggapan apa yang kita tahu dan faham itu benar.
Semakin kreatif dan innovatif seseorang dalam memahami dan sedar tentang MASA, 
maka semakin fahamlah segala benda yang sebelum ni dia tidak faham.. dejavu, paralel, 
universe, time-space, teleportation, anti-graviti etc.. seolah-olah, ia berkaitan. Tetapi,
 hakikatnya tiada seorang pun paling tepat. Bahkan, ia harus di tambah-tolak dari 
individu ke individu yang lain sebagaimana terkandung dalam Surah Al-'Asr.
tenaga, getaran, gelombang... ini semua telah ada di dalam diri manusia, hanya perlu di fahami dan di kaji













Semakin ia menambah kefahamannya, semakin ia bersangka-sangka dengan kepercayaannya, 
semakin terhurai sedikit demi sedikit apa yang dia tanyakan tadi.

Teori masa, ukuran masa, kefahaman tentang masa... dari sangkaan dan kepercayaan 
serta tindakbalas manusia terhadap unsur cahaya-bayang utk jadi 'saksi' kepada kehidupan mereka. 
dari situlah terbit 'memori', dimensi etc.. lama-lama, jadi kepercayaan dan adat..
 dan akhirnya jadi hijab utk di warisi. 

Tetapi, 
jika apa yang di fahami itu sebenarnya suatu kerugian?!
bagaimana?!

Masa itu adalah suatu sangkaan, teori, kefahaman, kepercayaan manusia. Dengan masa, 
maka tercipta pelbagai kreativiti unsur lain seperti dimensi, time-space, dan sebagainya. 

Jika semua kepercayaan itu di runtuhkan kepada NIL, tiada, zero, kosong bahkan masa itu
sebenarnya tak wujud pun, bagaimana tindak balas manusia?! Dan semua itu kembali 
bulat-bulat sebagaimana kalimah syahadah yakni LA ILA HA ILLA LLAH. 
Semuanya semata-mata DZAT.Masa berlaku bila manusia mahu selaraskan kefahaman 
kemanusiaan dengan idea penciptaan. Dari itulah terpaksa adanya ukuran dan skala. 
Dan dari situlah wujud pelbagai teori dari DZAT YANG SATU. Dari lautan ilmu,
 ia berminesfestasi dan menghasilkan ombak, kocakan dan pelbagai fragment lautan ilmu itu. 
Menisfestasi itu bertindak balas dengan kehidupan atas dasar kepercayaan.  
 Dunia ni mmg suatu penjara yg superb. bukanlah penjara jin syaitan iblis dajal. 
Tetapi, suatu penjara kesedaran yang cukup utuh sebagai pentas permainan bagi mereka yang
 lupa yang di gelar insan.

Kesimpulannya;
Penemuan sains dalam memahami masa, sebenarnya adalah proses kembali 
kepada asal usul masa itu di wujud. Semakin di kaji, semakin ia meruntuhkan
 sangkaan kita tentang masa. Satu teori yang terbaik setakat ini adalah dari ROBERT LANZA, 
penulis buku Biocentrism. Penemuannya di persetujui oleh saintis NASA dan di anggap
 'New theory of everything', melepasi teori 'THE STRING THEORY'.

Kata beliau;
Setiap individu punyai kesedaran dan tanggapn terhadap masa. Oleh kerana itulah, 
ada orang rasa dunianya lambat, ada yang cepat bahkan ada orang boleh sampai
 ke destinasi dengan cepat lebih dari kebiasaan. Ini semua adalah sangkaan kita pada sesuatu 
yang kita gelarkan sebagai MASA.   

The answer is within our self in vast of unlimited ocean of knowledge.
Wallahualam 


nota:
masa tu adalah 'pergerakkan time n space'
time and space pula berkait dgn cahaya.
jika tnpa cahaya, ruang takan akan wujud.
sebab semua gelap, tak nampak, ruang tak wujud.
jarak antara ruang ke ruang itulah kita namakan pergerakkan cahaya.
pergerakkan ni lah kita namai masa.
dan cepat lambat masa tu bergantung pada 'penerimaan' atau tindak balas kita terhadap cahaya.
asbab tu lah, ada org yg memahami apa itu cahaya (kita andaikan mereka sebagai ilmuan), dunia mereka
 punyai 'masa' yg berlainan dari kita.
pendek kata, masa itu sebenarnya bersifat individual kerena individu lah yg 'interpret' masa 
itu mengikut sangkaannya. sehingga suatu tahap, masa is nothing. pas-now-future hanyalah sangkaan.
 masa itu runtuh pada sangkaannya dan ketika itulah ability yg selama ini ter kontrol oleh masa di lepaskan. 
itu yg kita dgr kisah2, org ke mekah hanya setapak jalan kaki saja. solat di dua masjid etc..

apapun, ni andaian dari saya saja. inilah sangkaan saya terhadap 'masa'. apa pula sangkaan anda terhadap masa? 
dan apa kesan sangkaan itu terhadap anda?


Sumber : Nusanaga.blogspot.com

1 ulasan:

CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA

Assalamualaikum. Bismillah CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA Sebagai seorang Muslim dan Muslimah, am...