Khamis, 1 Ogos 2013

APA ITU “SINGULARITY” ? : Hayyah [Part 6 of 7]



Hari berikutnya pun tiba. Ketibaan ketiga2 pendeta disambut oleh raja dengan penuh rasa gembira. Setelah semua mengambil tempat duduk masing2, raja pun memulai bicara dengan berkata... “Saya telah fiki
r masak2 tentang apa yang kita semua bualkan semalam. Di antara banyak2 perkara yang kita bincangkan, satu perkara yang saya yakin ianya adalah perkara pokok yang mengikat semua persoalan2 yang saya bangkitkan tentang roh, jiwa, nafs, nyawa, minda dan athar”. Mintaka dan Alnilam tersenyum mendengar kata2 raja. 

Mintaka kemudiannya berkata... “tuan memang tajam akal” sambil Alnilam mengiyakan kata2 Mintaka ini. Mintaka menyambung lagi... “oleh kerana Alnitak yang menjelaskan tentang persoalan2 tuan semalam, eloklah kalau dia sahaja teruskan penerangannya”. Raja merasa pelik dan bertanya... “Apakah kamu semua telah tahu apa maksud saya tentang perkara pokok yang saya maksudkan?” Mintaka menjawab... “Sudah tentu. Perkara pokok yang tuan maksudkan tentulah hakikat bahawa roh, jiwa, nafs, nyawa, minda dan athar ini seolah2 bersifat tiada kesudahannya”. Raja merasa hairan namun dia menahan dirinya untuk bertanya lagi tentang bagaimana pendeta yang bertiga ini telah sedia maklum tentang apa yang dimaksudkannya. Raja berkata... “Kalau begitu, silalah pendeta Alnitak menyambung penerangannya”.

Alnitak termenung sebentar dan akhirnya bersuara... “Tuan, adapun sifat tiada kesudahan ini saya biasa memanggilnya ‘hayyah’. Adapun hayyah ini pula mempunyai dua arah. Saya rasa tuan pun tentu boleh mengagaknya. Arah hayyah yang pertama ialah bersangkut-paut dengan sesuatu yang tiada kesudahan besarnya atau banyaknya. Contohnya alam semesta kita ini sangat2 besar hingga kita tidak tahu ianya sebesar mana. Arah Hayyah yang kedua pula bersangkut-paut dengan sesuatu yang tiada kesudahan kecilnya atau halusnya. Contohnya, setiap bahan di dunia kita ini boleh sahaja kita hancurkan dan kisar sehingga menjadi zarah2 halus. Zarah2 halus ini pun masih kita dapat membelah dan memecahkannya menjadi semakin kecil yang tiada kesudahannya. Adakah tuan faham penerangan saya ini?” Raja mengangguk2 kecil. (Nota: kalau dalam bahasa kita hari ini, perihal sifat tiada kesudahan ini atau ‘hayyah’ kita memanggilnya sebagai infiniti).

Alnitak kemudiannya menerangkan lagi... “tuan, seperti yang tuan mungkin telah tahu, adapun semua alam kita ini terjadi daripada setitis inti. Cuma yang tuan mungkin tidak jelas ialah apakah dia inti ini sebenarnya. Tidakkah begitu tuan?” Raja mengangguk2 kan kepala. Alnitak menyambung... “Tatkala inti ini mengembang menjadi alam semesta, ada bahagian inti ini yang mengecut selaras dengan bahagiannya yang mengembang. Bezanya bahagian yang mengembang ini kita boleh lihat dan kesan dengan deria dan peralatan kajian kita manakala bahagian yang mengecut ini seolah2 tidak wujud pada pandangan kasar kita. Adapun di bahagian tengah pengembangan dan penguncupan inti yakni kedua2 bahagian ‘hayyah’ ini saling tarik menarik di antara satu sama lain. Inilah yang menghasilkan tarikan semulajadi”. (Nota: tarikan semulajadi yang dimaksudkan di sini ialah apa yang kita biasa panggil graviti).

Raja kemudiannya berfikir sejenak dan seterusnya bertanya... “Kalau betul fikiran saya, adakah ini bermaksud roh, jiwa, nafs, nyawa, minda dan athar itu adalah bahagian inti yang mengecut? Sebab itulah kita tidak dapat mengesannya dengan deria kasar kita”. Alnitak segera memperbetulkan raja... “Bukan begitu tuan. Adapun setitis inti itu akan kekal menjadi setitis inti. Ia hanya akan menjadi alam semesta dengan dua arah hayyah berbeza apabila ditiupkan ke dalamnya roh, jiwa, nafs, nyawa, minda dan athar ini.... maka jadilah ia alam semesta penuh dengan kehidupan dan kejadian. Ada yang nampak di mata dan ada yang hanya nampak di hati”.

Selepas mendengar penerangan panjang lebar ini, raja bersandar dan termenung sejenak. Kemudian raja pun bertanya... “Jika demikianlah halnya... ada berapa banyak jenis inti yang ada?” Alnitak menjawab... “Begini tuan. Sewaktu semuanya tiada, hanya dijadikan satu inti sahaja. Kemudian athar dimasukkan di dalam inti ini sebagai pencetus lalu berpecahla ia dengan dua arah ‘hayyah’ seperti yang saya telah terangkan tadi. Pepecahan inti ini terbahagi 6 peringkat atau 6 masa dalam kedua2 arah ‘hayyah’ ini. Dalam peringkat pertama sahaja, beribu2 inti lain terhasil daripada inti yang tunggal tadi. Dalam peringkat kedua pula beribu2 inti ini berpecah pula menjadi jutaan inti2 lain dan hal2 ini berterusanlah berlaku sehingga peringkat keenam tiadalah dapat terkira lagi jumlah inti2 yang terhasil”. Alnitak kemudian menerangkan lagi... “di dalam semua 6 peringkat pemecahan inti utama tadi dan penghasilan inti2 baru... roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda ditiupkan bagi mengisi bahagian2 hayyah terpilih. Suatu perkara tuan perlu betul2 faham. Tiadalah mengalir dan tersebarnya apa2 tanpa athar memenuhinya dan tiadalah berguna athar tanpa makhluk yang dipanggil masa. Ruang pula dilihat oleh roh, jiwa, nafs, nyawa dan minda daripada kaca mata masa ini. Begitulah tuan halnya. Tuan pula janganlah berputus asa sekiranya tuan tidak dapat serta merta memahami apa yang saya katakan sekarang ini kerana tuan akan faham juga nanti sekira tuan terus-terusan memikirkan apa yang telah saya terangkan ini”.

Dipendekkan cerita, raja pun terpaksalah berpuas hati dahulu dengan penerangan Alnitak. Diceritakan di dalam kitab Sandai Sasantara ini... tidak lama selepas itu raja pun fahamlah apa yang diterangkan kepadanya lalu berhasrat berkongsi pemahamannya dengan seluruh manusia sejagat. Inilah dikatakan permulaan era pembangunan piramid2, tugu2, ukiran2 dan monumen2 lain bagi mencatatkan pemahaman raja untuk rujukan sepanjang zaman (mungkin cerita yang ini boleh saya kongsikan di dalam siri posting yang lain). Adapun kerajaan Sunda Nusantara ini kemudian diceritakan tenggelam kerana tanah dan batu2 nya terpaksa digunakan untuk memagar lingkaran api pasifik (yang ini pun suatu babak lain pula). Lalu terjadilah Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Kalimantan hingga hari ini.

Sebagai penjelasan dan penyimpulan apa yang dicatatkan di sini, di dalam bahagian terakhir nanti yakni Part 7 of 7, insyaAllah saya akan menerangkan apa maksudnya penerangan Alnitak ini melalui cara dan bahasa2 yang kita lebih biasa berbanding dengan apa yang diceritakan di atas. Apa yang saya catatkan di dalam Part 6 of 7 ini hanyalah “direct quote” atau “salinan semula terus” daripada kitab Sandai Sasantara. Sekiranya kita sesorang yang telah lama mengkaji atau memikirkan hal2 ini, mungkin Part 7 of 7 adalah tidak perlu dan memadai dengan Part 6 of 7 ini sahaja. Bagi memudahkan untuk kita membuat perbandingan, saya sertakan link ini yang menerangkan beberapa konsep lain tentang kejadian alam semesta...

http://lisanul-hakim.blogspot.com/2012/06/proses-kejadian-alam-menurut-al-quran.html


Wassalam – Public Secret

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA

Assalamualaikum. Bismillah CARA MENYELAMATKAN DIRI DAN BERJUANG DI ZAMAN GELAP, ZAMAN FITNAH DUHAIMA Sebagai seorang Muslim dan Muslimah, am...