Isnin, 22 September 2014

EX NIHILO, NIHILO FIT Part 3 of 27

Part 3 of 27

"Mustika"? Apa benda tu? Lagu M. Nasir kah? Majalah Mustika kah? Jamu Mustika Ratu kah?

Mungkin ramai di antara kita yang tidak pernah mendengar tentang objek-objek yang dikatakan ajaib dan mempunyai khasiat yang hebat diberi gelaran "mustika". Tapi, mungkin ramai yang pernah mendengar istilah "geliga". Ya, "mustika" dan "geliga" ialah benda yang sama.

Bagi peminat atau pemburu "mustika" ini, tentu sahaja tahu "mustika" paling sering ditemukan dalam bentuk batu. Rupanya tidak semestinya cantik dan kadang-kadang sama sekali tidak cantik. Khasiatnya macam-macam... daripada pelaris, pemanis, pengasih dan kebal hinggalah dikatakan mampu membuka hijab pandangan disertai dengan kebolehan-kebolehan luar biasa lain.

Sebenarnya, "mustika" atau "geliga" ini adalah kebanyakannya berasal daripada pulau yang diduduki Dajjal. Kat mana pulau tu? Nanti la cerita. Di dalam “mustika” terkandung khasiat-khasiat, ilmu-ilmu dan kadang-kadang khodam yakni Jin yang sedia berkhidmat untuk kita. Jin tu apa benda pulak?

Bagaimanakah nak mendapatkan "mustika"? Di waktu akhir zaman ini... banyak "mustika" yang sengaja memunculkan dirinya untuk dikutip oleh manusia. Maknanya... tak payah susah-susah cari... dia datang sendiri. Tapi ramai juga yang bersungguh-sungguh mencarinya di dalam hutan, atas gunung, dalam gua dan tidak kurang pula yang menjalankan pelbagai upacara bagi memunculkan "mustika" ini.

Adakah salah di sisi agama Islam sekiranya percaya kepada kebolehan dan keajaiban "mustika"? Ramai yang mengatakan ianya tidak salah dan hanya menjadi kesalahan atau syirik jika kita menganggap ianya berkebolehan seperti Allah dan kita meminta daripada "mustika" seperti kita meminta daripada Allah. Tapi tak salah sekiranya kita menggunakan khasiat "mustika" sambil tetap memohon daripada Allah... boleh ke begitu? Tak berani saya nak menjatuhkan hukum... Saya rasa biarlah orang yang ahli sahaja yang mengeluarkan fatwa.

Bagi saya, adalah lebih baik kita berpegang kepada hakikat bahawa... "Hasbunallahu wa niqmal Wakil, niqmal Maula wa niqmanNashir"...

Menyambung cerita tentang "mustika" atau "geliga" ini, adalah satu anugerah Allah kepada Dajjal di mana dia boleh membuat "geliga" buatan sendiri. Ya... hebat sungguh ilmu yang Allah kurniakan kepada Dajjal ini.

Ish... banyak kali pulak dok sebut nama Dajjal ni. Siapa dia Dajjal? Daripada mana asal-usulnya? Nanti-nanti la yer... sekarang kita fokus kat cerita “mustika” atau “geliga” dulu.

Walaupun demikian, sama ada kita sedar atau tidak... "geliga" buatan sendiri oleh Dajjal ini boleh kita beli di shopping mall malah bersepah-sepah dijual di kedai-kedai tepi jalan. Aku ni pun dok bercakap sedap jer... aku sendiri pun membeli dan menggunakan "geliga" Dajjal ini.

Tetapi nama "geliga" yang dijual merata-rata ini tak la dipanggil "geliga"... mesti pakai nama komersial serta moden la... mesti pakai nama omputih. Al-maklum, di zaman moden ini, nama “mustika” atau “geliga” ni macam kuno sangat nak menyebutnya.

"Geliga" buatan Dajjal ini biasa kita dengar namanya iaitu "INTEL" dinamakan sempena perkataan "Intelligent"... biasa dengar ungkapan bagi orang yang intelligent iaitu "otak bergeliga" atau "tak sangka, ada geliga rupanya dalam kepala otak ko"... dan sebagainya. Pastu... banyak la jugak "geliga" lain yang dibuat tak guna nama INTEL... al-maklum OEM la katakan a.k.a. white label.

Di waktu akhir zaman ini, semua orang membawa atau mengguna "geliga" masing-masing dalam bentuk notebook, tablet PC, handphone dan pelbagai lagi smart devices.

Memikirkan perkara-perkara ini... rasanya tidak keterlaluan kalau dikatakan... silap-silap kita boleh jatuh syirik dengan mengharapkan rezki atau kekayaan daripada "geliga" Dajjal ini sekiranya kita terlupa rezki dan kekayaan hanya datang daripada Allah. Kita wajib meminta daripada Allah sahaja dan bukan kepada "geliga" yang kita beli di shopping mall ini.

On another note, cuba bayangkan kalau budak umur 3 atau 4 tahun dapat main Tablet PC macam iPad dan Galaxy Tab tu. Semua mender-mender yang dia mintak, Tablet PC boleh tunjukkan atau munculkan. Silap-silap bebudak kecik yang masih tak faham ni ingat Tablet PC tu macam Tuhan plak.... (hehehh...extreme thoughts... but it can happen).

Okay la. Nanti sambung lagi.

Wassalam - zulsegamat

Khamis, 18 September 2014

EX NIHILO, NIHILO FIT ; Part 2 of 27

Part 2 of 27
Saya mulakan dengan terjemahan beberapa ayat suci Al-Quran seperti berikut:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui” [QS,36:36]
“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan” [QS,43:12]
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah” [QS,51:49]
“dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan” [QS,78:8]
Selepas itu, mari kita lihat pula asal-usul perkataan “intelligence”. Perkataan “intelligence” asalnya di ambil daripada perkataan Latin “inter-lagere” yang bermaksud boleh membuat pilihan.
Nanti... nanti duluuuu.... Apa semua ni? Kejap cerita tentang terjemahan ayat2 suci Al-Quran... pastu tiba2 ajer... masuk pasal asal-usul perkataan “intelligence” pulak? Dah gila ke?
Bertenang ... bertenang... Ada sebab musababnya.... saya mohon maaf kalau intro begini membuatkan anda hampir hilang sabar... Saya faham perasaan anda... malah saya sendiri pun hampir hilang sabar sewaktu menulis nukilan ini.
Sekarang saya mohon untuk membuat penerangannya.
Setiap hari, tidak kira sama ada kita mahu atau pun tidak mahu... kita kena membuat beribu2 pilihan. Contohnya... apabila celik sahaja mata kita daripada tidur... kita sudah perlu memilih... nak bangun tidur ke atau nak sambung tidur? Kalau nak bangun tidur, nak terus mandi ke atau nak berus gigi dulu atau nak duduk2 dulu? Kalau nak sambung tidur pula... perlukah kita memasang semula “alarm clock” kita atau pun tidak? Dan begitulah seterusnya... tak henti2 kita kena membuat pilihan.
Dah siap berus gigi dan mandi... kena pilih pulak nak pakai baju merah atau baju biru? Nak sikat rambut belah tengah atau belah tepi? Nak pakai perfume Burberry atau perfume Bvlgari? Nak minum kopi atau teh? Nak makan terus atau nak makan di opis? Masih nak pergi kerja atau nak ambik MC? Ish...ish... tak sampai sejam kita bangun tidur... macam2 pilihan kita dah kena buat.
Sebenarnya... pilihan kita itu adalah berbentuk mudah sahaja. Kita hanya perlu memilih di antara “YA” atau “TIDAK”, “MAHU” atau “TIDAK MAHU”, “INI” atau “ITU”, “SUKA” atau “TIDAK SUKA”, “BOLEH” atau “TIDAK BOLEH” dan seterusnya.... ibarat sebuah komputer yang berfikir dalam bentuk binari yang berpasang-pasangan.
Komputer pun macam kita juga... hanya perlu memilih “1” atau “0”, “ON” atau “OFF”... itu sahaja. Akan tetapi, apabila beribu2 pilihan telah dibuat malah mungkin berjuta2 pilihan yang telah dibuat di dalam sehari, maka wujudlah pelbagai situasi kompleks yang kadang-kala kita rasa sukar untuk dihuraikan. Macam mana boleh jadi begini?
Sekarang anda sudah nampak, kaitan ayat2 suci Al-Quran tadi dan perkataan “intelligence”? Kita sebagai manusia yang dikurniakan "intelligence" tidak dapat lari daripada membuat pilihan daripada pasangan “1” atau “0” seperti sebuah komputer.
Ishhhh... kita ni sebuah komputer ke? Alam sejagat ni pun komputer jugak ke?
Kalau mengikut salah satu ajaran Melayu Kuno (ni kuno habis la ni... beribu2 tahun punya kuno ni), inilah intipati kehidupan manusia. Hidup kita tidaklah susah sebenarnya... hanya perlu memilih di antara dua perkara sahaja iaitu “PATUH” ataupun “ENGKAR”.... “1” ataupun “0”.
Sekiranya kita selami falsafah ajaran ini, kita akan dapat nampak bahawa kita tidak boleh hidup hanya dengan “PATUH” sahaja sepanjang masa... dan kita juga tidak boleh hidup dengan “ENGKAR” sahaja sepanjang masa. Kita perlukan kombinasi kedua2 pasangan ini... “PATUH” dan “ENGKAR”... “1” dan “0”. Kejap “PATUH”, kejap “ENGKAR”... baru la hidup kita akan menghasilkan makna dan mencapai sesuatu maksud. Maksud apa?
Setakat ini... adakah anda faham? Kalau tak faham... jangan sambung baca kerana anda akan semakin bertambah tidak faham nanti. Elok baca semula daripada awal Part 2 ini atau lebih baik... baca semula daripada Part 1. Kalau faham, takper... sila teruskan pembacaan anda...
Sekarang... cuba fikirkan soalan-soalan ini pula.
Adakah seekor ular sedar yang dirinya adalah seekor ular? Adakah sama kesedaran ular ini dengan kesedaran manusia? Adakah anda sedar yang anda sedang menjadi diri anda? Atau... Adakah anda sedar yang anda sedang menjadi diri orang lain dan bukan diri anda? Adakah anda sedar yang anda kadangkala “SEDAR” dan kadangkala “TIDAK SEDAR”. Ini pun satu lagi contoh pasangan yang tidak boleh dipisahkan.
Demikianlah... misteri kehidupan yang sangat asas ini pun kita tidak dapat faham lagi. Al-maklum... kita ni kadangkala “FAHAM” dan kadangkala “TIDAK FAHAM”.
Okay... cukup la rasanya setakat ini dulu. Sebenarnya, dialog2 atau kata2 di atas bukanlah hasil fikiran saya sendiri. Saya mendengarnya daripada seseorang yang dianggap tidak siuman oleh masyarakat kita. Ya... saya mendengarnya daripada seorang yang dianggap “gila” sewaktu saya sedang menunggu bas untuk pulang ke Segamat di Stesen Bas Muar. Pada masa itu, saya masih bersekolah si sebuah sekolah menengah berasrama penuh di Tanjung Agas, Muar.
Semenjak daripada peristiwa itu, setiap kali saya hendak pulang ke Segamat, saya akan mencari orang “gila” ini untuk mendengar kata2 nya. Pada saya... dia tidak gila.
InsyaAllah... bersambung lagi nanti.
Wassalam -zulsegamat

Selasa, 16 September 2014

EX NIHILO, NIHILO FIT Part 1 of 27

Part 1 of 27
Lambat laun kita akan tiba juga di suatu ketika di mana kita akan berhenti dan bertanya... “Ini sahajakah kehidupan di dunia ini?” Dilahirkan di suatu tempat. Dibesarkan di suatu tempat. Pergi ke sekolah rendah, sekolah tinggi dan sekolah yang lebih tinggi (Kolej atau Universiti) di mana kita belajar sesuatu yang telah ditetapkan oleh suatu watak yang kita panggil “pihak berkuasa”.
Dengan pengetahuan yang kita telah susah payah timba ini, kita seterusnya dipaksa masuk pula ke alam pekerjaan dan mula bekerja bagi mendapatkan sesuatu yang yang dipanggil “wang”. Ya... kita telah diajar untuk merasakan wang amat penting untuk membolehkan kita meneruskan hidup. Semakin lama kita hidup, semakin banyak wang yang kita perlukan. Tidak boleh hidupkah tanpa wang? Kita tinggalkan dulu persoalan tentang wang dan kita tengok pula tentang sesuatu yang lain.
[Nota: Daripada Part 1 hinggalah Part 21 nanti... beginilah keadaannya. Kita akan meloncat daripada suatu hal kepada suatu hal yang lain sehinggalah tiba di Part 22 hingga Part 27 nanti, barulah kita boleh membuat perkaitan tentang semua hal yang meloncat-loncat ini]
Pernahkah kita terfikir... apa sahaja yang kita rasa kita kini tahu adalah datangnya daripada saluran-saluran yang telah ditetapkan. Ditetapkan oleh siapa?
Daripada program-program televisyen serta radio, kandungan buku-buku, kandungan majalah-majalah serta suratkhabar hinggalah kepada sukatan pembelajaran di semua peringkat sekolah yang kita lalui... ianya adalah dikawal serta ditetapkan oleh suatu makhluk, lembaga atau entiti yang tidak pernah kita kenali. Kita juga sukar untuk menolak hakikat bahawa apa yang diajarkan oleh ibubapa, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan masyarakat sekeliling kita juga berasal daripada saluran-saluran yang telah ditetapkan ini sejak zaman berzaman. Ada juga yang mungkin bertanya... “bagaimana pula dengan internet?” Jawapannya tetap sama... kandungan internet pun asalnya ialah daripada saluran-saluran yang telah disebutkan sebelum ini.
Persoalan-persoalan perdana yang timbul di sini ialah... Ada kemungkinankah entiti berkuasa yang tidak kita kenali ini dengan sengaja telah menetapkan kandungan-kandungan serta saluran-saluran pengetahuan kita dengan tujuan-tujuan tertentu? Mungkinkah salah satu tujuannya ialah untuk menghalang kita daripada mengetahui sesuatu? Jika benar begitu... Apakah yang mereka tidak ingin kita tahu?
Seseorang pernah mengajarkan kepada saya... semua yang terkandung di dalam alam ini hanyalah asalnya daripada benang-benang halus yang bergetar. Benang-benang ini sangat halus sehingga tiada mikroskop yang cukup hebat untuk kita melihatnya.
Hanya benang-benang halus yang bergetar? Benarkah begitu?
Benang-benang ini pula dikatakan menerima arahan-arahan daripada suatu sumber kuasa yang memberikan “arahan-arahan suci (divine instructions)”. Apabila menerima arahan, benang-benang ini hanya berbuat dua perkara sahaja... benang-benang ini hanya tahu untuk kadang-kadang patuh dan kadang-kadang engkar. Itu sahaja kerjanya benang-benang ini. Benang-benang ini ada yang panjang menjalar dan ada pula yang hujungnya saling bersentuhan membentuk bulatan-bulatan.
Kebelakangan ini, saintis-saintis sekular telah mula mengakui kemungkinan bahawa benang-benang halus ini mungkin benar-benar wujud. Mereka memanggil kajian tentang benang-benang halus ini sebagai “Teori Benang”, “String Theory” atau “M-Theory”.
Sekarang cuba bayangkan... kita mempunyai kuasa membentuk benang-benang ini untuk menjadi apa sahaja yang kita suka. Ada yang kita arahkan untuk menjadi huruf “A”, “B”, “C” sehinggalah huruf “Z”. Daripada huruf-huruf ini kita boleh membentuk perkataan-perkataan yang kemudiannya boleh pula diatur menjadi ayat-ayat.
Sekarang cuba bayangkan pula, apa yang akan terjadi apabila ada benang-benang yang kita telah arahkan tadi engkar? Yang kita arahkan untuk jadi huruf “A” tiba-tiba engkar arahan dan menjadikan diri mereka huruf “H”. Yang kena jadi “B” tiba-tiba engkar arahan dan menjadikan diri mereka huruh “P”. Apa pula akan jadi kepada perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang dibina daripada benang-benang yang engkar ini?
Baiklah... setakat ini dahulu. Tujuan nukilan EX NIHILO NIHILO FIT (Part 1 of 27) adalah untuk percubaan sahaja. Bagi anda yang merasakan ianya hanyalah mengarut atau tidak berfaedah... tidak mengapalah. Harap abaikan sahaja nukilan ini. Akan tetapi, bagi yang ada minat... InsyaAllah saya akan sambung tulis lagi bahagian-bahagian yang seterusnya bila ada mood nanti.
Wassalam - zulsegamat

Khamis, 3 Julai 2014

ILUSI MASA

Semua yang diterangkan sebelum ini di dalam nukilan "ILUSI DUNIAWI" telah menunjukkan sebuah 'ruang 3 dimensi' sebenarnya adalah tidak wujud. Ia hanyalah prejudis yang diinspirasi oleh persepsi dan manusia menjalani kehidupannya di dalam 'ruang kosong'. Untuk mendakwa sebaliknya adalah bertentangan dengan sebab dan kebenaran sains kerana tidak terdapat bukti kewujudan sebuah dunia 3 dimensi yang sah.

Persepsi Masa

Persepsi yang kita gelar masa sebenarnya adalah perbandingan suatu ketika dengan ketika yang lain. Sebagai contoh, apabila anda mengetuk sebuah meja anda akan mendengar suatu bunyi. Apabila anda mengetuk meja yang sama 5 minit kemudian anda akan mendengar objek yang kedua. Situasi ini dinamakan sebagai selang waktu. Tetapi di saat mendengar bunyi kedua, bunyi pertama tadi tidak lebih dari sebuah pembayangan mental. Ia hanyalah sekadar satu bit maklumat di dalam memorinya. Kita dapat merumuskan konsep masa dengan membandingkan saat kini dengan apa yang terkandung di dalam memorinya. Sekiranya perbandingan ini tidak dilakukan, maka apa yang dipanggil masa tidak wujud.

Ringkasnya, masa wujud hasil daripada perbandingan yang dilakukan di antara beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai memori, maka otaknya tidak akan dapat membuat tafsiran seperti ini dan dengan itu persepsi masa tidak mungkin terbentuk. Punca mengapa seseorang itu merasakan dirinya 30 tahun adalah kerana dia telah mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tiga puluh tahun ini.

Contoh penting... seperti berikut...

Anggaplah bahawa kita dimasukkan ke dalam sebuah bilik yang hanya mempunyai sebuah tingkap dan kita ditempatkan di situ untuk beberapa lama. Sebuah jam diletakkan supaya kita dapat melihat jumlah masa yang berlalu dan pada masa yang sama, kita dibenarkan melihat matahari terbenam dan timbul pada suatu perbezaan masa tertentu melalui tingkap bilik tersebut. Beberapa hari kemudian, jawapan yang kita berikan tentang tempoh masa yang telah diluangkan di dalam bilik tersebut berdasarkan kepada maklumat yang telah kita himpun dengan melihat kepada jam dari masa ke semasa dan kepada pengiraan yang kita lakukan dengan merujuk kepada berapa kali matahari terbenam dan terbit.

Anggaplah, kita anggarkan kita telah menghabiskan masa di dalam bilik tersebut selama 3 hari. Tetapi, sekiranya org yang memasukkan kita ke dalam bilik tersebut datang dan menyatakan bahawa kita telah meluangkan masa selama 2 hari di dalam bilik tersebut dan bahawa jam di dalam bilik tersebut telah diaturkan untuk bergerak pantas dan matahari yang kita lihat melalui tingkap telah dihasilkan oleh sebuah mesin simulasi, maka perkiraan yang kita lakukan itu tidak mempunyai sebarang erti.

Contoh ini membuktikan bahawa maklumat yang kita miliki tentang kadar berlalunya masa adalah berdasarkan kepada rujukan relatif. Teori Asas Relativiti Einstein menyatakan bahawa kelajuan masa berubah berdasarkan kepada kelajuan sesuatu objek dan kedudukannya di dalam medan graviti. Apabila kelajuan bertambah, masa akan menjadi singkat, mampat, menjadi perlahan seolah-olah ia berada tahap berhenti.

Fahami dengan teliti...

Mari kita jelaskan dengan sebuah misal yang dibuat oleh Einstein sendiri. Bayangkan dua org kembar, seorang tinggal di bumi dan seorang lagi mengembara di angkasa lepas pada kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan cahaya. Apabila kembali, si pengembara akan mendapati saudaranya telah membesar lebih tua daripadanya. Puncanya adalah kerana masa berjalan lebih perlahan kepada orang yang bergerak pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya. Jika ibarat yang sama dilakukan kepada seorang ayah yang menjadi pengembara angkasa lepas dan anaknya tinggal di bumi, sekiranya si ayah berusia 27 tahun ketika memulakan pengembaraan dan anaknya berusia 3 tahun, maka apabila si ayah kembali ke dunia 30 tahun kemudian (masa bumi) anaknya akan berusia 33 tahun tetapi ayahnya baru berusia 30 tahun.

Sungguh menarik....

Adalah tidak mustahil untuk melihat bukti saintifik bahawa masa adalah sebuah persepsi psikologi yang bergantung kepada peristiwa, latar dan keadaan di dalam banyak ayat Al-Quran. Misalnya, hidup manusia ini adalah sementara seperti yang disebutkan oleh Al-Quran:

(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaan-Nya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal dalam kubur hanya sebentar.(Surah Al-Isra:52)

Dan Ingatlah ketika Tuhan himpunkan mereka pada hari kiamat kelak, dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima alasan, dan yang tidak mendapatkan petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia). (Surah Yunus:45)

Di dalam beberapa ayat telah dijelaskan bahawa manusia menerima masa secara berbeza dan kadang-kala manusia menerima satu jangka masa yang sgt pendek atau sgt panjang. Perbualan manusia berikut yang berlangsung ketika hari perhitungan di Akhirat merupakan sebuah contoh yang baik:

Allah bertanya lagi:"Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab: kami tinggal selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan malaikat yang menjaga urusan menghitung Allah berfirman; "Kamu tidak tinggal di dunia melainkan sedikit masa sahaja, sekiranya kamu dahulu mengetahui hal ini. (Surah Al-Mukmunun:112-114)

Di dalam ayat yang lain pula menjelaskan bahawa masa dapat berlangsung pada jarak yang berbeza di dalam tempat-tempat yang berbeza:
Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.(Surah Al-Hajj: 47)

Semua ayat ini menerangkan ekspresi relativiti masa. Kenyataan bahawa hasil ini yang baru difahami melalui bidang sains mutakhir abad ke-21, yang telah disampaikan kepada manusia 1400 tahun dahulu oleh Al-Quran, merupakan tanda bahawa Al-Quran telah diturunkan Allah s.w.t yang menguasai seluruh masa dan ruang.

Bagaimana dengan kisah Ashabul-Kahfi?

Sejumlah kenyataan di dalam Al-Quran menunjukkan bahawa masa adalah sebuah persepsi. Ini jelas dalam kisah tamadun silam. Sebagai contoh, Allah telah membiarkan Ashabul-Kahfi, sekumpulan orang-orang yang beriman yang disebutkan di dalam Al-Quran berada dalam tidur yang lena selama lebih daripada 3 kurun. Apabila mereka terjaga, mereka merasa bahawa mereka telah berada di negeri tersebut sekejap sahaja dan tidak dapat mengagak berapa lama mereka tidur.

Lalu kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun yang banyak bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan mereka dari tidurnya, untuk Kami menguji siapakah dari 2 golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu) (Surah Al-Khafi:11-12)

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka dari tidur, supaya mereka bertanya-tanya sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "berapa lama kamu tidur?" sebahagian dari mereka menjawab :"kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". sebahagian lagi dari mereka berkata:" Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke Bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana2 jenis makanan yang lebih baik lagi halal, kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya dan hendaklah ia beramah lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di Bandar) dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapa pun menyedari akan hal kau.(Surah Al-Khafi:19)

Seperti yang disebutkan di dalam ayat tersebut, manusia tidak berupaya untuk mengetahui berapa lama dia tidur. Dalam keadaan ini, untuk mendakwa bahawa masa adalah mutlak adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Semoga bermanfaat difikir2 kan.

Public Secret - Allahu'alam... Wassalam

Rabu, 2 Julai 2014

ILUSI DUNIAWI

Perkara ini adalah antara kebenaran terhebat yang mungkin tidak akan diberitahu kepada kamu sepanjang hidup. Dengan membuktikan bahawa seluruh dunia material adalah kewujudan bayangan, subjek ini merupakan kunci untuk memahami kewujudan dan ciptaan Allah sekaligus memahami bahawa hanya Dia satu-satunya yang wujud.

Mereka yang memahami perkara ini menyedari bahawa dunia ini bukanlah tempat seperti yang dilihat oleh manusia umum. Dunia ini benar-benar dianggap wujud oleh mereka yang merayau tanpa tujuan di tepi jalan yang terlibat di dalam pergaduhan di kelab-kelab malam, yang menunjuk-nunjuk di cafe mewah, yang bermegah dengan harta dan pangkat. Dunia ini adalah sebuah himpunan persepsi iaitu sebuah ilusi. Kita hanyalah kewujudan bayangan yang melihat persepsi ini di dalam minda tetapi gagal menyedarinya. Dan kita pasti akan sedar apabila kita meninggalkan dunia yang fana ini.

Kita dapat menjelajah di balik hal ini dengan cara berta'amul secara peribadi. Untuk ini, kita harus memusat dan menumpukan perhatian serta menghayati cara memerhati dan menyentuh objek sekeliling. Sekiranya kita benar-benar mengambil perhatian, kita dapat merasakan bahawa suatu makhluk lain yang sedang melihat, mendengar, menyentuh, memikir dan membaca blog ketika ini sebenarnya ialah roh yang melihat persepsi yang di panggil kebendaan pada sebuah skrin. Mereka yang berjaya memahami hal ini dianggap telah dapat berganjak daripada kawasan dunia material yang menipu kebanyakan manusia dan telah memasuki kawasan kewujudan yang hakiki.

Sekalipun kebenaran fakta ini tidak diendahkan dan menipu dirinya dengan menganggap semua yang dimiliki benar-benar wujud, tetapi di akhirnya ia akan mati dan di hari kemudian segala akan menjadi jelas apabila kita diciptakan untuk kali kedua. Pada hari tersebut, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam.(Surah Qaf :12) dan segalanya akan menjadi jelas. Tetapi sekiranya mereka di dunia dahulu menghabiskan seluruh hidupnya mengejar matlamat khayalan, maka pada hari ini mereka berharap sekiranya mereka tidak dibangkitkan untuk kali kedua ini dan berkata ; Aduhai sekiranya kematian itulah yang menyelesaikan segalanya, hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku, telah hilang kekuasaanku daripadaku. (Surah Al-Haqqah:27-29)

Di dalam Al-Quran situasi golongan yang mengejar ilusi di dunia ini dan melupakan Pencipta mereka telah dijelaskan seperti berikut
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkakanya air oleh orang yang dahaga, sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu, dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya dan ingatlah Allah Amat segera hitungan hisab-Nya. (Surah An-Nuur:39)

Bab yang anda sedang baca ini mendedahkan satu rahsia terbesar di dalam hidup anda. Anda perlu mengkajinya dengan baik dan teliti kerana ia berkaitan dengan subjek yang pasti akan mengubah sama sekali pandangan anda terhadap dunia. Subjek-subjek di dalam blog ini bukan hanya satu pandangan, satu pendekatan atau satu kepercayaan falsafah kuno: akan tetapi ia diakui oleh setiap orang, samada mereka mempercayainya atau tidak, dan ia juga telah dibuktikan oleh dunia sains hari ini... kalau ada minat, scroll lah hingga ke dasar.

Seperti yang telah dinyatakan lebih awal, satu dari faktor paling penting yang mendorong golongan tidak beriman menganggap agama secara negatif ialah pandangan mereka yang berdasarkan kepada kriteria duniawi. Mereka mempercayai bahawa hidup adalah terhad di dunia ini dan bertingkahlaku selaras dengan kecenderungan yang meluap-luap terhadapnya, seperti yang dirakamkan di dalam sepotong ayat al-Qur’an:

Hidup itu tidak lain hanya hidup kamu di dunia: kami mati dan hidup dan kami tidak akan dibangkitkan. Surah al-Mukminun: 37

Akibat tergoda kepada nilai keduniaan, mereka gagal memiliki persepsi yang tepat terhadap kebendaan di sekeliling mereka. Mereka melihat setiap kejadian terlepas bebas daripada Allah dan gagal memahami bahawa segala yang wujud adalah dengan kehendak-Nya. Allah menerangkan pandangan hidup mereka sebagai berikut:

Mereka hanya mengetahui yang lahir dari kehidupan duniawi sedangkan mereka lalai tentang akhirat. Surah ar-Ruum: 7

Di sana terdapat sebuah kebenaran yang gagal mereka fahami sepanjang hidup. Di saat mereka berusaha bermati-matian untuk memuaskan keinginan dan hawa nafsu dengan berbohong, memperlekehkan ajaran agama, menabur fitnah terhadap golongan mukmin, mengancam dan sebagainya, mereka sama sekali tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya berada di dalam kejahilan yang amat sangat, seperti yang akan ditunjukkan di dalam lembaran berikutnya.

Misteri Di Sebalik Material /Materi / Materialisme

Setiap organ pancaindera manusia - penglihatan, pendengaran, menghidu, merasa dan menyentuh – berfungsi dengan cara yang serupa. Rangsangan (seperti cahaya, bunyi, bau, rasa, tekstur dan sebagainya) datang dari arah objek yang dianggap wujud di dunia luar sebenarnya dihantar melalui saraf kepada pusat penderiaan di dalam otak. Semua rangsangan ini yang terdiri daripada isyarat elektrik akan sampai ke otak.

Sebagai contoh, sewaktu proses penglihatan, sinaran cahaya (foton) yang memancar dari sebuah sumber di dunia luar sampai ke retina di belakang mata dan kemudian dittukar menjadi isyarat elektrik melalui sesiri beberapa proses. Isyarat ini dipindahkan melalui saraf ke pusat penglihatan di dalam otak. Sekaligus, sebuah dunia tiga dimensi, berwarna warni dan terang benderang diterima di dalam pusat penglihatan yang hanya sebesar saiz beberapa kubik sentimeter.

Sistem yang sama juga benar bagi deria yang lain. Sejenis rasa ditukar menjadi isyarat elektrik oleh beberapa sel yang terletak pada lidah. Bau juga ditukar menjadi isyarat elektrik oleh sel di dalam epitelium hidung. Pengesan khusus terletak di bawah permukaan kulit bertanggungajwab menukarkan impuls sentuhan (seperti rasa keras atau lembut) menjadi isyarat elektrik dan sejenis mekanisme khusus di dalam telinga menukar bunyi menjadi isyarat elektrik. Semua isyarat ini kemudian dihantar ke pusat berkaitan di dalam otak dan diterima di dalamnya.

Contoh berikut akan lebih menjelaskan. Anggaplah anda sedang minum secawan kopi. Rasa keras dan panas cawan tersebut ditukar menjadi isyarat elektrik melalui sejenis reseptor di bawah permukaan kulit dan dihantar ke otak. Serenti itu, bau kopi yang kuat, rasanya dan warnanya yang hitam pekat turut menjadi isyarat yang samapi ke otak. Bunyi yang didengar ketika cawan menyentuh permukaan meja diterima di dalam telinga dan dihantar ke otak sebagai suatu isyarat elektrik. Semua persepsi ini ditafsirkan di pusat yang berkaitan di dalam otak, yang bekerja secara harmoni di antara satu sama lain.s ebagai suatu hasil kumulatif semua impuls ini, anda akan merasa sedang meneguk secara kopi. Sementara segalanya terjadi di dalam pusat deria di dalam otak, anda sebaliknya menganggap segala yang anda terima ketika itu memiliki kewujudan di dunia luar.

Akan tetapi, kita tersilap kerana kita tidak memiliki sebarang bukti bahawa perasaan yang kita terima di dalam otak memiliki sebarang kewujudan yang mutlak di luar dari bahagian kepala. Amat jelas, ini adalah sebuah realiti penting yang layak dipertimbangkan dengan berhati-hati. Sehingga kini, anda beranggapan segala yang anda lihat di sekeliling memiliki kewujudan yang mutlak. Akan tetapi, dunia sains sebaliknya telah mendedahkan bahawa adalah amat mustahil untuk membuktikan objek di dunia luar memiliki sebarang kewujudan material yang mutlak.

Apa yang secara ringkas diterangkan di sini adalah antara kebenaran hebat yang dapat diperhatikan di dalam hidup kita sendiri.

Apa yang Wujud di Dunia Luar?

Apa yang dibincangkan sejauh ini menunjukkan bahawa kita sebenanrnya hanya hidup di dalam otak dan bahawa otak kita tidak dapat menerima apa pun selain dari yang disampaikan kepada kita melalui organ penderiaan. Untuk meneruskannya: Adakah apa yang kita terima itu benar-benar wujud atau ia hanya sekadar ilusi? Dan adakah di sana keperluan terhadap sebuah dunia luar untuk kita melihat dan mendengar?

Sebenarnya tidak! Untuk menerima sensasi-sensasi deria, kita sama sekali tidak berhajatkan kepada kewujudan sebuah dunia luar. Dengan diberi jenis rangsangan yang tepat, sensasi seperti sentuhan, penglihatan, suara dan sebagainya dapat terbentuk di dalam otak. Contoh yang paling baik berhubung fakta ini adalah mimpi.

Sewaktu bermimpi, badan anda biasanya kekal tanpa sebarang pergerakan di dalam bilik yang sunyi dan gelap, sementara mata pula tertutup. Di sana tidak terdapat sebarang cahaya mahu pun suara atau pun sebarang rangsangan lain daripada dunia luar yang sampai ke otak untuk dialami. Namun begitu, di dalam mimpi, kita menerima pengalaman yang sangat serupa jika dibandingkan dengan dunia sebenar di luar. Di dalam mimpi juga kita akan bangkit dan bersiap ke tempat kerja, atau pun sedang dalam percutian bermandikan kehangatan sinaran matahari.

Bahkan, di dalam mimpi, anda tidak meragui realiti apa yang anda alami. Hanya setelah terjaga, barulah anda menyedari bahawa seluruh pengalaman tersebut hanyalah sebuah mimpi. Anda bukan sahaja mengalami perasaan seperti takut, bimbang, gembira dan sedih tetapi juga melihat pelbagai gambaran imej, mendengar bunyi dan menyentuh alam kebendaan. Akan tetapi, di sana tidak terdapat sebarang sumber fizikal yang menghasilkan semua sensasi dan persepsi ini kerana hakikatnya anda sedang terbaring kaku di atas katil.

Descartes, seorang ahli falsafah terkemuka, menawarkan hujah berikut berkenaan hakikat mimpi yang mengejutkan ini:

Di dalam mimpi, saya melihat bahawa saya sedang melakukan pelbagai perbuatan, saya pergi ke banyak tempat; di saat saya terjaga, akan tetapi, saya melihat bahawa saya tidak melakukan atau pergi ke mana-mana dan bahawa saya terlentang dengan tenang di atas katil. Siapa yang dapat mengesahkan kepada saya bahawa saya juga tidak bermimpi ketika ini, masa akan datang, dan bahawa seluruh hidup saya bukanlah sebuah mimpi?

Seperti mimpi yang kita alami seolah-olah nyata dan hanya menyedarinya bahawa ia adalah sekadar mimpi ketika terjaga, begitu jugalah kita tidak dapat memastikan bahawa apa yang kita alami sekarang ini adalah suatu realiti. Hal ini mengisyaratkan bahawa suatu saat kelak kita pasti akan terjaga dari kehidupan di atas muka bumi ini, yang kita percaya kita hidup di dalamnya sekarang dan memulakan sebuah kehidupan yang hakiki. Kita tidak memiliki sebarang bukti yang membuktikan hal yang sebaliknya. Pun begitu, sains telah menyediakan penemuan penting yang membuktikan bahawa apa yang kita alami sekarang ini sebenarnya tidak memiliki sebarang kewujudan yang hakiki.

Kenyataan yang timbul pada titik ini adalah jelas. Sementara kita menganggap bahawa dunia yang kita hidup kini wujud, atau pun memikirkan bahawa kita hidup di dalam dunia itu, sebenarnya di sana tidak terdapat sebarang hujah yang kukuh bagi kita untuk mendakwa bahawa dunia seumpama itu memiliki sebuah realiti material. Kemungkinan besar, ia hanyalah sekadar persepsi tanpa sebarang realiti material yang merangsang secara tiruan.

Adakah Otak Terasing dari Dunia Luar?

Seperti yang telah dibincangkan sejauh ini, sekiranya setiap kebendaan yang kita ketahui hanyalah sekadar himpunan persepsi yang terhasil dalam diri, bagaimana pula tentang otak iaitu tempat melihat dan mendengar? Bukankah ia terbina daripada atom dan molekul seperti yang lain?

Seperti mana segalanya yang kita panggil materi, maka otak juga adalah sejenis persepsi. Ia adalah pepejal daging yang kita terima melalui deria. Seumpama kebendaan lain yang kita anggap kewujudannya di dunia luar, maka demikian jugalah otak sebenarnya adalah sekadar sebuah ilusi. Sekiranya hal ini yang realiti, maka apakah yang menerima segala-galanya, yang melihat, mendengar, menyentuh, menghidu dan merasa, sekiranya bukan otak?

Pada titik ini, kita berhadapan dengan fakta yang jelas, status kewujudan manusia iaitu makhluk yang memiliki fungsi sedar yang dapat melihat, berfikir dan memanfaatkan akal fikiran, adalah lebih dari sekadar longgokan atom dan molekul. Apa yang terkandung dalam tubuh individu setiap manusia adalah ‘roh’ yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t. Sekiranya tidak, adalah amat jelas tidak masuk akal untuk menyifatkan fungsi sedar tersebut dan kemampuan intelek yang lain kepada sebungkus pepajal daging seberat tiga paun yang pada asasnya juga adalah sejenis persepsi:

Yang mengelokkan tiap-tiap sesuatu yang dijadikan-Nya dan Dia memulakan kejadian manusia dari tanah. Kemudian Dia jadikan anak-anak cucunya dari sari air yang hina. Kemudian Dia sempurnakan dan Dia tiupkan ruh ke dalamnya, dan Dia adakah untukmu pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi sedikit di antara kamu yang berterima kasih. Surah as-Sajadah: 7-9

Zat yang Paling Hampir Kepada Manusia ialah Allah s.w.t.

Memandangkan manusia adalah lebih dari sekadar selonggok daging iaitu sebuah ‘roh’, maka siapakah yang menyebabkan roh ini mampu menerima seluruh himpunan persepsi yang kita panggil dunia luar? Yang terus menerus mencipta semua imej persepsi tanpa berhenti?

Jawapannya adalah jelas, Allah s.w.t yang meniupkan roh yang diciptakan-Nya ke dalam manusia dan Dialah Maha Pencipta segala-galanya. Dia juga adalah sumber hakiki bagi seluruh himpunan persepsi-persepsi. Setiap yang wujud bergantung kepada penciptaan-Nya. Allah memaklumkan manusia bahawa Dia sentiasa meneruskan penciptaan-Nya dan bahawa segala-galanya akan lenyap musnah di saat Dia memberhentikan ciptaan-Nya:

Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya keduanya jangan tergelincir. Demi jika keduanya tergelincir maka tidak seorang yang dapat menahan keduanya selain daripada-Nya. Sesungguhnya Dia maha penyantun lagi maha Pengampun. Surah Fathir: 41

Seorang individu mungkin cenderung untuk menyangkal hakikat ini disebabkan telah menerima kelaziman yang bersebati erat di dalam dirinya. Akan tetapi, betapa sekalipun ia berusaha mengabaikan hakikat ini atau mengelaknya, namun kebenaran adalah suatu yang pasti. Setiap persepsi yang dipersembahkan kepada roh manusia hanya wujud melalui ciptaan Allah. Bahkan, bukan sahaja dunia luar tetapi setiap tindakan yang dilakukanoleh manusia adalah dengan kehendak-Nya. Adalah amat mustahil bagi manusia untuk memiliki sebarang kuasa atau kehendak bebas daripada Allah. Hal ini dinyatakan sebagai berikut:

Allah menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat. Surah as-Saffat: 96

Kenyataan seumpama ini akan menarik suatu kesimpulan yang penting iaitu Allah s.w.t. adalah satu-satunya yang wujud mutlak. Tidak ada yang wujud melainkan Allah, yang meliputi segalanya di langit dan di bumi:

Ingatlah! Sesungguhnya mereka dalam keraguan tentang menemui Tuhannya. Ingatlah sesungguhnya Dia meliputi tiap-tiap sesuatu. Surah Fussilat: 54

Kepunyaan Allah timur dan barat, kemana sahaja kamu menghadap, maka di sanalah Wajhullah. Sesungguhnya Allah adalah maha meliputi maha mengetahui. Surah al-Baqarah: 115

Bagi Allah apa-apa yang ada di langit dan yang di bumi. Allah meliputi tiap-tiap sesuatu. Surah an-Nisa: 126

Ketika Kami berkata kepada engkau: Sesungguhnya Tuhanmu meliputi semua manusia. Surah al-Isra’: 126

Kursi-Nya meliputi langit dan bumi dan tiada susah bagi-Nya memelihara keduanya. Dia maha tinggi lagi maha besar. Surah al-Baqarah: 255

Kekuasaan dan pengetahuan Allah meliputi manusia dari setiap penjuru arah. Ini bermaksud, Dia meliputi kita seluruhnya. Dia melihat kita di mana sahaja, pada setiap detik. Dia berkuasa mutlak ke atas setiap manusia, luar dan dalam. Dia adalah maha Agung dan Maha Besar. Dia adalah lebih hampir kepada kita berbanding urat leher kita sendiri.

Sesungguhnya Kami adalah lebih hampir daripada urat lehernya. Surah Qaf: 16

Ketahuilah bahawa Allah membatasi antara manusia dengan hatinya dan sesungguhnya kamu akan dihimpukan kepada-Nya. Surah al-Anfal: 24

Di sinilah terletak kekeliruan golongan yang ingkar: mereka menganggap dunia yang pada asasnya adalah ilusi sebagai suatu yang nyata. Sementara mereka memperolok-olokkan agama dan para mukmin sekaligus menafikan wahyu Allah s.w.t., mereka menganggap mereka mampu melepaskan diri yang pada hakikatnya mereka sendiri adalah berada dalam liputan-Nya. Ini sesungguhnya adalah satu daripada hakikat besar yang amat diabaikan oleh para musyrikin yang bongkak. Lebih dari itu, kehidupan duniawi yang menjadi matlamat agung ketika hidup hilang dari genggaman mereka.

Segala yang Dimiliki Adalah Ilusi

Kenyataan bahawa dunia luaran tidak mengandungi sebarang realiti materialistik adalah sebuah fakta yang logik dan saintifik, dan ia pada asasnya adalah himpunan imej yang terus menerus diperlihatkan kepada roh oleh Allah s.w.t. Namun begitu, manusia tidak atau bahkan tidak ingin memasukkan kebendaan di dalam konsep ini.

Sekiranya kita memikirkan isu ini dengan jujur dan berani, kita akan menyedari bahawa rumah, perabot di dalamnya, kereta yang mungkin baru dibeli, ruang pejabat, barang kemas, akaun bank, almari pakaian, teman hidup, anak-anak, rakan-rakan dan segala yang dimiliki sebenarnya adalah tergolong di dalam ‘dunia luar’ yang dipersembahkan kepada kita. Apa yang kita lihat, dengan dan hidup di sekeliling melalui lima pancaindera adalah sebahagian daripada ‘dunia bayangan’ ini, begitu juga dengan suara penyanyi pujaan, kerusi empuk tempat bersandar, haruman minyak wangi, matahari yang hangat, sekuntum bunga dengan warna menarik, seekor burung yang terbang di hadapan tingkap, sebuah bot laju yang bergerak lincah di atas air, taman bunga yang subur, komputer di tempat kerja atau hi-fi yang mempunyai teknologi tercanggih di dunia...

Ini adalah sebuah kebenaran, kerana dunia hanyalah sebuah himpunan imej yang dijadikan medan untuk menguji manusia. Manusia diuji melalui kehidupannya yang terhad dengan persepsi-persepsi yang tidak benar. Persepsi ini telah dijadikan menarik dan menawan. Kenyataan ini telah disebutkan di dalam al-Qur’an:

Dihiaskan kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah)! Pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baik. Surah Ali-‘Imran: 14

Sebahagian besar manusia menyingkirkan pegangan agama demi tarikan harta benda, kekayaan, longgokan emas dan perak, wang ringgit, barang kemas, akaun bank, kad kredit, almari pakaian, model kereta terkini, ringkasnya, segala bentuk kemewahan yang mereka miliki atau berusaha untuk memilikinya dan hanya menumpukan nikmat kemanisan duniawi serta mengabaikan Hari Kemudian. Mereka telah tertipu dengan ‘kecantikan dan keindahan’ wajah kehidupan duniawi sehingga gagal untuk menunaikan sembahyang, menderma kepada fakir miskin atau mengerjakan kebaikan yang menambahkan amal baik di hari kemudian nanti. Sebaliknya mereka menjawab dengan berkata ‘saya ada kerja lain yang perlu dibuat’, ‘saya cukup sibuk’, ‘saya ada tanggungjawab lain’, ‘saya tidak mempunyai cukup masa’, ‘saya ada perkara lain yang perlu diselesaikan’, ‘saya akan melakukannya kemudian’. Mereka meluangkan seluruh hidup mereka untuk maju di dunia sahaja. Pemahaman yang salah ini telah dijelaskan di dalam ayat berikut:

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir dari kehidupan dunia sahaja, mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. Surah ar-Rum: 7

Fakta yang diterangkan di dalam bab ini, terutamanya hakikat kebenaran bahawa segalanya adalah imej, adalah amat penting kerana implikasinya yang bakal memusnahkan seluruh keghairahan dan keinginan sama sekali tidak memberi erti. Pengesahan terhadap hakikat ini menunjukkan dengan jelas bahawa segala yang menjadi matlamat utama manusia seperti kekayaan yang diperolehi dengan ketamakan, anak-anak yang mereka banggakan, megah, pasangan hidup yang mereka anggap sebagai insan paling rapat, sahabat handai, tubuh badan yang dijaga rapi, status dan kedudukan yang meletakkan mereka di mercu yang tinggi, menuntut di sekolah berprestij, percutian yang mereka lalui, semua itu tidak lebih daripada sekadar himpunan ilusi. Oleh itu,s egala tenaga dan waktu untuk mengejar nikmat duniawi yang sementara sama sekali tidak bermanfaat baginya.

Ini adalah sebab mengapa sebahagian manusia mempamerkan kedangkalan diri ketika bermegah dengan kekayaan dan harta benda atua ‘kapal layar, helikopter, kilang-kilang, saham-saham, rumah mewah dan tanah mereka’, seolah-olah semua itu benar-benar wujud. mereka yang terdiri daripada golongan elit atau kelas pertama yang berjalan mundar-mandir di atas kapal percutian mewah dengan sombong, menayang-nayangkan kereta mewah, bercakap tentang kekayaan, memperlekehkan orang lain dengan kedudukan yang dicapai, mengangkat dan meuja diri sendiri melalui penampilan dandanan, membina seluruh hidup mereka kepada keghairahan dan persaingan seperti ini, dan merasa bahawa sangat berjaya dengan semua ini: seharusnya memikirkan kedudukan dan nasib diri di saat menyedari bahawa semua itu hanyalah sekadar bayangan ilusi.

Sebenarnya, pemandangan seperti ini kerap dililhat di dalam mimpi. Sewaktu bermimpi, mereka juga memiliki rumah, kereta mewah, barang kemas yang melimpah ruah, not wang bergulung-gulung dan emas perak yang menggunung tinggi. Di dalam mimpi juga, mereka mempunyai kedudukan yang tinggi, memiliki kilang-kilang dengan beribu-ribu pekerja, berkausa mengerahkan ramai orang, memakai pakaian yang menjadikan orang lain kagum kepadanya. Akan tetapi, untuk bermegah dengan segala kemewahan di dalam mimpi akan dianggap mengarut dan tidak realistik, maka demikian jugalah bagi mereka yang merasa gah dengan pelbagai imej yang mereka lihat di dunia ini. Lagipun, apa yang dilihat di dalam mimpi dan di dalam dunia ini hanyalah imej di dalam mindanya. Sudah pasti hal ini harus difikirkan dengan sewajarnya. Seperti yang dinyatakan di dalalm al-Qur’an, mereka yang menerima fakta ini adalah merupakan golongan yang menikmati kemenangan yang besar:

Sesungguhnya telah datang kepadamu beberapa keterangan daripada Tuhanmu. Barangsiapa yang melihat, maka bagi dirinya, dan barangsiapa yang buta maka atas dirinya. Surah al-An’aam: 104

Hal yang serupa ketika manusia bertindak balas dengan peristiwa yang dialami hanya akan menyebabkan mereka merasa malu apabila menyedari hakikatnya yang sebenar. Mereka yang sering bergaduh sesama sendiri. mereka yang bercakap sombong, mereka yang sering menipu, mereka yang menerima rasuah, mereka yang melakukan kesalahan kepad amanusia, mereka yang memukul dan memaki hamun dan menyerang orang lain, mereka yang terlalu ghairah dengan jawatan dan kedudukan, mereka yang sering iri hati, mereka yang suka menunjuk-nunjuk, mereka yang memuliakan diri sendiri dan yang sebagainya akan menyesal apabila menyedari bahawa segala yang mereka telah lakukan adalah merupakan sebuah ilusi. Disebabkan Allah adalah Pencipta semua imej ini, maka Allah adalah pemilik tunggal yang mutlak kepadanya.

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Surah an-Nisa: 126

Adalah suatu tindakan yang kurang bijak untuk mempertaruhkan agama demi mengejar keghairahan bayangan sehingga menyebabkan kehilangan kehidupan yang lebih berkah di syurga.

Dan hapuslah segala yang mereka lakukan di dunia dan binasalah apa yang mereka amalkan. Surah Hud: 16

Seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas, semua impian dan keghairahan akan terbukti sia-sia. Bahkan, semua kebendaan yang mereka anggap milik abadi mereka akan lolos daripada genggaman dan tidak memberi sebarang manfaat buat mereka.

Di saat ini satu fakta perlu ditegaskan. Apa yang dimaksudkan di sini bukanlah menunjukkan bahawa ‘segala pemilikan, harta benda, anak-anak, pasangan hidup, rakan-rakan, kedudukan yang lambat laun akan hilang, dan semuanya ini’ sama sekali tidak bererti. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah ‘segala harta yang kamu lihat sebenarnya tidak wujud sama sekali melainkan sekadar sebuah mimpi dan himpunan imej yang ditunjukkan kepada anda oleh Allah sebagai satu ujian’.

Seperti yang dapat kita saksikan, di sana terdapat perbezaan yang besar di antara kedua kenyataan ini. Sekiranya kenyataan yang pertama diterima sebagai kayu ukuran, seseorang itu akan terkeliru dengan memikirkan bahawa segalanya, manusia, hubungan dan status duniawi sebenarnya wujud walaupun sementara dan akan terus berusaha dengan tamak haloba untuk memiliki semuanya itu dengan kesempatan yang ada. Tetapai sekiranya diberikan kenyataan yang kedua, menunjukkan keadaan sebenar semua kebendaan iaitu segala-galanya adalah bersifat ilusi, ini akan menyebabkan golongan yang mempamerkan sifat tamak berasa terhina dan menanggung kerugian yang amat besar.

Sekalipun fakta ini tidak memberi apa-apa kesan di sanubari mereka dan terus menipu diri sendiri dengan menganggap setiap yang dimiliki benar-benar wujud, hakikatnya nanti mereka juga akan mati dan segalanya akan menjadi jelas di saat hari kebangkitan. Pada hari tersebut, lalu pandangan mereka amat tajam dan segalanya akan menjadi jelas.

Dan bagi mereka yang sewaktu di dunia dahulu memilih untuk mensisakan kehidupan dengan matlamat khayalan, maka pada hari ini mereka sangat berharap sekiranya mereka tidak dibangkitkan lagi untuk kali kedua sambil berkata:

Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segalanya, hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku, telah hilang kekuasaanku daripadaku. Surah al-Haqqah: 27-29

Di satu sudut lain, bagi mereka yang memiliki sifat hikmah dengan kefahaman yang benar tentang maksud di sebalik penciptaan alam semesta ialah berusaha sebaik mungkin dari terjerumus ke lembah kesesatan terhadap imej dan ilusi khayali dan sebagai akibatnya, bergadapan dengan saat akhir yang amat menyedihkan. Di dalam al-Qur’an, situasi golongan yang mengejar ilusi (fatamorgana) di dunia ini dan melupakan Pencipta mereka telah dijelaskan seperti berikut:

Dan orang-orang yang kafir amalan mereka adalah umpama fatamorgana di tanah yang data, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatkan sesuatu apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amalannya dengan cukup dan Allah adalah amat tepat perhitungan-Nya. Surah an-Nur: 39

Materialis Telah Jatuh Ke Dalam Perangkap Terbesar Dalam Sejarah

Kenyataan bahawa kebendaan adalah sebuah persepsi telah dibuktikan melalui bidang sains moden dan telah diterangkan dengan cara yang sangat jelas, telus dan bertenaga. Apa yang tinggal pada materialis ialah menyaksikan kemusnahan seluruh dunia material yang mereka yakini dengan membuta tuli dan yang menjadi tempat bergantung.

Sepanjang sejarah kemanusiaan, pemikiran ala-materialisme sentiasa wujud. disebabkan terlalu yakin dengan diri dan falsafah yang menjadi anutan, mereka begitu berani memberontak menentang Allah yang telah menciptakan mereka. Senario yang dirancang ini mempertahankan akidah kepercayaan bahawa kebendaan atau material adalah azali dan mutlak abadi, dan ia menyimpulkan bahawa di sana tidak wujud sebarang kuasa penciptaan. Ketika perasaan takabbur dan angkuh menafikan kewujudan Allah s.w.t., mereka berpaling terhadap kebendaan yang didewa-dewakan sebagai kewujudan mutlak. Mereka terlalu mempercayainya sehingga begitu yakin bahawa adalah amat mustahil untuk mengemukakan walau sebuah contoh yang membidasnya.

Kerana itulah fakta kebenaran yang dibincangkan di sini mempunyai impak yang sangat besar terhadap mereka. Apa yang dibincangkan di sini pada asasnya telah memusnahkan asas falsafah anutan mereka tanpa meninggalkan sisa untuk perbincangan yang lebih jelas. Kebendaan, yang mendasari kepercayaan, kehidupan, keangkuhan dan penafian mereka telah musnah sekelip mata. Bagaimana materialisme dapat wujud sedangkan kebendaan sendiri tidak ada?

Di antara sifat Allah ialah perencanaan-Nya terhadap golongan yang kufur. Hal ini dijelaskan dalam ayat berikut:

Mereka menjalankan tipu daya dan Allah mengagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang mengagalkan tipu daya. Surah al-Anfal: 30

Allah s.w.t memerangkap materialis dengan membuat mereka mendakwa akan kemutlakan kebendaan dan sekaligus menghina mereka tanpa disedari. Golongan materialis mengira harta, status, kedudukan, masyarakat yang mereka anggotai, seluruh dunia dan sebagainya adalah wujud dan bahkan, semakin angkuh berdegil menentang. Allah dengan bergantung kepada semua ini. Mereka memberontak menentang Allah dengan menjadi bongkak dan semakin degil ketika berkeras degil menentang-Nya. Tetapi, mereka terlalu lemah sehingga gagal untuk memikirkan bahawa Allah meliputi sekeliling mereka. Allah s.w.t. menyatakan situasi yang dialami akibat kebodohan mereka sendiri:

Bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat kerana orang-orang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahantya. Surah at-Thur: 42

Ini merupakan kekalahan paling tragik dalam sejarah. Di saat keangkuhan mereka semakim membuak-buak, materialis telah diperdaya dan ditumpaskan dengan keaiban di dalam pemberontakan yang mereka rancang untuk menentang Allah. Ayat berikut menunjukkan bagaimana perasaan mereka dihanytkan ketika beria-ia menderhaka menentang maha Pencipta dan Al-Qur’an menjelaskan saat akhir yang pasti buat mereka:

Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya. Surah Al-An’aam: 123

Di dalam ayat yang lain juga disebut perkara yang sama:

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Surah al-Baqarah: 9

Di saat berkomplot, mereka tidak menyedari fakta penting yang disebut dalam ayat di atas, ‘mereka hanya memperdaya diri mereka sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya’. Kenyataannya, segala apa yang mereka alami adalah bayangan yang dicipta untuk menjadi pergantungan dan setiap komplot yang mereka persiapkan merupakan khayalan yang terbentuk di dalam otak mereka, dan begitu juga dengan tindak tanduk mereka. Kebodohan telah menyebabkan mereka terlupa pada hakikatnya mereka adalah bersendirian berhadapan dengan Allah dan akibatnya mereka terperusuk masuk ke dalam jerat yang mereka pasang sendiri.

Seperti golongan kafir yang hidup di masa silam, mereka yang hidup hari ini juga berhadapan dengan realiti yang bakal memusnahkan seluruh perancangan jahat mereka hingga ke akar umbi. Allah berfirman bahawa perancangan ini telah pun digagalkan sejak hari ini direncanakan:

Kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. Surah an-Nisaa’: 76

Allah turut berfirman memberi khabar gembira kepada para mukmin di dalam ayat:

Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun. Surah Ali-‘Imran: 120

Di dalam sepotong ayat lain pula menegaskan:

Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas (fatamorgana) di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya; dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisab-Nya. Surah an-Nuur: 39

Materialisme yang dicipta sebagai alat untuk menentang Allah juga telah menjadi ‘fatamorgana’ seperti yang disebutkan di dalam ayat di atas. Di saat mereka berlari mendapatkannya, mereka hanya akan mendapati sebuah ilusi. Allah telah memperdayakan mereka dengan sebuah fatamorgana dan dengan menerima seluruh himpunan imej sebagai benar. Seluruh tokoh ‘kehormat’ ini, para profesor, ahli kaji bintang, ahli biologi, ahli fizik, dan sebagainya tanpa mengira darjat dan kedudukan mereka telah tertipu seperti anak kecil dan diaibkan akibat bertuhankan material. Mereka mendakwa himpunan imej sebagai mutlak dan meletakkan dasar falsafah dan ideologi mereka di atasnya serta terlibat di dalam perbincangan yang berprestij dan diterima sebagai wacana ‘intelektual’ terkenal. Mereka merasa sudah cukup bijak untuk menawarkan argumen tentang kebenaran alam semesta, dan yang lebih memalukan, mereka mempertikaikan Allah dengan kebijaksanaan yang amat tebatas. Allah menerangkan situasi ini di dalam ayat berikut:

Dan orang-orang itu pun merancang tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya; dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas tipu daya. Surah Ali-‘Imran: 54

Untuk melepaskan diri daripada perangkap yang dibuat oleh manusia adalah mungkin mudah namun, perancangan Allah menentang mereka adalah sangat rapi dan kemas sehingga tertutup seluruh pintu keluar bagi mereka. Apa sahaja yang akan mereka lakukan dan tempat mereka merayu, tidak ada pelindung bagi mereka melainkan Allah Azza Wajalla:

Dan mereka pula tidak akan memperolehi sesiapa pun selain daripada Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka. Surah an-Nisaa’: 173

Materialis tidak pernah menyangkakan akan terjatuh ke dalam perangkap hebat ini walaupun pada asasnya mereka berkuasa mengeksploitasi seluruh khazanah abad 20 untuk kepentingan sendiri dengan harapan akan berjaya memperhebatkan penafian mereka dan mengheret manusia ke lembah kekufuran. Mentaliti dan saat akhir bagi mereka diumpamakan seperti berikut di dalam al-Qur’an:

Dan mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka. Iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya. Surah an-Naml: 50-51

Ayat di atas memberi makna: materialis telah menyedari bahawa segala-galanya adalah sekadar ilusi dan pasti akan musnah. Mereka menyaksikan seluruh harta kebendaan, keluarga, anak dan isteri serta fizikal jasmani (yang mereka sifatkan sebagai wujud mutlak) terlepas satu demi satu dari genggaman. Mereka telah ‘hancur musnah’ seperti yang disebutkan di dalam Surah an-Naml. Di saat itu tidak terdapat sebarang entiti material melainkan roh.
Suatu yang amat pasti, hakikat ini amat menakutkan untuk difahami bagi golongan materialis. Dengan memahami kenyataan bahawa segala yang mereka miliki hanyalah ilusi adalah umpama seperti, dengan perkataan mereka sendiri, ‘mati sebelum mati’ di dunia ini.
Mereka akan dibiarkan bersendirian berhadapan dengan Allah seperti yang tergambar dalam sepotong ayat:

Biarkan Aku sahaja membalas orang yang Aku ciptakan dia seorang diri. Surah al-Muddathir: 11

Fakta ini telah diulangi di dalam beberapa ayat lain:

Dan demi sesungguhnya! Kamu tetap datang kepada Kami dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu... Surah Al-An’aam: 94

Dan mereka masing-masing akan datang menghadap-Nya pada hari kiamat dengan seorang diri. Surah Maryam: 95

Dengan kata lain, ayat di atas memberi suatu pengertian bahawa mereka yang mengambil kebendaan sebagai tuhan, pada hakikatnya adalah berasal dan pasti akan kembali kepada-Nya. Mereka akan menyerah nasib mereka kepada Allah s.w.t. samada akur atau tidak. Kini, apa yang mereka nantikan tidak lain ialah saat perhitungan di mana setiap manusia akan dihisab walau betapa degil sekalipun mereka enggan untuk memahaminya.

Sekian. Semoga bermanfaat difikir-fikirkan.

Public Secret - Allahu'alam... Wassalam

Isnin, 19 Mei 2014

KAITAN ROSICRUSIAN DAN ILMU-ILMU ANEH MEREKA

Photo: KAITAN ROSICRUSIAN DAN ILMU-ILMU ANEH MEREKA

Sebelum kehadiran agama Kristian, masyarakat Eropah menyembah dewa-dewi pagan dan agama animisme. Dewa-dewi pagan yang paling popular adalah dari budaya Greco-Roman. Zeus, Jupiter, Diana, Neptune, Hercules sekadar menyebutkan beberapa nama adalah dewa-dewi orang-orang Yunani dan Rom namun jika dikaji dengan lebih teliti, rupa-rupanya dewa-dewi ini juga diambil dari budaya Mesir Kuno; penjelmaan semua dewa-dewi orang-orang Mesir ke budaya Greco-Roman. 

Perhubungan orang-orang Eropah dengan jiran-jiran mereka dari Timur Tengah terutamanya dari apa yang dipanggil 'orang Semit' dari kalangan Yahudi dan Arab menumbuhkan minat orang-orang Eropah mempelajari satu cabang agama misteri yang kurang diterokai oleh mereka, iaitu sihir atau perhubungan manusia dengan jin dan syaitan sejak mereka masih tidak memahami rahsia mistik Mesir Kuno dan The Book of Dead.

Orang-orang Semitlah yang memberi ilmu pengetahuan tentang makhluk-makhluk halus ini dan sihir-sihir yang lebih maju; lebih maju dari yang dapat diberikan oleh rahib-rahib Celtic dan Druid serta para Oracle dan penjaga Kuil Artemis. Kita akan memahami bagaimana orang-orang Eropah mempelajari mistik dan menjadi permulaan kepada kultus-kultus sihir seperti yang digambarkan di dalam buku dan filem Harry Porter serta kewujudan ajaran New Age dan Theosophy.

"Kultus Persaudaraan Rose Cross" atau kadangkala disingkatkan menjadi Rose Cross atau Rosicrucian adalah salah satu kultus mistik sesat yang bergabung ke dalam organisasi Dajjal Laknatullah selain pergerakan Kabbalah dan 'Babylonian Magic'.

Tidak ramai yang mengetahui siapa yang mengasaskan kultus ini sehinggalah terbit 3 buah makalah iaitu Fama Fraternitatis, Confessio Fraternitatis dan Chymical Wedding of Christian Rosenkreuz yang mendakwa pergerakan mistik Rose Cross dimulakan oleh C.R.C iaitu kependekan bagi Christian Rosenkreuz. Rosicrucian adalah pergerakan mistik (Hermiticism) yang mencampuradukkan fahaman-fahaman mistis sesat Kabbalah, pagan dan tafsiran-tafsiran Sufism yang diseleweng di sana-sini dengan sedikit kepercayaan mistik dalam agama Kristian. Rosicrucian adalah antara sumber amalan dan ritual sesat dalam Freemasonry, satu persaudaraan tertua milik Dajjal Laknatullah yang diwariskan dari kultus sihir diraja Firaun Mesir. 

Sehingga kini di dalam Freemasonry terdapat nama pangkat yang didedikasikan kepada nama kultus ini iaitu Knight of the Rose Croix yang menduduki tangga 18 Degree Freemasonry. Malahan kultus sesat ini masih wujud sehingga ke hari ini dengan nama Ancient Mystical Order Rosae Crucis (AMORC).

Menyelusuri sejarah Rosicrusian dan pengasasnya membuatkan kita dapat mengagak perjalanan hidup yang serupa di alami oleh The Antichrist dan dari mana orang-orang Eropah mempelajari ilmu ramalan Tarot dan 'magic' seperti yang digambarkan oleh Harry Potter dan rakan-rakannya di dalam novel terkenal itu. Untuk mengetahuinya kita perlu mengenal siapa pengasasnya yang digambarkan di dalam Fama Fraternitatis. Christian Rosenkreuz mungkin hanya gelaran dan sarjana masih tidak mengagak dengan tepat siapakah sebenarnya Rosenkreuz itu. Cuma ada diceritakan kisah hidup pengasas ini di mana dipercayai Rosenkreuz adalah orang yang sama dengan seorang anak kecil yang diselamatkan oleh para pendeta Albigensian (satu kelompok gnostic Kristian) dari istana milik keluarganya dari serangan Konrad von Marburg, seorang pegawai Inquisitor yang memimpin tentera di bawah kuasa Paus untuk menghapuskan kelompok-kelompok yang menentang Paus.

Anak kecil ini di bawa oleh para pendeta tadi ke sebuah biara tersembunyi dan di sanalah dia diajar segala ilmu kerohanian Albigensian yang dianggap sesat oleh gereja. Apabila besar, anak kecil tadi yang berubah menjadi remaja yang sihat dan cerdas merasakan apa yang didapati dari biara Albigensian itu tidak memenuhi kehendak dirinya. Masih ada lompang dan banyak kekurangan dalam mistik mereka. Pemuda itu perlukan lebih dan lebih lagi. Dia telah bergabung dengan satu aliran kerohanian yang bercadang untuk ke Tanah Suci (Baitul Maqdis). Dalam perjalanan, teman perjalanan Rosenkreuz yang dihormati olehnya telah meninggal dunia di Cyprus dan Rosenkreuz terpaksa meneruskan perjalanan hingga ke Damsyik. Di Damsyik, dia telah berguru dengan ahli falsafah dan Sufi di sana.

Kemudian dia telah mendengar tentang satu kelompok Kabbalis yang berada di Damcar, satu kota yang terkenal dengan pelbagai aliran kerohanian. Berasa putus asa dengan perjalanannya ke Baitul Maqdis, dia pun bergerak ke sana melalui kafilah-kafilah Arab dan umurnya baru mencecah 16 tahun ketika tiba di Damcar. Dia telah mendapat seorang kawan yang dihormatinya dalam ilmu kesufian dan kerohanian, dan telah mengajarnya ilmu kerohanian Arab. Rosenkreuz telah mempelajari bahasa Arab dan telah menterjemahkan satu buku kerohanian Arab yang digelarnya 'M' dan kemudiannya membawanya ke Eropah sebagai satu ilmu yang amat tidak ternilai harganya.

Selepas tiga tahun belajar di Damcar, Rosenkreuz telah bergerak ke Fez, di mana tukang sihir Arab mengatakan ilmu lanjutan tentang sihir dan makhluk halus boleh didapati di sana. Di sanalah Rosenkreuz telah mempelajari cara berkomunikasi dengan jin dan syaitan. Namun dikatakan Rosenkreuz merasakan pengalamannya di Damcar lebih bernilai berbanding di Fez.

Selepas 2 tahun di Fez, dia pun belayar ke Sepanyol dengan membawa pengetahuan dan barangan berharga di sepanjang pengembaraannya di Timur Tengah. Menurut riwayat yang lain, Rosenkreuz sebenarnya telah mempelajari ilmu Sufi, Kabbalah dan Zarathushtra ketika pengembaraannya.

Kisah seterusnya ialah perjuangannya menegakkan aliran kerohaniannya sehinggalah kematiannya yang misteri. Kisah yang popular mengatakan tiada siapa pun yang pernah melihat dia kecuali para pengikutnya. Kota mistik Damcar di Timur Tengah juga tidak wujud dan mungkin penulis maksudkan kota Damascus (Damsyik) yang juga tempat berkumpul para tokoh Sufi dan ilmuwan Islam seperti al-Farabi dan Imam Nawawi. Malah tokoh Sufi berhaluan kiri, Ibnu Arabi yang amat kontroversi juga meninggal dunia di sini. Kemungkinan Rosenkreuz pernah bertemu dengan beliau atau anak muridnya.

Satu teori lain ialah kewujudan Rosicrucian yang terawal bersama dengan kultus sihir di Istana Firaun. Pergerakan Rosicrucian, berakar dari tradisi misteri, falsafah, dan mitos dari Mesir Kuno (kira-kira 1500 SM). Di zaman dahulu istilah “misteri” disebut sebagai suatu pengetahuan khusus (gnosis), atau suatu kebijaksanaan yang rahsia.

Beribu-ribu tahun yang lalu di Mesir Kuno, dipilih sekolah atau badan yang dibentuk untuk menyelidik misteri hidup dan belajar rahsia kebijaksanaan tersembunyi ini. Hanya para pelajar yang tekun, yang menunjukkan keinginan besar terhadap pengetahuan dan memenuhi kelayakan tertentu saja yang mampu dipertimbangkan untuk dilantik ke dalam aliran ini.

Para anggota pelajar pertama aliran ini bertemu di dalam ruangan yang dipencilkan di dalam kuil tua yang tersergam, sebagai calon, mereka diiktiraf ke dalam aliran tersebut. Pengajian kebatinan mereka kemudian meletakkan personaliti yang lebih tertutup dan dipegang secara eksklusif di dalam kuil yang telah dibangunkan untuk tujuan tersebut. Bertentangan dengan pernyataan sejarawan, tradisi Rosicrucian menceritakan bahawa piramid Giza tidaklah dibangunkan sebagai makam firaun, tetapi benar-benar merupakan tempat pengajian dan latihan kebatinan. Sekolah-sekolah kultus, setelah berabad-abad, secara beransur-ansur ditingkatkan menjadi pusat pembelajaran, menarik para pelajar dari seluruh dunia.

Firaun Thutmose III, yang memerintah Mesir dari 1500 hingga 1447 SM, mentadbir sekolah kebatinan pertama yang mula-mula sekali menemukan kaedah dan prinsip yang mirip dengan prinsip dan kaedah aliran Rosicrucian zaman ini, AMORC. Dekad Firaun selanjutnya, AMENHOTEP IV 'dibaiah' ke dalam aliran rahsia ini. Firaun ini yang paling mendapatkan pencerahan, menurut Rosicrucian, sangat diinspirasikan oleh pengetahuan rahsia yang mengajarkan bahawa ia memberi suatu arah baru bagi falsafah dan agama Mesir. 

Dia mendirikan suatu agama yang mengakui Aton, tuhan matahari, sebagai lambang tapak kaki dewa, asas bagi kehidupan itu sendiri, lambang cahaya, kebenaran, dan kesenangan, dan mengubah namanya menjadi Akhenaton untuk mencerminkan gagasan baru ini. Walaupun agama yang lebih awal didirikan kembali kemudiannya, gagasan kebatinannya ditanamkan ke dalam kesedaran manusia dan pengaruhnya tidak pernah padam.

Berabad-abad kemudian, ahli falsafah Yunani seperti Thales dan Pythagoras, ahli falsafah Rom, Plotinus, dan yang lainnya, telah pergi ke Mesir dan dibenarkan memasuki ke dalam aliran rahsia itu. Kemudian mereka membawa ajaran ini ke dunia barat. Pengalaman mereka adalah catatan pertama dari apa yang segera wujud dalam aliran Rosicrucian. Nama aliran, seperti yang sekarang dikenali, datang kemudian. Bagaimanapun, aliran Rosicrucian selalu mengabadikan warisannya dari prinsip dan perlambangan masa lampau.

Sepanjang sejarah, menurut dakwaan Rosicrucian, sejumlah orang terkemuka di bidang ilmu pengetahuan dan teknologi telah dihubungkan dengan pergerakan Rosicrucian, seperti Leonardo da Vinci (1452-1519), Cornelius Heinrich Agrippa (1486-1535), Paracelsus (1493-1541), François Rabelais (1494-1553), Theresa Avila (1515-1582), John of the Cross (1542-1591), Francis Bacon (1561-1626), Robert Fludd (1574-1637), Jacob Boehme (1575-1624), René Descartes (1596-1650), Blaise Pascal (1623-1662), Baruch Spinoza (1632-1677), Isaac Newton (1642-1727), Wilhelm Gottfried Leibnitz (1646-1716), Benjamin Franklin (1706-1790), Thomas Jefferson (1743-1826), Michael Faraday (1791-1867), Ella Wheeler Wilcox (1850-1919), Marie Corelli (1855-1924), Claude Debussy (1862-1918), Erik Satie (1866-1925), dan Edith Piaf (1916-1963).

Jika begitu, ini bermakna hubungan Rosicrucian dengan Freemasonry amatlah rapat dan tidak boleh disangkal lagi. Rosicrucian adalah Mason, Mason adalah Rose Cross. Sampai satu peringkat, para pelatih Mason akan diajar ilmu 'sufi' Mawar Salib. Mereka akan diajar tentang Tuhan sebenar yang disembah oleh aliran itu iaitu, Lucifer yang dipercayai oleh ahli kultus sebagai pemilik alam semesta ini.

Puisi Jalaludin Al-Rumi, Mathnawi; Kultus-kultus mistik Eropah sering mencedok falsafah sufism dan kemudian menyelewengkannya menurut fahaman sesat mereka.

Lambang Rosicrucian adalah salib yang diletakkan bunga mawar di atasnya. Salib melambang jasad manusia dan bunga mawar melambang kesedaran atau pencerahan kerohanian manusia itu. Sekadar trivia, lambang inilah yang terpampang pada layar kapal-kapal Columbus. Lambang mawar ini sebenarnya dicedok dari aliran sufi Suhrawardi iaitu Tarekat Bunga Mawar yang akhirnya dipanggil Rosicrucian di Barat. Kita tidak perlu hairan dari mana pengetahuan kerohanian ini berasal kerana orang-orang Eropah belajar ilmu mistik dari orang Yahudi (Kabbalah).

Kisah para ketua, pengasas dan para pendeta kultus-kultus sihir Eropah yang belajar dari para Kabbalis dan ahli Sufi (namun mereka gemar memutarbelitkan ilmu sufi tadi) diabadikan oleh seorang penulis horror Amerika, Howard Phillips Lovecraft (H.P Lovecraft) yang telah mengasaskan kepercayaan Cthulhu, dewa berbentuk sotong (tampil dalam komik dan filem Hellboy) ke dalam karyanya yang paling popular di seluruh dunia iaitu Necronomicon dengan watak utamanya iaitu Abdul Alhazred yang bergelar 'Mad Arab'.

Necronomicon hanyalah mitos H.P Lovecraft, namun isi kandungan sebenarnya telah diambil dari legenda-legenda sihir Rosicrucian dan agama misteri Masons (sepertimana Walter William Skeat yang mengarang Malay Magic, namun Malay Magic lebih 'authentic' dan tinggi darjatnya berbanding Necronomicon kerana ia sebuah pemerhatian sejarah). 

Banyak versi Necronomicon selepas kematian H.P Loveraft. Salah satu dewa dalam teks-teks berbau Necronomicon, Yog-Sothots, Yog-oths atau Shogoths adalah nama dewa dari ajaran sesat Barat merujuk kepada Yaghuts, salah satu berhala orang-orang Arab jahiliah yang dipercayai asalnya ialah orang soleh di zaman nabi Nuh. Aliran Fransiscan dalam kependetaan Gereja Katolik yang diasaskan oleh St. Fransis Assisi pula sebenarnya diinspirasikan dari ajaran sufi Najmuddin Al-Kubra yang hidup lebih awal dari pendeta terkenal itu.

Aliran kebatinan Rosicrusian inilah yang menjadi inspirasi kepada kultus-kultus mistik sesat lain seperti Order of The Golden Dawn (Aleister Crowley) dan Brotherhood of Luxor selain aliran-aliran tersembunyi yang menjadi kelab para elit Eropah seperti Order of The Garter (Queen Elizabeth) dan Order of The Black Sun (Hitler). Order of The Garter pula asalnya terdiri dari tiga belas orang, satu kelompok di bawah Raja Edward III, kelompok lainnya di bawah Putera Hitam (Black Prince). Simbol warnanya biru dan emas, jubahnya kain bulu bertudung, dan tujuan-tujuannya adalah bersifat ketenteraan dan kesetiaan seorang satria.

Orang suci pelindungnya adalah St. George, yang di Syria, dimana system pemujaannya berasal, disamakan dengan watak Khidr yang misteri dari aliran para Sufi. Dalam kenyataannya kelompok ini disebut dengan Ordo St. George, yang diterjemahkan langsung ke dalam ungkapan Sufi sebagai Thariqat Hadharati Khidr (The Order of St. Khidr) yang kemudian dikenali dengan nama Order of The Garter. Orang-orang Eropah yang dahagakan lebih amalan mistik sesat dan pagan kemudiannya mengubah trend ke India dan Tibet; melengkapkan pencarian sesat mereka dan menghasilkan apa yang dinamakan ajaran New Age Religion dan Theosophy.

Gabungan dari pelbagai aliran kebatinan ini dijadikan silibus Dajjal The Antichrist untuk mengukuhkan 'keimanan' para pengikutnya kepada Iblis Laknatullah. Ini kerana, Dajjal juga mempunyai prinsip perjuangannya dalam Secret Societies yang bergerak di atas tiga kekuatan:

• Kerohanian iaitu Mistik Sesat
• Sains dan Ekonomi
• Politik dan Ketenteraan

Ketiga-tiga prinsip ini adalah ramuan kejayaan dunia The Antichrist. Namun segala usaha The Antichrist ini akhirnya menjadi sia-sia bak mencurah air di daun keladi. Antichrist telah merancang pelbagai strategi, tetapi Tuhan yang mencipta dirinya yang lemah itu telah pun merancang terlebih dahulu. Sehingga akhirnya The Antichrist juga merupakan hamba, kuli dan pencacai kepada satu makhluk hina-dina iaitu Iblis Laknatullah @ Azazil @ Lucifer.

Sekian.

Groundbreaking theory SUSUK DAJJAL adalah CAIN "THE AVENGED SEVENFOLD"

S alah satu Enigma didunia ini adalah mengenai siapa susuk Sang Dajjal. Padahal, petunjuknya ada dihadapan kita selama ini... All hiding in ...